Sharing is caring =)

Memaparkan catatan dengan label Hari ini dalam Ingatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari ini dalam Ingatan. Papar semua catatan

Khamis, 12 April 2012

SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN (khazanah yg tdk dketahui)



Bismillahirrohmaanirrohim.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar.
Laa ilaaha illallah. Allahummasolli'alaamuhammad.

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Saya tertarik untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi semasa menuntut dengan Ustaz Sharhan mengenai makhluk halus. InsyaAllah, saya akan cuba kongsikan sedikit demi sedikit ilmu yang saya dapati disepanjang seminar bersama 'team At-Thobibi'.

Entry kali ini adalah berkenaan dengan "JENIS2 SIHIR dan Pengaruhnya terhadap mangsa dan cara rawatan". Antara jenis2 sihir yang berlaku sekarang ini adalah seperti:

1. Sihir menahan pernikahan.
2. Memisahkan suami isteri dengan sihir.
3. Memperdaya pandangan silap mata.
4. Sihir yang membuatkan gila.
5. Sihir membuat orang tidak bermaya.
6. Sihir mendengar panggilan.
7. Sihir membuat penyakit.
8. Sihir melakukan pendarahan.
9. Guna2 atau sihir percintaan.

Buat masa ni, saya akan kupaskan dan kongsikan mengenai sihir menahan pernikahan.
Apa itu sihir menahan pernikahan? Sihir menahan pernikahan ataupun dalam bahasa Arabnya dikenali sebagai "sihir ta'tilu azzawaj". Mungkin sahabat2 sekalian pernah mendengar istilah ini.

Antara tanda2 org yg terkena sihir ini adalah:
1. Pening kepala berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat oleh doktor.
2. Sesak di dada terutamanya setelah Asar hingga ke tengah malam.
3. Melihat pelamar bermuka hodoh.
4. Banyak berfikir (fikiran melayang).
5. Selalu gelisah pada waktu tidur.
6. Selalu rasa sakit di perut.
7. Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Sihir ini banyak terjadi dalam masyarakat kita. Ia berlaku disebabkan sifat hasad dengki dan khianat serta permusuhan yang hebat kepada mana2 individu. Kebiasaanya terjadi kepada wanita. Bagaimana pula cara sihir ini berlaku? Tukang sihir akan menugaskan beberapa jenis jin mendekati gadis tersebut hingga dapat masuk kepadanya. Selepas itu jin akan melakukan satu diantara dua:

* Masuk ke dalam wanita tersebut menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.
* Atau jin menipu penglihatan dengan membayangkan bahawa wajah lelaki yg ingin melamarnya berwajah buruk.

Begitulah serba ringkas penerangan berkenaan sihir jenis ini. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan sahabat2 yg dkasihi, berhati2lah dan sentiasalah berdoa meminta pelindungan kepada Allah supaya tidak terkena/terlibat dengan gejala sihir ini. InsyaAllah. pada lembaran akn datang, kita akan sama2 mengupas lebih banyak lagi rahsia perubatan islam dan gangguan makhluk halus. Di sini saya sertakan panduan bacaan ayat Al-Quran dan teks beserta terjemahan(boleh dibaca bila2 masa) sebagai pelindung daripada gangguan makhluk halus.

Ayat2 Syifa: (download link)
1. (RUQYAH MP3)
2. Ayat2 Syifa (pdf)

Nota Kaki: Firman Allah Taala: Maksudnya: "Dan kami turunkan dari al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi org2 yg beriman". (al Isra': 82)

Sumber rujukan:
1. Buku Perubatan Islam, “Menangkis Kejahatan Makhluk Halus”.
Oleh: Ust. Sharhan bin Shafie & Fakhrul Ridzha bin Abd. Rahman (2009).
2. Al-Qur’an

Jumaat, 6 April 2012

Air Yasin



Ertinya: "Hati Quran itu ialah Yasin. Tiada dibaca oleh seseorang berkehendak kepada Allah dan hari akhirat melainkan dia diberi keampunan. Bacalah surah Yasin ke atas orang-orang yang hampir mati diantara kamu."

(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Sabda Rasulullah s.a.w:



Ertinya: "Barangsiapa membaca surah Yasin pada pagi hari, Allah tunaikan segala hajatnya."

Assalamualaikum, Salam mesra untuk sahabat pembaca sekalian. Apa khabar? Semoga sihat walafiatlah hendaknya.

Kali ni, saya ingin berkongsikan satu amalan yang baik utuk kita amalkan dalam kehidupan kita. Saya baru tahu dan baru mula untuk mengamalkan. Caranya mudah sahaja. Air yasiin kita amalkan sebagai minuman pagi dan petang. Air yasiin boleh diperolehi melalui bacaan beramai2 di masjid pada malam jumaat ataupun boleh dibeli di kedai yang berkenaan.

Sebenarnya kita sedia maklum bahawa kandungan air dalam tubuh manusia adalah sebanyak 75% manakala dalam tisu otak sebanyak 85% peratus.

Air harus di gunakan setiap hari kerana tubuh manusia dapat berfungsi tanpa air. Untuk mengetahui kepentingan air pada tubuh kita, sila lihat keperluan air pada setiap organ organ tubuh di bawah:

1. Otak

Tubuh yang cukup kandungan air akan membuat daya ingatan lebih tajam, perasaan stabil dan motivasi lebih baik. Jika kecukupan air dalam tubuh baik, kemampuan kita dalam memecahkan masalah juga akan meningkat.

Para ilmuwan menyebutkan kekurangan air akan menyebabkan aliran oksigen ke kawasan otak berkurangan sehingga sel-sel saraf menyusut sementara. Sebab itu kita lihat orang yang haus atau dahaga akan mudah marah..

2. Mulut

Air akan menjaga tenggorokan dan bibir lebih basah dan menjaga bibir mulut dari kekeringan. Keadaan mulut yang kering bisa memicu bau mulut dan rasa yang tidak enak, bahkan gigi berlubang.

3. Jantung

Kekurangan air akan menyebabkan penurunan isipadu darah sehingga jantung akan bekerja lebih kuat dalam mengepam darah agar sel-sel tidak kekurangan oksigen. Akibatnya aktiviti fizikal ringan seperti naik tangga atau berlari akan terasa lebih memenatkan

4. Peredaran darah

Tubuh mengeluarkan haba panas dengan cara melebarkan pembuluh darah yang dekat dengan permukaan kulit sehingga aliran darah lebih cepat dan panas lebih banyak yang dikeluarkan.

Bila kita kekurangan air, haba semakin tinggi

5. Otot

Bila air cukup dalam tubuh terutama sel ia akan menyediakan nutrien yang cukup dan membantu otot berfungsi dengan baik Air juga penting untuk menggerakan sendi.

6. Kulit

Jika seseorang menderita kekurangan air, kulit menjadi kering. Keadaan ini berbeda dengan kulit kering,

7. Ginjal

Ginjal memerlukan air untuk berfungsi, jika tiada air, ginjal atau buah pinggang tidak dapat bekerja. Maka akibatnya ginjalnya akan rosak.

(sumber: http://rahsiadietwanita.blogspot.com/2011/10/kepentingan-air-pada-tubuh-manusia.html)

Begitulah antara kepentingan air dalam tubuh badan kita. Apa kata mulai hari ini kita amalkan meminum air Yasiin menggantikan air biasa. Sebenarnya air Yasiin dapat merawat penyakit-penyakit ganjil yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus. InsyaAllah. Mari pakat-pakat transform kehidupan rutin seharian kita dengan menerapkan nilai-nilai ibadah dalam kehidupan kita. Selain diminum, boleh juga di campurkan dalam masakan seperti nasi, lauk-lauk dan kuih-muih. Apatah lagi dapat digunakan sebagai air mandian dan cucian. Caranya mudah sahaja, iaitu mencampurkan sedikit(setitik pun memadai) air yasiin ke dalam air yang akan digunakan untuk tujuan masakan, cucian dan sebagainya. Ringkaskan. So, jom kita beramal. =) Salam ingatan dan munasabah.

Rabu, 7 Mac 2012

Program Guru Penyayang

Assalamualaikum, salam sejahtera..

Bulan ni adalah bulan pelancaran "PROGRAM GURU PENYAYANG". Program ini diwujudkan untuk memupuk perasaan kasih dan sayang kepada anak murid. Macam-macam program dah sekarang ni diperkenalkan. Mungkin kerana macam-macam kes yang ditimbulkan oleh segelintir guru yang berkelakuan tidak sepatutnya sehingga mengakibatkan kemalangan dan kematian. Fuh!!! Bertambah lah 'assignment' kita ya geng.. haha..

Sempena hari menyambut kedatangan murid-murid ke sekolah ni (jadi penyambut tetamu la pulakk!!), terus dilancarkan program berkembar dengan kasih sayang, dipanggil program mentor-mentee.. Macam mentor di tv3 tu. Jadi, secara rasminya, aku bergelar bapak angkat. Nasib baik bukan bapak ayam.. haha.. Ni, gambar yg sempat dirakamkan semasa program tu:



Gambar - guru bersalaman dengan pelajar




Gambar - geng angkatan sekolahhttp://www.blogger.com/img/blank.gif




Gambar - aku jadi mentor, diorang jadi mentee

Syukurlah, sekolah ni kecik aja. Lau tidak, banyaknya anak-anak angkatku yang tidak terangkat ni.. hehe

link gambar lain:
http://sksglingkausimunjan.wordpress.com

Jumaat, 10 Februari 2012

Pengemis Buta

Rasulullah dan Pengemis Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah, seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya, ia selalu berkata, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya, kalian akan dipengaruhinya." Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah katapun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang beliau SAW wafat.

Setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari, Abubakar ra berkunjung ke rumah anaknya Aisyah rha. Beliau bertanya kepada anaknya,"Anakku, adakah sudah Rasulullah SAW yang belum aku kerjakan?" Sayyidah Aisyah menjawab pertanyaan ayahnya," Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah. Hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja. Apakah itu?", tanya Abubakar ra. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah.

Keesokan harinya, Abubakar ra pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar ra mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar ra mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak,"Siapakah kamu?"Abubakar ra menjawab, "Aku orang yang biasa""Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" Si pengemis buta itu menjawab."Apabila ia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya, setelah itu ia berikan kepadaku dengan mulutnya sendiri." Abubakar ra tidak dapat menahan air matanya. Ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu. Aku adalah salah seorang sahabatnya. Orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW."

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar ra, ia pun menangis dan kemudian berkata,"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tak pernah memarahiku sedikitpun. Ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia......." Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar ra.

Subhanallah.. betapa Agungnya peribadi Baginda Rasulullah...

Allah... didiklah dan pimpinlah hatiku untuk menyontohi akhlak kekasihMu

Ahad, 31 Julai 2011

"RAMADHAN"

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah: 183)
-----------------------------------------------------------------

Salam RAMADHAN.. Alhamdulillah, sampai jugak ke ramadhan. Rindu… Rindu sangat sangat. Ya Allah. Terima kasih kerana masih memberi peluang kepada hamba yang hina dina ini. Masih memberi peluang untuk sampai ke bulan yang mulia ini. Sesungguhnya aku sangat takut dan cinta kepadaMU. Didiklah hati ini supaya sentiasa taat mengerjakan suruhanMu dan meninggalkan laranganMu. Amiin.. Amiin.. Amiin. Ya robbal’aalamiin.

Sesungguhnya, banyak fadhilat yang terkandung di dalam bulan Ramadhan ni. Bukan sahaja berpuasa, menahan lapar dan dahaga (rasa sendiri macammana org-orang fakir yang menahan lapar), ada tarawih (solat berjemaah ramai-ramai selama sebulan), jadi ulat buku (baca quran/semangat sebab ada tadarus=baca ramai-ramai), sungkai=berbuka (alangkah lazatnya/sinonim ngan makan semanis kurma), jadik rajin nak buat qiam (sbb perut tak kekenyangan sentiasa=senang mau bangun malam), nafsu dapat didik (tak leh nak buat benda-benda maksiat), dan yang paling penting ada lailatulqadar.... Best3x!! Jom kita sama2 cari... Hehe... Dulu, masa kecik2 ada tanya bapa. “Napa mesti puasa pak? Kalau tak puasa boleh ka? Lapar la. Tidak tahan”, antara soalan yang aku ajukan kepada ayahanda tercinta. Kenapa kita mesti berpuasa ya? Pernah tanya diri sendiri tak? “Hehe… Saya pun tak tau jugak jawapannya.” Boleh tak jawab macam tu? Setiap suatu perkara yang kita lakukan mesti ada sebabnya kan. Dan semestinya, ada hikmah disebaliknya. ^.^ Tidaklah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Dalam Al-Quran sendiri (2:183) jelas menunjukkan perintah ibadah puasa ni. Sebab apa? Supaya kita bertakwa. ^.~ Masa dulu sampai sekarang, ingat lagi cita-cita yang selalu saya dambakan. "Ya Allah, matikanlah aku ketika malam lailatulqadar, ketika pintu nerakaMu ditutup dan Pintu syurgaMu terbuka"... Semoga dimakbulkan doa ini. Dari dulu sampai sekarang sampai akan datang sampai bila-bila. ^.~

Dikesempatan ini, saya mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN", bulan yang penuh dengan barakah. Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dan manfaat daripada bulan yang mulia ini. Selamat menjalani ibadah puasa. Jangan bagi tinggal biarpun satu hari ya (untuk lelaki sahaja). Yang perempuan tak tahu.. Hehe... Jom kita sama-sama 'reflek' kembali niat-niat yang dibaca masa puasa ni. Takut lupa pulak. ^.^

LAFAZ NIAT PUASA DAN BERBUKA PUASA


Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan:



Nawaitu souma syahri ramadhoona haadzihis sanati kullihi lillahi ta’aalaa
Niat: “Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala”
-------------------------------------

Lafaz Niat Puasa:



Nawaitu souma ghodin ‘an ‘adaa I, fardhi syahri ramadhoona haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Niat: “Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala”
-------------------------------------

Lafaz Niat Berbuka Puasa:



Allahumma laka soumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthortu birohmatika yaa arhamarrohimiin
Niat: "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmatMu - wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"
-------------------------------------

Semoga dapat membantu rakan-rakan mengingat kembali lafaz niat dan niat berpuasa. "Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dosa keluargaku, dosa sahabat-sahabatku, dosa muslimin muslimat sama ada yang masih hiudp mahupun yang telah meninggal dunia... Ya Allah, ku serahkan seluruh jiwa dan ragaku kepadaMu, pimpinlah daku, janglah Engkau biarkan aku lalai walau sesaatpun. Janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah Kau beri hidayah. Lapangkanlah dadaku, perelokkanlah akhlakku, permudahkanlah urusanku... Amiin"..

Salam Ramadhan. Salam kemaafan. Salam Ibadah. Selamat Berpuasa. Selamat Bertarawih.. Dan selamat untuk semuanya... hehe.... Assalamualaikum... Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakhbar....

Sabtu, 2 Julai 2011

Hadiah... ooo Hadiah!! I Like ^_^

Minggu ni boleh katakan minggu yang bertemakan sukan.. Apa tidaknya, Start dari hari Rabu sampai Khamis, Sambutan Sukan dan Sukaneka Peringkat Sekolah di sekolahku. 3 hari tu.. Macam2 ada.. Saya.. Tugas macam2 ada.. haha.. Mmg style la.. Jadi juri, jadi peserta, jadi ajk PA, jadi trainer tarian, jadi jurukamera dan macam2 lagi la.. Tapi buka pasal ni yg mahu diceritakan. Tengok tajuk dia.. Hadiah.. Ha, apa hal dgn hadiah ni. Apa kena mengena pulak ^^.. Hehe..

"Tuah ayam nampak d kaki, tuah manusia siapa yang tahu"... Masa sambutan sukan tu, banyak acara yg dpertandingkan. Namun xda satu pun yg menang.. kesiannya.. Selama 2 hari, tak dapat hadiah.. Then, hari ketiga, cubalah beli cabutan tiket bertuah. Saja2 ja nak hiburkan hati. Tak banyak pun. beli 10 tiket=RM1o. Saya tunggu dari pagi, tak jugak kena. haha... Malas menunggu, bagila tiket tu dgn murid2. Suruh dorg tengokkn. Sehinggalah ke hadiah/hamper yg terakhir. Masa tu sy pun ada pegang jugak sedikit tiket tu. tengok2 tak kena jugak. Tanya murid yg pegang, tak dapat jugak. Huu..hampa.. Then, pegilah ke bilik guru. Tiba2 seorang murid datang. Dia bagi tau, "Cikgu, cikgu dapat hadiah besar".. Wa.... Masin mulut saya.. Tadi kata hadiah last tu saya yg punya.haha.. Saya tersenyum lebar.. lebar tu..haha

"Berakhirnya sambutan sukan peringkat sekolah.. masuk 100m kalah.. masuk acara lain pun kalah jugak.. Menantikan cabutan bertuah.. out of 60, takda satu pun dapat.. mmg bad luck betul... asyik org yg sama ja dpt hamper.. bertuah betul.. tapi tak sangka, hadiah yg last mengena kepada aku..haha.. Hadiah palin grand.. besar punya.. best3x!!! TAHNIAH!! ada jugak rezki.. besar tu..haha.. ^^."

----------------------------------------

Lepas tu hari sabtu ada larian 1 murid 1 sukan. Malas nak ikut sbnarnya tapi dah kawan lain ajak, apa lagi... Masuk jela.. men hentam saja... Larian Jogathon kategeri lelaki senior.. Fuh!! satu persatu memintas saya.. Awalnya bukan main lagi.. bersemangat la konon (<-- saya la tu..haha) tgk2, dapat nombor 3.. Tak sangka, ada jugak nombor.. Yeah!!! bertambah koleksi hamper saya.. Kelmarin dapat.. Arini pun dapat... Alhamdulillah..hehe

----------------------------------------

Minggu ni best.. Dapat hadiah.. Isnin pulak dapat cuti..yeahhhh!!! Semoga Allah melimpakhan rezki ke atasku. Rezki yang halal lagi baik.. Amiin..

"Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.." Amiin ya robbal 'aalamiin..

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab


(sumber gambar:http://mpp-upmkb.blogspot.com)

Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w...
"YA ALLAH, ALLAHUMMA SHOLLI 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WA SHOHBIHI WA SALLIM..."

Salam israk dan mikraj untuk teman pembaca sekalian..

Sekarang dah sampai ke penghujung bulan rejab kan.. Saya bertanya kepada diri saya dan teman2 sekalian.. Tahukah kita tentang peristiwa besar ini? Ya, mungkin ramai diantara kalian yg begitu mengerti akan peristiwa sirah nabi ini. Ada yg belajar, mendengar melalui ceramah, seminar dan pembacaan melalui buku2 agama. Alhamdulillah....

FIRMAN Allah yang bermaksud: “Maha suci Allah yang menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk, ayat 1)
Israk adalah perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem, manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah SAW menuju ke langit ketujuh, Sidratul Muntaha, ‘Arasy dan Singgahsana (Kursi) Allah dan menerima wahyu dari Allah Yang Maha Besar.

Terus terang saya katakan, saya masih jauh untuk melihat apa yg berlaku disebalik kejadian ini. Dari sinilah bermulanya perintah solat 5 waktu. Kita harus bersyukur kerana dipermudahkan untuk menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Setiap peristiwa yg berlaku mempunyai hikmah yang tersendiri.. Saya tidak pandai berbicara tentang peristiwa agung ini sbb sy bukanlah terdiri dikalangan org2 yg berilmu lagi dipercayai.. Nway, jom luangkan masa utk menyelami rahsia, hikmah dan fadhilat di sebalik peristiwa israk mikraj ini... jom kita belajar sejarah....jom kita luangkan masa utk ALLAH..jom baca: ^_^ D bawah ni sy ada sertakan link tuk tatapan bersama.. mana2 pun boleh..sama saja... Selamat membaca...

*Peringatan utk diriku --> "Apa yg penting bukan apa yg kita faham atau yg kita baca, tetapi apa yg kita dapat ambik iktibar utk muhasabah dan memajukan diri sendiri"....
___________________________________________________________________________

http://www.al-azim.com/~beringin/agama/israkdanmikraj.htm

http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/02/26/peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad-s-a-w-27-rejab-2/

http://www.mypsa-wa.org/pdf/isra_mikraj.pdf
----------------------------------------------------

http://faizsolehan.blogspot.com/2011/06/israk-mikraj.html
----------------------------------------------------

http://dirihamba.blogspot.com/2011/06/israk-mikraj-apa-yang-perlu-anda-tahu.html

Selasa, 21 Jun 2011

Akidah yang hilang??

Assalamualaikum kepada teman seagama denganku sekalian.. Kali ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang hilang dan amat penting dalam kehidupan seorang yang beragama islam. Apakah itu? Pernahkah sahabat-sahabat mendengar istilah "Aqidah Al-Wala' Al-Bara'? Mari kita sama2 menyingkap erti disebalik "Al-Wala' Al-Bara'".

-----------------------------------------------------
Sesungguhnya apabila hamba ALLAH benar2 ikhlas mahu bermujahadah pada jalanNya. Pasti IA akan tunjuki jalanNYA. InsyaAllah, ketika seorang mukmin berada di puncak amal, akidah itulah nanti yg akan menyelamatkan dia dari sifat ghurur yg diciptakan oleh iblis laknatullah. Misalnya kebanyakan pendapat ulama tasawuf menyatakan bahawa apabila seseorang itu beramal hendaklah dia beramal semata-mata kerana Allah. Dalam pada itu, kita tidak beramal kerana inginkan syurga dan takutkan neraka. Barangsiapa yg beramal dalam keadaan demikian, sesungguhnya mereka itu jatuh kepada hukum syirik kecil, iaitu dosanya dosa besar kerana syurga dan neraka itu adalah makhluk Allah. Jika seseorang itu tidak memahami akidah Al Wara' al Bara', pasti tipu daya iblis akan menggunakan senjatanya untuk menyesatkan manusia dengan mengatakan bahawa apakah patut kita tidak takut kepada neraka. Dan tidak menyukai syurga sedangkan Allah mengkhendaki kita takut kepada nerakaNya dan hendaklah mencintai SyurgaNya. Justeru, seseorang para salik akan tersesat jalan kerana berpegang kepada fahaman hakikat semata iaitu beramal hanya kerana Allah. Walaupun Allah menyuruh kita takut kepada neraka tetapi para salik ini tidak beranggapan mereka perlu takut kepada neraka kerana bagi mereka perbuatan itu boleh menyebabkan mereka syirik. Maka iblis pun terketawa terbahak-bahak kerana kebodohan para salik yg tidak menguasai akidah yg sempurna lalu mengiyakan sesuatu perkara yg Allah suruh (iaitu beramal semata-mata kerana Allah bkn kerana makhluk) dan menidakkan sesuatu perkara yang Allah suruh seperti hendaklah org beriman takut ancaman nerakaKu dan cintailah syurgaKu. Hal ini sama juga apabila Allah memerintahkan hendaklah kamu taat kepada Allah, kpd RasulNya dan juga kepada ulil amri. Ternyata jika tidak ada pengetahuan tentang akidah Al Wala' dan Al Bara', ayat tadi pasti dianggap oleh para salik sebagai ayat yg tidak perlu dipatuhi kerana boleh menyebabkan syirik. Yang harus dipatuhi ialah Allah semata-mata. Itulah antara tujuannya saya mengkhendaki anda menguasai akidah yg hilang itu kerana akidah inilah nanti yg akan berfungsi memulihkan kembali agama Allah tanpa melihat kebenaran berasaskan hubungan kekeluargaan, keakraban, kebangsaan dan kenegerian. Dengan kata lain, akidah ini sanggup memancung kepala ibu kita, ayah kita, suami kita, isteri kita, anak kita dan siapa sahaja yg dekat dengan kita sekiranya mereka itu musuh Allah yg nyata. Sebagai seorang yg berpegang kepada akidah ini, mereka akan memancung musuh2 Allah yg Allah benci dan mereka akan mencintai sesiapa sahaja makhluk yg Allah cintai. Justeru, tidak ada istilah konsep asabiyah dan konsep kebangsaan yang ada dalam roh islam itu sendiri. Itulah ajaran islam yg sebenarnya yg telah hilang akibat perancangan rapi yg dilakukan oleh puak yahudi utk menghancurkan islam. Untuk kembali semula menjadi agama yg menguasai segala agama di muka bumi, maka akidah ini menjadi tunggak utama dalam mewujudkan cita2 yg di impikan oleh semua umat islam. Inilah akidah yg pertama2 ditekankan oleh baginda Rasulullah.

Dalam sirah nabi, dikisahkan tentang seorang sahabat iaitu Mus'ab bin Umair r.a. Ketika itu, saudaranya yg masih kafir berada dalam kawalan Abdul Rahman bin Auf sebagai tawanan perang. Maka berkatalah Mus'ab:

"Tambat olehmu akan tawananmu."

Lantas berkata saudaranya yg menjadi tawanan perang itu. "Hai saudaraku, adakah pantas engkau katakan begitu?"

Mus'ab menjawab: "Sesungguhnya ia (Abdul Rahman Auf) adalah saudaraku, bukan engkau." Maka bila ternyata baginya bahawa orang itu adalah musuh Allah, Mus'ab merongkaikan ikatan persaudaraan atas dasar darah ikatan kaum kerabat (adik-beradik).

Dan sesungguhnya akidah ini telah kelihatan sejelas-jelasnya dalam masyarakat Madinah di zaman Rasulullah. Ketika itu, para sahabat membunuh ayahnya yg musyrik serta saudara-saudaranya yg musyrik sebagai pendekatan diri kepada Allah di medan perang. Lalu turunlah satu ayat yg mengisahkan tentang Abu Ubaidah r.a. ketika ia membunuh ayahnya dalam peperangan badar. Ini menerangkan kepada anda akan puncak yg tinggi yg mana mereka memperoleh selama mereka berada dalam didikan tangan Rasulullah s.a.w.

Firman Allah yg bermaksud:
"Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.

(Surah Al-Mujadalah: 22)

Begitu juga kisah Mahisah bin Mas'ud membunuh pemimpin bani Quraizah, berkata kepadanya oleh saudara tuanya (abang) yg kafir:
"Hai Mahisah, alangkah kerasnya hati engkau". Mahisah menjawab: "Sesungguhnya telah menyuruh akan aku untuk membunuhnya oleh orang yg jikalau menyuruh ia akan aku membunuhmu, nescaya aku bunuh engkau. Demi sesungguhnya telah menyuruh akan daku oleh Rasulullah s.a.w untuk membunuhnya dan jikalau ia menyuruh aku untuk membunuhmu, nescaya aku bunuh engkau."

Dari segi bahasa, Al-Wala' ertinya pertolongan, kecintaan, persahabatan, ketaatan dan seumpamanya. Sementara Al-Bara' bererti terlepas atau bebas atau membenci sesuatu kerana menuruti sesuatu.

Ketika melihat musuh-musuh Allah, akidah Al Wala' Al Bara' yg berfungsi membentuk perpaduan, persatuan dan kekuatan ummah yg bersatu bukan atas dasar kebangsaan atau keturunan atau darjat atau kekerabatan TETAPI AKIDAH INI DIJALINKAN OLEH HUBUNGAN IKATAN SILATURRAHIM ATAS NAMA LAILAHAILLALLAH. Maka pihak musuh telah dapat mencium kekuatan sebenar umat islam lalu merekapun mencipta semangat kenasionalan (kebangsaan). Kalau dalam negara kita, konsep satu malaysa itulah ajaran dajjal. Ingat itu. Jika kita membenarkannya akidah kita sudah tercedera dan kesuciannya sudah ternoda.

Firman Allah ta'ala yg menggambarkan betapa benarnya hubungan kekerabatan bukanlah sebagai tanda orang itu benar-benar beriman kepada Allah melainkan kekerabatan itu juga adalah mencintai Allah. Firman Allah yg bermaksud:

"Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhiana kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)." (At Tahrim: 10)

Firman Allah lagi yg bermaksud:
"Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dari daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja. Kecuali perkataan Ibrahim kepada bapaknya: "Sesungguhnya aku akan memohonkan ampunan bagi kamu dan aku tiada dapat menolak sesuatupun dari kamu (siksaan) Allah." (Ibrahim berkata): "Ya Tuhan kami hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali."
(Al Mumtahanah: 4)

Malah, Ibnu Taimiyah berkata: "Tiada kegembiraan dan tiada pula kelazatan yg sempurna bagi hati kecuali kecintaan kepada Allah, mendekatkan diri kepadaNya dengan sesuatu yang DIA sukai. Tidak mungkin ada kecintaan pada Allah kecualoi berpaling dari tiap2 yg tidak dicintaiNya. Dan inilah hakikat LAAILAHAILLALLAH, iaitu agama Ibrahim dan seluruh nabi-nabi. Adapun bahagian kedua iaitu MUHAMMADURRASULULLAH maknanya adalah semata-mata mematuhi Rasulullah s.a.w terhadap apa yg diperintahkannya dan meninggalkan sesuatu yang dilarangNya. Inilah gambaran-gambaran kekasih Allah (para wali) yang termaktub dalam sebuah hadis sahih.

"Sesungguhnya, ada golongan manusia dari hamba2 Allah, mereka bukan dari nabi-nabi dan bukan pula dari orang-orang yang syahid. Para nabi dan syuhada mengkagumi mereka pada hari kiamat kerana kedudukan mereka daripada Allah ta'ala. Sahabat berkata: "{Ceritakanlah kepada kami siapa mereka itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Mereka adalah suatu golongan yang saling cinta-mencintai kerana agama Allah, bukan kerana hubungan sanak saudara diantara mereka dan tidak pula harta yg membuat mereka saling menyayangi dan saling mengasihi, demi Allah sesungguhnya wajah mereka bercahaya-cahaya dan sesungguhnya mereka di atas cahaya. Mereka tidak takut apabila manusia takut dan mereka tidak tidak berdukacita apabila manusia berdukacita." Kemudian Baginda membaca ayat: "Ingatlah sesungguhnya kekasih-kekasih Allah tiada berasa takut dan mereka pula tidak berasa dukacita."

Juga dalam hadis sahih yg lain, maksudnya:
"Seteguh-teguh ikatan iman ialah tolong-menolong kerana Allah dan berseteru kerana Allah jua dan cinta kerana Allah dan benci juga kerana Allah."

Dalam hadis sahih yg lain: Maksudnya:
"Kasih-sayangku adalah menjadi hak orang yang nasihat-menasihati keranaKU dan kasih -sayangKU menjadi hak orang yang kunjung-mengunjungi keranaKu, dan kasih sayangKu menjadi hak orang yang saling bermurah hati keranaKu, orang yang kasih-mengasihi adalah di atas mimbar dari cahaya yang mana para nabi, Assiddiqin dan para syuhada merasa kagum melihat mereka dengan sebab tempat mereka itu."

Ada banyak hadis dan ayat Al quran melarang kita mengikuti, memasuki, mempercayai dan menuruti serta mengiyakan apa yang dibawa oleh orang-orang kafir. Sebahagian daripada hadis tersebut adalah seperti berikut:

Maksudnya: "Sesiapa yang berkumpul dengan orang-orang musyrik dan tinggal besertanya, maka sesungguhnya ia adalah seumpama orang musyrik tersebut."

Lihat bagaimana Allah menegur Nabi Nuh dan mengajarnya memutus hubungan kerabatnya iaitu anaknya setelah ia cuba meminta agar Allah menyelamatkan anaknya.

Firman Allah: "Allah berfirman: "Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya (perbuatan)nya perbuatan yang tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakekat)nya. Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan."

(Huud: 46)

Kemudian, lihat pula bagaimana Nuh menyatakan taubatnya kepada Allah atas kesalahannya emminta sesuatu yang tidak sepatutnya kepada Allah:

"Nuh berkata: Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikat)nya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk orang-orang yang merugi."
(Huud: 47)

Dengan kata lain, sesiapa yg cinta kepada Allah dan membenci kerana Allah dan ia menolong kerana Allah dan memusuhi juga kerana Allah makahasanya tercapailah pertolongan Allah dengan yang demikian dan seorang hamba Allah tidak akan mendapatkan rasa keimanan dan jika sekalipun banyak sembahyangnya, puasanya, sehingga dia berada dalam keadaan demikian. Tegasnya doa kaum mukmin tidak mungkin Allah tunaikan tanpa akidah ini. Inilah juga kunci makbulnya doa seorang ahli di jalan kebenaran. Wallahu'alam..
-----------------------------------------------

Semoga perkongsian ini memberi kebaikan dunia dan akhirat.. Ku panjatkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana memberi petunjuk ke jalan yang benar... Ya Allah, janganlah Engkau palingkan hatiku setelah Engkau beriku petunjuk... Amiin...

Setinggi-tinggi rasa kecintaan ku tujukan kepada guruku.... MT atas ilmu yang diajarkan kepadaku.... Alhamdulillah...

Dari yg tiada kepada ada.... MT

Khamis, 30 Disember 2010

Antara Fantasi dan Realiti

Peristiwa kedua yang saya ingin kongsikan kepada teman pembaca sekalian adalah berkenaan dengan kemalangan yang hampir meragut nyawa. Kejadian ini berlaku seminggu sebelum cuti akhir tahun 2010. Sebenarnya, hari tu saya pergi ke kuching untuk ‘service’ kereta. Tapi tak sangka pulak, terlibat dengan kemalangan jalan yang disebabkan oleh kecuaian sendiri. Jam 7 malam. Saya mula menaiki feri ke Simunjan. Pada masa itu, saya menanti rakan yang kebetulan sama-sama menuju ke destinasi yang sama. Setibanya kami di tebing sebelah, saya mula memecut laju. Tapi belum ke tahap maksimum disebabkan cuaca yang tiba-tiba berubah. Guruh di langit mula menampakkan impaknya. Dentuman sana sini kedengaran ibarat bom atom yang meletup di merata tempat. Sambung-menyambung diikuti oleh pancaran kilat yang menyala-nyala. Saya tidak berani untuk menekan ‘paddle’ minyak lagi kerana keadaan cuaca yang berubah secara mendadak dan permukaan jalan raya yang licin.

Hujan mencurah-curah dengan lebatnya menyukarkan saya untuk meluaskan pandangan jauh ke hadapan. 20 minit bertarung dengan cuaca akhirnya saya tidak sabar lagi untuk menambah kadar pecutan kereta. Satu-persatu kereta saya pintas. Tepat jam 7.30 malam, kereta proton waja yang ada dihadapan mencabar kesabaran saya. Mungkin pemanduannya yang berhati-hati untuk mengelakkan kecelakaan (terlalu lambat). Saya meneliti keadaan jalan raya pada masa itu. Nampaknya ‘line clear’. Seperti ada satu suara yang mendorong saya untuk memintas kereta dihadapan. Apa yang saya perhatikan ialah jalan di hadapan kelihatan lurus dan membolehkan saya untuk memotongnya. Saat itu, saya menekan minyak (60 km per jam), bagi saya tidak laju pun. Tetapi yang hairannya, penglihatan saya seakan ditutup. Apa yang saya nampak ialah satu lorong yang sangat lurus. Jelas sekali dan mustahil terjadi kemalangan bagi sesiapa yang mengalami. Kemudian, dalam masa yang sama, kilat memancar tepat ke arah hadapan kereta. Pandangan silau seketika. (tak sampai sesaat) Apa yang berlaku di luar duga. Rupa-rupanya jalan yang lurus hanya palsu semata. Apa yang dihadapan adalah selekoh tajam yang sangat merbahaya. Dengan spontan, saya menekan brek sehabis yang mungkin dibantu oleh kawalan ‘steering’ untuk mengurangkan risiko kemalangan. Namun, saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu rapat dengan selekoh tersebut. Saya hanya mampu berdoa di dalam hati dan pasrah di atas segalanya.

Sekelip mata sahaja saya telah terdampar di tebing parit di mana keadaan kereta menjunam ke bawah lantai parit menyebabkan sebahagian kereta berendam dalam air. Mujur saya cepat mematikan enjin kereta. Kalau tidak, rosak sistem rasanya. Saya melanggar sebuah pondok di tepi jalan raya. Atapnya roboh. Salah satu tiangnya membolosi cermin kereta hadapan hampir menembusi pertahanan tulang rusuk saya. Sasarannya tepat ke arah jantung saya. Syukur kerana ianya terhenti tepat-tepat mengenai permukaan kulit saya. Alhamdulillah saya selamat. Ketika itu saya membawa seorang penumpang. Saya hanya risaukan keadaan budak tersebut. Alhamdulillah, tiada korban jiwa pada malam itu. Saya tidak kisah akan keadaan kereta. Yang penting, semuanya selamat. Fikiran saya hanya tertumpu untuk menyelamatkan diri. Saya dengan cepat mengarahkan rakan disamping saya untuk keluar menyelamatkan diri. Akhirnya, ramai yang datang untuk menyelamatkan kami. Bermacam-macam persoalan bermain di fikiran saya. Apa yang telah terjadi? Semuanya menjadi tanda tanya. Apa yang penting… kerjasama..haha… yang penting, saya dan rakan selamat. Allah memberikan pengajaran kepada saya untuk lebih bersyukur dan mengingati saat kematian. Sesungguhnya kematian itu sangat HAMPIR.. renung-renungkan. Semoga kita sentiasa dibimbing dengan taufik dan hidayahNYA.. amiin…


Bangun dari mimpi

Assalamualaikum..
Apa khabar teman pembaca sekalian? Harap sihatlah hendaknya ek. Kali ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman yang membuatkan saya bangun dari fantasi dan realiti bagi tahun 2010 ni. Apakah ia? Mesti anda tertanya-tanya kan! Baiklah, saya mulakan dengan pengalaman pertama yang juga merupakan peristiwa hitam dalam hidup saya. Ataupun, boleh saya katakan juga sebagai titik keinsafan pada diri saya. Kejadian ini berlaku dalam dua bulan lepas, seminggu sebelum ‘parent’ saya menziarahi saya di bumi kenyalang ni. Ceritanya bermula macam ni. Malam tu saya mula rasa mengantuk, jadi seperti biasa saya akan cuba membersihkan diri sebelum ‘landing’ di atas tilam saya yang empuk.
Kejadian ini berlaku sekitar pukul 2 lebih. Masa tu saya dah rasa lain. Seakan-akan ada sesuatu yang menghalang saya daripada tidur. Ustaz2 kata, kalau rasa susah untuk tidur, bacalah 3 qul. Lepas tu tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Dalam keadaan yang letih, saya pun cuba untuk melakukan seperti yang pernah saya pelajari dan dipesan oleh ustaz saya. Saya mula membaca surah al-fatihah, ayat qursi, ayat akhir surah al-baqarah, dan saya tutup dengan membaca 3 qul. Alhamdulillah, saya dapat melaksanakan setiap bacaan saya. Walaubagaimanapun, gangguan tersebut semakin agresif (saya fikir ianya adalah gangguan lah). Perlahan-lahan, saya mengambil ‘handphone’ dan memutarkan ‘ayat-ayat ruqyah’ yang tersimpan dalam memori telefon. Sebenarnya untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, ‘ruqyah syarie’ ni adalah bertujuan untuk menghalang gangguan makhluk halus. Atau lebih tepat lagi bertujuan sebagai ‘pembakar jin’.
Alhamdulillah berkat pertolongan daripada Tuhan dengan izin Allah, saya dapat melelapkan mata. Saya ingatkan kejadiaan itu telah berakhir, rupa-rupanya ia baru bermula. Then….Saya bermimpi. Di dalam mimpi saya, saya tengah leka bermain ‘game’ di ‘laptop’ (game warcraft la katakan..hehe). Kemudian selesai bermain, saya mula memadamkan suis lampu dan kipas. Kerana rasa mengantuk yang amat sangat (sebab tak tidur siang hari, lagipun jam dah pukul 2.30 p.m., kalau di sini kira lewat dah la), saya menuju ke bilik air, membersihkan muka dan badan. Selepas itu saya bergerak ke arah bilik tidur kerana bersedia untuk merebahkan diri di atas katil. Dan ianya bermula. Apa yang saya ceritakan seperti di atas tadi tu betul2 berlaku semula. Seakan-akan kejadian itu telah ‘di-record’ dan di ‘playback-kn’ balik. Sehinggalah ke ‘part’ saya mula melelapkan mata tu, selepas membaca 3qul……………
Tiba-tiba, dada saya rasa berat, sukar untuk bernafas. Terasa seperti di tekan oleh sesuatu yang amat berat, seluruh anggota badan saya terkunci. Tidak dapat bergerak, bersuara dan berkata-kata. (orang selalu kata kena tindih) Kemudian, terasa seram sejuk, tetiba ja bulu roma ni meremang. Saya dapat rasakan akan kehadiran suatu lembaga di sebelah kanan saya. Susah untuk digambarkan bentuk fizikal lembaga itu. Secara kasar, lembaga itu berwarna hitam gelap, bentuk seakan2 bayang-bayang (berbulu rasanya). Matanya berwana merah api (entahlah, mata ke apa). Bentuknya bukan seperti manusia tetapi mempunyai tangan. Ok la! Cukup sekadar itu. Pada awalnya, lembaga tu cuba merapati saya. Kemudian ia mengatakan sesuatu. Cukup jelas di telinga saya. ‘MASA KAMU TELAH SAMPAI’. Apabila saya terdengar kalimah itu, dengan serta-merta perasaan saya semakin seram. Emosi tidak menentu, ‘fikiran semakin bercelaru’. (rasa macam nak mati la orang kata) “Ya Allah, adakah ini mimpi. Kejutkanlah aku dari tidurku.” Batin saya meronta-ronta. Saya berdoa dan mengharap untuk dilepaskan daripada penjara mimpi ini.
Lembaga itu mula memegang saya. Ia mengangkat saya dan memindahkan saya ke sudut bilik bertentangan dengan kedudukan asal tadi. Ya Allah, sangat sukar untuk saya gambarkan perasaan saya pada masa itu. Seperti hendak dicabut nyawa. Macam da sampai ajal. Tinggal tunggu masa ja untuk dicabut nyawa. Saya meronta-ronta untuk melepaskan diri. Macam-macam yang saya baca. Ayat qursi diulang-ulang. Surah yasin dibaca dan bermacam-macam lagi. Semuanya tidak menjadi. Seakan tidak lut kepada makhluk itu. “Sesungguhnya kematian itu tidak boleh dilengah-lengahkan walau sesaat pun. Tidak boleh ditunda dan dilambatkan” pesanan ustaz semasa ceramah agama terngiang-ngiang di telingaku. “Ya Allah, ampunilah dosaku, sesungguhnya hambamu yang hina ini banyak melakukan maksiat kepadamu”. Air mataku jatuh berderai. Perlakuanku sama seperti seorang bayi kecil yang meronta-ronta untuk dilepaskan sambil tangisan yang semakin nyaring. “Aku tidak bersedia lagi untuk mati”. Hati kecilku berbicara. Perasaan gerun dan takut mula menyapaku. Ego lelakiku mula kecut, entah hilang ke mana. Kewarasan fikiranku semakin diuji. Rasa macam hendak gila……… Belum mati yang betul2 lagi..
Ok la, dipendekkan cerita. Dalam kepayahan bergelut dengan emosi dan fizikalku, tiba2 muncul suara2 merdu mengalunkan bacaan qalam suci, didendangkan dengan penuh keinsafan dan tulus ikhlas. Mematikan langkah setiap jiwa yang bernyawa, meniup semangat taubat dalam jiwa yang alpa, menggetarkan qalbu yang penuh dengan noda dan dosa. Teramat merdu. Merdunya Ya Allah….. Ucapannya…
لاَ إِ لـَهَ إِلاَّ الله...... وَلاَيَئُودُهُ و حِفْظُهُمَا.. وَهُوَالْعَلِىُّ اْلعَظِيمُ
Kalimah itu diulang berkali-kali. Sepertinya mengajarkan saya untuk turut sama mengalunkannya. Perlahan-lahan saya menggerakkan bibir saya. Namun masih terkunci. Saya cuba menggerakkan lidah saya. Saya baca dalam hati. Saya ulang berkali-kali. Lama kelamaan saya rasa tubuh saya semakin ringan. Dalam sekelip mata sahaja saya mampu mengerakkan anggota badan saya. Sejuk yang menyambar bahagian bawah tubuh saya dari kaki hingga ke lutut, perlahan-lahan menjadi hangat. Saya terjaga. Alhamdulillah, saya dapat melepaskan diri dari penjara mimpi yang mungkin membawa maut itu. Syukur kepadaMU ya Allah. Engkau memberi HIDAYAH kepada hambamu yang semakin jauh dariMU ini………………. ARROHMAANIRROHIIM. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Khamis, 21 Oktober 2010

Saat terakhir Rasullullah S.A.W.

Detik-detik Rasulullah S.A.W. menjelang sakratul maut...

Ada sebuah kisah tentang kesempurnaan cinta yang dicontohkan Allah lewat pada kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, meskipun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun tetap enggan mengepakkan sayapnya.

Pagi itu, Rasulullah S.A.W. dengan suara ‘terbata’ memberikan nasihatnya; “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan di bawah cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara kepada kalian, sunnahku dan al-Quran. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti dia mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk ke syurga bersamaku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah S.A.W. yang redup menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya turun naik menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” desah hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia ini.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan sigap menangkap Rasulullah yang limbung saat turun dari mimbar. Saat itu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu, kalau mampu. Matahari kian meninggi, tapi pintu Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah S.A.W. sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, Maaf ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah aku ayah, seperti dirinya pertama kali aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah S.A.W. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Satu-satu bahagian wajahnya seolah hendak di kenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia, dan dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah S.A.W. menanyakan kenapa Jibril A.S. tidak ikut serta. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?” Tanya Rasululllah S.A.W. dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka luas menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh dengan kegelisahan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “Kuharamkan syurga bagi sesiapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Tampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril betapa sakitnya sakaratul maut ini,” lirih Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan mukanya. “Jijikkah engkau melihatku, hingga engkau palingkan wajahmu wahai Jibril?” Tanya Rasulullah S.A.W. pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajalnya,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah S.A.W. memekik, kerana sakit yang tak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyatnya azab maut ini, timpakan sahaja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah solat dan santunilah orang-orang yang lemah di antaramu.”

Di luar pintu, esak-tangis mulai kedengaran bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah meletakkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii?” - “Umatku, umatku, umatku.” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia itu. Kini, mampukah kita menyintai baginda seperti baginda menyayangi kita? Allahumma sholli ‘ala Saiyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa sah bihi wa baarik wa sallim.

Betapa cintanya Rasulullah S.A.W. kepada kita. Semoga timbul kesedaran untuk kita agar menyintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasulnya menyintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Rabu, 13 Oktober 2010

Kursus Memperkasa Pedagogi Math 2010

Assalamualaikum.. Salam sejahtera.. Dan salam 1 Malaysia.... (hehe....)
Apa khbar rakan2 skalian.. Maaf la lama x 'update' ini punya profile. ada gile sikit kblakangan ni.. =( dugaan datang xhenti2. Masaalh peribadi, kerja, famili, rakan2 dan psekitaran. especially, xda line tnet. mcm2 xdapat buat. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman kepada pembaca yang sentiasa setia. thanks... itu ja yg mampu saya katakan.

Erm.. Interview da.. Kursus pun da.. tapi.. Masalah xsettle g. intrview pun jd masalah.. Biarlah.. bkn tu yg nak dbincangkan =)

Kali ni nak berkongsi tentang Kursus terbaru. Baru ja lepas petang tadi. Kursus tu diberi nama: "KURSUS MEMPERKASAKAN PEDAGOGI GURU MATEMATIK TAHAP 2 SR 2010". Macam2 la skrg ni. KBSR xlama lagi akan digantikan dgn KSSR. Tu yang jd mcm2 tu. Kursus ni dijalankan slama 3hari. Peserta terdiri daripada guru2 math tahun 4 setiap skolah. Sy brada di 'group' yang ke-6. Ada 2 orang L, 4 P.

Rakan2 dlm kump semuanya berpengalaman. ada yg dah ngajar slama 15tahun. ada pula yg nak pencenda. lagi 3 tahun. Agak jauh bezanya dibandingkan dgn saya yg xsampai stahun g ni.

Dalam kursus ni, kami didedahkan dengan 4 pendekatan yang utama. "Sbnrnya pndekatan ni da lama wujud tanpa kita sedari. Mungki juga telah diaplikasikan secara tidak langsung dalam P&P" (kata JU). Benar apa yg dikatakannya. Jadi misi kali ini yang berpaksikan kepada transformasi sistem pendidikan negara, kami didedahkan dengan lebih mendalam lagi tentang 4 pendekatan utama. Menurut JU, Salah satu pendekatan yang akan dilaksanakan merupakan pendekatan yang telah dijalankan lebih daripada 40 tahun di Jepun iaitu pendekatan 'inkuiri penemuan'. Nampak gayanya, kita ni memang agak terkebelakanglah. Jauh dibandingkan dengan negara2 maju.

Antara pendekatan lain yang diperkenalkan ialah 1. Pembelajaran Masteri, 2. Pembelajaran Kontekstual, 3. Konstruktivisme dan yg ke-4. seperti yg disebutkan tadi, Inkuiri Penemuan. Tidak dinafikan ada diantaranya yang telah dipelajari semasa berada di maktab dulu seperti kontekstual dan masteri. Walaubagaimanapun, apa yang menariknya, kali ini guru-guru bukan sahaja belajar 'teori' malahan dapat melihat sendiri secara 'practically'.

Dalam Slot hari ke-2, (membuat RPH), sy mdapat pluang untuk mmbentangkan hasil pbincangan mereka RPH di bawah topik panjang dengan menggunakan pendekatan 'konstruktivisme'. Pada mulanya sy hampir mnoloak kerana takut jugak sbnrnya. 1st time bhadapan dengan 'experienced teacher'. Namun, berkat sokongan drp rakan2, akhirnya sy mcuba jg. Walaupun dkritik hebat oleh 'SPA' namun sy cuba untuk membuka minda dan bfikiran positif. Hasilnya, banyak pkara baru yg dapat sy plajari.

Di sini, sy ingin kongsikan sedikit tentang pendekatan2 ini.

1. PEMBELAJARAN MASTERI
-pembelajaran masteri adalah satu pndekatan pengajaran & pmbelajaran supaya murid dapat mguasai apa yg diajar. konsep ini dperkenalkan brasaskn kpd 1 prinsip atau falsafah iaitu smua murid boleh mguasai apa yg diajar skiranya:
a. ada masa yg cukup
b. P&P bkualiti.
-dalam pmblajaran masteri, guru perlu mmastikan smua murid dpt mguasai pkara2 yg diajar dlm satu unit pmblajaran atau tajuk sblum ke unit yg lain. Sasaran pncapaian pmblajaran ialah smua murid dapat mguasai skurang-kurangnya 80%.

2. PENDEKATAN INKUIRI PENEMUAN:
-Sesorang yg menggunakan pndkatan ini cuba mnemui ssuatu yg baru dlm pgalamannya, wlaupun maklumat itu bukan smestinya blum dketahui umum. Kaedah ini memang dgunakan oleh kanak-kanak utk menggunakan pgetahuan baru mreka. Dalam konteks pmbelajaran matematik di skolah, pndekatan inkuiri pnemuan menekankan pnerokaan & pnemuan yg dbuat oleh plajar. Ia bbeza dgn pndkatan biasa d mana guru hy myampaikan mklumat & bhn yg diajar. Di sini, guru bperanan myediakan psekitaran yg ssuai & kondusif utk pmbelajaran inkuiri pnemuan, mgadakan bhn sumber, serta myediakan aktiviti yg mgalakkan plajar bfikir dan blajar. Scr ringkasnya, murid sendiri yg akan meneroka idea baru.

3. PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL:
-pmbelajaran kontekstual adalah kaedah pmbelajaran yg mgabungkan isi kandungan dgn pgalaman harian individu, msyarakat & alam pkerjaan. Kaedah ini myediakan pembelajaran scara konkrit yg mlibatkan aktiviti 'hands on' dan 'minds on'.

4. PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME:
-konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep scara aktif bdasarkan pgetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan myesuaikan pgetahuan yg diterima dgn pgetahuan sedia ada untuk mmbina pgetahuan baru.

Secara kesimpulannya, Kesemua pendekatan ini memerlukan guru untuk melaksanakan P&P yang mana kebanyakannya berpusatkan kepada murid. Sebenarnya, kursus kali ni ada pro and kons. Tapi, bagi sy scr pribadi, pendedahan ini meningkatkan lagi pengetahuan tentang plaksanaan pedagogi smasa pengajaran sinonim dengan objektifnya: MEMPERKASA PEDAGOGI........ =)

Isnin, 20 September 2010

D Mercu Menara Kejayaan


Rasa ingin berkongsi saat-saat mengembirakan dan membanggakan dalam lembaran hidupku. Salah satunya, saat menerima segulung ijazah. Saat bergelar graduan. =) Alhmdulillah, akhirnya perjalanan di menara gading telah menemui titik koma. Tak sampai noktah lagi. Haha.. ‘mybe’, lepas ni nak sambung lagi, tapi tak tahu lagi la bila. InsyaAllah bila ada kemampuan dan peluang. Erm, sebenarnya ‘batch’ kami beruntung kerana mendapat peluang untuk mengikuti ‘twinning programme’ bersama universiti luar negara. Banyak perkara yang berbeza dapat kami pelajari yang menyediakan suasana kelainan berbanding sistem pembelajaran masa kini di negara kita. Program kami lebih dikenali sebagai ‘Program Deakin’ yang bertepatan dengan nama universiti yang diikuti. Daripada suasana orang kampung, ke bandar, kemudian bandaraya dan seterusnya mengenali keadaan negara luar. Dengan rasa bersyukur, aku bangga kerana terpilih sebagai orang yang terpilih dikalangan yang terpilih. Pedulilah apa orang kata, janji kita buat apa yang betul dan kita selesa untuk melakukannya.. kan?? =)

Biasanya saat manis berada di maktab adalah ketika bersama rakan-rakan. Berkongis suka dan duka. Kepada yang ber’couple’ tu mungkin inilah saat yang amat manis dalam hidup mereka. Tetapi ingat, manis itu jugalah penyebab kepada kepahitan. Bila mana ia dimasak secara berlebihan. Ibarat gula yang manis apabila dipanaskan ke tahap maksimum akan mengubah rasanya kepada pahit. Oleh yang demikian, berpada-padalah ketika mencurahkan rasa kasih. Banyak berlaku sekarang ni kes putus cinta, curang dan ada yang terlebih teruk lagi. Dan kebanyakan mangsanya ialah kaum hawa. Bukannya ingin menyalahkan kaum sendiri tetapi itulah hakikatnya. Walaubagaimanapun, bangsa adam tidaklah boleh dipersalahkan 100%, kerana segelintir dikalangan kita ada yang dipermainkan juga. ‘so’, fikirlah sendiri. Semuanya da besar panjang bukan budak-budak lagi. (bak kata lec dulu: BESAR, p a n j a n g, dan berBULU). Entah apa yg beliau maksudkan… haha

Mungkin aku tidak sebaik nasib kawan-kawan atau adik-adik yang berpeluang pergi dan belajar di luar negara, tetapi, ‘atleast’ dapatlah juga merasai tempiasnya. Sekarang ni, dah bergelar ‘pendidik’. Memang ‘simple’ gelarannya tetapi amat besar amanahnya. Jadi, kepada rakan-rakan yang masih belajar lagi tu, gunakanlah peluang dan masa anda belajar itu se-optimum yang mungkin. Anda tidak akan merasainya lagi selepas ini. Segala-galanya akan berubah tatkala kita bergelar seorang ‘pendidik’, setiap mata akan tertumpu kepada kita, segala tingkah-laku kita, pertuturan kita, pakaian dan boleh dikatakan disegenap aspek kehidupan, kita akan diperhatikan dan dinilai oleh masyarakat. Jadi, berhati-hatilah. Tugas kita bukannya mudah. Rebutlah peluang sementara anda berada dilandasan itu. Apabila dah keluar kelak, memang susah untuk mengalaminya lagi. Bak kata orang tua-tua, peluang itu hanya datang sekali dan jarang sekali datang berkali-kali. Kalau kita tidak merebutnya, orang lain akan merebutnya terlebih dahulu. Perjalanan hidup ini hanya boleh dirasai dan dialami oleh sesiapa yang pernah dan ingin melaluinya. Itulah ‘pengalaman’, ibu kepada ‘kunci’ kehidupan. Renung-renungkanlah =)

Sabtu, 24 Julai 2010

Impianmu, Impianku... Impian kita bersama

Assalamualaikum....
"Pak, macammana perkembangan pembinaan tu?" Aku bertanya kepada bapaku. "Alhamdulillah, menjelang Ramadhan ni, InsyaAllah siaplah rangkanya. Dalam 60% mcm tu." Jawab Bapaku.. (Perbualan di telefon)
Alhamdulillah... Aku merasa gembira dapat membantu untuk merealisasikan impian bapaku selama ini untuk mendirikan sebuah bangunan sendiri untuk tujuan 'advertising'. InsyaAllah, menjelang raya ni siaplah (menurut kata bapaku). Sebenarnya, masa cuti penggal baru2 ni, aku sempat 'design' reka bentuk dalaman bangunan tu. ada 2 tingkat. Memang ada style lah! dapat mencipta bangunan sendiri. Boleh jadi arkitek ni..hehe... Reka bentuk bangunan tu adalah seperti berikut:Gambar 1 - Design luar
Gambar 2 - Glass modeGambar 3 - Pelan tingkat 1 (atas)Gambar 4 - Pelan 'ground floor'
So, apa macam, ada style x? hehe.. Sekadar memenuhi masa lapang.. Mmg minat dalam bab2 men'design' ni... Smoga impian ini menjadi nyata... Impian Seorang bapa, Impian seoran Anak... Impian keluarga.. Impian kita bersama... Semoga berjaya...Amiin...

Isnin, 8 Februari 2010

Lagu Sekolah: Sekolah Ku Cintai =)

Sk. Sungai Lingkau,

Sekolah yang ku cintai,

Melahirkan murid bervisi,

Hormat-menghormati amalan kami…


Disiplin sentiasa dipatuhi,

Budaya ilmu pedoman kami,

Gerak kerja dalam bidang gerko,

Akademik jangan tinggalkan….

c/o:

Putera-puteri Sk. Sungai Lingkau,

Tekun rajin menuntut ilmu,

Kejayaan matlamat utama diburu,

Cemerlang gemilang, sentiasa maju….


* Akhirnya, siap gak lagu sekolah sg. lingkau.. =)


Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)