Sharing is caring =)

Sabtu, 19 Februari 2011

Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 10

Cahaya yang Menyinar

“Kokokookoook”… Bunyi ayam jantan berkokok. “Dah nak masuk waktu subuh rupanya”, suaraku serak basah dengan keasaan badan, ku gerak-gerakkan. Mengeliat di atas tilamku yang empuk. Boleh saja memerangkap diriku supaya terus bertapa di alam mimpi. Rasa macam nak sambung ja tidurku. Terganggu oleh bunyi kokokan ayam tadi. Yang sepatutnya aku kena bersyukur kerana memberiku isyarat untuk mengerjakan suruhannya. “Bangun Im… Bangun”, desak hatiku. “Kring kring kring kring”, jam locengku berbunyi pula. Deringan loceng itu membantutkan lagi niatku untuk terus terlentang di tempat peraduanku. Membangkitkan diriku untuk bertarung dengan kehendak separa sedarku. Ku cergaskan langkah kakiku, ku buka daun pintu kamarku. Ku lihat ahli keluargaku sudah siap untuk menunaikan solat subuh berjemaah. “Bang… Cepatlah pergi ambil wuduk, dah lama kami tunggu semua bangun”, rayu adikku. Tanpa berkata, aku teruskan langkah kakiku menuju ke ruang kamar mandi. Ku putarkan kepala paip. Air yang mengalir, ku tadah dan ku simbah ke mukaku. Air itu menyegarkan diriku. Seperti ada arus elektrik yang mengalir ke seluruh tubuhku. Kini, rasa malasku telah ditawan sepenuhnya. Usai berwuduk, aku menuju ke ruang solat. “Qamatlah pak?”, tanyaku. Bapaku mengangguk tanda setuju. Kamipun menunaikan solat berjemaah ditutupi dengan doa rabitah. Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana dilahirkan di dalam keluarga ini. Hatiku dididik dengan mentaati Allah. Apabila berada di rumah, secara tidak langsung, tingkah lakuku berubah. Seperti robot yang telah di program. Di rumah, apabila bersama dengan keluargaku, hatiku ditarbiah untuk sentiasa melaksanakan suruhanNya. Solatku terjaga, bacaanku terpelihara, adabku terserlah. Aku dapat meninggalkan segala maksiat. Maksiat mata, mulut, telinga, anggota badan yang lain dan terutamanya hati. Mungkin keadaan ibuku yang menyebabkan perubahan tabiat diriku….. Perisai diriku dapat dimantapkan mengenangkan ketabahan, kesukaran dan kesakitan yang telah dialami oleh ahli rumahku. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

Sinaran suria melakar ceria. Bunyi burung berlagu, kuntuman-kuntuman wangi memekarkan kelopaknya, desiran angin mencipta lambaian-lambaian indah daripada pepohon yang ada disekitar perkarangan rumahku. Melodi yang didendangkan di awal pagi penuh dengan rahsia-rahsia bahasa indah. Bersepadu membentuk sebuah irama. Menceriakan suasana ibarat di alam maya. Semua makhluk menjalankan rutin sendiri. Ada yang bersembunyi mengelak pemangsa. Ada yang berlari menangkap mangsa. Ku lihat, semut-semut berbaris di awal pagi. Bak barisan askar wataniah. Beratur membentuk rangkaian. Sungguh disiplin sekali. Kupu-kupu menari mengibaskan kepaknya. Pohon semalu mula mekar daunnya. Panorama seperti ini amat dinanti oleh setiap pencinta alam semulajadi. Tidak terkecuali diriku. Begitu indahnya ciptaan Tuhan. Setiap satu menjalankan fungsi tersendiri. Aku terpukau oleh magis yang terpampang di hadapanku. Hatiku penuh dengan perasaan kagum dan bersyukur. Mampu menikmati pengajaran dari alam yang membisu walau penuh dengan ancaman manusia. Sambil menikmati keajaiban alam ini, hatiku terasa gembira dan ceria. Ceria disulami senyum tawa. Senyum yang terlakar dibibir hasil sentuhan dari hati disebabkan kejadian malam tadi.

“Abang, napa abang simpan lagi gambar kak Ima tu? Tak baik tau.” Tanya Ruzi. “Eh eh.. Ada gambar dia ek? Hehe…. “Bang… ceritalah cmna abg leh kenal dengan kak Ima tu”, sambungnya. “Laa… daripada Tanya abang, baik tanya ibu macammana boleh kenal dengan bapa”, jawabku. “Iskh iskh iskh… Ada pulak ibu yang kena. Lain yang disoal, lain pula kena menjawab. Apa salahnya kalau Im beri ja jawapan pertanyaan adik-adik Im tu. Ibu pun nak tau juga macam mana Im leh berkenalan dengan si Ima tu”, pinta ibuku. “Nampak gayanya, aku terperangkap dah”, keluh hatiku……………….. “Er…er… Apa yang adik nak tau?”, Jawabku dengan nada yang terketar-ketar. Macam kena interview dah la pula.

“Kak Ima tu cinta pandang pertama abang ek? Macammana abg leh jatuh cinta bila pandang kak Ima?”, soalan pertama diajukan oleh adikku. “Erm… entahlah.. cinta pandang pertama kot. Hehe…. Abang terjatuh bila terpandang kak Ima tu. Sebab tu jadi jatuh cinta pandang pertama. Hehe..” Jawabku ringkas.

“Ek elleh!! Orang tanya serius, dia main-main pulak. Ceritalah betul-betul bang”, pujuk adikku. “Di mana abang terserempak dengan kak Ima? Bila? Berapa kali? Masa tu abang buat apa? Dan macam-macam lagi….” Pening kepalaku menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka. Dengan tenang, aku pun memulakan bicaraku. “

--> bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)