Sharing is caring =)

Isnin, 16 Mei 2011

Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 13

Selesai solat jumaat, aku sempat mengikuti halakah ilmu yang diketuai oleh Akhi Aiman, ustaz di sekolah Kebangsaan Tungku. Biasanya, waktu seperti ini lah yang aku nantikan. Saat yang menjadi tunjang penambahan ilmu, muzakarah yang dibaluti mahabbah. Menjernihkan kembali hati nurani, mendekatkan diri kepada Ilahi, merapatkan tautan hati antara ahli, menuntun jiwa ke arah pembinaan adab, akhlak dan budi pekerti. Alhamdulillah, hatiku mekar dengan curahan inspirasi daripada kata-kata motivasi yang dicurahkan disepanjang usrah ini. Kata-kata yang dipetik daripada Qur’anul karim. Kata-kata yang diolah bersandarkan kepada hadis nabi. Allahuakhbar!! Sungguh indah bait-bait itu. Mutiara hikmah yang terluah semata-mata mengharapkan redha yg Maha Esa.

Naqibku mengemudi usrah dengan berkata: “Orang yang mampu bersabar itu ialah orang yang beriman. Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang yang bersabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertaqwa” (Surah al-Baqarah,2:117).

Tambah beliau lagi: Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya kesabaran itu ialah pada hentaman (pukulan) pertama (Muttafaq ‘alaih).

“Apa khabar iman anda? Makin bertambah atau berkurang? Atau dalam keadaan tidak berubah?” Soalan pertama diajukan kepada kami. Alhamdulillah, ada rata-rata yang menjawab mengatakan bahawa iman mereka semakin bertambah. Tidak kurang juga yg berkurang. “Aku? Bagaimana imanku?? Bertambahkah? Rasanya langsung tidak bertambah. Malahan semakin hari-semakin berkurang. Allah!! Jahilnya aku. Bertambah jahil….. Bertambah jahil…… Dan…. Semakin jahil. Akukah org beriman? Atau akukah makhluk yg hina, senantiasa bergelumang dengan dosa dan zina. Maksiat bersarang di jiwa”. Aku menangis di dalam hati. “Im, apa khabar iman Im sekarang? Naqibku memecah kebisuanku. “Err.. Alhamdulillah, masih berusaha men-‘upgrade’ iman ya akhi”. Jawabku gugup. Aku tunduk malu. Malu kepadaMU ya Allah. Malu kerana mengakui diriku beriman. Tetapi sebaliknya…..

Akhi Aiman meneruskan tazkirahnya. “Semoga iman kita sentiasa bertambah walau sedikit. Paling tidak pun, biarlah iman kita dalam keadaan istiqomah. Itu memang lumrah kehidupan manusia. Ada kalanya iman kita bertambah, adakalanya berkurang. Seperti pasang dan surut. Sentiasa berubah-ubah. Sentiasalah mendekatkan diri kepada Allah. InsyaAllah, kita akan dapat meningkatkan amal ibadah kita”.

“Saudara-saudaraku sekalian, Sesungguhnya yang paling kukuh keimanannya ialah bersahabat kerana Allah, bermusuh kerana Allah, bercinta kerana Allah dan membenci kerana Allah. (Hadis riwayat Tabarani & Ibnu Abbas r.a.). Cinta yang meminggirkan cinta Allah amat rendah mutunya. Apabila kita mencintai kerana nafsu, maka nafsulah yang akan menjadi raja. Hati kita akan dipimpin oleh nafsu. Berusahalah dan bercintalah kerana Allah. InsyaAllah, hidup kamu akan diberkati dan diredhai”, Terang Ustaz Aiman.

Banyak yang kami kongisikan dan bincangkan di majlis ilmu ini. Semuanya berkisar kepada kehidupan dan masalah-masalah peribadi. Dan yang utama tidak lari dari topik mentauhidkan Ilahi. Aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk muhasabah imanku melalui wadah seperti ini.

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
” Akhi Aiman merumuskan perkongsian kami dengan memetik firman Allah s.w.t. dalam al-Quran, surah al-Ra’d ayat 28. Kami pun saling berpeluk-pelukan dan bermaaf-maafan disebabkan lama tidak bersua. Aku gembira kerana dapat bersama-sama mereka sempena cuti sekolah kali ini.

Aku pulang dengan hati yang tenang. Aku tersenyum riang. Ada suatu perasaan gembira di hatiku. Sesungguhnya, aku mencintai orang-orang seperti mereka, orang-orang yang mendekatkan aku dengan Allah. Sepertimana Abu Ya’la meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a., beliau menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah ditanya: “Ya Rasulullah! Teman duduk-duduk kami yang manakah paling baik?” Sabda Baginda yang bermaksud: “Dia ialah orang yang mengingatkan kamu kepada Allah (apabila kamu melihatnya) dan bertambah ilmu kamu (apabila mendengar) bicaranya dan mengingatkan kamu kepada Allah (apabila melihat) amalannya”. “Moga-moga, aku sentiasa didampingi oleh orang-orang seperti ini”, aku berdoa di dalam hatiku.

Di dalam kereta, aku mengingat kembali kata-kata yang diluahkan oleh naqibku itu. Tiba-tiba mataku berkaca-kaca mengenangkan kalam ilahi. “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan” (Surah al-Isra’, 17:32). Ayat ini menempelak diriku. Aku sangat terkesan dengan maksudnya. Sesungguhnya, aku yang kononnya dikatakan selalu pergi ke surau adalah orang yang menjaga tatasusila dan peribadi. Walhal, aku sangat lemah dalam menentang nafsuku. Sesungguhnya percintaan antara manusia itu amat sukar untuk membendung rayuan nafsu. Walau macammana cara sekalipun di bending. Pasti akan terhasut juga.

“Ima, maafkan Im atas segala dosa-dosa Im sebelum ini. Dosa Im melalui sms, panggilan telefon, chatting, dating, dan bermacam-mcam lagi bentuk fitnah komunikasi selama ini”.

--> bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)