Sharing is caring =)

Memaparkan catatan dengan label .:Bingkai Kehidupan:.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label .:Bingkai Kehidupan:.. Papar semua catatan

Isnin, 21 Mei 2012

MENCARI WARNA PELANGI, MENDAMBA KASIH ILAHI

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan kepada buat rakan-rakan seperjuangan.

Salam Rejab untuk semua. Cepatnya masa berlalu seperti angin yang menyapa tubuh badan kita. Dalam terleka, tidak sedar yang kita sudah tiba di awal Rejab. 1 rejab. Tinggal 2 bulan saja lagi sebelum kita menempuhi rukun islam yang ke 3, iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Bersediakah kita?? InsyaAllah kita akan bersedia juga walau masih tidak bersedia. (~.^)

Sempena kedatangan bulan REJAB ini, tiba-tiba rasa bersemangat pulak untuk mencipta 'header' yang baru. Sudah lama tidak meletakkan sesuatu di 'kepala' blog ni. =) Saya memilih gambar pemandangan di Perlis pada tahun 2007 sebagai latar belakang. Sungguh tertarik dengan keindahan suasananya. Subhanallah!! indah sungguh ciptaan Ilahi.

"MENCARI WARNA PELANGI, MENDAMBA KASIH ILAHI" adalah tema utama blog saya ini. Kata-kata ini tercetus sewaktu pertama kali menekan buttang 'Create your own blog'. Mencari warna pelangi bermaksud tujuan utama yang saya ingin perolehi. Mencari warna pelangi. Sebagaimana yang kita ketahui, pelangi terdiri dengan warna-warni yang sinonim dengan pelbagai suasana, bermacam-macam ragam, beribu-ribu tafsiran dan bermacam-macam makna lagi. Simboliknya, sebagai seorang insan yang penuh dengan kekurangan dan kekhilafan, saya perlu mencari warna-warna yang berbeza untuk mengisi keceriaan dan keindahan dalam hidup ini.

"Mendamba kasih Ilahi", bermaksud: disamping mengharungi pelbagai onak dan suasana kehidupan sebagai makhluk yang lemah, saya ingin membuat sesuatu berlandaskan kepada mendamba kasih ilahi iaitu membuat sesuatu yang direhai ALLAH. Mencintai apa yang Allah cintai, meninggalkan apa yang ALLAH tidak sukai. Wallahualam...

Serba ringkas tentang tema blog saya.. ^.~

Khamis, 12 April 2012

SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN (khazanah yg tdk dketahui)



Bismillahirrohmaanirrohim.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar.
Laa ilaaha illallah. Allahummasolli'alaamuhammad.

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Saya tertarik untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi semasa menuntut dengan Ustaz Sharhan mengenai makhluk halus. InsyaAllah, saya akan cuba kongsikan sedikit demi sedikit ilmu yang saya dapati disepanjang seminar bersama 'team At-Thobibi'.

Entry kali ini adalah berkenaan dengan "JENIS2 SIHIR dan Pengaruhnya terhadap mangsa dan cara rawatan". Antara jenis2 sihir yang berlaku sekarang ini adalah seperti:

1. Sihir menahan pernikahan.
2. Memisahkan suami isteri dengan sihir.
3. Memperdaya pandangan silap mata.
4. Sihir yang membuatkan gila.
5. Sihir membuat orang tidak bermaya.
6. Sihir mendengar panggilan.
7. Sihir membuat penyakit.
8. Sihir melakukan pendarahan.
9. Guna2 atau sihir percintaan.

Buat masa ni, saya akan kupaskan dan kongsikan mengenai sihir menahan pernikahan.
Apa itu sihir menahan pernikahan? Sihir menahan pernikahan ataupun dalam bahasa Arabnya dikenali sebagai "sihir ta'tilu azzawaj". Mungkin sahabat2 sekalian pernah mendengar istilah ini.

Antara tanda2 org yg terkena sihir ini adalah:
1. Pening kepala berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat oleh doktor.
2. Sesak di dada terutamanya setelah Asar hingga ke tengah malam.
3. Melihat pelamar bermuka hodoh.
4. Banyak berfikir (fikiran melayang).
5. Selalu gelisah pada waktu tidur.
6. Selalu rasa sakit di perut.
7. Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Sihir ini banyak terjadi dalam masyarakat kita. Ia berlaku disebabkan sifat hasad dengki dan khianat serta permusuhan yang hebat kepada mana2 individu. Kebiasaanya terjadi kepada wanita. Bagaimana pula cara sihir ini berlaku? Tukang sihir akan menugaskan beberapa jenis jin mendekati gadis tersebut hingga dapat masuk kepadanya. Selepas itu jin akan melakukan satu diantara dua:

* Masuk ke dalam wanita tersebut menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.
* Atau jin menipu penglihatan dengan membayangkan bahawa wajah lelaki yg ingin melamarnya berwajah buruk.

Begitulah serba ringkas penerangan berkenaan sihir jenis ini. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan sahabat2 yg dkasihi, berhati2lah dan sentiasalah berdoa meminta pelindungan kepada Allah supaya tidak terkena/terlibat dengan gejala sihir ini. InsyaAllah. pada lembaran akn datang, kita akan sama2 mengupas lebih banyak lagi rahsia perubatan islam dan gangguan makhluk halus. Di sini saya sertakan panduan bacaan ayat Al-Quran dan teks beserta terjemahan(boleh dibaca bila2 masa) sebagai pelindung daripada gangguan makhluk halus.

Ayat2 Syifa: (download link)
1. (RUQYAH MP3)
2. Ayat2 Syifa (pdf)

Nota Kaki: Firman Allah Taala: Maksudnya: "Dan kami turunkan dari al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi org2 yg beriman". (al Isra': 82)

Sumber rujukan:
1. Buku Perubatan Islam, “Menangkis Kejahatan Makhluk Halus”.
Oleh: Ust. Sharhan bin Shafie & Fakhrul Ridzha bin Abd. Rahman (2009).
2. Al-Qur’an

Ahad, 8 April 2012

Kenali Jenis Lelaki



Salam Perpaduan dan Salam ingatan.

Apa khabar teman2 seperjuangan? hehe.. Kali ni saya tertarik untuk berkongsi sedikit info berkenaan sifat2 dan jenis2 lelaki. Entahlah betulkah tidak? Tapi, personally bagi sy sbg seorang lelaki ada betulnya. Hehe.. Mungkin boleh jadi panduan untuk kaum adam supaya lebih mengenali diri sendiri. Untuk, kaum hawa, leh jadi 'guidelines' utk mencari calon2, teman2 yg sesuai. hehe. Jom kita 'taaruf' sikit jenis kaum adam zaman skrg ni. ~.^

1. LELAKI TAKUT KOMITMEN

Personaliti:
Bukan tiada teman istimewa, ada kalanya hubungan yang terjalin antara dia dan teman istimewanya bertahun-tahun lamanya! Namun keinginan untuk membina sebarang ikatan rasmi tidak pernah wujud dalam dirinya. Karier dan kehidupan sosialnya sering menjadi keutamaan dalam hidup. Tidak hairanlah sekiranya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman.

Kesimpulannya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka pada mu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.


2. LELAKI RASIONAL

Personaliti:
Keperibadian mereka tergambar menerusi penampilan luarannya. Semangat yang tinggi dan komited terhadap kerja memperlihatkan sikap rajin mereka itu. Ramai yang beranggapan lelaki dalam kategori ini berpewatakan serius dan sukar untuk diajak bergurau kerana sikap tekun yang wujud dalam dirinya itu. Selain itu mereka suka memendam perasaan dan kerana sikapnya itu kadangkala dia berubah menjadi seorang yang agak pemarah.

Kesimpulannya:
Biarpun kelihatan seakan dibebani dengan pelbagai tugasan namun lelaki yang tergolong dalam kategori ini sentiasa bersemangat dan gigih berusaha demi mencapai kejayaan. Pemikiran rasional menjadikan mereka individu yang positif. Percayalah, lelaki rasional ini boleh diharap dan bersedia melaksanakan tanggungjawab mereka itu tanpa sebarang halangan. Keluarga adalah segala-galanya bagi mereka ini.


3. LELAKI KONSERVATIF

Personaliti:
Pemikiran dan perwatakannya konservatif memperlihatkan dirinya serba sederhana. Sikapnya yang gemar memerintah dan sentiasa berfikir bahawa seorang lelaki perlu dihormati dan disanjung memperlihatkan sifat egonya yang agak tinggi. Dari sudut positif yang ada pada diri individu yang tergolong dalam kategori lelaki konservatif ini, mereka bijak mengatur perbelanjaannya.

Kesimpulannya:
Berfikiran matang dan bersedia memikul tanggungjawab menjadikan diri mereka mampu bertindak sebagai pemimpin dan ketua. Bagi lelaki konservatif ini, mereka sering mencari pasangan yang mampu memberikan ketenangan dalam hidupnya.


4. LELAKI HIPOKRIT

Personaliti:
Ego dan gemar mementingkan diri sendiri adalah sifat utama yang ada dalam diri mereka. Berlakon dan gemar berpura-pura menjadi mainan rasmi dalam hidupnya. Mereka juga gemar mengambil kesempatan atau menindas orang lain demi untuk kepentingan dirinya sendiri. Awas!

Kesimpulannya:
Sememangnya lelaki sebegini harus dijauhi. Sikap hipokrit dan gemar berpura-pura membuktikan bahawa dia juga seorang penipu! Jangan mudah terpengaruh dengan rupa paras dan kemewahan yang dimiliki!


5. LELAKI ANTI PEREMPUAN

Personaliti:
Sering memberi kritikan terhadap golongan wanita dan beranggapan wanita sering menyusahkan dan membebankan mereka! Sikap tidak gemarkan kanak-kanak juga boleh dilihat dengan jelas dalam diri mereka. Sebaliknya mereka gemar menghabiskan masa dengan mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi peribadi.

Kesimpulannya:
Jangan salah tafsir terhadap individu yang sedemikian. Hakikatnya mereka juga mempunyai teman istimewanya sendiri, namun di sebalik sikapnya itu tersembunyi suatu perkara yang sukar untuk dijangka. Mereka mempergunakan wanita untuk kepentingannya sendiri! AWAS dengan lelaki sebegini kerana mangsa mereka adalah wanita yang mampu menuruti segala kehendaknya.


6. LELAKI PLAYBOY

Personaliti:
Sentiasa berpenampilan menarik dan peka terhadap perkembangan dunia fesyen semasa. Secara tidak langsung mereka bijak mengguna kelebihan yang mereka miliki itu untuk memenangi hati individu yang mereka suka. Karisma yang ada dalam diri menjadikan mereka sering mendapat perhatian! Bukan itu sahaja, malah mereka memang bersifat romantis dan mulut 'manis'.

Kesimpulannya:
Menyentuh soal komitmen, itu adalah isu yang paling digeruni oleh individu dari golongan ini. Sebaliknya mereka lebih gemar berseronok dan mendampingi ramai wanita dalam satu masa kerana bagi diri mereka ia adalah satu kelebihan istimewa yang ada dalam dirinya.


7. LELAKI BERWAWASAN

Personaliti:
Biarpun dia seorang yang pendiam namun individu di sekelilingnya mudah tertarik dengan sikap itu. Lelaki sebegini sering melahirkan idea yang rasional dan logik. Fokus utama dalam hidupnya adalah kerjaya dan ada kalanya ada yang beranggapan lelaki sebegini terlalu mementingkan kerja dari yang lain. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Kebanyakan mereka juga tidak suka terikat dengan komitmen terlalu awal.

Kesimpulannya:
Wajar kamu cuba menghampiri individu sebegini. Sikapnya yang berwawasan dan berfikiran jauh ternyata mampu menjamin masa hadapan. Pasangan yang paling sesuai untuk individu sebegini adalah wanita yang bijak berdikari kerana kesibukannya memaksa pasangannya untuk berdiri di atas kaki sendiri, namun ini tidaklah bermaksud dia akan melupakan terus tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki.

Sumber Dari Web Komuniti Kedah

Jumaat, 6 April 2012

Air Yasin



Ertinya: "Hati Quran itu ialah Yasin. Tiada dibaca oleh seseorang berkehendak kepada Allah dan hari akhirat melainkan dia diberi keampunan. Bacalah surah Yasin ke atas orang-orang yang hampir mati diantara kamu."

(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Sabda Rasulullah s.a.w:



Ertinya: "Barangsiapa membaca surah Yasin pada pagi hari, Allah tunaikan segala hajatnya."

Assalamualaikum, Salam mesra untuk sahabat pembaca sekalian. Apa khabar? Semoga sihat walafiatlah hendaknya.

Kali ni, saya ingin berkongsikan satu amalan yang baik utuk kita amalkan dalam kehidupan kita. Saya baru tahu dan baru mula untuk mengamalkan. Caranya mudah sahaja. Air yasiin kita amalkan sebagai minuman pagi dan petang. Air yasiin boleh diperolehi melalui bacaan beramai2 di masjid pada malam jumaat ataupun boleh dibeli di kedai yang berkenaan.

Sebenarnya kita sedia maklum bahawa kandungan air dalam tubuh manusia adalah sebanyak 75% manakala dalam tisu otak sebanyak 85% peratus.

Air harus di gunakan setiap hari kerana tubuh manusia dapat berfungsi tanpa air. Untuk mengetahui kepentingan air pada tubuh kita, sila lihat keperluan air pada setiap organ organ tubuh di bawah:

1. Otak

Tubuh yang cukup kandungan air akan membuat daya ingatan lebih tajam, perasaan stabil dan motivasi lebih baik. Jika kecukupan air dalam tubuh baik, kemampuan kita dalam memecahkan masalah juga akan meningkat.

Para ilmuwan menyebutkan kekurangan air akan menyebabkan aliran oksigen ke kawasan otak berkurangan sehingga sel-sel saraf menyusut sementara. Sebab itu kita lihat orang yang haus atau dahaga akan mudah marah..

2. Mulut

Air akan menjaga tenggorokan dan bibir lebih basah dan menjaga bibir mulut dari kekeringan. Keadaan mulut yang kering bisa memicu bau mulut dan rasa yang tidak enak, bahkan gigi berlubang.

3. Jantung

Kekurangan air akan menyebabkan penurunan isipadu darah sehingga jantung akan bekerja lebih kuat dalam mengepam darah agar sel-sel tidak kekurangan oksigen. Akibatnya aktiviti fizikal ringan seperti naik tangga atau berlari akan terasa lebih memenatkan

4. Peredaran darah

Tubuh mengeluarkan haba panas dengan cara melebarkan pembuluh darah yang dekat dengan permukaan kulit sehingga aliran darah lebih cepat dan panas lebih banyak yang dikeluarkan.

Bila kita kekurangan air, haba semakin tinggi

5. Otot

Bila air cukup dalam tubuh terutama sel ia akan menyediakan nutrien yang cukup dan membantu otot berfungsi dengan baik Air juga penting untuk menggerakan sendi.

6. Kulit

Jika seseorang menderita kekurangan air, kulit menjadi kering. Keadaan ini berbeda dengan kulit kering,

7. Ginjal

Ginjal memerlukan air untuk berfungsi, jika tiada air, ginjal atau buah pinggang tidak dapat bekerja. Maka akibatnya ginjalnya akan rosak.

(sumber: http://rahsiadietwanita.blogspot.com/2011/10/kepentingan-air-pada-tubuh-manusia.html)

Begitulah antara kepentingan air dalam tubuh badan kita. Apa kata mulai hari ini kita amalkan meminum air Yasiin menggantikan air biasa. Sebenarnya air Yasiin dapat merawat penyakit-penyakit ganjil yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus. InsyaAllah. Mari pakat-pakat transform kehidupan rutin seharian kita dengan menerapkan nilai-nilai ibadah dalam kehidupan kita. Selain diminum, boleh juga di campurkan dalam masakan seperti nasi, lauk-lauk dan kuih-muih. Apatah lagi dapat digunakan sebagai air mandian dan cucian. Caranya mudah sahaja, iaitu mencampurkan sedikit(setitik pun memadai) air yasiin ke dalam air yang akan digunakan untuk tujuan masakan, cucian dan sebagainya. Ringkaskan. So, jom kita beramal. =) Salam ingatan dan munasabah.

Rabu, 7 Mac 2012

Program Guru Penyayang

Assalamualaikum, salam sejahtera..

Bulan ni adalah bulan pelancaran "PROGRAM GURU PENYAYANG". Program ini diwujudkan untuk memupuk perasaan kasih dan sayang kepada anak murid. Macam-macam program dah sekarang ni diperkenalkan. Mungkin kerana macam-macam kes yang ditimbulkan oleh segelintir guru yang berkelakuan tidak sepatutnya sehingga mengakibatkan kemalangan dan kematian. Fuh!!! Bertambah lah 'assignment' kita ya geng.. haha..

Sempena hari menyambut kedatangan murid-murid ke sekolah ni (jadi penyambut tetamu la pulakk!!), terus dilancarkan program berkembar dengan kasih sayang, dipanggil program mentor-mentee.. Macam mentor di tv3 tu. Jadi, secara rasminya, aku bergelar bapak angkat. Nasib baik bukan bapak ayam.. haha.. Ni, gambar yg sempat dirakamkan semasa program tu:



Gambar - guru bersalaman dengan pelajar




Gambar - geng angkatan sekolahhttp://www.blogger.com/img/blank.gif




Gambar - aku jadi mentor, diorang jadi mentee

Syukurlah, sekolah ni kecik aja. Lau tidak, banyaknya anak-anak angkatku yang tidak terangkat ni.. hehe

link gambar lain:
http://sksglingkausimunjan.wordpress.com

Ahad, 3 Julai 2011

Ahlan wa sahlan Syaaban..Ku Mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...

Oleh: Mohd Sukki Bin Othman (Ust Shauqi)

Sedar tak sedar kita kini sudah berada pada bulan Syaaban . Masa berlalu dirasakan begitu pantas sekali. Ini juga bermakna umur kita semakin meningkat dan sewajarnya kita sentiasa bermuhasabah iaitu sudahkah kita melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita dengan sempurna, dan sudahkah kita bersedia dengan amalan-amalan yang akan dibawa menemui Allah?

Bulan Syaaban menyusul selepas daripada bulan Rejab. Manakala selepas itu, akan datang pula bulan yang mengandungi penuh rahmat iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak. Namun, Apabila tibanya bulan Rejab dan Syaaban, kita seringkali mendengar hadis-hadis mengenai mengenai bulan-bulan ini akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya ialah hadis:“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Hadis ini adalah hadis munkar dan kebanyakan ulama' menyatakan bahawa ia adalah hadis palsu. Apabila membicarakan tentang bulan Syaaban, maka sewajarnya kita merujuk kepada riwayat-riwayat yang sahih dan yang diterima oleh para ulamak agar kita tidak termasuk dalam golongan 'pak turut' yang hanya melakukan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Sedangkan Islam itu sendiri adalah agama ilmu, maka sewajarnyalah apa yang hendak dilakukan mestilah berteraskan kepada ilmu.

Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi, tidak ada suatu pun keistimewaan pada pertengahan bulan Syaaban (nisfu Syaaban) sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh masyarakat pada hari ini. Sebaliknya peristiwa besar yang berlaku pada pertengan bulan Syaaban ialah peristiwa yang berlaku pada tahun kedua hijrah iaitu peralihan kiblat daripada Baitul Maqdis ke Kaabah iaitu daripada Masjid al-Aqsa ke Masjid al-Haram. Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah al-Baqarah ayat 144 yang bermaksud:"Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya…"

Selain daripada peristiwa tersebut, sesuatu yang sahih daripada nabi pada bulan Syaaban ini ialah nabi saw memperbanyakkan berpuasa sunat sebagai suatu persediaan menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Aisyah r.a menyatakan bahawa:

"Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa baginda akan berpuasa berterusan. Dan baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangka baginda akan berbuka (tidak berpuasa) seterusnya. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban."

Usamah bin Zaid pula menceritakan; "Saya telah bertanya kepada Rasulullah saw, wahai Rasulullah saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban", lalu Baginda menjawab, "Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadan, ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.'' (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Nas'aei).

Justeru, daripada hadis-hadis di atas, kita mendapati bahawa nabi saw amat mengambil berat untuk memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban. Di samping itu, sesiapa yang masih berhutang puasa pada Ramadhan yang sebelumnya seperti wanita yang meninggalkan puasa kerana 'datang bulan', maka inilah waktu yang sesuai untuk mempastikan agar segala 'hutang' dilunaskan sebelum tibanya bulan Ramadhan. Sebagai mencontohi sunnah nabi, kita juga sewajarnya memperbanyakkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban yang mulia ini.

Di samping berpuasa, kita juga boleh memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang lain untuk memepertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan sebagai suatu persediaan untuk memperbanyakkan lagi amalan pada bulan Ramadhan. Antara amalan yang boleh dilakukan selain daripada berpuasa ialah membaca al-Quran, bertaubat, beristighfar, berzikir, memperbanyakkan solat sunat, bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim, melakukan amalan kebajikan, memohon keampunan untuk ibu-bapa, memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan sebagainya.

Persoalan seterusnya yang selalu timbul dalam masyarakat kita ialah amalan pada malam nisfu syaaban. Biasanya pada malam nisfu syaaban, masjid-masjid dan surau-surau akan merayakan malam tersebut dengan amalan-amalan tertentu. Di beberapa tempat di negara kita, pada malam nisfu syaaban, orang ramai biasanya berkumpul di masjid-masjid dan mereka membaca surah yasin bersama, kemudian melakukan solat sunat dua rakaat dengan niat panjang umur, solat sunat dua rakaat lagi dengan niat agar menjadi kaya dan tidak tergantung pada orang lain, dan sebagainya. Setelah itu, mereka membaca doa yang panjang, iaitu doa yang dikhususkan bacaannya pada malam tersebut.

Menurut al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi , tidak ada satu hadis sahih mengenai keutamaan malam nisfu syaaban, dan semua hadis mengenainya bertaraf dhaif yang tidak boleh diamalkan. Walau bagaimanapun terdapat hadis mengenai fadilat malam nisfu syaaban yang dianggap Hasan oleh sebahagian ulamak, walau ia telah didhaifkan oleh sebahagian ulamak lain. Hadis tersebut ialah: “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah.

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan pada malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan tertentu pada malam tersebut (sekiranya dianggap sebagai satu kemestian dan wajib seperti ‘mesti’ membaca Yasin sebanyak tiga kali, dan menunaikan solat-solat tertentu sempena nisfu syaaban) adalah bukan ajaran Nabi s.a.w. Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya 'Fatawa Mu'asirah', “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya".

Inilah juga pendapat majoriti ulamak seperti Sayyid Sabiq, Prof Mutawalli Sya'rawi, Dr Abdul Karim Zaidan dan sebagainya. Begitu juga dengan doa khusus yang dibaca pada malam nisfu Syaaban, ianya bercanggah dengan nas al-Quran dan Hadis. Inilah pendapat yang dikemukakan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi.

Justeru, daripada pandangan-pandangan ulamak yang dikemukakan di atas, adalah menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk memahami dengan sejelas-jelasnya agar kita tidak termasuk dalam golongan yang membuat sesuatu amalan itu secara membuta-tuli. Ini bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh melakukan amalan pada malam nisfu syaaban, akan tetapi kita tidak boleh melakukan amalan-amalan yang tidak diasaskan oleh nabi dan yang bercanggah dengan hukum syarak seperti menunaikan solat sunat khusus untuk panjang umur pada malam nisfu syaaban.

Namun, untuk membaca ayat-ayat al-Quran tertentu seperti Yasin dan seumpamanya, maka ia boleh dilakukan tetapi dengan syarat kita tidak ‘mewajibkan’ bacaan Yasin sebanyak 3 kali dan seumpamanya. Alangkah baiknya juga kalau pada malam itu juga diisi dengan program pengajian ilmu agar pemahaman terhadap ajaran Islam semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Justeru, amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, berpuasa dan yang seumpamanya hendaklah dilaksanakan bukan sahaja pada malam nisfu syaaban, akan tetapi kita hendaklah beristiqamah melaksanakan amalan-amalan kebajikan tersebut pada bila-bila masa sahaja siang ataupun malam. Sesungguhnya apabila kita dapat melaksanakan sesuatu amalan dengan penuh keikhlasan dan amalan tersebut bertepatan dengan hukum syara', maka kita akan tergolong daripada umat Islam yang menuju ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Perbanyakkanlah amalan sunat di bulan Syaaban sebagai suatu persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak!.

Sumber : http://ustazshauqi.blogspot.com/2010/07/kemuliaan-bulan-syaaban.html

Sabtu, 2 Julai 2011

Hadiah... ooo Hadiah!! I Like ^_^

Minggu ni boleh katakan minggu yang bertemakan sukan.. Apa tidaknya, Start dari hari Rabu sampai Khamis, Sambutan Sukan dan Sukaneka Peringkat Sekolah di sekolahku. 3 hari tu.. Macam2 ada.. Saya.. Tugas macam2 ada.. haha.. Mmg style la.. Jadi juri, jadi peserta, jadi ajk PA, jadi trainer tarian, jadi jurukamera dan macam2 lagi la.. Tapi buka pasal ni yg mahu diceritakan. Tengok tajuk dia.. Hadiah.. Ha, apa hal dgn hadiah ni. Apa kena mengena pulak ^^.. Hehe..

"Tuah ayam nampak d kaki, tuah manusia siapa yang tahu"... Masa sambutan sukan tu, banyak acara yg dpertandingkan. Namun xda satu pun yg menang.. kesiannya.. Selama 2 hari, tak dapat hadiah.. Then, hari ketiga, cubalah beli cabutan tiket bertuah. Saja2 ja nak hiburkan hati. Tak banyak pun. beli 10 tiket=RM1o. Saya tunggu dari pagi, tak jugak kena. haha... Malas menunggu, bagila tiket tu dgn murid2. Suruh dorg tengokkn. Sehinggalah ke hadiah/hamper yg terakhir. Masa tu sy pun ada pegang jugak sedikit tiket tu. tengok2 tak kena jugak. Tanya murid yg pegang, tak dapat jugak. Huu..hampa.. Then, pegilah ke bilik guru. Tiba2 seorang murid datang. Dia bagi tau, "Cikgu, cikgu dapat hadiah besar".. Wa.... Masin mulut saya.. Tadi kata hadiah last tu saya yg punya.haha.. Saya tersenyum lebar.. lebar tu..haha

"Berakhirnya sambutan sukan peringkat sekolah.. masuk 100m kalah.. masuk acara lain pun kalah jugak.. Menantikan cabutan bertuah.. out of 60, takda satu pun dapat.. mmg bad luck betul... asyik org yg sama ja dpt hamper.. bertuah betul.. tapi tak sangka, hadiah yg last mengena kepada aku..haha.. Hadiah palin grand.. besar punya.. best3x!!! TAHNIAH!! ada jugak rezki.. besar tu..haha.. ^^."

----------------------------------------

Lepas tu hari sabtu ada larian 1 murid 1 sukan. Malas nak ikut sbnarnya tapi dah kawan lain ajak, apa lagi... Masuk jela.. men hentam saja... Larian Jogathon kategeri lelaki senior.. Fuh!! satu persatu memintas saya.. Awalnya bukan main lagi.. bersemangat la konon (<-- saya la tu..haha) tgk2, dapat nombor 3.. Tak sangka, ada jugak nombor.. Yeah!!! bertambah koleksi hamper saya.. Kelmarin dapat.. Arini pun dapat... Alhamdulillah..hehe

----------------------------------------

Minggu ni best.. Dapat hadiah.. Isnin pulak dapat cuti..yeahhhh!!! Semoga Allah melimpakhan rezki ke atasku. Rezki yang halal lagi baik.. Amiin..

"Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.." Amiin ya robbal 'aalamiin..

Sabtu, 19 Februari 2011

Salam Maulidurrasul

Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w

Bismillahirrohmanirrohiim… Salam Maulidur Rasul 1432 H. Allahummasolli’alaasayyidinaMuhammad.. wa’ala aalisayyidinaMuhammad. Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w, manusia agung merentasi sepanjang zaman. Baginda adalah contoh tauladan terbaik bagi ummat manusia tidak kira bangsa dan agama. Beliau adalah seorang suami, bapa, guru, pemimpin, dan banyak lagi yang mencakupi semua aspek tanggungjawab di dunia. Sesungguhnya, kedatangan baginda merupakan rahmat kepada seluruh alam. Baginda adalah pelita yang menerangi alam kejahilan, mengangkat martabat seorang wanita yang dianggap tidak berguna pada zamannya. Alhamdulillah, kita dilahirkan sebagai seorang muslim, penganut agama islam, risalah yang dibawa oleh baginda. Marilah kita tanamkan rasa kecintaan kepada Baginda, menyuburkan rasa keimanan kepada Allah s.w.t. Mudah-mudahan hati kita sentiasa mendapat nur, dipimpin untuk melakukan segalanya semata-mata kerana Allah s.w.t. Amiin yaa robbal ‘aalamiin.

Baiklah, pada lembaran kali ini, saya ingin berkongsi tentang beberapa hobi yang amat saya sukai. Antara hobi saya ialah bermain ping-pong, memancing, berenang, bermain computer, melukis, menyanyi dan mencipta lagu dan bermacam-macam lagi. Rasanya kalau hendak disenaraikan, tidak dapat dibilang. Hehe.. di sini, saya ingin fokuskan kepada hobi yang utama iaitu melukis dan mewarna. Memang saya teramat minat untuk menceburi dan meneroka lebih dalam lagi tentang sesuatu bidang. Tapi, kesempatan yang ada sekarang terbatas untuk saya meneroka hobi-hobi ini. Sempena Maulud Nabi ni. Bermacam-macam aktiviti yang diadakan. Antaranya pertandingan tilawah, nasyid, marhaban, berzanji, perarakan dan banyak lagi. Biasanya, setiap kali perarakan ramai kontinjen yang menyertai. Banyak hasil karya yang dihasilkan melalui lukisan sepanduk samada daripada aspek kesenian, lukisan dan hiasan. Cirri-ciri kesenian dapat diperhatikan melalui kreativiti tulisan khat, reka cipta bentuk dan susunatur huruf dan tulisan tangan yang lain. Lazimnya, orang-orang yang terlibat dalam bidang ini amat berbakat dalam seni. Mereka akan memperagakan hasil minda mereka melalui reka bentuk sepanduk masing-masing. Saya tidak ketinggalan untuk mencuba dan menghasilkan sepanduk saya sendiri. Karya tradisional yang semakin dilupakan dengan kewujudan bahan-bahan canggih seperti percetakan ‘banner’ dan ‘sticker’.

Saya meminati bidang ini semenjak di bangku sekolah lagi. Melalui bapa saya, saya telah mempelajari sedikit sebanyak tentang selok belok tulisan tangan dan seni khat dengan menggunakan berus cat. Mulanya agak susah tetapi lama-kelamaan ianya menjadi hobi dan semakin sinonim dengan diri saya. Tangan yang keras menjadi lembut dan mudah untuk menggerakkan berus bagi menghasilkan tulisan huruf-huruf dan seni kaligrafi. Alhamdulillah, dengan menceburkan diri dalam penulisan khat pada dinding-dinding sepanduk, saya dapat meneroka seni kaligrafi islam dengan lebih mendalam lagi walaupun latar belakang saya bukan daripada sekolah agama dan tiada pendedahan khat yang formal.

Ini adalah antara hasil sepanduk yang sempat dirakamkan:

Jikalau diperhatikan dengan teliti, hasilnya tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan yang pakar. Tetapi, saya sudah cukup berpuas hati kerana dapat menghasilkan sepanduk sendiri berbekalkan ilmu yang sekelumit ini. Saya berpesan kepada diri sendiri: “Belajarlah cara untuk belajar, sekalipun ia susah, andai dilatih selalu, InsyaAllah hasilnya akan membuatkan anda tersenyum sendiri.”

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)