Sharing is caring =)

Ahad, 11 April 2010

Lirik Lagu Nasyid Nabil Nadhawi =)

IKRAR

Siapkan kota perjuangan

Melangkaui sirah peradaban

Menangani virus kehidupan

Dengan bijaksanA

Dan mengetuk dengan masdar keazaman

Memperkasakan ukhuwah satu kalimah

Mendepani diri dalam semangat penuh matlamat

Menafhumi perjuangan yang belum selesai

Dan pada kilau lantera mengiringi perjalanan

Beserta kudus doa landas kekuatan

Menghunus samudera dengan pedang amanah

Titipkan semangat jihad dengan harum Al-Quran

Agar kehidupan melimpah kemuliaan

Menggegar pasak maya dengan titisan taqwa dan iman

Di bumi Allah ini

Zikirkan retorik yang suci bertunjang kejituan ilmu

Menghayati kerontang air keimanan,

Hampir kering dilimpahi kandang udara kebendaan

Teguh tekad bersihkan dosa dari kumbangan lumpur

Memahami tiada yang lebih luas dari selaut sabar segunung tegar

Agar dapat memimpin ummah memohon syafaat

Meskipun tubuh tersungkur dalam kedaifan

Tatkala meredhai pada ketentuan tuhan

Dan harus mengakui diri yang syar kejahilan

Merafak doa memohon keampunan atas kekhilafan

Memateri janji ikrar yang pasti pada Allah Yang Esa

Akan cekal, gagah dan tabah mengatur langkah menongkah cabaran

Masyahadat penuh jihad menuju gerbang gemilang

Dan maharana memantapkan ummah syumul kehidupan

Di persada kejayaan terbilang

PENCIPTA LAGU : ADAM BIN ABU KAWI.

PENCIPTA LIRIK : MOHD. ZUZY BIN ABD. SANI.

New Life... New World.. New Style... N, I like something New to try...


Salam Ingatan, salam pembuka kalam..

Dah 3 minggu aku meninggalkan blog ini. Alhamdulillah, dapat juga peluang untuk meluahkan perasaan yang terbuku di sanubari. Setelah dua minggu meredah pancaroba kehidupan, aku gagahkan diri, kembali berkongsi luahan hati. Dalam tempoh yang singkat ini, pelbagai perkara baru telah diceburi, diterokai dan akhirnya sebati dalam diri ini. "Guru"... Gelaran yang dah melekat untukku, label yang tidak dapat diceraikan daripada suara mata yang memandang. Tetapi, sedar tak sedar, panggilan keramat itu sebenarnya menjadi pemberi semangat untuk menongkah cabaran di tempat serba baru ini.

'Nasyid'.. Rasanya, aku ni memang da sinonim dengan perkataan ni. Di mana-mana jak, mesti ada muka aku yang tak tahu malu tiba-tiba 'join' kumpulan orang lain. Bukan untuk menyumbangkan lagu, tetapi, 'menyumbangkan' lagi lagu yang sedia ada. haha... well, i like to try and to improve myself... jd, xkisah la apa org kata =) Mungkin, peluang yang ada di depan mata ini adalah salah satu wadah untuk ku menggapai impian, "Mencari warna pelangi, mendamba kasih Ilahi'. Ramai yang tertawa bila mendengar kata-kataku ni. Namun, itulah impian yang tersirat di lubuk hati, bak kata lagu UNIC, 'hanya tuhan yang tahu'. haha....Di bumi yang kaya dengan hutan tropika ini, aku berkesempatan untuk menyertai satu kumpulan nasyid dari Simunjan. Kumpulan ini memang telah lama berkecimpung dalam bab-bab nasyid ni. Dah lebih 10 tahun agaknya. Tak sangka, menjadi 'pendatang baru' di bumi petroleum ni, da berpeluang menyertai satu kumpulan yang memang dikenali ramai di sini. Rasa bertuah sangat... Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tahu kan. Cuma, yang menjadi buruan, suatu kejayaan di persada seni suara islam. Mungkin jugak, peluang yang terpampang di hadapanku ini adalah salah satu cara untuk mengembangkan syiar islam, menyampaikan dakwah dengan seni suara. Dan tugasku adalah sebagai 'suara melodi', terpaksa belajar bagaimana untuk membulatkan suara... ooooooooooo... haha... k la, cukup sampai d sini saja bait kata-kata. kesimpulannya, gunakanlah kesempatan yang ada untuk menjelajahi pelusok peluang yang terbentang di sawah kehidupan... wslm..




Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)