Sharing is caring =)

Jumaat, 30 Julai 2010

Bingkisan Doa...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Erti Disebalik Kesetiaan

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…

Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda…

by sweety_lovely

Dipetik dari: http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/erti-disebalik-kesetiaan/


Selasa, 27 Julai 2010

Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 3

Setiap orang mempunyai masa kritikal dalam hidupnya. Bagiku, seumur hidupku, inilah masa yang amat kritikal dalam hidupku. “Kenapa??” Entahlah, aku pun tidak pasti. Masih kabur untuk mencari jawapan pada pertanyaan yang aku timbulkan sendiri. Sebenarnya….. jauh di sudut hatiku, aku tidak pernah ingin memutuskan talian persahabatan yang suci ini. Tidak pernah terfikir sekali pun. Tapi…. entah kenapa, malam ini aku telah nekad. Bertekad untuk membuat sesuatu tindakan yang drastik. Keputusan yang akan memberi jawapan sama ada aku atau dia. Keputusan yang akan mempertaruhkan perhubungan yang sekian lama telah terjalin. Andai jawapan yang diberikan tidak seperti yang aku harapkan. Aku akan membuat keputusan. Keputusan yang mungkin tak kan dapat di tarik balik. Kenapa dan mengapa? Akan aku jelaskan kemudian. Smoga tindakan ku ini dapat mengurangkan beban yang selama ini ku tanggung. Beban yang menyiksakan zahir dan batinku.

“Apa yg Im bgtau td 2 adlh khndk hati Im..kalo Ima stuju,bgtau la ek.. Im minta maaf wat kputusan ni tiba2..Im sbnrnya da fiki lama da..Im xtahan Ima..Im tsiksa tiap2 hari..Im plukan sokongn.tp sokongn 2 xpnh kunjung tiba..sokongn 2 adalh kata2 smgt drp Ima. Mgkin ego Im bkata dmikian.maafkn Im.Im nk amik ksmptn yg tsisa ni..mgkin plik,tp,hati Im mronta2..huh..sakit..bila ia mkn dlm…hanya Im yg tau..sangat pedih xda tman bicara utk dluahkn..k la..akhir kata…slamat tinggal teman ksayanganku..maafkan diri ini..assalamualaikum muslimah solehah..aku sgt myayangimu..aku sgt menyintaimu…ws”

‘SMS’ ini ku hantar kepadanya.

“HAHA.. Kau putuskan saja persahabatan kamu. Dia dah tak memperdulikanmu lagi. Dia tak kisah. Engkau tu yang buta. Kan dia dah ada teman istimewa. Kau tiada lagi di hatinya. Kalau tidak, kenapa dia dah tak hantar mesej kepadamu. Dia tidak ‘call’ kau lagi.” Bisik nafsu ke telingaku..

“Tidak!!! Ima bukannya orang macam tu. Aku tahu, dia masih sayangkan aku walaupun dia dah ada teman yang lain. Lagipun dia dipaksa untuk bersama dengan lelaki itu. Aku yakin dia tak pernah melupakanku.” Hatiku menyangkal.

“Hah, Kau telah ditipu!! Putuskan sahaja hubungan ini. Janganlah biarkan hatimu tersiksa lagi. Kalau tidak, kenapa masa kau ‘call’ dia tadi, dia tak angkat. Engkau hantar mesej di fb dan hp, dia lambat nak balas. Seakan-akan xsudi untuk melayanimu. Kau tak nampakkah itu?” Nafsu mula menguasaiku.

“Tidak….. Tidak….. Dia ada sebab kenapa dia berbuat demikian. Dia sibuk masa ini. Lagipun banyak masalah yang melanda dia sekarang ini. Dia bukan begitu orangnya. Dia sayangkan aku….. Aku sayangkan dia.” Hatiku meronta-ronta.

Aku berperang dengan nafsuku. Aku dalam keadaan yang tidak keruan lagi sekarang ni. Aku perlukan seseorang untuk menenangkanku. Aku memerlukan seseorang untuk meniupkan semangat ke dalam diriku untuk mengalahkan nafsu amarahku ini. Aku hilang pertimbangan. Aku seperti burung yang tidak boleh terbang. Sayap kanan dan kiriku sakit. Masing2 membawaku ke arah yang berlainan. Aku hilang harapan. Aku seakan-akan tidak dapat berfikir secara waras lagi. Rasa macam nak gila berdebat dengan dua bayangan dalam diriku. “Apa yang perlu aku lakukan?? Tolong…. Tolong lah aku… toloooonng!!.. Aku perlukan sokongan. Aku ketandusan kasih sayang. Aku inginkan nasihat dan pedoman..” Apa yang perlu aku lakukan. Antara nafsu dan kata hati. Yang mana harus ku turuti…. Dan…. Malam ini, nafsuku bermaharaja lela. Aku kalah dengan nafsu amarahku sendiri.

Akhirnya.. Aku kecundang. Bahagia yang pernah singgah di rumah perasaanku selama ini mula ku singkirkan. Mulutku terkumat kamit. Ayat itu kuluahkan juga akhirnya… Aku kecundang di jalan PERSAHABATAN yang selama ini mekar di taman hatiku. Aku tumbang melawan prinsip hidupku sendiri. Kuntuman-kuntuman indah mula ku tebas satu-persatu. Perlahan-lahan aku membuang kelopak-kelopak kasih sayang di singgahsana yang telah lama kembang mekar. Bunga-bunga itu telah tiada lagi. Kini aku kesunyian tanpa haruman mewangi. Tanah hatiku mulai kekeringan. Tidak sesubur dulu.

“Ima… maafkan Im andai mengguris perasaan Ima. Im da tenat sekarang ni. Im mohon seribu kemaafan semenjak kita mula berkenalan sehinggalah ke hari ini. Im tahu, masa ini memang tidak sesuai. Im banyak menyusahkan Ima. Im juga tahu, Ima pun dihimpit perasaan. Ima pun dalam dilemma seperti Im. Tapi… Im juga tahu, aka nada penawar untuk kedukaan hati Ima ni. Ima ada tempat untuk mencurahkan kasih sayang. Ima pun pasti menderita kan. =) Maafkan Im kerana tidak memahami Ima. Im selalu menambah ‘problem’ Ima di saat Ima dilanda kekalutan. Maafkan Im. Im ‘confuse’!! Im memang akui, Im lari dari perasaan Im sendiri selama ini. Mungkin disebabkan terlalu lama Im pendam, sakit yang tekumpul akhirnya dimuntahkan. Ibarat gunung berapi meletus memuntahkan lavanya.” Atmaku berbisik.

--> bersambung

Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 2

Part 2:

“Alhamdulillah sihat.” Jawab Ima ringkas. “Erm.. Buat apa tu? Maaf kalo mengganggu.” Kataku perlahan. “Tak buat apa pun, maaf.. tadi Ima ‘Call’ adik tadi. Ada problem sikit”……………….. Perbualan kami diteruskan sehinggalah aku memulakan bicara….

“Ima tak nak tanya ke napa Im kol malam ni?” Aku meneruskan bicara. “Emm, sebab apa Im ‘call’ malam ni?” Tanya Ima kepadaku. “Ima… Sebenarnya… Sebenarnya Imm.. Sebenarnya Imm nak request sesuatu malam ni.” Jawabku gugup. “Apa tu Im?” tanyanya lagi. “Tapi sebelum tu, leh tak kalo Im nak tau, Ima anggap Im sebagai apa sekarang ni?”

“Ima anggap Im sebagai ‘KAWAN’ ja sekarang ni… Betul?? Tak lebih daripada itu?” Aku mencelah. “Kawan ja ka?” Aku inginkan kepastian. “ A’ar, tak lebih daripada itu. Kalau tak pun sebagai ‘best friend’ ja.” Jawabnya dengan nada yang tidak meyakinkanku. “Kenapa Im tanya macam tu?” Erm, tak da apa… (Sebenarnya aku ingin mengetahui apakah status hubungan kami selama ini, semenjak kedatangan orang baru dalam hidupnya. Aku terasa yang diriku semakin dilupakan. Perlahan-lahan, bayanganku semakin hilang dalam ingatan. Entahlah… mungkin itu sekadar perasaanku kot)

“Im, apa yang Im nak ‘request’ tadi?” Ima meneruskan perbualan. “Erk.. Emm.. Huuhh!! Erm, Imaa.. Erm.. Bolehkah.. Boleh tak kalau… Kalau Im naaakk.. Boleh tak kalo Im nak putuskan PERSAHABATAN kita??” Aku mengungkapkan permintaanku dengan nada yang terlalu berat. Berat yang menyesakkan jiwa dan ragaku. Seakan-akan terhimpit dicelah-celah batu yang besar. Nafasku…. Ah….sukar untukku bayangkan perasaanku ketika ini. Agak sukar untukku melafazkan kata-kata itu… …………… “Ya Allah, adakah betul tindakanku ini?”……………………..

--> bersambung

Isnin, 26 Julai 2010

Malam Nisfu Syaaban

Malam Nisfu Sya’ban

Nisfu Sya’ban adalah hari peringatan Islam yang jatuh pada pertengahan bulan Sya’ban. Dalam kalangan Islam, Nisfu Sya’ban diperingati menjelang bulan Ramadhan. Pada malam ini biasanya diisi dengan pembacaan Surat Yaasiin tiga kali berjamaah dengan niat semoga diberi umur panjang, diberi rizki yang banyak dan barokah, serta ditetapkan imannya.

Peringatan Nisfu Sya’ban tidak hanya dilakukan di Malaysia atau Indonesia saja. Al-Azhar sebagai yayasan pendidikan tertua di Mesir bahkan di seluruh dunia selalu memperingati malam yang sangat mulia ini. Hal ini karena diyakini pada malam tersebut Allah akan memberikan keputusan tentang nasib seseorang selama setahun ke depan. Keutamaan malam nisfu Sya’ban diterangkan secara jelas dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karya Imam Al-Ghazali.

Imam Ghazali mengistilahkan malam Nisfu Sya’ban sebagai malam yang penuh dengan syafaat (pertolongan). Menurut al-Ghazali, pada malam ke-13 bulan Sya’ban Allah SWT memberikan seperti tiga syafaat kepada hambanya. Sedangkan pada malam ke-14, seluruh syafaat itu diberikan secara penuh. Dengan demikian, pada malam ke-15, umat Islam dapat memiliki banyak sekali kebaikan sebagai penutup catatan amalnya selama satu tahun. Karepa pada malam ke-15 bulan Sya’ban inilah, catatan perbuatan manusia penghuni bumi akan dinaikkan ke hadapan Allah SWT.

Para ulama menyatakan bahwa Nisfu Sya’ban juga dinamakan sebagai malam pengampunan atau malam maghfirah, karena pada malam itu Allah SWT menurunkan pengampunan kepada seluruh penduduk bumi, terutama kepada hamba-Nya yang saleh.

HADIST KEUTAMAAN NISFU SYA’BAN

Tentang keutamaan malam Nisfu Sya’ban ini, dimana kita dianjurkan untuk melakukan ibadah terutama untuk memohon ampun, memohon rezeki dan umur yang bermanfaat, terdapat beberapa hadis yang menurut sebagian ulama sahih. Diantaranya

Hadist pertama

Diriwayatkan dari Siti A’isyah ra berkata, :”“Suatu malam rasulullah solat, kemudian beliau bersujud panjang, sehingga aku menyangka bahwa Rasulullah telah diambil, kerana curiga maka aku gerakkan telunjuk beliau dan ternyata masih bergerak. Setelah Rasulullah selesai solat beliau berkata: “Hai A’isyah engkau tidak dapat bagian?”. Lalu aku menjawab: “Tidak ya Rasulullah, aku hanya berfikiran yang tidak-tidak (menyangka Rasulullah telah tiada) karena engkau bersujud begitu lama”. Lalu beliau bertanya: “Tahukah engkau, malam apa sekarang ini”. “Rasulullah yang lebih tahu”, jawabku. “Malam ini adalah malam nisfu Sya’ban, Allah mengawasi hambanya pada malam ini, maka Ia memaafkan mereka yang meminta ampunan, memberi kasih sayang mereka yang meminta kasih sayang dan menyingkirkan orang-orang yang dengki” (H.R. Baihaqi) .

Hadits Kedua

Diriwayatkan dari Siti Aisyah ra bercerita bahwa pada suatu malam ia kehilangan Rasulullah SAW. Ia lalu mencari dan akhirnya menemukan beliau di Baqi’ sedang menengadahkan wajahnya ke langit. Beliau berkata: “Sesungguhnya Allah Azza Wajalla turun ke langit dunia pada malam nishfu Sya’ban dan mengampuni (dosa) yang banyaknya melebihi jumlah bulu domba Bani Kalb.” (HR Turmudzi, Ahmad dan Ibnu Majah)

Hadis Ketiga

Diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah pada malam nishfu Sya’ban mengawasi seluruh mahluk-Nya dan mengampuni semuanya kecuali orang musyrik atau orang yang bermusuhan.” (HR Ibnu Majah)

Hadis Keempat

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib KW bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Jika malam nishfu Sya’ban tiba, maka salatlah di malam hari, dan berpuasalah di siang harinya, karena sesungguhnya pada malam itu, setelah matahari terbenam, Allah turun ke langit dunia dan berkata, Adakah yang beristighfar kepada Ku, lalu Aku mengampuninya, Adakah yang memohon rezeki, lalu Aku memberinya rezeki , adakah yang tertimpa bala’, lalu Aku menyelamatkannya, demikian seterusnya hingga terbitnya fajar.” (HR Ibnu Majah).

Demikianlah keutamaan dan kelebihan malam Nishfu Sya’ban. Marilah kita manfaatkan malam yang mulia ini untuk mendekatkan diri dan memohon ampunan dan berdzikir sebanyak-banyaknya kepada Allah. SWT

KESIMPULAN

Dari paparan di atas, kita sebagai umat Islam semestinya tidak melupakan begitu saja, bahwa bulan sya’ban adalah bulan yang mulia. Sesungguhnya bulan Sya’ban merupakan bulan persiapan untuk memasuki bulan suci Ramadhan. Dari sini, umat Islam dapat mempersiapkan diri sebaik-baiknya dengan mempertebal keimanan dan memanjatkan doa dengan penuh kekhusyukan.

Meski menurut para ahli hadist masih berbeda tentang malam nisfu sya’ban ini, namun demikian menurut saya sangat dianjurkan untuk meramaikan malam Nisfu Sya’ban dengan cara memperbanyak ibadah, shalat sunnah, memperbanyak bacaan zikir, memperbanyak baca’an shalawat, membaca al-Qur’an, bersedekah, berdo’a dan mengerjakan amal-amal salih lainnya.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita. Amiin.

Dipetik dari: http://pondokhabib.wordpress.com/2010/07/26/pembahasan-sekitar-malam-nisfu-syaban-bagian-i-bersama-gus-im/


Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN


Ah, terasa sesuatu yang hangat mengalir di celah-celah kelopak mataku! Kemudian ianya singgah di permukaan pipiku. Seakan-akan mencari destinasi terakhir yang mungkin akan menyerapnya dan hilang ditelan kain putih. Rupa-rupanya perjalanannya tidak berakhir di situ, ianya mula jatuh berderai membasahi bahuku. Tanpa ku sedari, air mata ‘lelakiku’ bergelinangan. Sesuci hati seorang ‘baby’. Haha….
Sayup-sayup kedengaran lagu ‘cinta dalam hati’ oleh UNGU.

"mungkin ini memang jalan takdirku,
mengagumi tanpa di cintai…
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia,
dalam hidupmu, dalam hidupmu…

"telah lama kupendam perasaan itu,
menunggu hatimu menyambut diriku…
tak mengapa bagiku mencintaimu pun adalah,
bahagia untukku, bahagia untukku…
ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu,
meski ku tunggu hingga hujung waktuku…
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya,
dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja…
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya,
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja…


Lagu ini lebih mengetahui isi hatiku. Sepertinya memahami gelora jiwaku selama ini. Sudah 2 tahun berlalu. Aku masih tidak dapat melupakanmu. Rupa-rupanya dalam diam, aku masih menantimu.. menantimu.. Sampai akhir hidupku… Aku terlalu mencintaimu Ima (bukan nama sebenar). Sekali lagi air mata Rahim berguguran, mengalir deras ibarat air hujan yang lebat. Entah mengapa, malam ini badai tsunami melanda perasaanku hinggakan aku tidak mampu lagi untuk menahannya. Dan bermulalah episod penghujung perkenalan kami.
“Ima sihat? Ima buat apa tu?” Aku memulakan perbualan. Seperti biasa, itulah ayat skema yang selalu keluar dari mulutku.
Bersambung…… (*Cerpen pendek/cerita ini hanya rekaan semata-mata =)

Sabtu, 24 Julai 2010

Impianmu, Impianku... Impian kita bersama

Assalamualaikum....
"Pak, macammana perkembangan pembinaan tu?" Aku bertanya kepada bapaku. "Alhamdulillah, menjelang Ramadhan ni, InsyaAllah siaplah rangkanya. Dalam 60% mcm tu." Jawab Bapaku.. (Perbualan di telefon)
Alhamdulillah... Aku merasa gembira dapat membantu untuk merealisasikan impian bapaku selama ini untuk mendirikan sebuah bangunan sendiri untuk tujuan 'advertising'. InsyaAllah, menjelang raya ni siaplah (menurut kata bapaku). Sebenarnya, masa cuti penggal baru2 ni, aku sempat 'design' reka bentuk dalaman bangunan tu. ada 2 tingkat. Memang ada style lah! dapat mencipta bangunan sendiri. Boleh jadi arkitek ni..hehe... Reka bentuk bangunan tu adalah seperti berikut:Gambar 1 - Design luar
Gambar 2 - Glass modeGambar 3 - Pelan tingkat 1 (atas)Gambar 4 - Pelan 'ground floor'
So, apa macam, ada style x? hehe.. Sekadar memenuhi masa lapang.. Mmg minat dalam bab2 men'design' ni... Smoga impian ini menjadi nyata... Impian Seorang bapa, Impian seoran Anak... Impian keluarga.. Impian kita bersama... Semoga berjaya...Amiin...

Teka-Teki.........

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:

(Teka-Teki) :
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri China “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat di dunia? “

Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini?”

Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

(Maksudnya ramai orang yang tidak beriman meringankan solat gara-gara sibuk dengan hal dunia sedangkan solat sepatutnya tidak boleh ditinggalkan)

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang! “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri..


Bukan sekadar teka-teki

Ikan??

Assalamualaikum..
Agak lama tidak bertandang di tamanku ini. Biasalah, hidup ada naik dan turunnya.. Bila bersemangat, rasa bermotivasi untuk melakukan semua kerja tapi apabila datangnya penyakit M, mulalah hilang arah... Rejab telah meninggalkan kita, kini tiba pula Sya'aban.. Kemudian bermulalah episod peperangan jihad menahan hawa nafsu selama sebulan iaitu di bulan ramadhan.. Sudah bersediakah anda? Bila bertanya kepada diri sendiri, masih ada kelemahan dalam hati ini... ... "Aku rindukan suasana dalam halaqah...
Teringat saat bermain badminton, Seorang sahabat berpesan kepadaku: "Manusia ini ibarat ikan, apabila di dalam air sentiasa hidup aman dan bersemangat, mudah bergerak dan melakukan kerja. Tetapi, apabila berada di luar lingkungan yang sebenarnya (fitrah kejadiaan) yakni berada di luar air, ikan tersebut akan meronta-ronta dan lama-kelamaan semakin lemah. Lemah itu akhirnya akan menyebabkan ikan itu mati...." tambahnya lagi. Aku bertanya: "Mengapa akhi berkata sedemikian?". "Sebenarnya, samalah sifat kita dengan keadaan itu dalam bab iman, semakin jauh kita daripada Allah, semakin lemah lah diri kita, semakin banyak kemaksiatan dan kemungkaran yang kita lakukan..." Jelasnya lagi....
Sebenarnya, walaupun amat ringkas kata2nya, namun ada kebenaran dan amat besar maknanya.. Sama-samalah kita menjadi hamba yang taat dan dekat kepada-Nya.. Amiin..

Nabi Muhammad berdoa kepada Allah memohon agar Allah memberi keberkatan kepadanya dan kepada kaum muslimin dengan doa
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
ya Allah, Ya Tuhan kami, berkatilah kami pada bulan rejab dan Syaaban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.

kaifiat dan khasiat

daripada Anas R.A berkata : adalah Nabi Muhamad S.A.W apabila masuk bulan rejab, Baginda mengucapkan doa tersebut.

Jika Aku Jatuh Cinta

Jika Aku Jatuh Cinta...

Wahai Maha Pengasih,
Jika aku jatuh cinta....
Benihkan cintaku kepada seseorang
yang melabuhkan cintanya kpdMu,

Agar bertambah kekuatanku utk mencintaiMu..

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh cinta....
Jagailah cintaku kepadanya,
Agar tidak melebihi cintaku kpdMu..

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh hati....
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorg yg hatinya tertaut kpdMu,
Agar aku tidak jatuh dlm jurang cinta yg murah..

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh hati.....
Jagalah hatiku kepadanya
Agar aku tidak berpaling selain kepada hati-Mu..

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku rindu...
Rindukanlah aku kpd seseorg yg merindui shahid di jalanMu..

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku rindu...
Jagalah rinduku kepadanya,
Agar aku tidak lalai merindukan syurga-Mu...

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu...
Jgnlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhir-Mu..

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh hati kepad kekasih-Mu...
Jgn biarkan aku bertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kpdMu...

Wahai Maha Penyayang,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jgn biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku kpd cinta yg hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu...

Wahai Maha Penyayang,
Engkau mengetahui bahawa...
hati-hati ini telah berhimpun dlm cinta kepada-Mu..
telah berjumpa pada taat kepada-Mu..
telah bersatu dalam dakwah kepada-Mu..
telah berpadu dlm membela syariat-Mu..
Kukuhkanlah ikatannya....
Kekalkanlah cintanya...
Tunjukilah jalan-jalannya...
Penuhilah hati-hati ini dgn Nur-Mu yg tiada pernah pudar....
Lapangkanlah dada-dada kami...
Dengan limpahan keimanan kepada-Mu...
dan keindahan bertawakal di jalan-Mu....
Ameen...

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)