Sharing is caring =)

Khamis, 24 Mei 2012

~TARBIAH NURSYAHADAH 1~


NASKAH CINTA 3

NASKAH CINTA 3

¸.•••بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •••.¸


AL-MALIK ( Maha Merajai / Memerintah)
PENGERTIAN:
Allah SWT Maha Memerintah. Raja sekalian alam. Seperti yang terkandung dalam ummul kitab Al-Fatihah. "Maalikiyau middiin" yakni Yang menguasai sekalian alam ataupun membawa pengertian Raja sekalian alam apabila dipendekkan bacaan mim. Allahlah pemilik sekalian alam, pemilik hati kita. Tiada yang lebih kuasa dan lebih agung melainkan Allah SWT.

PENERAPAN:
Sifat Allah yang Maha Menguasai, mendorong seseorang untuk bersikap patuh dan taat kepada pemilik hati yang sebenarnya.

(¯`´¯) ..•¨`* ܓ
´*.¸.•´
` "Ya Malik..."...


Rabu, 23 Mei 2012

NASKAH CINTA 2

NASKAH CINTA 2

¸.•••بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •••.¸
 

AL-RAHIM (Maha Penyayang)
PENGERTIAN:
Allah SWT Maha Memberi rahmat dan kenikmatan yang luas, khususnya untuk orang yang beriman, sehingga mereka mendapat kenikmatan dan rahmat yang tidak ada tolok bandinganya di akhirat terutama di dalam syurga. Sementara golongan kafir tidak mendapatnya.

PENERAPAN:
Sifat Allah yang Maha Penyayang, mendorong seseorang untuk bersikap penyayang (bersifat khusus).

(¯`´¯) ..•¨`* ܓ
´*.¸.•´
` "Ya Rahim..."...

Selasa, 22 Mei 2012

NASKAH CINTA 1

NASKAH CINTA 1

¸.•••بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •••.¸
AL-RAHMAN (Maha Pemurah / Pengasih)

PENGERTIAN:
Allah SWT Maha Memberi rahmat dan kenikmatan kepada semua makhluk tanpa kecuali. Semua manusia yang beriman mahupun kafir, manusia yang taat mahupun yang derhaka, yang dosanya sedikit mahupun dosanya yang banyak. Semuanya tidak terkecuali. Rahmat Allah meliputi segala makhluk. Manusia diberi rezeki udara, air, cahaya matahari dan sebagainya. Memang rahmat Allah melimpah-ruah tidak terhitung banyaknya.

PENERAPAN:
Sifat Allah yang Maha Pemurah, mendorong seseorang untuk bersikap mengasihi (bersifat umum).

(¯`´¯) ..•¨`* ܓ
´*.¸.•´
` "Ya Rahman..."...

NASKAH CINTA (~.^)


Al-Asma’ Al-Husna

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ءال محمد

Firman Allah SWT:
 
Maksudnya: "Dan Allah mempunyai nama-nama Yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang Yang berpaling dari kebenaran Dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan."

(Al-A’raf: 180)


Maksudnya: "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", Yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama Yang baik serta mulia". dan janganlah Engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah Engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara Yang sederhana antara itu."
 (Al-Israa': 110)

Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: "Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil." - Sahih Bukhari[1]

=============================================

Salam ingatan dan muhasabah untuk diriku dan dirimu... (^.~)

InsyaAllah, sempena kedatangan bulan Rejab ini, saya akan melancarkan satu program yang dipanggil program “NASKAH CINTA” iaitu mengenal nama-nama Allah sehari satu nama. Tujuan program hafalan dan bacaan ini adalah untuk memberi tugasan kepada diri sendiri disamping melatih diri sendiri supaya mengenal, mengetahui dan memahami 99 asmaulhusna, nama-nama Allah yang Maha indah. InsyaAllah, saya akan cuba berkongsi tentang nama-nama Allah yang kita biasa dengar tetapi jarang sekali untuk kita mengenali dan memahami dengan lebih mendalam. Marilah kita bersama-sama berusaha menghafal, mengingat, mengenal dan memahami makna disebalik nama-nama Allah ini. Kalau mampu dihafal sehari sekali, insyaAllah sehingga penghujung Ramadhan kita akan mampu mengenal 90 nama-nama Allah. InsyaAllah. Segala kekurangan amatlah dikesali dan terlebih dahulu diucapkan beribu kemaafan. JDHP, MMMS (+.+) amiin


Isnin, 21 Mei 2012

RPM (keutamaan Rejab)


RANCANGAN PEMBACAAN MINGGUAN (BISMILLAH)
StyLE (^.~)
1 REJAB 1423 H
JDHP, MMMS
KELAS
PENENANG JIWA
RUJUKAN BUKU
TERJEMAHAN KITAB MUKASHAFAH AL QULUB
(IMAM AL-GHAZALI)
TAJUK
KEUTAMAAN BULAN REJAB
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir proses pembacaan hati dapat;
  i.    Mengenali kelebihan bulan rejab, bersedia untuk memulakan langkah yang lama terhenti dan memperbanyakkan amal ibadah.
KEMAHIRAN/ISI KANDUNGAN
1.     Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Rejab adalah bulan Allah, Syaaban itu bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku.”

Ahli isyarat mengatakan, “Rejab itu terdiri dari huruf ra, ertinya ialah rahmat. Kemudian jim (ج), ertinya jurmul ‘abdi (kesalahan hamba). Dan ba, ertinya birru Allah (kebaikan Allah). Maka seolah-olah Allah mengatakan, “Aku jadikan hamba-Kudi antara rahmat dan kebaikan-Ku.”

Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata bahawa telah bersabda Rasulullah S.A.W.:
“Siapa puasa dua puluh Rejab, maka dituliskan untuknya puasa enam puluh bulan. Itulah hari di mana untuk pertama kalinya Jibril turun kepada Nabi S.A.W. diisrak-mikrajkan.” Baginda juga bersabda: “Rejab adalah bulan Allah. Siapa puasa sehari dari bulan Rejab kerana iman dan mengharapkan akan keredhaan Allah, pasti dia mendapatkan redha Allah yang Maha Agung.”

Dikatakan, “Allah menghias bulan-bulan itu dengan empat bulan. Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.: Itulah empat bulan haram yang disebutkan dalam Al-Qur’an:


36. Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) Dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan Yang dihormati. ketetapan Yang demikian itu ialah ugama Yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu Dalam bulan-bulan Yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa.
(At-Taubah:36)
  
2.     Dari Anas r.a., dia berkata, “telah bersabda Rasulullah S.A.W.”:

“Siapa berpuasa tiga hari dari bulan haram, dituliskan untuknya pahala ibadah Sembilan ratus tahun.” Dan berkata Anas r.a., “Pekak sajalah kedua telingaku jika aku tidak mendengarnya dari Nabi S.A.W.”

Bulan yang mulia itu ada empat. Malaikat terpilih juga empat. Kitab terutama yang diturunkan juga empat. Anggota wudhuk juga empat. Kalimat tasbih terutama juga empat, iaitu: ‘Subhanallah, walhamdulillah, laa ilaahaillallah, allahuakbar’. Musim juga empat: bunga, luruh, hujan dan kemarau. Khulafaur-Rasyidin juga empat: Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali r.a.

Ad-Dailami merawikan dari Aisyah r.a., dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda”:
“Allah menyiramkan kebaikan pada empat malam: malam Adha, malam Fitri, Malam Nisfu Syaaban dan malam pertama bulan Rejab.”

Ad-Dailami merawikan dari Abi Umamah dari Rasulullah S.A.W., baginda bersabda:
“Ada lima malam, tidak akan doa tertolak: malam pertama bulan Rejab, malam nisfu Syaaban, malam Jumaat, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha.”

REFLEKSI/
MUHASABAH DIRI:
Pesanan utk diriku sendiri ~.~

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”. (HR Baihaqi)

Khasiat dan kaifiatnya apabila membaca doa ini, sebagaimana diriwayat dari Anas r.a.: “Adalah Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam apabila masuk bulan Rejab, baginda mengucapkan doa tersebut”. (Ruj. Al-Azkar an-Nawawiyyah).

InsyaAllah, bersama-samalah kita mulakan langkah, hidupkan enjin yang telah lama berehat. Kita gunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Semoga kita mendapat ganjaran pahala daripada bulan-bulan yang penuh keistimewaan ini. InsyaAllah.

MENCARI WARNA PELANGI, MENDAMBA KASIH ILAHI

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan kepada buat rakan-rakan seperjuangan.

Salam Rejab untuk semua. Cepatnya masa berlalu seperti angin yang menyapa tubuh badan kita. Dalam terleka, tidak sedar yang kita sudah tiba di awal Rejab. 1 rejab. Tinggal 2 bulan saja lagi sebelum kita menempuhi rukun islam yang ke 3, iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Bersediakah kita?? InsyaAllah kita akan bersedia juga walau masih tidak bersedia. (~.^)

Sempena kedatangan bulan REJAB ini, tiba-tiba rasa bersemangat pulak untuk mencipta 'header' yang baru. Sudah lama tidak meletakkan sesuatu di 'kepala' blog ni. =) Saya memilih gambar pemandangan di Perlis pada tahun 2007 sebagai latar belakang. Sungguh tertarik dengan keindahan suasananya. Subhanallah!! indah sungguh ciptaan Ilahi.

"MENCARI WARNA PELANGI, MENDAMBA KASIH ILAHI" adalah tema utama blog saya ini. Kata-kata ini tercetus sewaktu pertama kali menekan buttang 'Create your own blog'. Mencari warna pelangi bermaksud tujuan utama yang saya ingin perolehi. Mencari warna pelangi. Sebagaimana yang kita ketahui, pelangi terdiri dengan warna-warni yang sinonim dengan pelbagai suasana, bermacam-macam ragam, beribu-ribu tafsiran dan bermacam-macam makna lagi. Simboliknya, sebagai seorang insan yang penuh dengan kekurangan dan kekhilafan, saya perlu mencari warna-warna yang berbeza untuk mengisi keceriaan dan keindahan dalam hidup ini.

"Mendamba kasih Ilahi", bermaksud: disamping mengharungi pelbagai onak dan suasana kehidupan sebagai makhluk yang lemah, saya ingin membuat sesuatu berlandaskan kepada mendamba kasih ilahi iaitu membuat sesuatu yang direhai ALLAH. Mencintai apa yang Allah cintai, meninggalkan apa yang ALLAH tidak sukai. Wallahualam...

Serba ringkas tentang tema blog saya.. ^.~

Sabtu, 19 Mei 2012

Contohi Idolaku (~.^)


SUNNAH-SUNNAH RASULULLAH
KETIKA BANGUN DARI TIDUR

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ءال محمد

1.       Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan:
Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar merekodkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:

فَاسْتَيْقَـظَ رَسُولُ اللهِ (ص) فَجـَلَسَ يَمْسَحُ النَّوْمَ عَنْ وَجْهِهِ بِيَدِهِ
“Rasulullah S.A.W. bangun daripada tidur lalu beliau duduk sambil menyapu kesan-kesan tidur pada wajahnya.”
(Direkodkan oleh Muslim)
2.       Membaca doa bangun daripada tidur iaitu:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَحْيَنَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami (tidur) dan kepadaNya kami akan dibangkitkan.”
(Direkodkan oleh Bukhari)

3.       Bersugi:

كَانَ (ص) إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ يَشُوصُ فَاهُ بِالسِّوَاكِ
“Rasulullah S.A.W. apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi).”
(Direkodkan oleh Bukhari dan muslim)
Antara kebaikan bersugi adalah mengembalikan kesegaran dan kecergasan tubuh badan serta dapat menghilangkan bau mulut yang tidak menyenangkan.

Jom kita contohi idola kita yang agung ini. InsyaAllah ada kebaikannya.. Dan memang dijamin 110%. Salam ingatan dan salam muhasabah ^.~  jdhp, mmms

Sumber: Amalan 24 jam dalam kehidupan Rasulullah S.A.W. by Zulkarnain Dollah, (2009).

Jumaat, 18 Mei 2012

RPM (menangis takut)

RANCANGAN PEMBACAAN MINGGUAN (BISMILLAH)
StyLE (^.~)
27 JAMADIL AKHIR 1423 H
JDHP, MMMS
KELAS
PENENANG JIWA
RUJUKAN BUKU
TERJEMAHAN KITAB MUKASHAFAH AL QULUB
(IMAM AL-GHAZALI)
TAJUK
MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir proses pembacaan hati dapat;
  i.    Muhasabah, istiqomah dan tersedar dari mimpi
KEMAHIRAN/ISI KANDUNGAN
1.     Telah berkata Abdul-Laiths ra:
“Sesungguhnya Allah mempunyai para Malaikat di langit tujuh bersujud sejak Allah menciptakan mereka sampai hari Kiamat. Mereka takut menderhakai Allah. Ketika hari Kiamat mereka mengangkat kepala, seraya berkata: “Maha Suci Engkau. Kami telah menyembah Engkau dengan sesungguhnya.” Demikian inilah yang tersebut dalam firman Allah:

Maksudnya: mereka takut kepada Tuhan mereka Yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa Yang diperintahkan.
(An-Nahl:50)

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaun jatuh dari pohonnya.”

2.     Diceritakan: Ada lelaki jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk suatu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sesampai di kampung yang sunyi ketika orang-orang sudah tidur. Lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. Si wanita itu pun menyahut, “Lihatlah apakah orang-orang telah tidur semuanya?” Dengan demikian lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya hendak dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak. Setelah jelas orang-orang telah tidur, segera dia menghampiri wanita itu seraya berkata, “Benar, semua orang telah tidur.” Lalu wanita itu bertanya, “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga tidur?”

Lelaki tersebut menjawab, “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.” Wanita itu lalu berkata lagi, “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak kita takuti.” Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan itu kerana dia takut kepada Allah. Dia pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada seorang bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya, “Apakah yang dilakukan oleh Allah kepadamu?” Lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosa itu.”

3.      Allah s.w.t berfirman:  
Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu);
(Al Maidah:44)
-----------------------------------------------

 






175. Sesungguhnya (pembawa berita) Yang demikian itu ialah Syaitan Yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang Yang beriman.
(Al Imran:175)
 -----------------------------------------------
37. maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang Yang melampau (perbuatan derhakanya), -
38. serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -
39. maka Sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
40. adapun orang Yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
41. maka Sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
(An Nazi’at:47-41)

REFLEKSI/
MUHASABAH DIRI:
Pesanan utk diriku sendiri ~.~

Rasulullah s.a.w seringkali berdoa:
“Ya Allah, berikanlah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”

Barangsiapa ingin selamat daripada azab Allah serta mendapat pahala dan rahmat-Nya, hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta jauhi maksiat.

"Ya Allah, pimpinlah seluruh jiwa dan ragaku. Janganlah Engkau biarkan aku terleka walau sesaat pun..." amiin

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)