Sharing is caring =)

Jumaat, 28 Januari 2011

Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 7

……………….. Masa cuti ni, aku gunakan untuk menyibukkan diriku sendiri. Antara aktiviti yang ku gunakan adalah dengan membaca novel-novel spiritual yang membina peribadi dan meningkatkan motivasi untuk menempuh pancaroba dunia. Semalam aku menerima sms daripada seorang kenalan. “Abg Im, abg tau tak yang kak Ima da bertunang? Nanti kalau ada masa, abang tengok la ‘page’ dia. Banyak gambar dia. Meriiiaaaah!! Jangan sedih ya. Kalau abang perlukan seseorang, kami akan sentiasa ada untuk menjadi pendengar setia.” Kata Asiah kepadaku. Walaupun kerja gila yang aku timbulkan dulu menjarakkan diriku dengannya, namun masih ada secebis harapan untuk bersamanya. “Dahlah, usah di layan perasaan tu! Pesan ibuku apabila mengetahui jalan cerita sebenar hidupku. Walaupun ibu adalah orang yang paling keras membantah perhubungan kami pada mulanya, namun setelah masa berlalu perlahan-lahan aura perasaannya berkurang. Kalau dulu ibu memaksa untuk aku cari yang lain. Tak sesuai katanya. “Ramai lagi perempuan di luar sana, ibu tidak mahu kamu mencari orang jauh, nanti abg akan tinggalkan ibu. Cukuplah abg dah berjauhan dengan ibu selama ni. Masa abang dari sekolah lagi, tinggal di asrama. Lepas tu pergi ke kota kinabalu, belajar di uitm. Kemudian pergi ke perantauan, di semenanjung. Semakin lama, semakin jauh abang tinggalkan ibu. Janganlah kali ni pun, abang nak tinggal di sana pulak!!” Tegas ibu kepadaku. Permintaan seorang ibu tidak dapat untukku penuhi. Aku serba-salah. Antara keluarga dan pilihan hatiku. Yang mana perlu ku pilih. Aku tahu, masa tu pun Ima mendapat tentangan yang sama denganku. Lebih lagi berlipat kali ganda. Aku kasihan dengannya. Aku tidak mampu untuk membuat pilihan itu. Kalau boleh, akanku pilih kedua-duanya. Jauh sekali untuk melepaskan salah satunya. Ya Tuhan, apa yang perlu aku lakukan???................
Sejarah lama itu, mematangkan lagi pemikiranku. Aku hanya mampu tersenyum. Senyum yang tiada rasa. Hampa. Sambil membelek diari lama, aku terpandang akan mutiara kata yang pernah menjadi pedomanku. “Cinta itu ialah apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat. Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan.” Dulu, masa aku rajin mencatat kata-kata hikmah dan kata-kata cinta daripada buku-buku dan internet. Pada masa tu, aku terketawa apabila membaca ayat-ayat cinta ni. Hahaha…. “Betulkah kata-kata ni. Mengarut saja. Mana ada orang yang bercinta lepas tu menyalahkan pertemuan pulak. Tak patut betul. Kalau tak nak putus, janganlah bercinta.” Fikirku. Sekarang, baru ku faham akan maksud tersirat kata-kata tu. Hanya orang yang makan cuka, akan rasa masambya. Dan hanya orang yang makan gula akan rasa manisnya. Dan kini, aku yang termakan garam, terasa sangat akan masinnya. Masin yang boleh mereputkan jiwa. Tidak mampu mengawet perasaan ini. Hahahaha. Aku mentertawakan diriku sendiri. Aku merasakan, orang lain yang ada di sekelilingku turut mentertawakanku………

Sedang hati pilu dilanda badai kecewa, hati ini terus diserang bertubi-tubi oleh pelbagai fitnah dan tohmahan manusia berhati batu. Apa tidaknya, yang kaca dinilai permata. Yang indah nampak buruk di mata. Biarlah! Biarlah mereka berkata dusta. Apa yang penting, aku perlu kuat untuk menyokong diriku sendiri, untuk terus menebar bakti, di sungai penuh duri. Setelah genap setahun di bumi kenyalang, bermacam-macam peristiwa yang menjengah jendela hidupku. Andai yang manis, ku telan untuk menghilangkan duka. Andai yang pahit, ku simpan untuk membina jiwa. Jangan dibuang yang pahit, kerana banyak kebaikan yang dating setelah pahit menyuntik ke dalam diri. “Redhalah dengan apa yang terjadi!” Pesan sahabat karibku sentiasa menjadi pedoman untuk meneruskan hidup ini……………..

Isnin, 3 Januari 2011

Hijrah tahun 2011

Salam Pertemuan, Salam Kembara Meniti Kehidupan

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati kehidupan, bernafas di bumi Allah Azza wa Jalla. Tahun baru meninggalkan tahun 2010. Yang mana tahun 2011 telah membuka tirainya dengan pelbagai panorama indah melalui sambutan dan kemeriahannya. Tirai 2010 meninggalkan kita dengan seribu pengertian melalui rakaman peristiwa2 bersejarah seperti kejayaan pasukan harimau Malaya mengharumkan nama negara, tragedi kemalangan yang mengorbankan jiwa dan beberapa kejadian lain yang di luar duga. Syukur, kita masih dapat melihat suasana tahun baru yang penuh dengan pelbagai warna ceria dihiasi dengan senyum tawa rakyat Malaysia yang bersedia menongkah arus, menempuh cabaran dengan matlamat dan azam yang menggunung tinggi. Mudah-mudahan, azam yang diimpi, tidak menjadi mimpi, akan memberi erti dalam kehidupan kita kali ini… Amiin yaa rabbal’alamiin..

Setiap orang memasang impian sendiri setiap kali tibanya tahun baru. Begitu juga saya, tidak ketinggalan untuk mencabar diri sendiri. Apa azam anda?? Ketika saya ditanya oleh adik saya, saya berfikir sejenak. =) Pada tahun ini, saya berazam untuk berhijrah meninggalkan segala kemaksiatan. Moga2, saya dapat mencantas setiap dugaan maksiat yang bertandang.. Memang sudah menjadi lumrah manusia untuk Berjaya. Cuma, ada usaha atau tanpa usaha. Dapat diperhatikan di setiap komen yang saya baca melalui laman sosial yg popular sekarang ini seperti facebook, friendster dan twitter dimana ramai yang mengatakan: “Azam untuk Berubah, Azam untuk dapat pointer yg tinggi dan sebagainya…” Alhamdulillah, jika niat kita betul, InsyaAllah dengan usaha yang gigih kita akan dapat menawan puncak impian kita. Namun, malangnya daripada apa yang saya baca, ramai juga yang tidak berubah azamnya daripada 2 3 tahun yang lepas. Ini secara jelasnya menunjukkan yang segelintir daripada kita masih tidak mampu untuk mencapai apa yang dihajati. Kebiasaanya kerana disebabkan oleh suntikan dan jangkitan virus2 kehidupan seperti sifat malas, tidak bermotivasi, tidak bersungguh2 dan seumpamanya. Jadi, marilah kita sama2 mengikis sifat2 yang negatif dalam diri kita untuk meruntuhkan tembok yang menghalang sasaran kita ini <-- (Pesanan untuk diri sendiri =)).

Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan. Bermacam-macam ragam dan gelagat yang ditunjukkan oleh muka2 baru di sekolah terutamanya murid2 tahun 1 yang baru mendaftar dan prasekolah. Lucu gak! Haha.. Ada yang menangis la, ada yg excited giler, ada yg muka blur dan sebagainya. Kesian saya tengok guru pra kerana terpaksa melayan karenah budak2 ni. Hehe.. Sabar ya cik kak. Tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar Matematik bagi kelas tahun 1 (KSSR), tahun 4 (Peralihan) dan tahun 6 (UPSR). Kelas2 ini merupakan kelas yang berat bagi saya kerana masing2 sentiasa diperhatikan dan dipantau oleh pelbagai pihak. Tanggungjawab ini saya perlu pikul dengan sabar dan istiqomah supaya setiap p&p dapat dijalankan dengan jayanya. Target utama supaya sekurang-kurangnya 90% murid dapat memahami apa yg saya ajar. =) Doa-doakan la ye…

K, bercakap pasal azam ni, saya tertarik untuk berkongsi tentang buku yang saya baca semalam: PAKSI 40, IMAM NAWAWI yang ditebitkan oleh PTS Islamika Sdn Bhd. PAKSI 1, iaitu Ikhlas Kerana Allah:

“Umar bin Khattab melaporkan, “Saya pernah mendengar Nabi Muhammad berkata, ‘Amalan seseorang itu ditentukan oleh niatnya. Oleh itu, setiap orang mendapat apa yang diniatkannya. Itulah sebabnya, orang yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, hijrah itu adalah kepada Allah dan Rasulnya. Tetapi bagi sesiapa yang berhijrah dengan niat hendak mendapatkan keuntungan di dunia ataupun bagi mendapat isteri, dia mendapat apa yang diniatkannya semasa dia berhijrah.”

Rakan2 perjuangan sekalian.. Saya berpesan kepada diri sendiri dan menyeru rakan2 skalian, marilah sama2 kita membetulkan niat kita semata2 kerana Allah. sebelum melakukan sesuatu, cuba tanya kepada diri sendiri, "Kenapa saya hendak melakukan perkara ini?". Pastikan setiap apa yang kita lakukan itu dibenarkan oleh Allah. Ucapkanlah dalam hati, "Saya lakukan ini semata-mata kerana Allah." Sentiasalah mengingati Allah dalam hati semasa kita melakukan sesuatu pekerjaan. Tinggalkan perkara2 yg dilarang Allah. Berusahalah melakukan setiap yang diperintahkanNya. Mudah-mudahan setiap perkara yang kita lakukan menjadi ibadah dan diredhaiNYA.. Salam Ingatan... Selamat Beramal.... ~.^

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)