Sharing is caring =)

KHaYaLaN (~.^)

Semua tentang khayalan...(~,~)

Banyak perkara yang kita impikan dan menjadi khayalan kita. Tak salah kan share apa yang menjadi impian dan khayalan kita. (^.~) Antara yang pernah menjadi khayalan saya ialah menghasilkan video atau lagu sendiri. Kalau kurang tu, apa boleh buat. Tiada manusia perfect kan. Tapi, tak salah mencuba sebaik mungkin. 
---------------------------------------------------------



Tajuk Lagu: PERMATAKU IMPI
Lirik: by Style86
Tarikh dicipta: 08/07/2011
----------------------------------------
Hadirmu membisikkan kedamaian
Melakarkan persahabatan
Menautkan kemesraan

Hilangmu mencipta kerinduan
Menggamit keresahan
Mengundang kesunyian

Kau ibarat permata
Kilaumu menyejukkan mata
Kau permata diimpi
Mengubat hatiku yang luka

Semoga kau permata yang ku impi
Menghiasi taman hati
Menjadi teman sejati
Sehingga akhir nanti

----------------------------------------
Hadirmu dalam hidupku
Memberikan kedamaian dan ketenangan dalam hatiku

Persahabatan yang dibina mengeratkan lagi kemesraan antara kita
Kehilanganmu mengundang kerinduan
Mewujudkan keresahan dan menyebabkan kesunyian

Terima kasih atas persahabatan ini
Semoga kau adalah permata yang ku impi

----------------------------------------
Kau ibarat permata
Kilaumu menyejukkan mata
Kau permata diimpi
Mengubat hatiku yang luka

Semoga kau permata yang ku impi
Menghiasi taman hati
Menjadi teman sejati
Sehingga akhir nanti
----------------------------------------
Description: Lagu ni, temanya adalah "Permata ku impi". Lau sekali pandang. Mesti fikir tentang 'couple' ni kan. Haha.. Silap ya. Sebenarnya maksudnya meluas.
Boleh merujuk kepada teman sejati/pasangan. Leh jugak tentang persahabatan. Contoh, permata merujuk kepada orang yang betul2 susah sama susah, senang sama senang. ^.~ Terpulang kepada anda untuk mentafsirkannya.....
-----------------------------------------------------------------------


Tajuk Lagu: KENAL AKU DALAM MUNAJATMU
Lirik: by Style86
Tarikh dicipta: 2011
----------------------------------------
Ratuku,
Untuk apa dimenungkan masa
Sedang rahsia ada di dada
Untuk apa disiksakan jiwa
Sedang ikhlas itulah kunci syurga
Untuk apa membutakan mata
Sedang maya menampakkan rupa
Untuk apa memekakkan telinga
Sedang KalamNya menggetarkan raga.

Carilah Aku dalam munajatmu,
Pasti dilihat kebenaran menunggu.
Bila kau tunduk,
Kau akan mengelak jatuh
Lalu diburui rasa takut
Bila kau mendongak,
Kau akan mengharap,
Ketakutan terlebur dimamah doa,
Segala keraguan ditelan hakikat,
Makrifat menghujan bumi berkat.

Ratuku,
Dengarlah nyanyian tasbih sang pertapa.
Ada rindu membenam di dadanya,
Ada bidadari terbang di sisinya,
Ada nabi duduk di kepalanya
Ada Ilahi di hatinya
Ada rahsia yang menikam jantungnya
Ada kamu dalam doanya..

Tidurkah hai sang Ratu?
Sedang pintumu diketuk bertalu-talu,
Dibukakah hai sang Ratu?
Sedang yang datang tidak diundang.
Jangan kau cari siapa yang mengetuk.
Carilah kenapa pintumu diketuk.
Jangan kau pandang siapa yang datang,
Mintalah amanah yang ia pegang.
Jangan kau maki bila nafsu akalmu menepis
Pujilah Tuhan nescaya kau menangis.
----------------------------------------
Description:
Lagu ni sebenarnya asalnya adalah sebuah sajak yang ditujukan kepada sang ajnabi. Hehe, ada panjang sikit. Duration 5 minit lebih.. Hanya sekadar suka hati. hehe.

-----------------------------------------------------------------------  


Tajuk Lagu: TEMAN TERISTIMEWA (MISKOL)
Lirik: by Style86
Tarikh dicipta: 09/09/2009
----------------------------------------


Teman dengarkanlah, ungkapan kata penuh makna,
    C                        G                       Am              E
Kutujukan kepadamu insan teristimewa di hatiku,
           F                  C                            F                G
Impian telah dibina takdir yang akan menentukannya,
        C                    G                     Am                        E
Terima kasih ku ucapkan maafkanlah segala kesilapan.
           F                        C                      F        G             C

Dengarkanlah..


1 ku mengingatimu, 2 tandanya ku suka, 3 ku merinduimu,
        C                    G            Am            E             F             C
4 kasihku padamu, 5 ku menyayangimu, 6 ku amat menyintaimu,
           F             G            C    G                         Am         E
Sayangku buah hatiku, ‘just for you’.
           F                     G                  C

Teman…
        C
Jagalah dirimu, hiasi peribadi, moga jadi muslimah sejati,
               F              G                                            C
Jadilah seorang wanita solehah, taati Allah dan juga Rasulullah,
          Am                               F                             F                G
InsyaAllah bahagia ke akhirnya.
                                                   C

Kaulah ratu di hatiku engkaulah sahabatku,
                 C           G                       Am       E
Ku amat menyayangimu, ku amat menyintaimu,
                 F                   C                  F                 G
Semoga impian kita termakbul jua akhirnya,
          C                  G                    Am       E
Ya Allah perkenankanlah doa kami.
      F                               G             C

Sayang…
      C
Jagalah dirimu, pelihara akhlakmu dan jua tutur katamu,
                F                  G                                     C
Jadilah seorang wanita solehah, taati suami dan ibu bapa,
        Am                 F                             F                              G
Moga bahagia selamanya.
                                   C

Andai tiada jodoh, Terimalah seadanya,
           C                               F
Redha dan syukurlah, kita dipertemukan.
                   G                             C
Akan ku abadikan sebagai kenangan,
        Am                                 F
Satu ku pinta ingati diriku, duhai sahabatku.
        F                               G                         C

By StyLE86 (^.~)




Tajuk Lagu: GURUKU
Lirik: by Style86
Tarikh dicipta: 04/04/2012
----------------------------------------




Kau Umpama Cahaya
C             F
Yg Menerangi Hidupku
G             C            
Memimpin Tgnku
C             F
D Dlm Kgelapn
     G              C

Hadirmu, M'beri 1000 Mkna,
        Am        F                  G
Mwarnai Msa Hdpn..
     G                    C
Hadirmu, M'beri 1000 Cahya,
         Am        F                  G
Mnyinari Jln Kejayaan..
             G                    C

Kranamu Ku Knal Dunia
    C           G            F
Ku Mgerti Mkna Sbnr Khdupn
           C                   G          F   C
Yg Pnuh Pncarobaa..
          Am     E     F        G

Guruku,
    C
Trma Ksh D Ucapkn
         G                Am
Krna M'didik Kami, Ank Bangsamu..
      E            F          G           C


Jasa Dan Pgorbananmu,
   C E                   Am
Xkn Pernah Ku Lupakn
    F           G                C

Kau Bagai Pelakar Impian Permata Sakti
C                  G            Am           E
Pemberi Yang Tidak Kenal Jemu
F                          C
Membantu Membimbing Sepenuh Hati
F                                                 G

Agar Masa Depan Insan Terjulang Jua Akhirnya
C                  G            Am    E               F        G       C

Di Ceruk Di Ranjau Desa
C             F
Terus Jua Kaki Melangkah
G                             C
Di Sini Ada Wajah2 Suci..Penuh Kasih Dan Naluri
Am                         F              G                             C
Yang Mahukan Sentuhan Dari Hati
Am                                         F
Seorang Guru Yang Penuh Dedikasi
G                                                             C

Terima Kasih Kepadamu Ooo Guruku......
F                              G                             C

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

Terdapat ralat dalam alat ini

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)