Sharing is caring =)

Ahad, 2 Oktober 2011

Jom tepati masa dan tepati janji ^.^

KISAH SEORANG KRISTIAN MASUK ISLAM BERKAT MEMULIAKAN ASYURA'

disebutkan bahwa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham."

Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"
Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.
Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."
Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?"
"Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah.
Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!"
Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham saja."
Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.
"Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik saja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?"
Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan saja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."

Apabila Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya.
Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?"
Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahwa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.
Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."
Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya."
Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"
Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Khamis, 29 September 2011

Keajaiban Dunia

Molekul Air Zam-Zam yang sangat Menakjubkan

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dengan keizinanNYA air penawar boleh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:


Petikan ceramah oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Diantaranya :

Air merupakan salah satu rahmat Allah SWT kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah SWT.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang mana kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang.

Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa “slide” ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai,laut, perigi dan bermacam lagi).


Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian(bersegi-segi) ,bersinar- sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna.

Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”. Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”. Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” JawabPensyarah. Profesor berkata ”Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.”

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat “experiment” bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing.Lalu seorang ”volunteer” bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yang buncit).


Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah diskrin molekul air berupa seperti sel-sel barah. Subhanallah. …. daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilahkita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

by: Shababullah محمد فطرى

Rabu, 10 Ogos 2011

Rahsia dalam Rahsia.. 30 hari mencari cinta.. Cintaku mekar di bulan Ramadhan

Ada apa pada NAMAMU:

RAMADHAN... Kehadiranmu mengubat kerinduan. Mengundang cinta yang tidak pernah diduga. Ku ikhlaskan hati, Mencari cinta di bulan Mulia, di bulan RAMADHAN kali ini, dalam cinta kepada cinta Ilahi. Semoga munajatku menampakkan rupanya, disebalik tabir mubarak yang penuh dengan barakah. Istikharah menuntun jiwa, memandu kepada tekad yang satu. Mendamba cinta sejati, mengharap redha Yang Maha Esa semata, CINTA ILAHI. InsyaAllah.....
----------------------------------------------

"Namamu terpapar di dada laman muka bukuku. Menarik hatiku untuk lebih mengenali."
"Umpama mimpi aku mengenalimu. Inspirasi hati mengundang intuisi."
"Rahsia demi rahsia kita kongsi bersama. Kucari kunci pembuka hati."
"Antara dua jiwa, roh dan jasad bersatu menuju satu matlamat. Duniawi wa Ukhrowi."
"Zina dijauhi, maksiat dihindari. Moga menjadi manusia hina di hadapan Ilahi."
"Istihkarah dan munajat menjadi panduan. Mengungkap rahsia dalam Ilusi."
"Enam, angka pertama pertemuan sang ajnabi. 2 bulan persediaan mengharungi 30 hari."
"Muzakarah memecah misteri. Merungkai persoalan merantai hati."
"Amanah dijaga meniti impi. Merubah mimpi menjadi manifestasi."
"Harapan dibina mengejar Misi. Jaga Diri Hiasi Peribadi, Moga Menjadi Manusia Sejati."

"Cinta kerana..."
"ALLAH semata..."
"Itulah cinta yg"
"Sangat..."
"Agung..."

Isnin, 1 Ogos 2011

Solat Sunat Tarawih

Solat Tarawih ialah solat sunat yang dikerjakan oleh umat Islam disepanjang bulan Ramadhan. Waktunya selepas solat isyak. Solat ini boleh dikerjakan sebanyak 8 rakaat dengan 4 kali salam seperti yang disebutkan oleh hadith Nabi SAW yang bermaksud:

Dari Jabir: “Sesungguhnya Nabi SAW telah bersolat (Tarawih) bersama-sama mereka sebanyak lapan rakaat kemudian baginda solat witir.”
Dikeluarkan oleh Ibnu Hibban)


Di sini saya sertakan panduan ringkas untuk menunaikan solat tarawih. Mungkin berguna kepada kaum hawa yang kebanyakannya tidak berpeluang untuk turut serta berjemaah di masjid/surau. Semoga bermanfaat. Sebarang kekurangan didahului dengan ribuan kemaafan. Slm ibadah ya ^.~




Ahad, 31 Julai 2011

"RAMADHAN"

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah: 183)
-----------------------------------------------------------------

Salam RAMADHAN.. Alhamdulillah, sampai jugak ke ramadhan. Rindu… Rindu sangat sangat. Ya Allah. Terima kasih kerana masih memberi peluang kepada hamba yang hina dina ini. Masih memberi peluang untuk sampai ke bulan yang mulia ini. Sesungguhnya aku sangat takut dan cinta kepadaMU. Didiklah hati ini supaya sentiasa taat mengerjakan suruhanMu dan meninggalkan laranganMu. Amiin.. Amiin.. Amiin. Ya robbal’aalamiin.

Sesungguhnya, banyak fadhilat yang terkandung di dalam bulan Ramadhan ni. Bukan sahaja berpuasa, menahan lapar dan dahaga (rasa sendiri macammana org-orang fakir yang menahan lapar), ada tarawih (solat berjemaah ramai-ramai selama sebulan), jadi ulat buku (baca quran/semangat sebab ada tadarus=baca ramai-ramai), sungkai=berbuka (alangkah lazatnya/sinonim ngan makan semanis kurma), jadik rajin nak buat qiam (sbb perut tak kekenyangan sentiasa=senang mau bangun malam), nafsu dapat didik (tak leh nak buat benda-benda maksiat), dan yang paling penting ada lailatulqadar.... Best3x!! Jom kita sama2 cari... Hehe... Dulu, masa kecik2 ada tanya bapa. “Napa mesti puasa pak? Kalau tak puasa boleh ka? Lapar la. Tidak tahan”, antara soalan yang aku ajukan kepada ayahanda tercinta. Kenapa kita mesti berpuasa ya? Pernah tanya diri sendiri tak? “Hehe… Saya pun tak tau jugak jawapannya.” Boleh tak jawab macam tu? Setiap suatu perkara yang kita lakukan mesti ada sebabnya kan. Dan semestinya, ada hikmah disebaliknya. ^.^ Tidaklah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Dalam Al-Quran sendiri (2:183) jelas menunjukkan perintah ibadah puasa ni. Sebab apa? Supaya kita bertakwa. ^.~ Masa dulu sampai sekarang, ingat lagi cita-cita yang selalu saya dambakan. "Ya Allah, matikanlah aku ketika malam lailatulqadar, ketika pintu nerakaMu ditutup dan Pintu syurgaMu terbuka"... Semoga dimakbulkan doa ini. Dari dulu sampai sekarang sampai akan datang sampai bila-bila. ^.~

Dikesempatan ini, saya mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN", bulan yang penuh dengan barakah. Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dan manfaat daripada bulan yang mulia ini. Selamat menjalani ibadah puasa. Jangan bagi tinggal biarpun satu hari ya (untuk lelaki sahaja). Yang perempuan tak tahu.. Hehe... Jom kita sama-sama 'reflek' kembali niat-niat yang dibaca masa puasa ni. Takut lupa pulak. ^.^

LAFAZ NIAT PUASA DAN BERBUKA PUASA


Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan:



Nawaitu souma syahri ramadhoona haadzihis sanati kullihi lillahi ta’aalaa
Niat: “Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala”
-------------------------------------

Lafaz Niat Puasa:



Nawaitu souma ghodin ‘an ‘adaa I, fardhi syahri ramadhoona haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Niat: “Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala”
-------------------------------------

Lafaz Niat Berbuka Puasa:



Allahumma laka soumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthortu birohmatika yaa arhamarrohimiin
Niat: "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmatMu - wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"
-------------------------------------

Semoga dapat membantu rakan-rakan mengingat kembali lafaz niat dan niat berpuasa. "Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dosa keluargaku, dosa sahabat-sahabatku, dosa muslimin muslimat sama ada yang masih hiudp mahupun yang telah meninggal dunia... Ya Allah, ku serahkan seluruh jiwa dan ragaku kepadaMu, pimpinlah daku, janglah Engkau biarkan aku lalai walau sesaatpun. Janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah Kau beri hidayah. Lapangkanlah dadaku, perelokkanlah akhlakku, permudahkanlah urusanku... Amiin"..

Salam Ramadhan. Salam kemaafan. Salam Ibadah. Selamat Berpuasa. Selamat Bertarawih.. Dan selamat untuk semuanya... hehe.... Assalamualaikum... Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakhbar....

Sabtu, 16 Julai 2011

Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 15

Warkah ini ku kirim di akhir perkenalan kita. Sebulan sebelum saat kau bergelar isteri orang. Hari ini adalah hari yang bersejarah dalam hidupmu. Aku bersyukur kerana engkau masih sudi mengundangku ke majlis pernikahanmu.

“Maafku pinta kerana tidak dapat menghadirinya kerana kesibukan kerja disamping kedudukan yang jauh di seberang”, ayat yang ingin aku beritahu kepadamu pada awalnya. Takut untuk menerima hakikat bahawa kau akan menjadi isteri orang. “Im, lau Im nak pegi bagitau ya”, pesan Akasha ketika menelefonku dua minggu lalu. “Im, jomlah kita pegi. Jangan diingat kisah lalu tu. Kata hang sahabat karib dia. Mai la sini”, pujuk Tikah. Kata-kata yang member semangat utukku meleraikan segala masalah yang mengganggu benak fikiranku……
Akhirnya, aku pergi jua. Menyahut seruan rakan-rakanku. “K, jom! Aku p penang, ampa semua jemput aku ar”, kataku kepada mereka.

“Inilah kisah persahabatan yg tak disedari waktu hadirnya sahabat. Tetapi bila dah renggang, barulah merasai akan kehilangannya. Mugkin juga ada keegoan, membuatkan kita tidak mampu bertahan. Pasrah atas suratan. Namun jauh di sudut hati masih mengharapkan sebuah persahabatan yang sejati , dalam mengenal erti kasih sayang. Ku nanti sinar bahagia.... Kerana ku yakin Allah Maha Mengetahui. Dalam merencanakan kehidupan hambaNya. Ku biar ombak rindu mengalun sepi. Kerna ku tahu pasir nya kan bah suatu masa nanti”, bisik hati kecilku. Aku pun melangkah menuju ke pintu R3 kerana sebentar lagi aku akan berangkat meninggalkan tanah tumpah darahku. Aku tersenyum….

Mencari Segumpal Harapan.

Ima menantikan kehadiran Im ke majlis pernikahannya. Tetapi kelibat Im masih tidak kelihatan. Ima asyik memandang ke arah pintu gerbang rumahnya. Namun, perasaannya diulit kecewa disebabkan Im masih tidak muncul-muncul juga. Ima masih menanti dengan harapan agar Im datang dan membawanya pergi. Walaupun, dia tahu bahawa harapannya itu mustahil untuk menjadi kenyataan. Semakin dekat masa untuk dia diijab kabulkan, hatinya menjadi semakin gundah. “Adakah betul tindakanku ini? Adakah patut aku menerima Ikbal?”, tanya hati kecilnya. Perasaannya semakin bercelaru dan tidak mampu dibendung lagi. Jauh di sudut hatinya, Ima masih berharap agar Im mempertahankan hubungan mereka. Agar ada secebis harapan untuk dia bersama lelaki yang amat dicintainya suatu masa dahulu. Namun demi keluarganya dan memenuhi harapan ayah dan ibunya, Ima terpaksa akur dengan permainan takdir ini. Ima bedoa supaya dijauhkan daripada perasaan dan prasangka buruk yang menyelubungi fikirannya. Ima meredakan gelora perasaannya dengan mengubat hibanya melalui alunan ayat-ayat suci Al-Quranul karim…….. “Tok tok tok!!”, kedengaran bunyi ketukan di pintu. “Kakak, kakak dah ‘ready’ lom?”, tanya Puan Aini, ibu Ima. Ima menarik nafas sedalam-dalamnya. “Hmmm.. Masanya telah tiba! Aku mesti bersedia. Kan aku dah bersedia!! Hari ini hari yang paling indah buat diriku. Aku tak boleh bersedih sebegini. Senyum Ma!! Senyum!!”, pujuk hati Ima. “Baik mama, jap lagi kakak datang", sahut Ima. Ima membetulkan tudungnya dan busana yg dikenakan pada dirinya.

Majlis pun berlangsung……………………………………. “Aku terima nikahnya………………”, jawapan yang ditunggu-tunggu oleh para tetamu terutamanya sang suami yang tidak sabar-sabar lagi memiliki ratu hatinya yg diimpi selama ini. Sah!!!............... Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Senyum manis kelihatan, gelak ketawa mula kedengaran. Senyuman demi senyuman terukir di muka para tetamu yang menyaksikan majlis yang suci itu. Tanpa disedari, air mata Ima mengalir perlahan-lahan meneroka liang-liang yang ada di pipinya. Air mata tanda kegembiraan dan kesyukuran. Terasa sesuatu terlepas daripada fikirannya. Beban yg selama ini yang membungkam hatinya seakan-akan terlerai. Ima menarik nafas untuk mencari ketenangan. Namun hatinya masih tidak tenteram. Sepertinya ada sesuatu yang mengganggu perasaannya. Perasaan yang kurang enak di lubuk hatinya, rasa tidak sedap hati mula merebak menggugat ketenteramannya.

Setelah selesai beberapa minit diijab kabulkan, padangan ima tiba-tiba menjadi kelam. Penglihatannya berpinar-pinar. Badannya lemah tidak bermaya, Ima tiba-tiba rebah, tersungkur mencecah bumi. Suasana bertukar menjadi kecoh. Para tetamu menjadi tertanya-tanya, kerisauan melanda sekalian yang ada di masjid tersebut. Lalu, ibu bapa Ima meminta Ikbal bersama-sama membantu memapah Ima balik untuk berehat.

----------------------------------------------------------------
“Ima ^.~ ………………. Assalamualaikum………… Tahniah!! Ima sudah bergelar isteri orang. Im memohon seribu kemaafan kerana tiada di saat Ima membutuhkan kehadiran Im di sisi Ima. Bukan Im tidak mahu berjuang untuk memiliki Ima. Im sangat menyayangi dan mencintai Ima. Kalau boleh, mahu saja Im menggadaikan jiwa dan raga semata-mata untuk Ima. Malangya, itu bukan cara terbaik untuk kita. Ingat tak suatu ketika, Ima pernah mengatakan sesuatu kepada Im. “Cinta tidak semestinya memiliki, tidak salah kita menyintai dan menyayangi orang yang tidak mencintai kita. Yang penting kita, kerjasama!!”, hehe, gurau Im… “Kasih sayang itu lahir dari hati yang tulus dan suci murni. Andai aku mencintaimu, aku akan berusaha menyayangimu kerana Allah. Dan aku mencintaimu kerana Allah. Cinta yang sejati adalah cinta yg diredhai Allah. Andai itu takdirnya, kita harus akur. Jangan pernah hadir di hati ini perasaan bersangka buruk kepada Allah kerana Dia sentiasa tahu yang terbaik buat hambaNya. Ima, kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya kan?, dan kita juga tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sehinggalah kita mendapatkannya. Im selalu dengar orang kata, jika kamu mencintai dua orang pada waktu yang sama, pilihlah yang kedua kerana jika kamu benar-benar mencintai yang pertama tidak mungkin kamu sanggup mencintai orang lain”. Terang Im sambil tersenyum.
“Im redha dengan takdir. Memang tiada jodoh antara kita. Im redha atas segala-galanya. Im dengan senang hati melepaskan Ima dengan seorang lelaki yang jauh lebih baik daripada Im. Yakinlah dengan ketentuan takdir yang telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Im tau, Im bukan lelaki yang baik. Banyak melakukan dosa dan maksiat. Maaf kerana pernah menyentuhmu sepanjang pekenalan kita samada secara sengaja ataupun tidak. Maaf kerana pernah memanggilmu sayang sebelum ini. Maaf andai pernah terlihat auratmu ketika bersama denganmu. Maaf kerana menyebabkanmu lalai dari menjadi hamba Allah yang baik.”
“Ima, mungkin ini adalah akhir kata daripada Im. Ingatlah, seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman, segar mewangi di pelusok dunia, setulus kasih sesuci embun. Lembut wanita kerana tutur katanya, mesra wanita kerana senyumannya. Cekal wanita kerana keberaniannya. Patuh wanita kerana setianya. Sabar wanita kerana imannya. Kasih wanita kerana belaiannya. Lemah wanita kerana air matanya. Ikhlas wanita kerana simpatinya. Dendam wanita kerana cemburunya. Sayang wanita kerana sifat keibuannya. Dan indah wanita kerana akhaknya, peribadi mulia dan keterikatannya kepada Allah.” Im meneruskan kata-katanya.
“Ima, lau ima dah jadi janda bagitau ar, Im akan sentiasa setia menanti sehingga kita disatukan semula”, Im membisikkannya di telinga Ima.
“Terima kasih Ma, kehadiran Ima dalam hidup abang merupakan satu anugerah yang terindah dalam hidup Abang. Abang doakan Ima kuat untuk menempuhi semua ini. Tidaklah diuji hambaNya melainkan kerana Allah menyayangi hambanya. Abg sayangkan Ima, andai tiada jodoh di dunia, abg doakan semoga ada jodoh antara kita di akhirat sana. Semoga kasih sayang ini berkekalan sampai ke syurga.” Ima menangis, “Ima memeluk Im seerat-eratnya. “Ima sangat mencintai abg walaupun Ima tidak pernah meluahkannya, semoga abg bertemu jodoh yang lebih baik drp ima. Terima kasih dan maaf atas segalanya…..

-------------------------------------------------------------
“Sayang, sayang.. Bangun, bangun!! Ima pun membuka matanya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya terus mengalir membasahi pipinya. “Ya Allah, aku bermimpi rupanya”, keluh Ima. “Abg risau sayang tiba-tiba pengsan. R u ok my dear?” Tanya Ikbal kepada Ima. Ima memeluk suaminya sambil membisikkan ke telinga suaminya. “Maafkan Ima abang, buatkan abang risau”. Iqbal pun tersenyum, cuba menceriakan suasana.

“Kring2x..” Telefon rumah berdering. “Ima, ima. Ada panggilan daripada kawan kakak, penting katanya. “Baik mak, kejap lagi Ima datang. “Assalamualaikum….Hello, Atikah di sini. Oh tikah, apa khabar, apahal tak datang ke majlis Ima? Minta maaf Ma, nak datang tapi malangnya hajat tidak kesampaian. Kenapa?? Kesian, lama Ima tunggu. Sampai hati”, luah Ima. “Ima, Tikah harap, Ima tabah dengan berita yang ingin Tikah sampaikan. Imaa….. (mmenarik nafas) Ima… Ima….Erm…. Sebenarnya… “Hish, cakap jela, Buat suspen betoi!!… Eeee… geram lah… Erm…… Ima mendengar dengan penuh debaran.. “Sebenarnya, bukan Tikah tidak pergi ke majlis Ima. Masa tu tikah dalam perjalanan. Ada dua kereta. Entah macam mana, tiba-tiba kami terlibat dalam kemalangan. Im ada bersama. Dia nak join sekali p umah Ima. Haa, Im ada bersama!! Im macam mana la ni? Katne? Erm… Maafkan Tikah Ma, kemalangan itu meragut nyawa Im.” Tidak semena-mena, air mata Ima mula berguguran dengan derasnya….. Mulutnya terkatup rapat. Tiada apa yang mampu diluahkannya. Hatinya tiba-tiba sakit. Sakit yang mencucuk teramat. “Innalillahiwainnailaihiroojiiuun”, matanya berkaca-kaca, bibirnya terkumat-kamit.
Tikaha menyambung bicaranya. “Sebenarnya, Tikah ingin menyampaikan pesanan terakhir daripada Im. “……………………………. Tikah melanjutkan perkataannya menerangkan segala yang ingin disampaikan.

Ya Allah, seperti dalam mimpiku, Ima tidak dapat menahan perasaannya. Ganggang telefon dilepaskan, dan ima terduduk tidak mampu berdiri. Ima menjerit dalam hatinya. “Ya Allaaaaaaaaaaah, kenapa jadi begini”. Ima menangis. Semakin lama semakin kuat erangan tangisannya.
------------------------------------------------------------------------------
“Im.. Rahim.. ooo Rahim.. Mana buat hati kesayangku ni…… Immmmm “Mama, maamaa… Im main la tadi. Ya, Allah Im ni nakal betul. Puas mama cari. P mandi. Baiklah”, dengan nada yang manja. “Sudah genap tujuh tahun semenjak peristiwa itu. Namun namanya tetap segar di ingatanku. Walaupun kita tidak dapat bersama. Aku bersyukur kerana kau telah banyak mengubahku untuk menjadi seorang muslimah yang sebenarnya. Terima kasih Im. Semoga rohmu tenang di sana.
--------------------Aku Kecundang di Jalan Persahabatan--------------------
Tamat

Jumaat, 8 Julai 2011

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.


www.iluvislam.com
Oleh : ibnulatef
Editor : ibnulatef

Selasa, 5 Julai 2011

4 u 2 c, n d 1 u r

Salam, entri ni untuk dia, untuk kamu, untuk kita.

Untuk Kawan

I can be a great friend
I can be a big help
I can be supportive
I can be a shoulder to cry on
I can be loyal friend

But

I can also be a pain in the ass
I can be very judgemental
I can be violent
I can be harsh
I can be stupid

I've hurt a very good friend before
Because I got hurt first
By plotting that revenge, I thought it could ease everything
I thought I was doing the right thing
I am so sorry if I hurt anybody
friends are important to me
thats why I acted so irrasionally
and put that person in shame
I know that now
but please DON'T MESS WITH ME :(
*begging*
I can be a GREAT FRIEND and WORST ENEMY

but never worries, i'm forgetful and adore forgiveness
~
Copy from: http://merahduniamira.blogspot.com/ (thanks, like it!! ^.~)

Ahad, 3 Julai 2011

Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 14

Warkah buat sang ratu...
--------------------------------

Assalamualaikum...
-Dari tiada aku datang dan kepada tiada aku pergi-
"Sesungguhnya engkaulah yang pertama dalam hidupku yang menjadi seorang rakan, teman, sahabat, adik yang tidak nampak manjanya & sang ratu yang pernah singgah di hatiku yang inginku nobatkan sebagai permaisuri di hatiku" ^.~

Teman yang ku kasihi.... ^.~
Sebagai seorang teman yang baru ku kenali, inginku berpesan kepada diriku & juga dirimu, Ikhlaskanlah diri untuk menjadi seorang muslimah yang mengejar 'title' SOLEHAH. Dambaan semua wanita di dunia fana menuju gerbang Ilahi di akhirat sana.
------------------------
Sesungguhnya, aku juga sepertimu, masih terkapai-kapai mencari jati diri. Sebagai seorang manusia yang hina, tidak terlepas untuk membuat dosa dan maksiat. Aku selalu dahagakan kasih, mendambakan penawar penyakit hati berupa nasihat-nasihat yang membina peribadi muslim sejati. Sesungguhnya,DUNIA yang dilihat adalah fana semata, tipu daya berupa keseronokan sementara. Jagalah peribadi dan akhlakmu kerana sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah yang disulami dengan peribadi yang mulia. Capai lah ia sehingga Kau menangis kerana Ilahi...
============================
Sahabatku yang ku cintai... ^.^
Sesungguhnya aku mengharap dipertemukan dengan seorang sahabat sejati, yang sentiasa memayungi daripada hujan fitnah dan cabaran hidup yang penuh duri dan liku. Sebagai seorang teman yang tidak rapat denganmu, aku mengajak dirimu memelihara pakaian hidupmu berupa takwa. Jagalah hubungan dengan Allah. InsyaAllah, Allah akan menjaga hubunganmu dengan manusia. Sesungguhnya, permainan hati itu penuh dengan tipu daya. Bahagia yang dirasa hanya sekejap saja. Tidak salah untuk mengucapkan kepada kekasihmu yang bergelar sang suami: "I love U", "Aku sayang kamu", "Aku mencintaimu" dan seumpamanya. Ini juga akan menjadi amalanku suatu masa nanti. Tetapi, sebaiknya, janganlah ia didedahkan kepada manusia. Apatah lagi ia hanya untuk tatapan manusia.
===================

Wahai adikku Imah yang manja lagi ku sayangi dan kukasihi... ~.~
Sebagai seorang abang, ingin abg berpesan kepadamu. Janganlah adik dengan suka2 menyayangi dan mencintai seseorang lelaki itu. Cinta yang di luar ikatan pernikahan itu, haram hukumnya kerana ia bisa mengundang dosa. Abg tau, adik memang banyak kali mengalami dan merasai makna percintaan. Abg pun sama juga, pernah merasainya.
Simpanlah kata-kata indah untuk suamimu yang tercinta. Tutuplah auratmu serapat-rapatnya. Sebagai seorang abang, aku ingin menasihatimu. Janganlah membiarkan dirimu menjadi tatapan sang lelaki yang bergelar buaya untuk memuaskan nafsu mereka. Sesungguhnya kecantikanmu itu hanyalah pinjaman daripada Allah untuk mengujimu. Jagalah amanah itu sebaik-baiknya. Jangan biarkan ia menjadi fitnah untuk dirimu yang menarikmu ke neraka. Na'udzubillahimindzaalikh...

Seorang lelaki yang memandang gambarmu yang cantik dgn nafsu, maka bertambahlah saham dosamu di buku amalanmu. Bayangkan jikalau yang memerhati itu adalah ramai bilangannya dan memujimu kerana nafsu. Alangkah besar dosa-dosa yang datang yang tidak disangka memenuhi saham amalmu. Berjaga-jagalah adikku. Aurat yang terdedah itu dosa. Samalah seperti seorang lelaki yang ghairah melihatmu dengan pakaian yang ketat dan menonjolkan bahagian2 auratmu. Syaitan itu ada di mana2, berwaspadalah. Abg bukan seorang manusia yang mulia. Jauh sekali utk mencapai taraf itu. Cuma abg berbicara atas dasar pengalaman bersama kaum sejenis abang. Kerana abgmu ini adalah lelaki dan pernah melalui dan merasai peristiwa seperti itu...
==================
Duhai sang ratu yang ku impi...
Aku pernah menginginkan untuk meletakkan dirimu di hatiku. Maafkan aku.
Aku pernah berhajat untuk menyunting dirimu menjadi pasangan hidupku dunia dan ukhrowi. Sebelum mengenalimu, aku telah menyapa taman 'Friendster' mu berulang kali. Aku sentiasa menantikan kehadiranmu dan menjenguk khabar berita yang berlaku di 'dinding' lamanmu. Aku beranikan langkah untuk mengetuk pintu hatimu. Kerana aku ikhlas utk mengenalimu dan menjadi teman sejati dalam hidupmu. Pernah ku tanya akan soalan kepadamu. "Sudikah untuk menjadi pasangan hidupku?" Soalan itu ku tanyakan dengan ikhlas dan jujur kepadamu. Andai di beri peluang, inginku menyarungkan tanda pertunangan dan pernikahan di jari manismu. Tapi aku tahu, itu mustahil bagiku kerana ada kumbang lain yang telah berjaya menakhluki hatimu. Apabila engkau war warkan tentang perubahan perhubungan statusmu. Maka, bermulalah saatnya aku rasa menjauh darimu. Sesungguhnya, haram hukumnya dalam islam mengganggu tunangan orang. Oleh itu, aku tiada hak untuk mencuba mendekatimu lagi, wahai bunga yang sudah dipetik orang. ^.~ Aku lepaskan dirimu kepadanya, dan aku berdoa semoga dikekalkan hubungan itu sehingga ke jinjang pelaminan. Aku juga tidak putus untuk berdoa semoga ada jodoh antara kita....
=================
Buat saudari Ima, gelaran yang ku beri bukan hanya saja2. Ada maksud tersirat disebalik namamu itu. Sebagai tanda ingatan mengenalimu. ^.~ Sesungguhnya banyak yang ingin abg coretkan untukmu. Namun tidak terungkai dengan kata-kata. Cukuplah ini sebagai bekalan kedua yang abg perkatakan kepadamu. Ingatlah selalu pesanan abgmu ini: "Jaga Diri, Hiasi Peribadi; Moga Menjadi Muslimah Sejati (Solehah).
Andai kata2 abg ini mengguris hatimu, Maafkanlah abg ya. Abg memang tidak layak untuk berbicara begini apatah lagi seorang yang asing dalam hidup Ima. Sesungguhnya bila Ima menganggap abg sebagai seorang abg, abg rasa bertanggungjawab untuk menegurmu. Sesungguhnya, abg hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dengan kata-kata nista. Terpulanglah kepada Ima, samada hendak menerima atau mengabaikan sahaja kata-kata abg ini ^^
------------------
Sentiasalah tanamkan sifat syukur kepada Allah. Pintalah pimpinan, petunjuk dan hidayah dariNYA. Semoga dikau sentiasa dalam peliharaanNYA....
=================
Tiada ucapan yang mampu abg perkatakan. Hanya ucapan ribuan terima kasih di atas peluang yang Ima berikan untuk abang mengenalimu. Abg sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan insan sepertimu. Andai ada jodoh, kita akan bertemu lagi. Salam ingatan dari perantauan.
Marilah kita sama2 ikrarkan di dalam hati ""Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)...
Semoga rasa cintaku terus segar kepadamu wahai bidadari idaman.. JDHP, MMMS.... Salam kemaafan... Assalamualaikum
------------------------------------------------

Warkah ini ku kirim di akhir perkenalan kita. Sebulan sebelum saat kau bergelar isteri orang. Hari ini adalah hari yang bersejarah dalam hidupmu. Aku bersyukur kerana engkau masih sudi mengundangmu ke majlis pernikahanmu. Maafku pinta kerana tidak dapat menghadirinya kerana kesibukan kerja disamping kedudukan yang jauh di seberang..

--> bersambung

Ahlan wa sahlan Syaaban..Ku Mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...

Oleh: Mohd Sukki Bin Othman (Ust Shauqi)

Sedar tak sedar kita kini sudah berada pada bulan Syaaban . Masa berlalu dirasakan begitu pantas sekali. Ini juga bermakna umur kita semakin meningkat dan sewajarnya kita sentiasa bermuhasabah iaitu sudahkah kita melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita dengan sempurna, dan sudahkah kita bersedia dengan amalan-amalan yang akan dibawa menemui Allah?

Bulan Syaaban menyusul selepas daripada bulan Rejab. Manakala selepas itu, akan datang pula bulan yang mengandungi penuh rahmat iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak. Namun, Apabila tibanya bulan Rejab dan Syaaban, kita seringkali mendengar hadis-hadis mengenai mengenai bulan-bulan ini akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya ialah hadis:“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Hadis ini adalah hadis munkar dan kebanyakan ulama' menyatakan bahawa ia adalah hadis palsu. Apabila membicarakan tentang bulan Syaaban, maka sewajarnya kita merujuk kepada riwayat-riwayat yang sahih dan yang diterima oleh para ulamak agar kita tidak termasuk dalam golongan 'pak turut' yang hanya melakukan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Sedangkan Islam itu sendiri adalah agama ilmu, maka sewajarnyalah apa yang hendak dilakukan mestilah berteraskan kepada ilmu.

Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi, tidak ada suatu pun keistimewaan pada pertengahan bulan Syaaban (nisfu Syaaban) sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh masyarakat pada hari ini. Sebaliknya peristiwa besar yang berlaku pada pertengan bulan Syaaban ialah peristiwa yang berlaku pada tahun kedua hijrah iaitu peralihan kiblat daripada Baitul Maqdis ke Kaabah iaitu daripada Masjid al-Aqsa ke Masjid al-Haram. Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah al-Baqarah ayat 144 yang bermaksud:"Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya…"

Selain daripada peristiwa tersebut, sesuatu yang sahih daripada nabi pada bulan Syaaban ini ialah nabi saw memperbanyakkan berpuasa sunat sebagai suatu persediaan menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Aisyah r.a menyatakan bahawa:

"Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa baginda akan berpuasa berterusan. Dan baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangka baginda akan berbuka (tidak berpuasa) seterusnya. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban."

Usamah bin Zaid pula menceritakan; "Saya telah bertanya kepada Rasulullah saw, wahai Rasulullah saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban", lalu Baginda menjawab, "Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadan, ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.'' (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Nas'aei).

Justeru, daripada hadis-hadis di atas, kita mendapati bahawa nabi saw amat mengambil berat untuk memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban. Di samping itu, sesiapa yang masih berhutang puasa pada Ramadhan yang sebelumnya seperti wanita yang meninggalkan puasa kerana 'datang bulan', maka inilah waktu yang sesuai untuk mempastikan agar segala 'hutang' dilunaskan sebelum tibanya bulan Ramadhan. Sebagai mencontohi sunnah nabi, kita juga sewajarnya memperbanyakkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban yang mulia ini.

Di samping berpuasa, kita juga boleh memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang lain untuk memepertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan sebagai suatu persediaan untuk memperbanyakkan lagi amalan pada bulan Ramadhan. Antara amalan yang boleh dilakukan selain daripada berpuasa ialah membaca al-Quran, bertaubat, beristighfar, berzikir, memperbanyakkan solat sunat, bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim, melakukan amalan kebajikan, memohon keampunan untuk ibu-bapa, memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan sebagainya.

Persoalan seterusnya yang selalu timbul dalam masyarakat kita ialah amalan pada malam nisfu syaaban. Biasanya pada malam nisfu syaaban, masjid-masjid dan surau-surau akan merayakan malam tersebut dengan amalan-amalan tertentu. Di beberapa tempat di negara kita, pada malam nisfu syaaban, orang ramai biasanya berkumpul di masjid-masjid dan mereka membaca surah yasin bersama, kemudian melakukan solat sunat dua rakaat dengan niat panjang umur, solat sunat dua rakaat lagi dengan niat agar menjadi kaya dan tidak tergantung pada orang lain, dan sebagainya. Setelah itu, mereka membaca doa yang panjang, iaitu doa yang dikhususkan bacaannya pada malam tersebut.

Menurut al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi , tidak ada satu hadis sahih mengenai keutamaan malam nisfu syaaban, dan semua hadis mengenainya bertaraf dhaif yang tidak boleh diamalkan. Walau bagaimanapun terdapat hadis mengenai fadilat malam nisfu syaaban yang dianggap Hasan oleh sebahagian ulamak, walau ia telah didhaifkan oleh sebahagian ulamak lain. Hadis tersebut ialah: “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah.

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan pada malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan tertentu pada malam tersebut (sekiranya dianggap sebagai satu kemestian dan wajib seperti ‘mesti’ membaca Yasin sebanyak tiga kali, dan menunaikan solat-solat tertentu sempena nisfu syaaban) adalah bukan ajaran Nabi s.a.w. Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya 'Fatawa Mu'asirah', “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya".

Inilah juga pendapat majoriti ulamak seperti Sayyid Sabiq, Prof Mutawalli Sya'rawi, Dr Abdul Karim Zaidan dan sebagainya. Begitu juga dengan doa khusus yang dibaca pada malam nisfu Syaaban, ianya bercanggah dengan nas al-Quran dan Hadis. Inilah pendapat yang dikemukakan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi.

Justeru, daripada pandangan-pandangan ulamak yang dikemukakan di atas, adalah menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk memahami dengan sejelas-jelasnya agar kita tidak termasuk dalam golongan yang membuat sesuatu amalan itu secara membuta-tuli. Ini bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh melakukan amalan pada malam nisfu syaaban, akan tetapi kita tidak boleh melakukan amalan-amalan yang tidak diasaskan oleh nabi dan yang bercanggah dengan hukum syarak seperti menunaikan solat sunat khusus untuk panjang umur pada malam nisfu syaaban.

Namun, untuk membaca ayat-ayat al-Quran tertentu seperti Yasin dan seumpamanya, maka ia boleh dilakukan tetapi dengan syarat kita tidak ‘mewajibkan’ bacaan Yasin sebanyak 3 kali dan seumpamanya. Alangkah baiknya juga kalau pada malam itu juga diisi dengan program pengajian ilmu agar pemahaman terhadap ajaran Islam semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Justeru, amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, berpuasa dan yang seumpamanya hendaklah dilaksanakan bukan sahaja pada malam nisfu syaaban, akan tetapi kita hendaklah beristiqamah melaksanakan amalan-amalan kebajikan tersebut pada bila-bila masa sahaja siang ataupun malam. Sesungguhnya apabila kita dapat melaksanakan sesuatu amalan dengan penuh keikhlasan dan amalan tersebut bertepatan dengan hukum syara', maka kita akan tergolong daripada umat Islam yang menuju ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Perbanyakkanlah amalan sunat di bulan Syaaban sebagai suatu persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak!.

Sumber : http://ustazshauqi.blogspot.com/2010/07/kemuliaan-bulan-syaaban.html

Sabtu, 2 Julai 2011

Hadiah... ooo Hadiah!! I Like ^_^

Minggu ni boleh katakan minggu yang bertemakan sukan.. Apa tidaknya, Start dari hari Rabu sampai Khamis, Sambutan Sukan dan Sukaneka Peringkat Sekolah di sekolahku. 3 hari tu.. Macam2 ada.. Saya.. Tugas macam2 ada.. haha.. Mmg style la.. Jadi juri, jadi peserta, jadi ajk PA, jadi trainer tarian, jadi jurukamera dan macam2 lagi la.. Tapi buka pasal ni yg mahu diceritakan. Tengok tajuk dia.. Hadiah.. Ha, apa hal dgn hadiah ni. Apa kena mengena pulak ^^.. Hehe..

"Tuah ayam nampak d kaki, tuah manusia siapa yang tahu"... Masa sambutan sukan tu, banyak acara yg dpertandingkan. Namun xda satu pun yg menang.. kesiannya.. Selama 2 hari, tak dapat hadiah.. Then, hari ketiga, cubalah beli cabutan tiket bertuah. Saja2 ja nak hiburkan hati. Tak banyak pun. beli 10 tiket=RM1o. Saya tunggu dari pagi, tak jugak kena. haha... Malas menunggu, bagila tiket tu dgn murid2. Suruh dorg tengokkn. Sehinggalah ke hadiah/hamper yg terakhir. Masa tu sy pun ada pegang jugak sedikit tiket tu. tengok2 tak kena jugak. Tanya murid yg pegang, tak dapat jugak. Huu..hampa.. Then, pegilah ke bilik guru. Tiba2 seorang murid datang. Dia bagi tau, "Cikgu, cikgu dapat hadiah besar".. Wa.... Masin mulut saya.. Tadi kata hadiah last tu saya yg punya.haha.. Saya tersenyum lebar.. lebar tu..haha

"Berakhirnya sambutan sukan peringkat sekolah.. masuk 100m kalah.. masuk acara lain pun kalah jugak.. Menantikan cabutan bertuah.. out of 60, takda satu pun dapat.. mmg bad luck betul... asyik org yg sama ja dpt hamper.. bertuah betul.. tapi tak sangka, hadiah yg last mengena kepada aku..haha.. Hadiah palin grand.. besar punya.. best3x!!! TAHNIAH!! ada jugak rezki.. besar tu..haha.. ^^."

----------------------------------------

Lepas tu hari sabtu ada larian 1 murid 1 sukan. Malas nak ikut sbnarnya tapi dah kawan lain ajak, apa lagi... Masuk jela.. men hentam saja... Larian Jogathon kategeri lelaki senior.. Fuh!! satu persatu memintas saya.. Awalnya bukan main lagi.. bersemangat la konon (<-- saya la tu..haha) tgk2, dapat nombor 3.. Tak sangka, ada jugak nombor.. Yeah!!! bertambah koleksi hamper saya.. Kelmarin dapat.. Arini pun dapat... Alhamdulillah..hehe

----------------------------------------

Minggu ni best.. Dapat hadiah.. Isnin pulak dapat cuti..yeahhhh!!! Semoga Allah melimpakhan rezki ke atasku. Rezki yang halal lagi baik.. Amiin..

"Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.." Amiin ya robbal 'aalamiin..

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab


(sumber gambar:http://mpp-upmkb.blogspot.com)

Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w...
"YA ALLAH, ALLAHUMMA SHOLLI 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WA SHOHBIHI WA SALLIM..."

Salam israk dan mikraj untuk teman pembaca sekalian..

Sekarang dah sampai ke penghujung bulan rejab kan.. Saya bertanya kepada diri saya dan teman2 sekalian.. Tahukah kita tentang peristiwa besar ini? Ya, mungkin ramai diantara kalian yg begitu mengerti akan peristiwa sirah nabi ini. Ada yg belajar, mendengar melalui ceramah, seminar dan pembacaan melalui buku2 agama. Alhamdulillah....

FIRMAN Allah yang bermaksud: “Maha suci Allah yang menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk, ayat 1)
Israk adalah perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem, manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah SAW menuju ke langit ketujuh, Sidratul Muntaha, ‘Arasy dan Singgahsana (Kursi) Allah dan menerima wahyu dari Allah Yang Maha Besar.

Terus terang saya katakan, saya masih jauh untuk melihat apa yg berlaku disebalik kejadian ini. Dari sinilah bermulanya perintah solat 5 waktu. Kita harus bersyukur kerana dipermudahkan untuk menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Setiap peristiwa yg berlaku mempunyai hikmah yang tersendiri.. Saya tidak pandai berbicara tentang peristiwa agung ini sbb sy bukanlah terdiri dikalangan org2 yg berilmu lagi dipercayai.. Nway, jom luangkan masa utk menyelami rahsia, hikmah dan fadhilat di sebalik peristiwa israk mikraj ini... jom kita belajar sejarah....jom kita luangkan masa utk ALLAH..jom baca: ^_^ D bawah ni sy ada sertakan link tuk tatapan bersama.. mana2 pun boleh..sama saja... Selamat membaca...

*Peringatan utk diriku --> "Apa yg penting bukan apa yg kita faham atau yg kita baca, tetapi apa yg kita dapat ambik iktibar utk muhasabah dan memajukan diri sendiri"....
___________________________________________________________________________

http://www.al-azim.com/~beringin/agama/israkdanmikraj.htm

http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/02/26/peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad-s-a-w-27-rejab-2/

http://www.mypsa-wa.org/pdf/isra_mikraj.pdf
----------------------------------------------------

http://faizsolehan.blogspot.com/2011/06/israk-mikraj.html
----------------------------------------------------

http://dirihamba.blogspot.com/2011/06/israk-mikraj-apa-yang-perlu-anda-tahu.html

Selasa, 21 Jun 2011

Akidah yang hilang??

Assalamualaikum kepada teman seagama denganku sekalian.. Kali ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang hilang dan amat penting dalam kehidupan seorang yang beragama islam. Apakah itu? Pernahkah sahabat-sahabat mendengar istilah "Aqidah Al-Wala' Al-Bara'? Mari kita sama2 menyingkap erti disebalik "Al-Wala' Al-Bara'".

-----------------------------------------------------
Sesungguhnya apabila hamba ALLAH benar2 ikhlas mahu bermujahadah pada jalanNya. Pasti IA akan tunjuki jalanNYA. InsyaAllah, ketika seorang mukmin berada di puncak amal, akidah itulah nanti yg akan menyelamatkan dia dari sifat ghurur yg diciptakan oleh iblis laknatullah. Misalnya kebanyakan pendapat ulama tasawuf menyatakan bahawa apabila seseorang itu beramal hendaklah dia beramal semata-mata kerana Allah. Dalam pada itu, kita tidak beramal kerana inginkan syurga dan takutkan neraka. Barangsiapa yg beramal dalam keadaan demikian, sesungguhnya mereka itu jatuh kepada hukum syirik kecil, iaitu dosanya dosa besar kerana syurga dan neraka itu adalah makhluk Allah. Jika seseorang itu tidak memahami akidah Al Wara' al Bara', pasti tipu daya iblis akan menggunakan senjatanya untuk menyesatkan manusia dengan mengatakan bahawa apakah patut kita tidak takut kepada neraka. Dan tidak menyukai syurga sedangkan Allah mengkhendaki kita takut kepada nerakaNya dan hendaklah mencintai SyurgaNya. Justeru, seseorang para salik akan tersesat jalan kerana berpegang kepada fahaman hakikat semata iaitu beramal hanya kerana Allah. Walaupun Allah menyuruh kita takut kepada neraka tetapi para salik ini tidak beranggapan mereka perlu takut kepada neraka kerana bagi mereka perbuatan itu boleh menyebabkan mereka syirik. Maka iblis pun terketawa terbahak-bahak kerana kebodohan para salik yg tidak menguasai akidah yg sempurna lalu mengiyakan sesuatu perkara yg Allah suruh (iaitu beramal semata-mata kerana Allah bkn kerana makhluk) dan menidakkan sesuatu perkara yang Allah suruh seperti hendaklah org beriman takut ancaman nerakaKu dan cintailah syurgaKu. Hal ini sama juga apabila Allah memerintahkan hendaklah kamu taat kepada Allah, kpd RasulNya dan juga kepada ulil amri. Ternyata jika tidak ada pengetahuan tentang akidah Al Wala' dan Al Bara', ayat tadi pasti dianggap oleh para salik sebagai ayat yg tidak perlu dipatuhi kerana boleh menyebabkan syirik. Yang harus dipatuhi ialah Allah semata-mata. Itulah antara tujuannya saya mengkhendaki anda menguasai akidah yg hilang itu kerana akidah inilah nanti yg akan berfungsi memulihkan kembali agama Allah tanpa melihat kebenaran berasaskan hubungan kekeluargaan, keakraban, kebangsaan dan kenegerian. Dengan kata lain, akidah ini sanggup memancung kepala ibu kita, ayah kita, suami kita, isteri kita, anak kita dan siapa sahaja yg dekat dengan kita sekiranya mereka itu musuh Allah yg nyata. Sebagai seorang yg berpegang kepada akidah ini, mereka akan memancung musuh2 Allah yg Allah benci dan mereka akan mencintai sesiapa sahaja makhluk yg Allah cintai. Justeru, tidak ada istilah konsep asabiyah dan konsep kebangsaan yang ada dalam roh islam itu sendiri. Itulah ajaran islam yg sebenarnya yg telah hilang akibat perancangan rapi yg dilakukan oleh puak yahudi utk menghancurkan islam. Untuk kembali semula menjadi agama yg menguasai segala agama di muka bumi, maka akidah ini menjadi tunggak utama dalam mewujudkan cita2 yg di impikan oleh semua umat islam. Inilah akidah yg pertama2 ditekankan oleh baginda Rasulullah.

Dalam sirah nabi, dikisahkan tentang seorang sahabat iaitu Mus'ab bin Umair r.a. Ketika itu, saudaranya yg masih kafir berada dalam kawalan Abdul Rahman bin Auf sebagai tawanan perang. Maka berkatalah Mus'ab:

"Tambat olehmu akan tawananmu."

Lantas berkata saudaranya yg menjadi tawanan perang itu. "Hai saudaraku, adakah pantas engkau katakan begitu?"

Mus'ab menjawab: "Sesungguhnya ia (Abdul Rahman Auf) adalah saudaraku, bukan engkau." Maka bila ternyata baginya bahawa orang itu adalah musuh Allah, Mus'ab merongkaikan ikatan persaudaraan atas dasar darah ikatan kaum kerabat (adik-beradik).

Dan sesungguhnya akidah ini telah kelihatan sejelas-jelasnya dalam masyarakat Madinah di zaman Rasulullah. Ketika itu, para sahabat membunuh ayahnya yg musyrik serta saudara-saudaranya yg musyrik sebagai pendekatan diri kepada Allah di medan perang. Lalu turunlah satu ayat yg mengisahkan tentang Abu Ubaidah r.a. ketika ia membunuh ayahnya dalam peperangan badar. Ini menerangkan kepada anda akan puncak yg tinggi yg mana mereka memperoleh selama mereka berada dalam didikan tangan Rasulullah s.a.w.

Firman Allah yg bermaksud:
"Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.

(Surah Al-Mujadalah: 22)

Begitu juga kisah Mahisah bin Mas'ud membunuh pemimpin bani Quraizah, berkata kepadanya oleh saudara tuanya (abang) yg kafir:
"Hai Mahisah, alangkah kerasnya hati engkau". Mahisah menjawab: "Sesungguhnya telah menyuruh akan aku untuk membunuhnya oleh orang yg jikalau menyuruh ia akan aku membunuhmu, nescaya aku bunuh engkau. Demi sesungguhnya telah menyuruh akan daku oleh Rasulullah s.a.w untuk membunuhnya dan jikalau ia menyuruh aku untuk membunuhmu, nescaya aku bunuh engkau."

Dari segi bahasa, Al-Wala' ertinya pertolongan, kecintaan, persahabatan, ketaatan dan seumpamanya. Sementara Al-Bara' bererti terlepas atau bebas atau membenci sesuatu kerana menuruti sesuatu.

Ketika melihat musuh-musuh Allah, akidah Al Wala' Al Bara' yg berfungsi membentuk perpaduan, persatuan dan kekuatan ummah yg bersatu bukan atas dasar kebangsaan atau keturunan atau darjat atau kekerabatan TETAPI AKIDAH INI DIJALINKAN OLEH HUBUNGAN IKATAN SILATURRAHIM ATAS NAMA LAILAHAILLALLAH. Maka pihak musuh telah dapat mencium kekuatan sebenar umat islam lalu merekapun mencipta semangat kenasionalan (kebangsaan). Kalau dalam negara kita, konsep satu malaysa itulah ajaran dajjal. Ingat itu. Jika kita membenarkannya akidah kita sudah tercedera dan kesuciannya sudah ternoda.

Firman Allah ta'ala yg menggambarkan betapa benarnya hubungan kekerabatan bukanlah sebagai tanda orang itu benar-benar beriman kepada Allah melainkan kekerabatan itu juga adalah mencintai Allah. Firman Allah yg bermaksud:

"Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhiana kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)." (At Tahrim: 10)

Firman Allah lagi yg bermaksud:
"Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dari daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja. Kecuali perkataan Ibrahim kepada bapaknya: "Sesungguhnya aku akan memohonkan ampunan bagi kamu dan aku tiada dapat menolak sesuatupun dari kamu (siksaan) Allah." (Ibrahim berkata): "Ya Tuhan kami hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali."
(Al Mumtahanah: 4)

Malah, Ibnu Taimiyah berkata: "Tiada kegembiraan dan tiada pula kelazatan yg sempurna bagi hati kecuali kecintaan kepada Allah, mendekatkan diri kepadaNya dengan sesuatu yang DIA sukai. Tidak mungkin ada kecintaan pada Allah kecualoi berpaling dari tiap2 yg tidak dicintaiNya. Dan inilah hakikat LAAILAHAILLALLAH, iaitu agama Ibrahim dan seluruh nabi-nabi. Adapun bahagian kedua iaitu MUHAMMADURRASULULLAH maknanya adalah semata-mata mematuhi Rasulullah s.a.w terhadap apa yg diperintahkannya dan meninggalkan sesuatu yang dilarangNya. Inilah gambaran-gambaran kekasih Allah (para wali) yang termaktub dalam sebuah hadis sahih.

"Sesungguhnya, ada golongan manusia dari hamba2 Allah, mereka bukan dari nabi-nabi dan bukan pula dari orang-orang yang syahid. Para nabi dan syuhada mengkagumi mereka pada hari kiamat kerana kedudukan mereka daripada Allah ta'ala. Sahabat berkata: "{Ceritakanlah kepada kami siapa mereka itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Mereka adalah suatu golongan yang saling cinta-mencintai kerana agama Allah, bukan kerana hubungan sanak saudara diantara mereka dan tidak pula harta yg membuat mereka saling menyayangi dan saling mengasihi, demi Allah sesungguhnya wajah mereka bercahaya-cahaya dan sesungguhnya mereka di atas cahaya. Mereka tidak takut apabila manusia takut dan mereka tidak tidak berdukacita apabila manusia berdukacita." Kemudian Baginda membaca ayat: "Ingatlah sesungguhnya kekasih-kekasih Allah tiada berasa takut dan mereka pula tidak berasa dukacita."

Juga dalam hadis sahih yg lain, maksudnya:
"Seteguh-teguh ikatan iman ialah tolong-menolong kerana Allah dan berseteru kerana Allah jua dan cinta kerana Allah dan benci juga kerana Allah."

Dalam hadis sahih yg lain: Maksudnya:
"Kasih-sayangku adalah menjadi hak orang yang nasihat-menasihati keranaKU dan kasih -sayangKU menjadi hak orang yang kunjung-mengunjungi keranaKu, dan kasih sayangKu menjadi hak orang yang saling bermurah hati keranaKu, orang yang kasih-mengasihi adalah di atas mimbar dari cahaya yang mana para nabi, Assiddiqin dan para syuhada merasa kagum melihat mereka dengan sebab tempat mereka itu."

Ada banyak hadis dan ayat Al quran melarang kita mengikuti, memasuki, mempercayai dan menuruti serta mengiyakan apa yang dibawa oleh orang-orang kafir. Sebahagian daripada hadis tersebut adalah seperti berikut:

Maksudnya: "Sesiapa yang berkumpul dengan orang-orang musyrik dan tinggal besertanya, maka sesungguhnya ia adalah seumpama orang musyrik tersebut."

Lihat bagaimana Allah menegur Nabi Nuh dan mengajarnya memutus hubungan kerabatnya iaitu anaknya setelah ia cuba meminta agar Allah menyelamatkan anaknya.

Firman Allah: "Allah berfirman: "Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya (perbuatan)nya perbuatan yang tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakekat)nya. Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan."

(Huud: 46)

Kemudian, lihat pula bagaimana Nuh menyatakan taubatnya kepada Allah atas kesalahannya emminta sesuatu yang tidak sepatutnya kepada Allah:

"Nuh berkata: Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikat)nya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk orang-orang yang merugi."
(Huud: 47)

Dengan kata lain, sesiapa yg cinta kepada Allah dan membenci kerana Allah dan ia menolong kerana Allah dan memusuhi juga kerana Allah makahasanya tercapailah pertolongan Allah dengan yang demikian dan seorang hamba Allah tidak akan mendapatkan rasa keimanan dan jika sekalipun banyak sembahyangnya, puasanya, sehingga dia berada dalam keadaan demikian. Tegasnya doa kaum mukmin tidak mungkin Allah tunaikan tanpa akidah ini. Inilah juga kunci makbulnya doa seorang ahli di jalan kebenaran. Wallahu'alam..
-----------------------------------------------

Semoga perkongsian ini memberi kebaikan dunia dan akhirat.. Ku panjatkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana memberi petunjuk ke jalan yang benar... Ya Allah, janganlah Engkau palingkan hatiku setelah Engkau beriku petunjuk... Amiin...

Setinggi-tinggi rasa kecintaan ku tujukan kepada guruku.... MT atas ilmu yang diajarkan kepadaku.... Alhamdulillah...

Dari yg tiada kepada ada.... MT

Isnin, 16 Mei 2011

Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 13

Selesai solat jumaat, aku sempat mengikuti halakah ilmu yang diketuai oleh Akhi Aiman, ustaz di sekolah Kebangsaan Tungku. Biasanya, waktu seperti ini lah yang aku nantikan. Saat yang menjadi tunjang penambahan ilmu, muzakarah yang dibaluti mahabbah. Menjernihkan kembali hati nurani, mendekatkan diri kepada Ilahi, merapatkan tautan hati antara ahli, menuntun jiwa ke arah pembinaan adab, akhlak dan budi pekerti. Alhamdulillah, hatiku mekar dengan curahan inspirasi daripada kata-kata motivasi yang dicurahkan disepanjang usrah ini. Kata-kata yang dipetik daripada Qur’anul karim. Kata-kata yang diolah bersandarkan kepada hadis nabi. Allahuakhbar!! Sungguh indah bait-bait itu. Mutiara hikmah yang terluah semata-mata mengharapkan redha yg Maha Esa.

Naqibku mengemudi usrah dengan berkata: “Orang yang mampu bersabar itu ialah orang yang beriman. Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang yang bersabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertaqwa” (Surah al-Baqarah,2:117).

Tambah beliau lagi: Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya kesabaran itu ialah pada hentaman (pukulan) pertama (Muttafaq ‘alaih).

“Apa khabar iman anda? Makin bertambah atau berkurang? Atau dalam keadaan tidak berubah?” Soalan pertama diajukan kepada kami. Alhamdulillah, ada rata-rata yang menjawab mengatakan bahawa iman mereka semakin bertambah. Tidak kurang juga yg berkurang. “Aku? Bagaimana imanku?? Bertambahkah? Rasanya langsung tidak bertambah. Malahan semakin hari-semakin berkurang. Allah!! Jahilnya aku. Bertambah jahil….. Bertambah jahil…… Dan…. Semakin jahil. Akukah org beriman? Atau akukah makhluk yg hina, senantiasa bergelumang dengan dosa dan zina. Maksiat bersarang di jiwa”. Aku menangis di dalam hati. “Im, apa khabar iman Im sekarang? Naqibku memecah kebisuanku. “Err.. Alhamdulillah, masih berusaha men-‘upgrade’ iman ya akhi”. Jawabku gugup. Aku tunduk malu. Malu kepadaMU ya Allah. Malu kerana mengakui diriku beriman. Tetapi sebaliknya…..

Akhi Aiman meneruskan tazkirahnya. “Semoga iman kita sentiasa bertambah walau sedikit. Paling tidak pun, biarlah iman kita dalam keadaan istiqomah. Itu memang lumrah kehidupan manusia. Ada kalanya iman kita bertambah, adakalanya berkurang. Seperti pasang dan surut. Sentiasa berubah-ubah. Sentiasalah mendekatkan diri kepada Allah. InsyaAllah, kita akan dapat meningkatkan amal ibadah kita”.

“Saudara-saudaraku sekalian, Sesungguhnya yang paling kukuh keimanannya ialah bersahabat kerana Allah, bermusuh kerana Allah, bercinta kerana Allah dan membenci kerana Allah. (Hadis riwayat Tabarani & Ibnu Abbas r.a.). Cinta yang meminggirkan cinta Allah amat rendah mutunya. Apabila kita mencintai kerana nafsu, maka nafsulah yang akan menjadi raja. Hati kita akan dipimpin oleh nafsu. Berusahalah dan bercintalah kerana Allah. InsyaAllah, hidup kamu akan diberkati dan diredhai”, Terang Ustaz Aiman.

Banyak yang kami kongisikan dan bincangkan di majlis ilmu ini. Semuanya berkisar kepada kehidupan dan masalah-masalah peribadi. Dan yang utama tidak lari dari topik mentauhidkan Ilahi. Aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk muhasabah imanku melalui wadah seperti ini.

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
” Akhi Aiman merumuskan perkongsian kami dengan memetik firman Allah s.w.t. dalam al-Quran, surah al-Ra’d ayat 28. Kami pun saling berpeluk-pelukan dan bermaaf-maafan disebabkan lama tidak bersua. Aku gembira kerana dapat bersama-sama mereka sempena cuti sekolah kali ini.

Aku pulang dengan hati yang tenang. Aku tersenyum riang. Ada suatu perasaan gembira di hatiku. Sesungguhnya, aku mencintai orang-orang seperti mereka, orang-orang yang mendekatkan aku dengan Allah. Sepertimana Abu Ya’la meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a., beliau menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah ditanya: “Ya Rasulullah! Teman duduk-duduk kami yang manakah paling baik?” Sabda Baginda yang bermaksud: “Dia ialah orang yang mengingatkan kamu kepada Allah (apabila kamu melihatnya) dan bertambah ilmu kamu (apabila mendengar) bicaranya dan mengingatkan kamu kepada Allah (apabila melihat) amalannya”. “Moga-moga, aku sentiasa didampingi oleh orang-orang seperti ini”, aku berdoa di dalam hatiku.

Di dalam kereta, aku mengingat kembali kata-kata yang diluahkan oleh naqibku itu. Tiba-tiba mataku berkaca-kaca mengenangkan kalam ilahi. “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan” (Surah al-Isra’, 17:32). Ayat ini menempelak diriku. Aku sangat terkesan dengan maksudnya. Sesungguhnya, aku yang kononnya dikatakan selalu pergi ke surau adalah orang yang menjaga tatasusila dan peribadi. Walhal, aku sangat lemah dalam menentang nafsuku. Sesungguhnya percintaan antara manusia itu amat sukar untuk membendung rayuan nafsu. Walau macammana cara sekalipun di bending. Pasti akan terhasut juga.

“Ima, maafkan Im atas segala dosa-dosa Im sebelum ini. Dosa Im melalui sms, panggilan telefon, chatting, dating, dan bermacam-mcam lagi bentuk fitnah komunikasi selama ini”.

--> bersambung

Ahad, 15 Mei 2011

Selamat Hari Guru ^^

Assalamualaikum…. ^^

Salam ukhuwah.. Ikatan tali antara kita kian erat dimamah usia. Moga-moga ia tetap utuh walau ditelan zaman sekalipun.

Entri kali ini, aku tujukan khas kepada kedua ibu bapaku. Pertama-tama, “Selamat Hari Ibu” buat permaisuri hatiku yang tercinta lagi dikasihi, Bonda Norenah (*maaf lambat wish, sbb bg ank yg nakal ni, hari2 adalah hari ibu.. kan kan? Hehe… Jgn marah ye mak). Dan yg utama dan kedua, “Selamat Hari Guru” buat ayahanda yang dihormati lagi dikagumi, Cikgu Rajid gelaran diberi. Dan tidak lupa juga, ‘Happy Teacher’s Day’ specially to me (Da jadi cikgu ^^), untuk guru-guruku yang mendidikku selama ini, yg memberi sentuhan dalam hidupku sehingga aku berjaya mencapai ‘title’ pendidik, selaku penyambung warisan pembentuk modal insan. Kepada teman-teman seperjuangan, “Selamat Hari Guru”. ^^

Bismillahirrohmaanirrohiim…

“Allahummarahmataka arjuu falaa takilnii ilaa nafsii thorfata a’iin. Wa aoslihli sya’nii kullahu laa ilaa annkta.”

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhan kami, rahmatMu yang sentiasa aku harapkan, kerana itu janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri meskipun sekelip mata, perbaikilah urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau..” amiin……..(Riwayat Ahmad)
--------------------------------------------------------
Inginku nukilkan segala rasa yang terbungkam di dada, khas kepada insan bergelar GURU. Sesungguhnya dulu, aku tidak memahami akan makna tersirat disebalik gelaran yang begitu istimewa ini. Sehinggalah tiba giliranku untuk memikul amanah yg dulu ku perlekeh-lekehkan. Amanah yang amat penting dalam kemenjadian manusia. Aku tidak pandai berfalsafah mahupun berbicara tentang agama. Cuma ingin berkongsi pengalaman yang pernah dilalui dan sedang dilalui merentasi masa kini.

Mengenang zaman kenakalan sewaktu di bangku sekolah rendah lagi, membuatkan aku tersenyum dan berfikir. “Oh, patutlah dulu cikguku mati-mati menghukum dan mendendaku! Rupa-rupanya, mendidik ini bukanlah suatu tugas yg mudah”. Masa kanak-kanak dulu, aku adalah antara manusia yg sangat susah untuk dikawal. Kalau bab ponteng sekolah, akulah nombor satu. Kalau pasal tidak siap kerja rumah, akulah juara. Dan kalau disebut namaku, tidak seorang pun guru-guru yang akan menampakkan senyuman di bibir mereka.

“Ketua kelas, mana si Rozaimi?” Tanya Cikgu. “Dia, ndak ada cigu, dia nda hadir”, jawab ketua kelasku. Antara soalan yg kerap kali ditanya kepada murid-murid setiap kali masa subjek matematik. Aku memang tidak suka matematik. Begitu juga Subjek Agama Islam. Aku amat anti kedua-dua mata pelajaran ini. Kalau boleh, tiap kali ada masa Mt dan Pai, aku akan cuba untuk tidak menghadirkan diri ke sekolah. Nak tahu kenapa? Sebabnya aku amat benci melihat guru-guru subjek ini. Masih segar diingatanku, ketika aku tidak menyiapkan kerja sekolah yg diberi oleh Ustaz Zikri.

Aku antara org yg mendapat penangan yg istimewa pada hari itu. “Rozaimi, pilih 1 antara semua. Kamu nak kena conteng muka atau hisap puting susu mainan atau buka baju atau panjat tiang bendera ataupun kena rotan!!” Terketar-ketar aku masa tu. Rasa macam nak terkencing ja. Mujur dapat di tahan. “Saya nak kena conteng muka ustaz”, jawabku. Rakan2ku semua mentertawakanku setelah melihatkan wajahku yang terlakar muka seekor kucing. Aku menangis masa tu, tak salah ketika aku di tahun 4 cemerlang. Aku memang sangat benci ustaz tu. Tapi Alhamdulillah, melaluinya aku dapat menghafal surah2 lazim yg diarahkannya untuk dihafaz. Walaupun caranya nampak keras, tapi pendekatannya amat berkesan, aku dapat memaksa diriku utk menghafal setiap surah hafazan yg dia arahkan. Yang guru math, lagi la aku benci. Setiap kali ujian, mesti aku gagal. Asyik2 je kena round padang sampai 7 pusingan. Yg buat aku panas tu sbb dia suruh ‘round’ tgh2 panas. Dah la memalukan, depan guru2 dan sekolah. Tension betul aku. Entahlah, aku pun pelik. Apa hal sifat aku tak sama macam dulu.. hehe.. Mungkin Tuhan nak tunjuk kot. Kita boleh berubah. Sebenarnya aku berani buat hal masa skolah rendah dulu sbb bapa aku guru besar kat situ. Sbb tu lah aku naik angin..hehe… ingatkan aku dapat selamat. Tapi, bila kehadiran guru2 baru kat sekolah tu, macam2 rules baru diperkenalkan. Macam aku sebut kat atas tu la.
Walaupun aku didera dan disiksa macam tu. Sebenarnya, aku suka gak. Atleast, aku ada rasa takut untuk timbulkan masalah. Alhamdulillah, berkat kesabaran guru2ku mengajar dan mendidikku. Akhirnya aku berjaya mendapat A dalam 2 2 mata pelajaran tu. Terkejut parent aku. Macam tak percaya ja. Hehe.. Sebenarnya, bila di ‘reflect’ balik. Pendekatan yg mereka guna tu sbnrnya adalah kaedah ‘psychology’. Macam yg aku blajar kat maktab sblm ni. Pendekatan itu jugalah yg aku guna pakai sekarang ni di sekolah yg aku mengajar. Tapi, dimurnikan sedikit. Takut kena saman plak. Hehe.. k.. stop!!

Akhir kata, aku berdoa semoga aku berjaya mendidik dan menghasilkan tokoh2 terkemuka yg akan mengemudi pembangunan Negara kita pada masa akn dating. Kalau tak mampu pun, cukuplah sekadar menjadikan anak2 muridku insan yg berguna utk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara.. ^^

Khamis, 12 Mei 2011

Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 12

“Sampai hati ketawakan adik, huhu…” (muka sedih), keluh Ayang. “Ala, janganlah merajuk!! Nanti abg belikan hadiah besar punye… nak??”, pujukku. “Hehe… nanti dulu. Nak piki kejap! Ok, boleh la… hehe” (tersengih-sengih) “Ha… Sambung lah lagi bang!… Abang tak nak lah, lain kali ek! Alaaaaa… please… (nada memujuk) “Ok2!! Nak sambung dkt mana? Abg sambung kat tempat ‘stop’ td. Lepas tu, apa yg jadi?” tanya Syikin, adik no. 6.

“Abg pun da ingat-ingat lupa la. Abg tak jumpa dia selama lebih kurang 3 minggu. Masa tu abg ada program luar. So, xda kat kolej la. Abg g mane?”, sampuk Shikin. “Abg ikut kem jati diri kat langkawi masa tu. Bila da balik kolej, abg terserempak dgn dia kat kafeteria. Abg tak perasan pun dia ada kat situ. Bila abg masuk ja kat kafe tu, kebetulan dia baru nak keluar. Apa lagi, terserempak la. Dan….. Buat kali ke-2, abg terkena renjatan elektrik. Getaran menjalar lagi. Hati abg tidak keruan. Dubdap dubdapxxxx….. (Degupan semakin kencang). Apa yang berlaku, abg pun tak pasti. Abg cuba menenangkan diri abg sendiri.

“Ya Allah, apasal plak ‘bidadari cute’ ada kat sini ni?” Abg bertanya dalam hati. “Apahal pulak panggil dia ‘bidadari cute’ bang?” ajuk Ruzi. “Haha… Kan abg tak tau lagi sapa nama dia. Jadi, abg panggil jela dia ‘bidadari cute’. Napa, tak leh ke?”, sangkalku. “Iskh3x, tak patut, tak patuuuuut. Adakah patut panggil org bidadari. Itu memuji manusia tu! Panggil la muslimah ke. Nur ke. Atau nama perempuan solehah ke. Abg niiieeee….. Tapi takpe la.. Ikut suke hati abg la, janji abg teruskan cerita. lepas tu apa jadi? Hehe..

Apa boleh buat, abg kan jahil. Abg belasah jela. Abg tak tau apa perasaan dia masa tu. Entah2 dia tak perasan pun abg. Mungkin dia anggap abg ni sbg ‘no body’. Takpelah, biar jela. Janji abg teruskan langkah kaki. Nak tau tak, bila abg lalu jak dpn bidadari cute tu, dia tersenyum… ~.^ Punyelah hati abg berbunga2… Seronok gilee..Tak pasal-pasal abg tersenyum seorang diri. Tersengih sampai pagi.. haha… Mmg bahagia la hari tu.” Sambungku lagi. Aku pun terus bercerita tentang kisah hidupku kepada puteri-puteri hatiku. Banyak yang aku ceritakan, dari awal perkenalan kami, sehinggalah penamat perhubungan kami. Namun, tak semua yang dialami indah2 belaka. “Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari”.

“Bang, napa abg putus dengan kak Ima”, aju Ruzi. Hmmmmmm (Menarik nafas sedalam-dalamnya). Abg bukan putus la. Abg buka ja ikatan. Tali yang putus, susah nak disambung kembali. Kalau dapat sambung pun, mesti ada cacat celanya. Abg tak suka main putus-putus ni. Biarlah abg buka sahaja simpulan ikatan tu. Sbb tali tu bukan abg punya. Ada org lain lebih berhak memiliki tali tu. Terangku…. Hehe (tersenyum)….. “Abg ni, cakaplah betul2. Orang Tanya lain, lain pulak jawapannya. Sapa yang mintak putus bang? Dia ke abg? Soal puteri hatiku. Aku menghela nafas panjang. Kamu niiiii, tak habis-habis nak korek rahsia abg. Nanti, kesianlah abg, takda modal nak cerita lagi. Alaaa bang, bila nak cerita lagi. Ni je masa yang kita semua dapat berkumpul bersama. Lepas ni, masing-masing pergi ke perantauan. Kami nak tau jugak, kesudahannya. Adik tau, mesti abg bergaduh dengan dia kan? Lepas tu kak Ima minta putus sebab tak tahan. Kan kan kan??? Tiba-tiba ibu menyampuk. “Tak elok kata macam tu dengan abg kamu. Tak usahlah Tanya macam-macam lagi. Dah dah.. Pergi kemas ruang tamu dengan dapur tu. Dah lewat ni. Pastu g masuk tido”, arah ibuku.

“Takpa la bu. Bukan ada apa-apa pun. Lepas ni abg suruh adik-adik pergi settle kan kerja-kerja tu”, pintaku. “Baiklah, kalau nak tau sangat… Abg cerita la. =) Sebenarnya, abg yang minta putus. Abg kesian dengan kak Ima. Dia dihimpit dengan bermacam-macam masalah. Abg yang sedikit masalah ni pun da menghadapi tekanan yang luar biasa. Apatah lagi jiwa seorang perempuan sepertinya. Abg tau, mesti dia pun sakit jiwa dan menderita mendapat tekanan bertubi-tubi seperti itu. Dengan karenah keluarganya. Dengan tekanan dalaman perasaannya. Dengan abg lagi yang gila-gila ni. Mesti teruk perasaannya. Abg tak sanggup melihat dia menderita. Abg tak nak org yang abg sayangi dan cintai menderita semata-mata kerana abg. Abg nak hilangkan punca keresahannya. Jadi, abg membuat tindakan dengan membiarkan dia memilih pendapat keluarganya. Lagipun, abg telah membuat keputusan berdasarkan keputusan hati abg selepas bermunajat dalam istikharah. Semua yang abg perhatikan, abg rasakan dan tanda-tanda yang abg alami lebih berpihak kepada perpisahan. Akhirnya, abg melepaskan dia bersama org yang menyayanginya lebih daripada abg. Yang berhak ke atasnya. Ibu bapa yang menjadi keutamaan. Dan teman yang sentiasa mendampinginya ketika senang dan susah. Abg redha dan gembira melepaskannya ke tangan orang yang lebih baik daripada abg. Seorang lelaki sejati yang lebih sepadan dengannya, standing dengan dirinya. Abg lakukan semua ini kerana abg sangat menyayanginya. Abg sayangkannya lebih daripada segala-galanya. Tapi yang penting, abg percaya dengan keputusan abg. Abg yakin dengan ketentuan Ilahi. Abg pasti itulah tindakan yang terbaik bagi diri kami, Abg bersyukur sebab dipertemukan dengan insan secantik akhlaknya, budi pekertinya yang seindah rupanya. Abg bangga menjadi lelaki yang dapat menawan hatinya.” Aku menyudahkan ceritaku. “Ha, jom kita kemas!! Lain kali kita sambung lagi..” hehe (Senyum) “Yela, yela… nanti sambung lagi ek. K, stop, mari kita buat kerja………

*Tersedar dari lamunan pagi
--------------------------------------
"Adik-adik aku tu, pantang dengar cerita aku, mesti tanya macam2.... Erm, da pukul 10 pagi ni (sambil melihat jam). Baik aku bersiap awal. lepas ni nak pergi beli lauk-pauk kat pasar. pastu baru g masjid. kan hari ni hari jumaat. Nanti bapa suruh baca khutbah lagi, habislah. tak nak jadi macam tempoh hari lagi. hancur habis", keluhku. Aku pun bergegas meninggalkan bilikku dan mengapai kunci kereta di atas rak buku.

Khamis, 5 Mei 2011

Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 11

“Sebenarnya, abang tidak percaya pada cinta pada mulanya. Masa abg belajar dulu, abg ingat tak nak terlibat langsung dengan cinta ni. Biasalah, dah ada pengalaman cinta monyet dulu, bergayut di dunia fantasi. Melalaikan lagi adelah. Tujuan utama abg ke sana pun untuk menuntut ilmu bukan utk bercinta. Selama 4 tahun, abg telah berjaya menahan diri abg utk tidak terjebak dgn cinta. Ramai yang ingin berkenalan dengan abg, tetapi satu-persatu hajat mereka abg tepis. Abg pun tidak tahu, mengapa ada juga perempuan yg berkenan dan nak berkenalan dengan abg dengan lebih rapat. Kalau nak dibandingkan dari segi rupa paras, abg jauh kalah dengan lelaki-lelaki yang lain. Yang abg tau, muka abg ni ada manis sikit la. Macam muka anak mami pun ada.. hehe”, gurauku.

“Haha… Abg mengada”, celah Ruzi. “Lepas tu bang, macamna tiba2 leh terbuka hati pulak nak kenal kak Ima tu?”

“Ermm… Entahlah Zi… Abg pun tak sangka juga dapat berkenalan dgn dia. Tak dirancang pun. Mungkin tu lah jodoh pertemuan. Abg mula mengenalinya selepas ‘orientasi week’.
“Abg masih ingat lagi pertemuan pertama dengan dia. Pertemuan pertama yang mengembangkan kelopak hati. Masa tu, jantung abg bedegup kencang, tangan mengeletar, mata tidak berkedip, bunyi riuh-rendah tiba-tiba menjadi sunyi, nafas terasa semakin perlahan, rasa macam masa terhenti seketika. Dunia tiba-tiba tidak bernyawa, semuanya berlaku dengan pantas. Abg hanya memandang akan sekujur tubuh. Abg terpaku melihat seorang bidadari di hadapan abg. Subhanallah!!! Ya, Allah indahnya ciptaanMu”, bisik hati abg.

“Eh, Iiiiim tolong bagi barang tu dengan dia! U tengok apa tu??”, Sergah Sim, kawan abg. Lamunan abg terhenti, tak pasal-pasal abg jd kelam-kabut la masa tu. Hehe. Ada ka patut abg leh terlupa nak bagi brg koperasi kpd ‘junior’ baru tu. Tangan dah dihulur, cuma tak beri lagi la. Tau tak, masa tu abg punya la khusyuk melihat bidadari dunia tu sampai barang terlupa nak diedarkan. Yang edarkan tu takpe la, tapi yg malunya bila kawan2 abg tu sakat abg ramai2. Huhu.. Malu jugak rasanya. Tebal muka abg masa tu. Ini lah pertama kali, abg dihinggapi perasaan seperti itu. Rasa nak luruh jantung abg tatkala pandangan di pertemuan pertama, hehe”, sambungku.
“Wa, bahaya ni! Dah jatuh cinta pandang pertama la tu bang… Hehe..” Sindir adikku. “Abg tau tak nama dia masa tu?”

“ Masa tu abg tak tahu pun siapa dia, namanya, kelasnya atau apa2 mengenainya. Totally zero. Abg hanya ingat akan wajahnya. Wajah yang membuat hati abg tidak tenteram”, luahku. “Bak kata pujangga, Makan tak lena.. Tidur tak basah… Eh, silap!! Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah!!” Sela adikku yang bongsu. Kami pun terketawa terbahak2. Suasana pada malam itu menjadi hiruk-piruk dengan gelak ketawa ahli keluargaku……

--> bersambung

Jumaat, 8 April 2011

sms cute+persahabatan+tazkirah+love (~.^)

Salam Pertemuan... Lamanya menyepi tidak menyapa teman bicara hati ni..hehe... Apa khbr semua? Em.. Dalam mencari erti hidup yg bahagia, kita sentiasa menghadapi pelbagai dugaan. Baik yang baik mahupun yang tak baik..hehe... Tapi bukan tu yg nak dicerita.. Sebenarnya tercetus idea nak wujudkan satu halaman g utk menyimpan mesej2 yg menjadi sejarah... Masa nak delete sebelum ni, tetiba muncul idea nak share kat blog. Biasalah, sms kan ada banyak style. Maybe, anda semua da pernah terima ataupun x.. Jd, kepada sesiapa yg rajin nak menjenguk, datanglah menyapa taman kenANGAN sy d atas ni... Kalo nak komen pun atau tambah pesanan boleh jugak.. Dialu-alukan lagi... Slmt bertandang... =)

Khamis, 10 Mac 2011

DAKAPAN RINDU SANG PERTAPA.

Ya Rab….,
Inginku tanya pada-Mu,
Apa rahsia aku dan dia,
Terkurung sepi dalam penjara rindu,
Membilang hari pertemuan tanpa perjanjian,
Bagai menabur benih rindu di atas batu,
Sedang ku tahu,
Benih dan batu sukar menyatu,
Jika Kau kirim pada batu unsur kehidupan,
Subur mekarlah bunga kerinduan,
Dalam dakapan perkasihan.

Namun..,
Aku hanyalah sang pertapa,
Terpaksa menyimpan dendam kerinduan,
Dalam dada luka lara.
Mampukah aku mengurung rindu?
Sedang jiwaku kian lemah,
Atau mungkinkah rindu ini kelak,
Menyelimuti tubuhku,
Terkubur dalam perut bumi.

Ya Rab..,
Apa rahsia Kau hidupkan dia dalam aku,
Sedang aku tidak memiliki daya menghibur dukanya,
Sedang aku tidak mampu menatap tangisnya,
Sedang tanganku tidak berdaya menyapu air matanya,
Aku takut menambah dukanya,
Kerana tanganku tiada kekuatan menyentuh wajahnya.
Yang mampu ku lakukan,
Ku ukir senyum dalam dada luka,
Ku pamer ketenangan dalam kesakitan,
Agar dia rasa tidak berdosa,
Menutup tirai pentas perkasihan.

Dan aku tetaplah batu,
Yang tidak berupaya menyubur benih kasih,
Kerana aku bukan Pencipta.
Dan aku tetaplah batu,
Yang hanya layak menagih rindu,
Di angin lalu.

Dan aku tetaplah batu,
Hanya layak menghidu baumu,
Untuk mengubat rinduku.
Dan aku tetaplah batu,
Hanya layak menyentuh tapak jejakmu,
Untukku nikmati kekudusan kasihmu,
Dan aku tetaplah batu,
Hanya layak melakar wajahmu,
Dalam kepingan memori lara.
Dan aku tetaplah batu,
Hanya layak melafaz ikrar cinta kasih padamu,
Di setiap sujudku pada Rabku.
Itulah aku dan kamu,
Dalam dakapan rindu,
Sang Pertapa.

Nukilan Wulian....

Ahad, 27 Februari 2011

BALASAN ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

--> muhasabah diri... Pesanan buat diriku dan saudara seagama denganku...
Dipetik daripada one aim

Sabtu, 19 Februari 2011

Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 10

Cahaya yang Menyinar

“Kokokookoook”… Bunyi ayam jantan berkokok. “Dah nak masuk waktu subuh rupanya”, suaraku serak basah dengan keasaan badan, ku gerak-gerakkan. Mengeliat di atas tilamku yang empuk. Boleh saja memerangkap diriku supaya terus bertapa di alam mimpi. Rasa macam nak sambung ja tidurku. Terganggu oleh bunyi kokokan ayam tadi. Yang sepatutnya aku kena bersyukur kerana memberiku isyarat untuk mengerjakan suruhannya. “Bangun Im… Bangun”, desak hatiku. “Kring kring kring kring”, jam locengku berbunyi pula. Deringan loceng itu membantutkan lagi niatku untuk terus terlentang di tempat peraduanku. Membangkitkan diriku untuk bertarung dengan kehendak separa sedarku. Ku cergaskan langkah kakiku, ku buka daun pintu kamarku. Ku lihat ahli keluargaku sudah siap untuk menunaikan solat subuh berjemaah. “Bang… Cepatlah pergi ambil wuduk, dah lama kami tunggu semua bangun”, rayu adikku. Tanpa berkata, aku teruskan langkah kakiku menuju ke ruang kamar mandi. Ku putarkan kepala paip. Air yang mengalir, ku tadah dan ku simbah ke mukaku. Air itu menyegarkan diriku. Seperti ada arus elektrik yang mengalir ke seluruh tubuhku. Kini, rasa malasku telah ditawan sepenuhnya. Usai berwuduk, aku menuju ke ruang solat. “Qamatlah pak?”, tanyaku. Bapaku mengangguk tanda setuju. Kamipun menunaikan solat berjemaah ditutupi dengan doa rabitah. Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana dilahirkan di dalam keluarga ini. Hatiku dididik dengan mentaati Allah. Apabila berada di rumah, secara tidak langsung, tingkah lakuku berubah. Seperti robot yang telah di program. Di rumah, apabila bersama dengan keluargaku, hatiku ditarbiah untuk sentiasa melaksanakan suruhanNya. Solatku terjaga, bacaanku terpelihara, adabku terserlah. Aku dapat meninggalkan segala maksiat. Maksiat mata, mulut, telinga, anggota badan yang lain dan terutamanya hati. Mungkin keadaan ibuku yang menyebabkan perubahan tabiat diriku….. Perisai diriku dapat dimantapkan mengenangkan ketabahan, kesukaran dan kesakitan yang telah dialami oleh ahli rumahku. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

Sinaran suria melakar ceria. Bunyi burung berlagu, kuntuman-kuntuman wangi memekarkan kelopaknya, desiran angin mencipta lambaian-lambaian indah daripada pepohon yang ada disekitar perkarangan rumahku. Melodi yang didendangkan di awal pagi penuh dengan rahsia-rahsia bahasa indah. Bersepadu membentuk sebuah irama. Menceriakan suasana ibarat di alam maya. Semua makhluk menjalankan rutin sendiri. Ada yang bersembunyi mengelak pemangsa. Ada yang berlari menangkap mangsa. Ku lihat, semut-semut berbaris di awal pagi. Bak barisan askar wataniah. Beratur membentuk rangkaian. Sungguh disiplin sekali. Kupu-kupu menari mengibaskan kepaknya. Pohon semalu mula mekar daunnya. Panorama seperti ini amat dinanti oleh setiap pencinta alam semulajadi. Tidak terkecuali diriku. Begitu indahnya ciptaan Tuhan. Setiap satu menjalankan fungsi tersendiri. Aku terpukau oleh magis yang terpampang di hadapanku. Hatiku penuh dengan perasaan kagum dan bersyukur. Mampu menikmati pengajaran dari alam yang membisu walau penuh dengan ancaman manusia. Sambil menikmati keajaiban alam ini, hatiku terasa gembira dan ceria. Ceria disulami senyum tawa. Senyum yang terlakar dibibir hasil sentuhan dari hati disebabkan kejadian malam tadi.

“Abang, napa abang simpan lagi gambar kak Ima tu? Tak baik tau.” Tanya Ruzi. “Eh eh.. Ada gambar dia ek? Hehe…. “Bang… ceritalah cmna abg leh kenal dengan kak Ima tu”, sambungnya. “Laa… daripada Tanya abang, baik tanya ibu macammana boleh kenal dengan bapa”, jawabku. “Iskh iskh iskh… Ada pulak ibu yang kena. Lain yang disoal, lain pula kena menjawab. Apa salahnya kalau Im beri ja jawapan pertanyaan adik-adik Im tu. Ibu pun nak tau juga macam mana Im leh berkenalan dengan si Ima tu”, pinta ibuku. “Nampak gayanya, aku terperangkap dah”, keluh hatiku……………….. “Er…er… Apa yang adik nak tau?”, Jawabku dengan nada yang terketar-ketar. Macam kena interview dah la pula.

“Kak Ima tu cinta pandang pertama abang ek? Macammana abg leh jatuh cinta bila pandang kak Ima?”, soalan pertama diajukan oleh adikku. “Erm… entahlah.. cinta pandang pertama kot. Hehe…. Abang terjatuh bila terpandang kak Ima tu. Sebab tu jadi jatuh cinta pandang pertama. Hehe..” Jawabku ringkas.

“Ek elleh!! Orang tanya serius, dia main-main pulak. Ceritalah betul-betul bang”, pujuk adikku. “Di mana abang terserempak dengan kak Ima? Bila? Berapa kali? Masa tu abang buat apa? Dan macam-macam lagi….” Pening kepalaku menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka. Dengan tenang, aku pun memulakan bicaraku. “

--> bersambung

Salam Maulidurrasul

Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w

Bismillahirrohmanirrohiim… Salam Maulidur Rasul 1432 H. Allahummasolli’alaasayyidinaMuhammad.. wa’ala aalisayyidinaMuhammad. Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w, manusia agung merentasi sepanjang zaman. Baginda adalah contoh tauladan terbaik bagi ummat manusia tidak kira bangsa dan agama. Beliau adalah seorang suami, bapa, guru, pemimpin, dan banyak lagi yang mencakupi semua aspek tanggungjawab di dunia. Sesungguhnya, kedatangan baginda merupakan rahmat kepada seluruh alam. Baginda adalah pelita yang menerangi alam kejahilan, mengangkat martabat seorang wanita yang dianggap tidak berguna pada zamannya. Alhamdulillah, kita dilahirkan sebagai seorang muslim, penganut agama islam, risalah yang dibawa oleh baginda. Marilah kita tanamkan rasa kecintaan kepada Baginda, menyuburkan rasa keimanan kepada Allah s.w.t. Mudah-mudahan hati kita sentiasa mendapat nur, dipimpin untuk melakukan segalanya semata-mata kerana Allah s.w.t. Amiin yaa robbal ‘aalamiin.

Baiklah, pada lembaran kali ini, saya ingin berkongsi tentang beberapa hobi yang amat saya sukai. Antara hobi saya ialah bermain ping-pong, memancing, berenang, bermain computer, melukis, menyanyi dan mencipta lagu dan bermacam-macam lagi. Rasanya kalau hendak disenaraikan, tidak dapat dibilang. Hehe.. di sini, saya ingin fokuskan kepada hobi yang utama iaitu melukis dan mewarna. Memang saya teramat minat untuk menceburi dan meneroka lebih dalam lagi tentang sesuatu bidang. Tapi, kesempatan yang ada sekarang terbatas untuk saya meneroka hobi-hobi ini. Sempena Maulud Nabi ni. Bermacam-macam aktiviti yang diadakan. Antaranya pertandingan tilawah, nasyid, marhaban, berzanji, perarakan dan banyak lagi. Biasanya, setiap kali perarakan ramai kontinjen yang menyertai. Banyak hasil karya yang dihasilkan melalui lukisan sepanduk samada daripada aspek kesenian, lukisan dan hiasan. Cirri-ciri kesenian dapat diperhatikan melalui kreativiti tulisan khat, reka cipta bentuk dan susunatur huruf dan tulisan tangan yang lain. Lazimnya, orang-orang yang terlibat dalam bidang ini amat berbakat dalam seni. Mereka akan memperagakan hasil minda mereka melalui reka bentuk sepanduk masing-masing. Saya tidak ketinggalan untuk mencuba dan menghasilkan sepanduk saya sendiri. Karya tradisional yang semakin dilupakan dengan kewujudan bahan-bahan canggih seperti percetakan ‘banner’ dan ‘sticker’.

Saya meminati bidang ini semenjak di bangku sekolah lagi. Melalui bapa saya, saya telah mempelajari sedikit sebanyak tentang selok belok tulisan tangan dan seni khat dengan menggunakan berus cat. Mulanya agak susah tetapi lama-kelamaan ianya menjadi hobi dan semakin sinonim dengan diri saya. Tangan yang keras menjadi lembut dan mudah untuk menggerakkan berus bagi menghasilkan tulisan huruf-huruf dan seni kaligrafi. Alhamdulillah, dengan menceburkan diri dalam penulisan khat pada dinding-dinding sepanduk, saya dapat meneroka seni kaligrafi islam dengan lebih mendalam lagi walaupun latar belakang saya bukan daripada sekolah agama dan tiada pendedahan khat yang formal.

Ini adalah antara hasil sepanduk yang sempat dirakamkan:

Jikalau diperhatikan dengan teliti, hasilnya tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan yang pakar. Tetapi, saya sudah cukup berpuas hati kerana dapat menghasilkan sepanduk sendiri berbekalkan ilmu yang sekelumit ini. Saya berpesan kepada diri sendiri: “Belajarlah cara untuk belajar, sekalipun ia susah, andai dilatih selalu, InsyaAllah hasilnya akan membuatkan anda tersenyum sendiri.”

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)