Sharing is caring =)

Jumaat, 19 Oktober 2012

TARBIAH NURSYAHADAH 2


PENAFIAN: "Karya ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Hanya sekadar suka hati. Penulisan ini bukan penulisan yang bersifat ilmiah dan tidak menggunakan tatabahasa dan penanda wacana yang betul. Sebarang kekurangan, didahului dengan kemaafan. Sebarang teguran, amatlah diharapkan dan diucapkan terima Kasih." =)


~TARBIAH NURSYAHADAH~

¸.•••بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •••.¸



LEMBARAN 2: Mewarna Impian

Suasana pada pagi ini sangat sejuk. Udin terjaga dari tidurnya. Dari tadi jam loceng berdering. "Ah, kacau betul la!! Asyik berbunyi saja jam dia ni. Mengganggu orang tidur saja." Udin mengomen dalam hatinya. "Wei bro, kasi off dulu ko punya jam tu ba. Bikin panas tau. Kacau tidur ja ni," Udin meluahkan rasa tidak puas hatinya. “Opss!! Sorry Bro. I lupa nak set dan off kan,” Lee Hatt Lah meminta maaf. “Hmm, nasib baik ko minta maaf. Kalau nda memang nda ngam la kita lepas ni,” bisik hati kecil Udin.


Azan berkumandang memecahkan keheningan subuh. Sayup-sayup kedengaran surah Al-Fatihah menandakan solat subuh telah bermula di Surau berdekatan. Udin hanya membiarkan subuh berlalu tanpa rasa bersalah. Dia lebih suka untuk menyambung tidurnya daripada mengerjakan rukun islam yang ke dua yang wajib dilaksanakan bagi setiap orang yang beragama Islam. Udin terus diulit mimpi. Diselimut dengan kain empuk yang menghasut hatinya supaya tidak perlu bangkit untuk mengerjakan solat pada awal pagi itu.


“Tok tok tok!! Bangun... Bangun!!! Solat Subuh...” Kedengaran bunyi ketukan di pintu biliknya. “Ehh... Nda pandai abis-abis. Lepas satu, satu lagi gangguan. Bikin panas betul lah. Nda tenteram aku tidur.” Mahu rasanya diterkam siapa yang mengganggu lenanya. Mahu saja disiat-siat tubuh yang mengganggu tidurnya. Api amarah yang berbara sebentar tadi menyala kembali. Udin membiarkan saja pintu biliknya di ketuk. Malas sungguh untuk bangun. Dia menutup telinganya dengan bantal dengan harapan supaya tidak ada gangguan lagi selepas ini. Perlahan-lahan, api kemarahannya reda dan dia menyambung kembali tidurnya.


Sabtu....

“Uwaaah!!!” Udin mengeliat. Cahaya sang mentari memenuhi ruang bilik memaksa Udin untuk bangkit. Dia melihatnya jam, sudah pukul 11.00 pagi. Dengan langkah yang longlai, dia menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Dia perlu bersiap untuk mencari makanan tengahari. Perutnya sudah berbunyi menandakan loceng lapar. Mahu tidak mahu, dia terpaksa akur dengan kehendak tubuhnya. Disebabkan suasana di kampungnya berbeza dengan bandar metropolitan ini, dia perlu bersedia untuk berubah. Mengubah segala rutin kebiasaannya. Dari yang kecil hinggalah yang besar. Waktu tidurnya, waktu makannya, waktu bermainnya dan sebagainya tidak sama lagi seperti yang dulu. Kini, semuanya perlu dilakukan dengan jarak masa sejam lebih lambat berbanding masa di Sabah.


“Lee, jom pergi ke Pasar. Laparlah!!” Udin mengajak teman biliknya untuk pergi mencari makanan. "Baiklah, jom pergi ke cafeteria. Kita tengok apa yang ada di sana. You nak makan apa? Tanya Lee kepada Udin. “Apa-apa jak la, janji boleh makan. Let’s go.” Mereka pun menuju ke kafeteria. “Alamak, tutuplah. Macam mana ni Lee?” You larat tak nak jalan? I tau gerai makanan yang dekat di sini. I think around 2 kilometer. You nak ikut tak?” Tanya Lee mengajak Udin. “Ok la, nda tahan suda ni. Tahap ‘gaban’ sudah lapar ni." Kedua-dua pelajar Maktab perguruan Persekutuan Pulau Pinang (M4P) ambilan 2000 ini meneruskan hajat mereka dengan pergi ke gerai makan yang berhampiran dengan maktab.


“Wah, best jugak ar tempat ni. Banyak tempat makan di sini. Terbaik la. You biasa makan makanan Melayu ka Lee?” Lee tersenyum. “Ha!! You ingat I tak pandai ka. I biasa la. I kan orang Perak. Da pandai makan makanan orang Melayu. Jangan pandang rendah dengan I. Jom kita ambil makanan. Kita duduk dekat corner tu. Sejuk sikit, di bawah pokok. Ok, no problem!!” sahut Udin. Sambil menikmati juadah yang dipesan, tiba-tiba ada sesuatu yang memancing perhatian Udin. Seorang wanita yang seperti dikenalinya sedang duduk di sebelahnya. “Eh, macam kenal. Bukan perempuan hari tu ka. Rasanya macam ia, yang dijumpa masa di dewan tu. Apa tu ar... Kalau nda silap yang masa minggu suai kenal tu. Ya.. betullah tu. Si ‘bismillah’ tu. Naa, rezeki ku ni tau.” Udin bermonolog sambil tersenyum sendiri.


“Adah, kau tau tak ‘roomate’ si Fatimah tu. Ala, sebelah bilik Adah tu. Dengar-dengar, budak tu tak pandai solat. Nama saja orang Islam. Tapi bertudung pun tidak. Apatah lagi solat. Pelik betul aku. Betul jugak orang kata yang aku dengar. Orang Sabah Sarawak ni memang kurang agama betullah. Takut pulak nak berkawan dan rapat dengan depa. Tak pasal-pasal mengurangkan iman ni.” Seorang perempuan berbaju Merah memulakan bicaranya.
“Eh, tak baik tau. Tak semestinya mereka tu jahil agamanya. Mungkin ada sebab-sebab yang tertentu lah tu. Misalnya, kurang pengetahuan agama ka. Mungkin persekitaran dan budaya mereka tu berbeza. Tak baik buruk sangka. Kita bersangka baik kan lebih baik. Kalau nampak tak betul, kita tegur. Apa salahnya kita merapatkan diri dengan mereka. Mana tau, mereka dapat hidayah. Kan bagus lau macam tu.” Celah gadis yang berbaju kurung labuh yang dipanggil sebagai Adah.


“Wah, bagus jugak perempuan ni tau. Sudah lah cantik, baik. Mantap lagi! Kalau lah jadi ‘girl friend’ aku, waseh. Bahagia ni. Haha...” Udin mengelamun sendiri. Tanpa disedari, sudu yang dipegangnya terlepas dari tangannya dan terjatuh ke bawah. “Din, apa hal you ni? Boleh pulak you punya spoon jatuh. You sakit ka?” Lee menegur Udin. “Eh, iya ka? Haha, nda perasan pulak tau.” Udin berpaling ke belakang dan tunduk untuk mengambil sudunya. Tiba-tiba... “MAAAAK... Suara seorang gadis menjerit kuat di telinganya. Semua orang memerhatikan meja yang berada di sudut berhampiran jalan. “Eh... Sorry.. Saya nda sengaja.” Muka Udin berubah menjadi kemerah-merahan. Rasa gemuruh bersarang di hatinya. Rasa takut menghantui perasaannya. Udin melepaskan genggaman tangannya. Rupa-rupanya, sebelum dia mencapai sudunya di tanah, seorang gadis telah terlebih dahulu mengutip dan memegang hujung sudunya. Tanpa disengajakan, dalam masa yang sama Udin pun ingin mengutip sudu tersebut. Dan terjadilah satu peristiwa yang tidak diduga. Bukan sudu yang dipegang tetapi tangan yang terpegang.


Kejadian yang amat memalukan itu, menjadi memori hitam pada awal bulan pengajiannya di perantauan. Mukanya terukir simbol tangan , bekas tapak tangan seorang gadis yang dikenalinya sebagai ‘si bismillah’. Sakit sungguh dirasakannya. Macam kena tamparan bola sepak di mukanya.


-->Bersambung...






Rabu, 17 Oktober 2012

Mendidik, pilihanku


¸.•••بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •••.¸
Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam pendidik.. Ku kerahkan seluruh tenaga, memaksa jari-jemariku menari-nari di papan kekunci komputer ribaku. Meleraikan segala rantai-rantai yang mengikat mindaku supaya terus berkarya. 'Alahai, puitis sungguh bunyinya kan??'. (hehe, biasalah.. itulah gunanya bahasa, untuk memukau hati manusia.. entah betul ka tidak penggunaan kata di atas ni. hentam saja la)

"Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan. Kata-kata yang berhikmah dapat menyedarkan manusia. Begitulah pentingnya akan fungsi perkataan yang penuh bermakna. Alhamdulillah, syukur kerana dapat berkata-kata dan mengungkap makna kata-kata yang dibaca, yang didengar dan disebut. Bak kata seorang pensyarah semasa di maktab dahulu, 'Effective communication is very important to teachers. We need to create our own style that can enhance pupils' understanding through their learning. How?? You need to build effective communication among your students. Effective classroom management started from good communication skills between teacher and their children. Please, make sure no miscommunication in your class!! So that, you can deliver the lesson successfully"...

Begitulah pentingnya penggunaan bahasa yang berkesan (komunikasi yang berkesan) di dalam kelas. Bukan mudah untuk membudayakan budaya komunikasi berkesan ini. Banyak yang perlu diselidiki dan dititikberatkan. Antaranya, latar belakang murid-murid, bahasa pertuturan utama seharian, tahap bahasa murid-murid dan sebagainya. Sebagai seorang guru, pada pendapat saya, bukan mudah untuk menyampaikan maklumat yang ada di dalam minda. Apatah lagi apabila berhadapan dengan keadaan yang memerlukan murid-murid menaakul. Seperti kata seorang tokoh ilmu: "Orang yang hebat dalam ilmu (cemerlang dalam pelajaran) belum tentu dapat mengajar dan menyampaikan ilmu yang ada di dalam dadanya untuk membuatkan murid-muridnya pintar sepertinya. Gunalah apa kaedah sekalipun. Menggunakan bahan maujud, integrasi teknologi dalam p&p (menggunakan bahan bantu mengajar yang canggih) pasti tidak akan bermakna andai murid yang diajar TIDAK FAHAM."

Saya sendiri masih tidak dapat menguasai ilmu komunikasi berkesan ini apabila berhadapan dengan situasi murid-murid yang mempunyai pelbagai tahap kecerdasan (multiple intelligence), dan cara belajar (learning style). Memang benarlah, mengajar itu mudah tetapi mengajar dengan penuh bermakna itu sangat payah. Maksudnya, untuk menyampaikan ilmu itu adalah mudah, tetapi untuk menyampaikan ilmu dan membuatkan murid-murid itu memahami apa yang disampaikan itu yang susah untuk dicapai.

Adakalanya, kita akan berhadapan dengan karenah murid-murid yang luar biasa bagi saya. Ini adalah kerana, kadang-kadang setelah guru mengajar dan menilai, didapati murid-murid telah menguasai apa yang diajar. Walau bagaimanapun, setelah berlalu beberapa minggu, biasanya murid-murid akan mudah lupa dan tidak dapat menjawab topik yang diajar sebelum ini dengan betul. Di sinilah cabaran utama kepada guru akan timbul. Guru-guru akan menjadi 'morale down' dan beranggapan yang dirinya seperti tidak pandai mengajar. BUKAN SENANG KERJA CIKGU.

Sebab itulah, kalau anak anda tidak pandai dalam kelas, JANGAN SALAHKAN CIKGU, kalau anak anda pandai dalam kelas, JANGAN LUPAKAN CIKGU. Bukan apa, pada masa kini, guru-guru menjadi mangsa di atas ketidak pandaian anak seseorang. Mungkin betul dan mungkin tidak. Tetapi, secara peribadi saya tidak menyokong dakwaan ini. Alasannya, TIDAK ADA SEORANG GURU pun yang tidak mahu anak didiknya menjadi manusia berguna. Paling kurangpun tahu baca, tulis dan mengira. Apabila saya memikirkan secara mendalam, secara peribadi saya dapati punca utama masalah ini adalah disebabkan oleh masalah komunikasi yang tidak berkesan. Aspek yang lain penting juga, saya tidak nafikan tetapi setiap apa yang terjadi mesti bermula dengan lidah, kalau betul, lidah lah puncanya. Kalau salah, lidahlah juga penyebabnya. Dan inilah antara cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang PENDIDIK seperti saya.

Coretan sekadar luahan hati,
Mendidik, pilihanku.............

Selasa, 16 Oktober 2012

Sajak buat bakal makmumku (~.~)



Maafkan ku kerna tak dapat memberikan apa-apa, 
kerna semua yang ada padaku dan yang menjadi milikku adalah milik Allah,
Namun yang mampu ku berikan adalah kejujuran, kesetiaan, keikhlasan, kebahagiaan dan ketenangan  bersamamu dlm menuju redha ILAHI,
selagi nadiku masih bernafas di dunia hingga ke syurga...


Tidak ku impi kau insan sempurna,
Kerana sedar kau jua sepertiku,
Mengheret gayutan masa-masa lalu,
Akibat kealpaan diri yang dulu,

Tidak ku harap engkau insan agung,
Diarak pujian maha melambung,
Ku akur kau jua sepertiku,
Cuba membaiki seribu satu kelemahan diri,
Natijah nafsu dan syaitan yang mengulit,

Tidakku perlukan serami bangsawan,
Menghambuskan aku dengan kemewahan,
Jauh sekali pangkat dan  gelaran,
Yang cuma mulia dibibir manusia,
Tapi kosong di sisi ILAHI,
Mengangkat riak dan takbur dipinggir hati,

Wahai bakal makmumku.......
Ku impikan kau seadanya,
Meletakkan Allah dan Rasul yang utama,
Berusaha sepenuh kudrat,
Membahagiakan aku dan bakal zuriatmu berlandaskan syariat,
Moga redha rahmat ILAHI buatmu, aku dan bakal zuriat kita..
menjadi suratan hakikat…

Amin... yarabbal alamin...

credit to: "Bingkisan kata" tq

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)