Sharing is caring =)

Sabtu, 19 Februari 2011

Salam Maulidurrasul

Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w

Bismillahirrohmanirrohiim… Salam Maulidur Rasul 1432 H. Allahummasolli’alaasayyidinaMuhammad.. wa’ala aalisayyidinaMuhammad. Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w, manusia agung merentasi sepanjang zaman. Baginda adalah contoh tauladan terbaik bagi ummat manusia tidak kira bangsa dan agama. Beliau adalah seorang suami, bapa, guru, pemimpin, dan banyak lagi yang mencakupi semua aspek tanggungjawab di dunia. Sesungguhnya, kedatangan baginda merupakan rahmat kepada seluruh alam. Baginda adalah pelita yang menerangi alam kejahilan, mengangkat martabat seorang wanita yang dianggap tidak berguna pada zamannya. Alhamdulillah, kita dilahirkan sebagai seorang muslim, penganut agama islam, risalah yang dibawa oleh baginda. Marilah kita tanamkan rasa kecintaan kepada Baginda, menyuburkan rasa keimanan kepada Allah s.w.t. Mudah-mudahan hati kita sentiasa mendapat nur, dipimpin untuk melakukan segalanya semata-mata kerana Allah s.w.t. Amiin yaa robbal ‘aalamiin.

Baiklah, pada lembaran kali ini, saya ingin berkongsi tentang beberapa hobi yang amat saya sukai. Antara hobi saya ialah bermain ping-pong, memancing, berenang, bermain computer, melukis, menyanyi dan mencipta lagu dan bermacam-macam lagi. Rasanya kalau hendak disenaraikan, tidak dapat dibilang. Hehe.. di sini, saya ingin fokuskan kepada hobi yang utama iaitu melukis dan mewarna. Memang saya teramat minat untuk menceburi dan meneroka lebih dalam lagi tentang sesuatu bidang. Tapi, kesempatan yang ada sekarang terbatas untuk saya meneroka hobi-hobi ini. Sempena Maulud Nabi ni. Bermacam-macam aktiviti yang diadakan. Antaranya pertandingan tilawah, nasyid, marhaban, berzanji, perarakan dan banyak lagi. Biasanya, setiap kali perarakan ramai kontinjen yang menyertai. Banyak hasil karya yang dihasilkan melalui lukisan sepanduk samada daripada aspek kesenian, lukisan dan hiasan. Cirri-ciri kesenian dapat diperhatikan melalui kreativiti tulisan khat, reka cipta bentuk dan susunatur huruf dan tulisan tangan yang lain. Lazimnya, orang-orang yang terlibat dalam bidang ini amat berbakat dalam seni. Mereka akan memperagakan hasil minda mereka melalui reka bentuk sepanduk masing-masing. Saya tidak ketinggalan untuk mencuba dan menghasilkan sepanduk saya sendiri. Karya tradisional yang semakin dilupakan dengan kewujudan bahan-bahan canggih seperti percetakan ‘banner’ dan ‘sticker’.

Saya meminati bidang ini semenjak di bangku sekolah lagi. Melalui bapa saya, saya telah mempelajari sedikit sebanyak tentang selok belok tulisan tangan dan seni khat dengan menggunakan berus cat. Mulanya agak susah tetapi lama-kelamaan ianya menjadi hobi dan semakin sinonim dengan diri saya. Tangan yang keras menjadi lembut dan mudah untuk menggerakkan berus bagi menghasilkan tulisan huruf-huruf dan seni kaligrafi. Alhamdulillah, dengan menceburkan diri dalam penulisan khat pada dinding-dinding sepanduk, saya dapat meneroka seni kaligrafi islam dengan lebih mendalam lagi walaupun latar belakang saya bukan daripada sekolah agama dan tiada pendedahan khat yang formal.

Ini adalah antara hasil sepanduk yang sempat dirakamkan:

Jikalau diperhatikan dengan teliti, hasilnya tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan yang pakar. Tetapi, saya sudah cukup berpuas hati kerana dapat menghasilkan sepanduk sendiri berbekalkan ilmu yang sekelumit ini. Saya berpesan kepada diri sendiri: “Belajarlah cara untuk belajar, sekalipun ia susah, andai dilatih selalu, InsyaAllah hasilnya akan membuatkan anda tersenyum sendiri.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)