Sharing is caring =)

Ahad, 31 Julai 2011

"RAMADHAN"

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah: 183)
-----------------------------------------------------------------

Salam RAMADHAN.. Alhamdulillah, sampai jugak ke ramadhan. Rindu… Rindu sangat sangat. Ya Allah. Terima kasih kerana masih memberi peluang kepada hamba yang hina dina ini. Masih memberi peluang untuk sampai ke bulan yang mulia ini. Sesungguhnya aku sangat takut dan cinta kepadaMU. Didiklah hati ini supaya sentiasa taat mengerjakan suruhanMu dan meninggalkan laranganMu. Amiin.. Amiin.. Amiin. Ya robbal’aalamiin.

Sesungguhnya, banyak fadhilat yang terkandung di dalam bulan Ramadhan ni. Bukan sahaja berpuasa, menahan lapar dan dahaga (rasa sendiri macammana org-orang fakir yang menahan lapar), ada tarawih (solat berjemaah ramai-ramai selama sebulan), jadi ulat buku (baca quran/semangat sebab ada tadarus=baca ramai-ramai), sungkai=berbuka (alangkah lazatnya/sinonim ngan makan semanis kurma), jadik rajin nak buat qiam (sbb perut tak kekenyangan sentiasa=senang mau bangun malam), nafsu dapat didik (tak leh nak buat benda-benda maksiat), dan yang paling penting ada lailatulqadar.... Best3x!! Jom kita sama2 cari... Hehe... Dulu, masa kecik2 ada tanya bapa. “Napa mesti puasa pak? Kalau tak puasa boleh ka? Lapar la. Tidak tahan”, antara soalan yang aku ajukan kepada ayahanda tercinta. Kenapa kita mesti berpuasa ya? Pernah tanya diri sendiri tak? “Hehe… Saya pun tak tau jugak jawapannya.” Boleh tak jawab macam tu? Setiap suatu perkara yang kita lakukan mesti ada sebabnya kan. Dan semestinya, ada hikmah disebaliknya. ^.^ Tidaklah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Dalam Al-Quran sendiri (2:183) jelas menunjukkan perintah ibadah puasa ni. Sebab apa? Supaya kita bertakwa. ^.~ Masa dulu sampai sekarang, ingat lagi cita-cita yang selalu saya dambakan. "Ya Allah, matikanlah aku ketika malam lailatulqadar, ketika pintu nerakaMu ditutup dan Pintu syurgaMu terbuka"... Semoga dimakbulkan doa ini. Dari dulu sampai sekarang sampai akan datang sampai bila-bila. ^.~

Dikesempatan ini, saya mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN", bulan yang penuh dengan barakah. Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dan manfaat daripada bulan yang mulia ini. Selamat menjalani ibadah puasa. Jangan bagi tinggal biarpun satu hari ya (untuk lelaki sahaja). Yang perempuan tak tahu.. Hehe... Jom kita sama-sama 'reflek' kembali niat-niat yang dibaca masa puasa ni. Takut lupa pulak. ^.^

LAFAZ NIAT PUASA DAN BERBUKA PUASA


Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan:



Nawaitu souma syahri ramadhoona haadzihis sanati kullihi lillahi ta’aalaa
Niat: “Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala”
-------------------------------------

Lafaz Niat Puasa:



Nawaitu souma ghodin ‘an ‘adaa I, fardhi syahri ramadhoona haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Niat: “Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala”
-------------------------------------

Lafaz Niat Berbuka Puasa:



Allahumma laka soumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthortu birohmatika yaa arhamarrohimiin
Niat: "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmatMu - wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"
-------------------------------------

Semoga dapat membantu rakan-rakan mengingat kembali lafaz niat dan niat berpuasa. "Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dosa keluargaku, dosa sahabat-sahabatku, dosa muslimin muslimat sama ada yang masih hiudp mahupun yang telah meninggal dunia... Ya Allah, ku serahkan seluruh jiwa dan ragaku kepadaMu, pimpinlah daku, janglah Engkau biarkan aku lalai walau sesaatpun. Janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah Kau beri hidayah. Lapangkanlah dadaku, perelokkanlah akhlakku, permudahkanlah urusanku... Amiin"..

Salam Ramadhan. Salam kemaafan. Salam Ibadah. Selamat Berpuasa. Selamat Bertarawih.. Dan selamat untuk semuanya... hehe.... Assalamualaikum... Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakhbar....

Sabtu, 16 Julai 2011

Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 15

Warkah ini ku kirim di akhir perkenalan kita. Sebulan sebelum saat kau bergelar isteri orang. Hari ini adalah hari yang bersejarah dalam hidupmu. Aku bersyukur kerana engkau masih sudi mengundangku ke majlis pernikahanmu.

“Maafku pinta kerana tidak dapat menghadirinya kerana kesibukan kerja disamping kedudukan yang jauh di seberang”, ayat yang ingin aku beritahu kepadamu pada awalnya. Takut untuk menerima hakikat bahawa kau akan menjadi isteri orang. “Im, lau Im nak pegi bagitau ya”, pesan Akasha ketika menelefonku dua minggu lalu. “Im, jomlah kita pegi. Jangan diingat kisah lalu tu. Kata hang sahabat karib dia. Mai la sini”, pujuk Tikah. Kata-kata yang member semangat utukku meleraikan segala masalah yang mengganggu benak fikiranku……
Akhirnya, aku pergi jua. Menyahut seruan rakan-rakanku. “K, jom! Aku p penang, ampa semua jemput aku ar”, kataku kepada mereka.

“Inilah kisah persahabatan yg tak disedari waktu hadirnya sahabat. Tetapi bila dah renggang, barulah merasai akan kehilangannya. Mugkin juga ada keegoan, membuatkan kita tidak mampu bertahan. Pasrah atas suratan. Namun jauh di sudut hati masih mengharapkan sebuah persahabatan yang sejati , dalam mengenal erti kasih sayang. Ku nanti sinar bahagia.... Kerana ku yakin Allah Maha Mengetahui. Dalam merencanakan kehidupan hambaNya. Ku biar ombak rindu mengalun sepi. Kerna ku tahu pasir nya kan bah suatu masa nanti”, bisik hati kecilku. Aku pun melangkah menuju ke pintu R3 kerana sebentar lagi aku akan berangkat meninggalkan tanah tumpah darahku. Aku tersenyum….

Mencari Segumpal Harapan.

Ima menantikan kehadiran Im ke majlis pernikahannya. Tetapi kelibat Im masih tidak kelihatan. Ima asyik memandang ke arah pintu gerbang rumahnya. Namun, perasaannya diulit kecewa disebabkan Im masih tidak muncul-muncul juga. Ima masih menanti dengan harapan agar Im datang dan membawanya pergi. Walaupun, dia tahu bahawa harapannya itu mustahil untuk menjadi kenyataan. Semakin dekat masa untuk dia diijab kabulkan, hatinya menjadi semakin gundah. “Adakah betul tindakanku ini? Adakah patut aku menerima Ikbal?”, tanya hati kecilnya. Perasaannya semakin bercelaru dan tidak mampu dibendung lagi. Jauh di sudut hatinya, Ima masih berharap agar Im mempertahankan hubungan mereka. Agar ada secebis harapan untuk dia bersama lelaki yang amat dicintainya suatu masa dahulu. Namun demi keluarganya dan memenuhi harapan ayah dan ibunya, Ima terpaksa akur dengan permainan takdir ini. Ima bedoa supaya dijauhkan daripada perasaan dan prasangka buruk yang menyelubungi fikirannya. Ima meredakan gelora perasaannya dengan mengubat hibanya melalui alunan ayat-ayat suci Al-Quranul karim…….. “Tok tok tok!!”, kedengaran bunyi ketukan di pintu. “Kakak, kakak dah ‘ready’ lom?”, tanya Puan Aini, ibu Ima. Ima menarik nafas sedalam-dalamnya. “Hmmm.. Masanya telah tiba! Aku mesti bersedia. Kan aku dah bersedia!! Hari ini hari yang paling indah buat diriku. Aku tak boleh bersedih sebegini. Senyum Ma!! Senyum!!”, pujuk hati Ima. “Baik mama, jap lagi kakak datang", sahut Ima. Ima membetulkan tudungnya dan busana yg dikenakan pada dirinya.

Majlis pun berlangsung……………………………………. “Aku terima nikahnya………………”, jawapan yang ditunggu-tunggu oleh para tetamu terutamanya sang suami yang tidak sabar-sabar lagi memiliki ratu hatinya yg diimpi selama ini. Sah!!!............... Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Senyum manis kelihatan, gelak ketawa mula kedengaran. Senyuman demi senyuman terukir di muka para tetamu yang menyaksikan majlis yang suci itu. Tanpa disedari, air mata Ima mengalir perlahan-lahan meneroka liang-liang yang ada di pipinya. Air mata tanda kegembiraan dan kesyukuran. Terasa sesuatu terlepas daripada fikirannya. Beban yg selama ini yang membungkam hatinya seakan-akan terlerai. Ima menarik nafas untuk mencari ketenangan. Namun hatinya masih tidak tenteram. Sepertinya ada sesuatu yang mengganggu perasaannya. Perasaan yang kurang enak di lubuk hatinya, rasa tidak sedap hati mula merebak menggugat ketenteramannya.

Setelah selesai beberapa minit diijab kabulkan, padangan ima tiba-tiba menjadi kelam. Penglihatannya berpinar-pinar. Badannya lemah tidak bermaya, Ima tiba-tiba rebah, tersungkur mencecah bumi. Suasana bertukar menjadi kecoh. Para tetamu menjadi tertanya-tanya, kerisauan melanda sekalian yang ada di masjid tersebut. Lalu, ibu bapa Ima meminta Ikbal bersama-sama membantu memapah Ima balik untuk berehat.

----------------------------------------------------------------
“Ima ^.~ ………………. Assalamualaikum………… Tahniah!! Ima sudah bergelar isteri orang. Im memohon seribu kemaafan kerana tiada di saat Ima membutuhkan kehadiran Im di sisi Ima. Bukan Im tidak mahu berjuang untuk memiliki Ima. Im sangat menyayangi dan mencintai Ima. Kalau boleh, mahu saja Im menggadaikan jiwa dan raga semata-mata untuk Ima. Malangya, itu bukan cara terbaik untuk kita. Ingat tak suatu ketika, Ima pernah mengatakan sesuatu kepada Im. “Cinta tidak semestinya memiliki, tidak salah kita menyintai dan menyayangi orang yang tidak mencintai kita. Yang penting kita, kerjasama!!”, hehe, gurau Im… “Kasih sayang itu lahir dari hati yang tulus dan suci murni. Andai aku mencintaimu, aku akan berusaha menyayangimu kerana Allah. Dan aku mencintaimu kerana Allah. Cinta yang sejati adalah cinta yg diredhai Allah. Andai itu takdirnya, kita harus akur. Jangan pernah hadir di hati ini perasaan bersangka buruk kepada Allah kerana Dia sentiasa tahu yang terbaik buat hambaNya. Ima, kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya kan?, dan kita juga tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sehinggalah kita mendapatkannya. Im selalu dengar orang kata, jika kamu mencintai dua orang pada waktu yang sama, pilihlah yang kedua kerana jika kamu benar-benar mencintai yang pertama tidak mungkin kamu sanggup mencintai orang lain”. Terang Im sambil tersenyum.
“Im redha dengan takdir. Memang tiada jodoh antara kita. Im redha atas segala-galanya. Im dengan senang hati melepaskan Ima dengan seorang lelaki yang jauh lebih baik daripada Im. Yakinlah dengan ketentuan takdir yang telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Im tau, Im bukan lelaki yang baik. Banyak melakukan dosa dan maksiat. Maaf kerana pernah menyentuhmu sepanjang pekenalan kita samada secara sengaja ataupun tidak. Maaf kerana pernah memanggilmu sayang sebelum ini. Maaf andai pernah terlihat auratmu ketika bersama denganmu. Maaf kerana menyebabkanmu lalai dari menjadi hamba Allah yang baik.”
“Ima, mungkin ini adalah akhir kata daripada Im. Ingatlah, seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman, segar mewangi di pelusok dunia, setulus kasih sesuci embun. Lembut wanita kerana tutur katanya, mesra wanita kerana senyumannya. Cekal wanita kerana keberaniannya. Patuh wanita kerana setianya. Sabar wanita kerana imannya. Kasih wanita kerana belaiannya. Lemah wanita kerana air matanya. Ikhlas wanita kerana simpatinya. Dendam wanita kerana cemburunya. Sayang wanita kerana sifat keibuannya. Dan indah wanita kerana akhaknya, peribadi mulia dan keterikatannya kepada Allah.” Im meneruskan kata-katanya.
“Ima, lau ima dah jadi janda bagitau ar, Im akan sentiasa setia menanti sehingga kita disatukan semula”, Im membisikkannya di telinga Ima.
“Terima kasih Ma, kehadiran Ima dalam hidup abang merupakan satu anugerah yang terindah dalam hidup Abang. Abang doakan Ima kuat untuk menempuhi semua ini. Tidaklah diuji hambaNya melainkan kerana Allah menyayangi hambanya. Abg sayangkan Ima, andai tiada jodoh di dunia, abg doakan semoga ada jodoh antara kita di akhirat sana. Semoga kasih sayang ini berkekalan sampai ke syurga.” Ima menangis, “Ima memeluk Im seerat-eratnya. “Ima sangat mencintai abg walaupun Ima tidak pernah meluahkannya, semoga abg bertemu jodoh yang lebih baik drp ima. Terima kasih dan maaf atas segalanya…..

-------------------------------------------------------------
“Sayang, sayang.. Bangun, bangun!! Ima pun membuka matanya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya terus mengalir membasahi pipinya. “Ya Allah, aku bermimpi rupanya”, keluh Ima. “Abg risau sayang tiba-tiba pengsan. R u ok my dear?” Tanya Ikbal kepada Ima. Ima memeluk suaminya sambil membisikkan ke telinga suaminya. “Maafkan Ima abang, buatkan abang risau”. Iqbal pun tersenyum, cuba menceriakan suasana.

“Kring2x..” Telefon rumah berdering. “Ima, ima. Ada panggilan daripada kawan kakak, penting katanya. “Baik mak, kejap lagi Ima datang. “Assalamualaikum….Hello, Atikah di sini. Oh tikah, apa khabar, apahal tak datang ke majlis Ima? Minta maaf Ma, nak datang tapi malangnya hajat tidak kesampaian. Kenapa?? Kesian, lama Ima tunggu. Sampai hati”, luah Ima. “Ima, Tikah harap, Ima tabah dengan berita yang ingin Tikah sampaikan. Imaa….. (mmenarik nafas) Ima… Ima….Erm…. Sebenarnya… “Hish, cakap jela, Buat suspen betoi!!… Eeee… geram lah… Erm…… Ima mendengar dengan penuh debaran.. “Sebenarnya, bukan Tikah tidak pergi ke majlis Ima. Masa tu tikah dalam perjalanan. Ada dua kereta. Entah macam mana, tiba-tiba kami terlibat dalam kemalangan. Im ada bersama. Dia nak join sekali p umah Ima. Haa, Im ada bersama!! Im macam mana la ni? Katne? Erm… Maafkan Tikah Ma, kemalangan itu meragut nyawa Im.” Tidak semena-mena, air mata Ima mula berguguran dengan derasnya….. Mulutnya terkatup rapat. Tiada apa yang mampu diluahkannya. Hatinya tiba-tiba sakit. Sakit yang mencucuk teramat. “Innalillahiwainnailaihiroojiiuun”, matanya berkaca-kaca, bibirnya terkumat-kamit.
Tikaha menyambung bicaranya. “Sebenarnya, Tikah ingin menyampaikan pesanan terakhir daripada Im. “……………………………. Tikah melanjutkan perkataannya menerangkan segala yang ingin disampaikan.

Ya Allah, seperti dalam mimpiku, Ima tidak dapat menahan perasaannya. Ganggang telefon dilepaskan, dan ima terduduk tidak mampu berdiri. Ima menjerit dalam hatinya. “Ya Allaaaaaaaaaaah, kenapa jadi begini”. Ima menangis. Semakin lama semakin kuat erangan tangisannya.
------------------------------------------------------------------------------
“Im.. Rahim.. ooo Rahim.. Mana buat hati kesayangku ni…… Immmmm “Mama, maamaa… Im main la tadi. Ya, Allah Im ni nakal betul. Puas mama cari. P mandi. Baiklah”, dengan nada yang manja. “Sudah genap tujuh tahun semenjak peristiwa itu. Namun namanya tetap segar di ingatanku. Walaupun kita tidak dapat bersama. Aku bersyukur kerana kau telah banyak mengubahku untuk menjadi seorang muslimah yang sebenarnya. Terima kasih Im. Semoga rohmu tenang di sana.
--------------------Aku Kecundang di Jalan Persahabatan--------------------
Tamat

Jumaat, 8 Julai 2011

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.


www.iluvislam.com
Oleh : ibnulatef
Editor : ibnulatef

Selasa, 5 Julai 2011

4 u 2 c, n d 1 u r

Salam, entri ni untuk dia, untuk kamu, untuk kita.

Untuk Kawan

I can be a great friend
I can be a big help
I can be supportive
I can be a shoulder to cry on
I can be loyal friend

But

I can also be a pain in the ass
I can be very judgemental
I can be violent
I can be harsh
I can be stupid

I've hurt a very good friend before
Because I got hurt first
By plotting that revenge, I thought it could ease everything
I thought I was doing the right thing
I am so sorry if I hurt anybody
friends are important to me
thats why I acted so irrasionally
and put that person in shame
I know that now
but please DON'T MESS WITH ME :(
*begging*
I can be a GREAT FRIEND and WORST ENEMY

but never worries, i'm forgetful and adore forgiveness
~
Copy from: http://merahduniamira.blogspot.com/ (thanks, like it!! ^.~)

Ahad, 3 Julai 2011

Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 14

Warkah buat sang ratu...
--------------------------------

Assalamualaikum...
-Dari tiada aku datang dan kepada tiada aku pergi-
"Sesungguhnya engkaulah yang pertama dalam hidupku yang menjadi seorang rakan, teman, sahabat, adik yang tidak nampak manjanya & sang ratu yang pernah singgah di hatiku yang inginku nobatkan sebagai permaisuri di hatiku" ^.~

Teman yang ku kasihi.... ^.~
Sebagai seorang teman yang baru ku kenali, inginku berpesan kepada diriku & juga dirimu, Ikhlaskanlah diri untuk menjadi seorang muslimah yang mengejar 'title' SOLEHAH. Dambaan semua wanita di dunia fana menuju gerbang Ilahi di akhirat sana.
------------------------
Sesungguhnya, aku juga sepertimu, masih terkapai-kapai mencari jati diri. Sebagai seorang manusia yang hina, tidak terlepas untuk membuat dosa dan maksiat. Aku selalu dahagakan kasih, mendambakan penawar penyakit hati berupa nasihat-nasihat yang membina peribadi muslim sejati. Sesungguhnya,DUNIA yang dilihat adalah fana semata, tipu daya berupa keseronokan sementara. Jagalah peribadi dan akhlakmu kerana sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah yang disulami dengan peribadi yang mulia. Capai lah ia sehingga Kau menangis kerana Ilahi...
============================
Sahabatku yang ku cintai... ^.^
Sesungguhnya aku mengharap dipertemukan dengan seorang sahabat sejati, yang sentiasa memayungi daripada hujan fitnah dan cabaran hidup yang penuh duri dan liku. Sebagai seorang teman yang tidak rapat denganmu, aku mengajak dirimu memelihara pakaian hidupmu berupa takwa. Jagalah hubungan dengan Allah. InsyaAllah, Allah akan menjaga hubunganmu dengan manusia. Sesungguhnya, permainan hati itu penuh dengan tipu daya. Bahagia yang dirasa hanya sekejap saja. Tidak salah untuk mengucapkan kepada kekasihmu yang bergelar sang suami: "I love U", "Aku sayang kamu", "Aku mencintaimu" dan seumpamanya. Ini juga akan menjadi amalanku suatu masa nanti. Tetapi, sebaiknya, janganlah ia didedahkan kepada manusia. Apatah lagi ia hanya untuk tatapan manusia.
===================

Wahai adikku Imah yang manja lagi ku sayangi dan kukasihi... ~.~
Sebagai seorang abang, ingin abg berpesan kepadamu. Janganlah adik dengan suka2 menyayangi dan mencintai seseorang lelaki itu. Cinta yang di luar ikatan pernikahan itu, haram hukumnya kerana ia bisa mengundang dosa. Abg tau, adik memang banyak kali mengalami dan merasai makna percintaan. Abg pun sama juga, pernah merasainya.
Simpanlah kata-kata indah untuk suamimu yang tercinta. Tutuplah auratmu serapat-rapatnya. Sebagai seorang abang, aku ingin menasihatimu. Janganlah membiarkan dirimu menjadi tatapan sang lelaki yang bergelar buaya untuk memuaskan nafsu mereka. Sesungguhnya kecantikanmu itu hanyalah pinjaman daripada Allah untuk mengujimu. Jagalah amanah itu sebaik-baiknya. Jangan biarkan ia menjadi fitnah untuk dirimu yang menarikmu ke neraka. Na'udzubillahimindzaalikh...

Seorang lelaki yang memandang gambarmu yang cantik dgn nafsu, maka bertambahlah saham dosamu di buku amalanmu. Bayangkan jikalau yang memerhati itu adalah ramai bilangannya dan memujimu kerana nafsu. Alangkah besar dosa-dosa yang datang yang tidak disangka memenuhi saham amalmu. Berjaga-jagalah adikku. Aurat yang terdedah itu dosa. Samalah seperti seorang lelaki yang ghairah melihatmu dengan pakaian yang ketat dan menonjolkan bahagian2 auratmu. Syaitan itu ada di mana2, berwaspadalah. Abg bukan seorang manusia yang mulia. Jauh sekali utk mencapai taraf itu. Cuma abg berbicara atas dasar pengalaman bersama kaum sejenis abang. Kerana abgmu ini adalah lelaki dan pernah melalui dan merasai peristiwa seperti itu...
==================
Duhai sang ratu yang ku impi...
Aku pernah menginginkan untuk meletakkan dirimu di hatiku. Maafkan aku.
Aku pernah berhajat untuk menyunting dirimu menjadi pasangan hidupku dunia dan ukhrowi. Sebelum mengenalimu, aku telah menyapa taman 'Friendster' mu berulang kali. Aku sentiasa menantikan kehadiranmu dan menjenguk khabar berita yang berlaku di 'dinding' lamanmu. Aku beranikan langkah untuk mengetuk pintu hatimu. Kerana aku ikhlas utk mengenalimu dan menjadi teman sejati dalam hidupmu. Pernah ku tanya akan soalan kepadamu. "Sudikah untuk menjadi pasangan hidupku?" Soalan itu ku tanyakan dengan ikhlas dan jujur kepadamu. Andai di beri peluang, inginku menyarungkan tanda pertunangan dan pernikahan di jari manismu. Tapi aku tahu, itu mustahil bagiku kerana ada kumbang lain yang telah berjaya menakhluki hatimu. Apabila engkau war warkan tentang perubahan perhubungan statusmu. Maka, bermulalah saatnya aku rasa menjauh darimu. Sesungguhnya, haram hukumnya dalam islam mengganggu tunangan orang. Oleh itu, aku tiada hak untuk mencuba mendekatimu lagi, wahai bunga yang sudah dipetik orang. ^.~ Aku lepaskan dirimu kepadanya, dan aku berdoa semoga dikekalkan hubungan itu sehingga ke jinjang pelaminan. Aku juga tidak putus untuk berdoa semoga ada jodoh antara kita....
=================
Buat saudari Ima, gelaran yang ku beri bukan hanya saja2. Ada maksud tersirat disebalik namamu itu. Sebagai tanda ingatan mengenalimu. ^.~ Sesungguhnya banyak yang ingin abg coretkan untukmu. Namun tidak terungkai dengan kata-kata. Cukuplah ini sebagai bekalan kedua yang abg perkatakan kepadamu. Ingatlah selalu pesanan abgmu ini: "Jaga Diri, Hiasi Peribadi; Moga Menjadi Muslimah Sejati (Solehah).
Andai kata2 abg ini mengguris hatimu, Maafkanlah abg ya. Abg memang tidak layak untuk berbicara begini apatah lagi seorang yang asing dalam hidup Ima. Sesungguhnya bila Ima menganggap abg sebagai seorang abg, abg rasa bertanggungjawab untuk menegurmu. Sesungguhnya, abg hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dengan kata-kata nista. Terpulanglah kepada Ima, samada hendak menerima atau mengabaikan sahaja kata-kata abg ini ^^
------------------
Sentiasalah tanamkan sifat syukur kepada Allah. Pintalah pimpinan, petunjuk dan hidayah dariNYA. Semoga dikau sentiasa dalam peliharaanNYA....
=================
Tiada ucapan yang mampu abg perkatakan. Hanya ucapan ribuan terima kasih di atas peluang yang Ima berikan untuk abang mengenalimu. Abg sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan insan sepertimu. Andai ada jodoh, kita akan bertemu lagi. Salam ingatan dari perantauan.
Marilah kita sama2 ikrarkan di dalam hati ""Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)...
Semoga rasa cintaku terus segar kepadamu wahai bidadari idaman.. JDHP, MMMS.... Salam kemaafan... Assalamualaikum
------------------------------------------------

Warkah ini ku kirim di akhir perkenalan kita. Sebulan sebelum saat kau bergelar isteri orang. Hari ini adalah hari yang bersejarah dalam hidupmu. Aku bersyukur kerana engkau masih sudi mengundangmu ke majlis pernikahanmu. Maafku pinta kerana tidak dapat menghadirinya kerana kesibukan kerja disamping kedudukan yang jauh di seberang..

--> bersambung

Ahlan wa sahlan Syaaban..Ku Mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...

Oleh: Mohd Sukki Bin Othman (Ust Shauqi)

Sedar tak sedar kita kini sudah berada pada bulan Syaaban . Masa berlalu dirasakan begitu pantas sekali. Ini juga bermakna umur kita semakin meningkat dan sewajarnya kita sentiasa bermuhasabah iaitu sudahkah kita melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita dengan sempurna, dan sudahkah kita bersedia dengan amalan-amalan yang akan dibawa menemui Allah?

Bulan Syaaban menyusul selepas daripada bulan Rejab. Manakala selepas itu, akan datang pula bulan yang mengandungi penuh rahmat iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak. Namun, Apabila tibanya bulan Rejab dan Syaaban, kita seringkali mendengar hadis-hadis mengenai mengenai bulan-bulan ini akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya ialah hadis:“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Hadis ini adalah hadis munkar dan kebanyakan ulama' menyatakan bahawa ia adalah hadis palsu. Apabila membicarakan tentang bulan Syaaban, maka sewajarnya kita merujuk kepada riwayat-riwayat yang sahih dan yang diterima oleh para ulamak agar kita tidak termasuk dalam golongan 'pak turut' yang hanya melakukan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Sedangkan Islam itu sendiri adalah agama ilmu, maka sewajarnyalah apa yang hendak dilakukan mestilah berteraskan kepada ilmu.

Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi, tidak ada suatu pun keistimewaan pada pertengahan bulan Syaaban (nisfu Syaaban) sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh masyarakat pada hari ini. Sebaliknya peristiwa besar yang berlaku pada pertengan bulan Syaaban ialah peristiwa yang berlaku pada tahun kedua hijrah iaitu peralihan kiblat daripada Baitul Maqdis ke Kaabah iaitu daripada Masjid al-Aqsa ke Masjid al-Haram. Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah al-Baqarah ayat 144 yang bermaksud:"Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya…"

Selain daripada peristiwa tersebut, sesuatu yang sahih daripada nabi pada bulan Syaaban ini ialah nabi saw memperbanyakkan berpuasa sunat sebagai suatu persediaan menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Aisyah r.a menyatakan bahawa:

"Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa baginda akan berpuasa berterusan. Dan baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangka baginda akan berbuka (tidak berpuasa) seterusnya. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban."

Usamah bin Zaid pula menceritakan; "Saya telah bertanya kepada Rasulullah saw, wahai Rasulullah saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban", lalu Baginda menjawab, "Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadan, ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.'' (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Nas'aei).

Justeru, daripada hadis-hadis di atas, kita mendapati bahawa nabi saw amat mengambil berat untuk memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban. Di samping itu, sesiapa yang masih berhutang puasa pada Ramadhan yang sebelumnya seperti wanita yang meninggalkan puasa kerana 'datang bulan', maka inilah waktu yang sesuai untuk mempastikan agar segala 'hutang' dilunaskan sebelum tibanya bulan Ramadhan. Sebagai mencontohi sunnah nabi, kita juga sewajarnya memperbanyakkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban yang mulia ini.

Di samping berpuasa, kita juga boleh memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang lain untuk memepertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan sebagai suatu persediaan untuk memperbanyakkan lagi amalan pada bulan Ramadhan. Antara amalan yang boleh dilakukan selain daripada berpuasa ialah membaca al-Quran, bertaubat, beristighfar, berzikir, memperbanyakkan solat sunat, bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim, melakukan amalan kebajikan, memohon keampunan untuk ibu-bapa, memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan sebagainya.

Persoalan seterusnya yang selalu timbul dalam masyarakat kita ialah amalan pada malam nisfu syaaban. Biasanya pada malam nisfu syaaban, masjid-masjid dan surau-surau akan merayakan malam tersebut dengan amalan-amalan tertentu. Di beberapa tempat di negara kita, pada malam nisfu syaaban, orang ramai biasanya berkumpul di masjid-masjid dan mereka membaca surah yasin bersama, kemudian melakukan solat sunat dua rakaat dengan niat panjang umur, solat sunat dua rakaat lagi dengan niat agar menjadi kaya dan tidak tergantung pada orang lain, dan sebagainya. Setelah itu, mereka membaca doa yang panjang, iaitu doa yang dikhususkan bacaannya pada malam tersebut.

Menurut al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi , tidak ada satu hadis sahih mengenai keutamaan malam nisfu syaaban, dan semua hadis mengenainya bertaraf dhaif yang tidak boleh diamalkan. Walau bagaimanapun terdapat hadis mengenai fadilat malam nisfu syaaban yang dianggap Hasan oleh sebahagian ulamak, walau ia telah didhaifkan oleh sebahagian ulamak lain. Hadis tersebut ialah: “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah.

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan pada malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan tertentu pada malam tersebut (sekiranya dianggap sebagai satu kemestian dan wajib seperti ‘mesti’ membaca Yasin sebanyak tiga kali, dan menunaikan solat-solat tertentu sempena nisfu syaaban) adalah bukan ajaran Nabi s.a.w. Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya 'Fatawa Mu'asirah', “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya".

Inilah juga pendapat majoriti ulamak seperti Sayyid Sabiq, Prof Mutawalli Sya'rawi, Dr Abdul Karim Zaidan dan sebagainya. Begitu juga dengan doa khusus yang dibaca pada malam nisfu Syaaban, ianya bercanggah dengan nas al-Quran dan Hadis. Inilah pendapat yang dikemukakan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi.

Justeru, daripada pandangan-pandangan ulamak yang dikemukakan di atas, adalah menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk memahami dengan sejelas-jelasnya agar kita tidak termasuk dalam golongan yang membuat sesuatu amalan itu secara membuta-tuli. Ini bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh melakukan amalan pada malam nisfu syaaban, akan tetapi kita tidak boleh melakukan amalan-amalan yang tidak diasaskan oleh nabi dan yang bercanggah dengan hukum syarak seperti menunaikan solat sunat khusus untuk panjang umur pada malam nisfu syaaban.

Namun, untuk membaca ayat-ayat al-Quran tertentu seperti Yasin dan seumpamanya, maka ia boleh dilakukan tetapi dengan syarat kita tidak ‘mewajibkan’ bacaan Yasin sebanyak 3 kali dan seumpamanya. Alangkah baiknya juga kalau pada malam itu juga diisi dengan program pengajian ilmu agar pemahaman terhadap ajaran Islam semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Justeru, amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, berpuasa dan yang seumpamanya hendaklah dilaksanakan bukan sahaja pada malam nisfu syaaban, akan tetapi kita hendaklah beristiqamah melaksanakan amalan-amalan kebajikan tersebut pada bila-bila masa sahaja siang ataupun malam. Sesungguhnya apabila kita dapat melaksanakan sesuatu amalan dengan penuh keikhlasan dan amalan tersebut bertepatan dengan hukum syara', maka kita akan tergolong daripada umat Islam yang menuju ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Perbanyakkanlah amalan sunat di bulan Syaaban sebagai suatu persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak!.

Sumber : http://ustazshauqi.blogspot.com/2010/07/kemuliaan-bulan-syaaban.html

Sabtu, 2 Julai 2011

Hadiah... ooo Hadiah!! I Like ^_^

Minggu ni boleh katakan minggu yang bertemakan sukan.. Apa tidaknya, Start dari hari Rabu sampai Khamis, Sambutan Sukan dan Sukaneka Peringkat Sekolah di sekolahku. 3 hari tu.. Macam2 ada.. Saya.. Tugas macam2 ada.. haha.. Mmg style la.. Jadi juri, jadi peserta, jadi ajk PA, jadi trainer tarian, jadi jurukamera dan macam2 lagi la.. Tapi buka pasal ni yg mahu diceritakan. Tengok tajuk dia.. Hadiah.. Ha, apa hal dgn hadiah ni. Apa kena mengena pulak ^^.. Hehe..

"Tuah ayam nampak d kaki, tuah manusia siapa yang tahu"... Masa sambutan sukan tu, banyak acara yg dpertandingkan. Namun xda satu pun yg menang.. kesiannya.. Selama 2 hari, tak dapat hadiah.. Then, hari ketiga, cubalah beli cabutan tiket bertuah. Saja2 ja nak hiburkan hati. Tak banyak pun. beli 10 tiket=RM1o. Saya tunggu dari pagi, tak jugak kena. haha... Malas menunggu, bagila tiket tu dgn murid2. Suruh dorg tengokkn. Sehinggalah ke hadiah/hamper yg terakhir. Masa tu sy pun ada pegang jugak sedikit tiket tu. tengok2 tak kena jugak. Tanya murid yg pegang, tak dapat jugak. Huu..hampa.. Then, pegilah ke bilik guru. Tiba2 seorang murid datang. Dia bagi tau, "Cikgu, cikgu dapat hadiah besar".. Wa.... Masin mulut saya.. Tadi kata hadiah last tu saya yg punya.haha.. Saya tersenyum lebar.. lebar tu..haha

"Berakhirnya sambutan sukan peringkat sekolah.. masuk 100m kalah.. masuk acara lain pun kalah jugak.. Menantikan cabutan bertuah.. out of 60, takda satu pun dapat.. mmg bad luck betul... asyik org yg sama ja dpt hamper.. bertuah betul.. tapi tak sangka, hadiah yg last mengena kepada aku..haha.. Hadiah palin grand.. besar punya.. best3x!!! TAHNIAH!! ada jugak rezki.. besar tu..haha.. ^^."

----------------------------------------

Lepas tu hari sabtu ada larian 1 murid 1 sukan. Malas nak ikut sbnarnya tapi dah kawan lain ajak, apa lagi... Masuk jela.. men hentam saja... Larian Jogathon kategeri lelaki senior.. Fuh!! satu persatu memintas saya.. Awalnya bukan main lagi.. bersemangat la konon (<-- saya la tu..haha) tgk2, dapat nombor 3.. Tak sangka, ada jugak nombor.. Yeah!!! bertambah koleksi hamper saya.. Kelmarin dapat.. Arini pun dapat... Alhamdulillah..hehe

----------------------------------------

Minggu ni best.. Dapat hadiah.. Isnin pulak dapat cuti..yeahhhh!!! Semoga Allah melimpakhan rezki ke atasku. Rezki yang halal lagi baik.. Amiin..

"Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.." Amiin ya robbal 'aalamiin..

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab


(sumber gambar:http://mpp-upmkb.blogspot.com)

Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w...
"YA ALLAH, ALLAHUMMA SHOLLI 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WA SHOHBIHI WA SALLIM..."

Salam israk dan mikraj untuk teman pembaca sekalian..

Sekarang dah sampai ke penghujung bulan rejab kan.. Saya bertanya kepada diri saya dan teman2 sekalian.. Tahukah kita tentang peristiwa besar ini? Ya, mungkin ramai diantara kalian yg begitu mengerti akan peristiwa sirah nabi ini. Ada yg belajar, mendengar melalui ceramah, seminar dan pembacaan melalui buku2 agama. Alhamdulillah....

FIRMAN Allah yang bermaksud: “Maha suci Allah yang menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk, ayat 1)
Israk adalah perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem, manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah SAW menuju ke langit ketujuh, Sidratul Muntaha, ‘Arasy dan Singgahsana (Kursi) Allah dan menerima wahyu dari Allah Yang Maha Besar.

Terus terang saya katakan, saya masih jauh untuk melihat apa yg berlaku disebalik kejadian ini. Dari sinilah bermulanya perintah solat 5 waktu. Kita harus bersyukur kerana dipermudahkan untuk menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Setiap peristiwa yg berlaku mempunyai hikmah yang tersendiri.. Saya tidak pandai berbicara tentang peristiwa agung ini sbb sy bukanlah terdiri dikalangan org2 yg berilmu lagi dipercayai.. Nway, jom luangkan masa utk menyelami rahsia, hikmah dan fadhilat di sebalik peristiwa israk mikraj ini... jom kita belajar sejarah....jom kita luangkan masa utk ALLAH..jom baca: ^_^ D bawah ni sy ada sertakan link tuk tatapan bersama.. mana2 pun boleh..sama saja... Selamat membaca...

*Peringatan utk diriku --> "Apa yg penting bukan apa yg kita faham atau yg kita baca, tetapi apa yg kita dapat ambik iktibar utk muhasabah dan memajukan diri sendiri"....
___________________________________________________________________________

http://www.al-azim.com/~beringin/agama/israkdanmikraj.htm

http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/02/26/peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad-s-a-w-27-rejab-2/

http://www.mypsa-wa.org/pdf/isra_mikraj.pdf
----------------------------------------------------

http://faizsolehan.blogspot.com/2011/06/israk-mikraj.html
----------------------------------------------------

http://dirihamba.blogspot.com/2011/06/israk-mikraj-apa-yang-perlu-anda-tahu.html

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)