Sharing is caring =)

Jumaat, 31 Disember 2010

POST MORTEM KEHIDUPAN

Salam muhasabah.. Ha… Today is the last day for this year, 2010. 31st of December 2010. Yesterday was my birthday. Special day for me.. Haha.. Di kesempatan hari terakhir pada tahun ni, sy nak amek ksempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011. Disamping tu, ‘SELAMAT HARI LAHIR MOHD ROZAIMI BIN RAJID” ucapan untuk diriku sendiri…. Hahaha…. Nampaknya, bertambah lagi angka umoku.. Dah tua da.. Tapi jiwa masih muda.. haha…. Tahun ini penuh dengan pebagai suka-duka. Masam manis sentiasa menemani. So, I want to share about my experiences or my precious moment during 2010. Fuh!! Banyak sangat ni.. xpa, sy akan cuba kongsikan jugak =). Hmmm… bercakap pasal kenangan2 ni, susah jugak nak ingat.. Awal tahun ni sy dapat tau yg sy di-posting-kan di SARAWAK.. Tekezut-nyee.. Lain yg dipohon, lain pulak yg dapat (sepatutnya SABAH). Btw, sy cekalkan hati jugak, meredah belukar dan anak sungai. Manyak susah wo.. Akhirnya sampai di SK SUNGAI LINGKAU, satu penempatan orang Iban. Ms tu xda transport lg. Punya la susah nak keluar dari daerah ni. Dahla gaji xkluar lagi. 3 bulan br dapat. Xseperti rakan2 lain, dah dapat awal (bln 2 xsilap). Hidup sebatang kara masa tu. Dah la tinggal sorg ja. Sunyi giler. Haha. Tapi Alhamdulillah, sy cekalkan hati, saya tabahkn diri, sy dapat adapt di bumi asing ni. Syukur kerana rakan2 guru banyak membantu semasa dalam tempoh kesusahan ni. Pastu, my convo.. Terbang ke KL, dapat jumpa member2 lama. Kla, stop. Lepas tu, bln 6, selepas cuti midsem, sy drive dr SABAH ke SARAWAK. Best, tapi memenatkan. Masa tu dahla 1st time, sesat pulak d tempat org. lucu giler..haha.. Dengan ke-ADA-an kereta ni (BLM –BIRU), mudah la sy nak pergi mana2. Lepas tu, cuti akhir tahun drive lagi. Kali ni solo. Xkonvoy mcm yg 1st tu. Nasib baik ada bantuan peta GPS dr nokia, dapat tembus BRUNEI tu. THANKS my phone…Then, menikmati cuti bersama keluarga. Baru balik semula ke Sarawak. Thanks Wandy sbb join, leh ganti2 drive. Haha… <-- Yg ni roughfly la…. 2010: Tahun yang penuh dengan cabaran dan kenangan yang mendewasakan diri, memantapkan hati, mematangkan fikiran. Banyak lembaran2 sejarah manis dan pahit yang terkandung di dalamnya….

Sy Ringkas kan seperti dibawah ni =) :

1. Menyertai Sepanduk Maulidurrasul Peringkat Daerah Simunjan. Geng Warga Pendidik.. Yg ni dapat no 2 daripada 30 kontinjen… 1st time menyertai. Thanks to ustz Naim yg byk membantu. N to all teachers... =)

Ustaz Naim tengah khusyuk mencat.. hehe.. jgn marah ye ustaz.

2. Menyertai Festival Nasyid Peringkat Negeri Sarawak

Yg hujung skali, dr kiri: saya..haha..jd tugu Negara (Dahla kena komen byk kali sbb xnampk mcm patung..huhu)

Nabil Nadhawi (Simunjan’s Group)

Festival ini diadakan pada bulan 4, Dapat tempat ke 3.

Khamis, 30 Disember 2010

Antara Fantasi dan Realiti

Peristiwa kedua yang saya ingin kongsikan kepada teman pembaca sekalian adalah berkenaan dengan kemalangan yang hampir meragut nyawa. Kejadian ini berlaku seminggu sebelum cuti akhir tahun 2010. Sebenarnya, hari tu saya pergi ke kuching untuk ‘service’ kereta. Tapi tak sangka pulak, terlibat dengan kemalangan jalan yang disebabkan oleh kecuaian sendiri. Jam 7 malam. Saya mula menaiki feri ke Simunjan. Pada masa itu, saya menanti rakan yang kebetulan sama-sama menuju ke destinasi yang sama. Setibanya kami di tebing sebelah, saya mula memecut laju. Tapi belum ke tahap maksimum disebabkan cuaca yang tiba-tiba berubah. Guruh di langit mula menampakkan impaknya. Dentuman sana sini kedengaran ibarat bom atom yang meletup di merata tempat. Sambung-menyambung diikuti oleh pancaran kilat yang menyala-nyala. Saya tidak berani untuk menekan ‘paddle’ minyak lagi kerana keadaan cuaca yang berubah secara mendadak dan permukaan jalan raya yang licin.

Hujan mencurah-curah dengan lebatnya menyukarkan saya untuk meluaskan pandangan jauh ke hadapan. 20 minit bertarung dengan cuaca akhirnya saya tidak sabar lagi untuk menambah kadar pecutan kereta. Satu-persatu kereta saya pintas. Tepat jam 7.30 malam, kereta proton waja yang ada dihadapan mencabar kesabaran saya. Mungkin pemanduannya yang berhati-hati untuk mengelakkan kecelakaan (terlalu lambat). Saya meneliti keadaan jalan raya pada masa itu. Nampaknya ‘line clear’. Seperti ada satu suara yang mendorong saya untuk memintas kereta dihadapan. Apa yang saya perhatikan ialah jalan di hadapan kelihatan lurus dan membolehkan saya untuk memotongnya. Saat itu, saya menekan minyak (60 km per jam), bagi saya tidak laju pun. Tetapi yang hairannya, penglihatan saya seakan ditutup. Apa yang saya nampak ialah satu lorong yang sangat lurus. Jelas sekali dan mustahil terjadi kemalangan bagi sesiapa yang mengalami. Kemudian, dalam masa yang sama, kilat memancar tepat ke arah hadapan kereta. Pandangan silau seketika. (tak sampai sesaat) Apa yang berlaku di luar duga. Rupa-rupanya jalan yang lurus hanya palsu semata. Apa yang dihadapan adalah selekoh tajam yang sangat merbahaya. Dengan spontan, saya menekan brek sehabis yang mungkin dibantu oleh kawalan ‘steering’ untuk mengurangkan risiko kemalangan. Namun, saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu rapat dengan selekoh tersebut. Saya hanya mampu berdoa di dalam hati dan pasrah di atas segalanya.

Sekelip mata sahaja saya telah terdampar di tebing parit di mana keadaan kereta menjunam ke bawah lantai parit menyebabkan sebahagian kereta berendam dalam air. Mujur saya cepat mematikan enjin kereta. Kalau tidak, rosak sistem rasanya. Saya melanggar sebuah pondok di tepi jalan raya. Atapnya roboh. Salah satu tiangnya membolosi cermin kereta hadapan hampir menembusi pertahanan tulang rusuk saya. Sasarannya tepat ke arah jantung saya. Syukur kerana ianya terhenti tepat-tepat mengenai permukaan kulit saya. Alhamdulillah saya selamat. Ketika itu saya membawa seorang penumpang. Saya hanya risaukan keadaan budak tersebut. Alhamdulillah, tiada korban jiwa pada malam itu. Saya tidak kisah akan keadaan kereta. Yang penting, semuanya selamat. Fikiran saya hanya tertumpu untuk menyelamatkan diri. Saya dengan cepat mengarahkan rakan disamping saya untuk keluar menyelamatkan diri. Akhirnya, ramai yang datang untuk menyelamatkan kami. Bermacam-macam persoalan bermain di fikiran saya. Apa yang telah terjadi? Semuanya menjadi tanda tanya. Apa yang penting… kerjasama..haha… yang penting, saya dan rakan selamat. Allah memberikan pengajaran kepada saya untuk lebih bersyukur dan mengingati saat kematian. Sesungguhnya kematian itu sangat HAMPIR.. renung-renungkan. Semoga kita sentiasa dibimbing dengan taufik dan hidayahNYA.. amiin…


Bangun dari mimpi

Assalamualaikum..
Apa khabar teman pembaca sekalian? Harap sihatlah hendaknya ek. Kali ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman yang membuatkan saya bangun dari fantasi dan realiti bagi tahun 2010 ni. Apakah ia? Mesti anda tertanya-tanya kan! Baiklah, saya mulakan dengan pengalaman pertama yang juga merupakan peristiwa hitam dalam hidup saya. Ataupun, boleh saya katakan juga sebagai titik keinsafan pada diri saya. Kejadian ini berlaku dalam dua bulan lepas, seminggu sebelum ‘parent’ saya menziarahi saya di bumi kenyalang ni. Ceritanya bermula macam ni. Malam tu saya mula rasa mengantuk, jadi seperti biasa saya akan cuba membersihkan diri sebelum ‘landing’ di atas tilam saya yang empuk.
Kejadian ini berlaku sekitar pukul 2 lebih. Masa tu saya dah rasa lain. Seakan-akan ada sesuatu yang menghalang saya daripada tidur. Ustaz2 kata, kalau rasa susah untuk tidur, bacalah 3 qul. Lepas tu tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Dalam keadaan yang letih, saya pun cuba untuk melakukan seperti yang pernah saya pelajari dan dipesan oleh ustaz saya. Saya mula membaca surah al-fatihah, ayat qursi, ayat akhir surah al-baqarah, dan saya tutup dengan membaca 3 qul. Alhamdulillah, saya dapat melaksanakan setiap bacaan saya. Walaubagaimanapun, gangguan tersebut semakin agresif (saya fikir ianya adalah gangguan lah). Perlahan-lahan, saya mengambil ‘handphone’ dan memutarkan ‘ayat-ayat ruqyah’ yang tersimpan dalam memori telefon. Sebenarnya untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, ‘ruqyah syarie’ ni adalah bertujuan untuk menghalang gangguan makhluk halus. Atau lebih tepat lagi bertujuan sebagai ‘pembakar jin’.
Alhamdulillah berkat pertolongan daripada Tuhan dengan izin Allah, saya dapat melelapkan mata. Saya ingatkan kejadiaan itu telah berakhir, rupa-rupanya ia baru bermula. Then….Saya bermimpi. Di dalam mimpi saya, saya tengah leka bermain ‘game’ di ‘laptop’ (game warcraft la katakan..hehe). Kemudian selesai bermain, saya mula memadamkan suis lampu dan kipas. Kerana rasa mengantuk yang amat sangat (sebab tak tidur siang hari, lagipun jam dah pukul 2.30 p.m., kalau di sini kira lewat dah la), saya menuju ke bilik air, membersihkan muka dan badan. Selepas itu saya bergerak ke arah bilik tidur kerana bersedia untuk merebahkan diri di atas katil. Dan ianya bermula. Apa yang saya ceritakan seperti di atas tadi tu betul2 berlaku semula. Seakan-akan kejadian itu telah ‘di-record’ dan di ‘playback-kn’ balik. Sehinggalah ke ‘part’ saya mula melelapkan mata tu, selepas membaca 3qul……………
Tiba-tiba, dada saya rasa berat, sukar untuk bernafas. Terasa seperti di tekan oleh sesuatu yang amat berat, seluruh anggota badan saya terkunci. Tidak dapat bergerak, bersuara dan berkata-kata. (orang selalu kata kena tindih) Kemudian, terasa seram sejuk, tetiba ja bulu roma ni meremang. Saya dapat rasakan akan kehadiran suatu lembaga di sebelah kanan saya. Susah untuk digambarkan bentuk fizikal lembaga itu. Secara kasar, lembaga itu berwarna hitam gelap, bentuk seakan2 bayang-bayang (berbulu rasanya). Matanya berwana merah api (entahlah, mata ke apa). Bentuknya bukan seperti manusia tetapi mempunyai tangan. Ok la! Cukup sekadar itu. Pada awalnya, lembaga tu cuba merapati saya. Kemudian ia mengatakan sesuatu. Cukup jelas di telinga saya. ‘MASA KAMU TELAH SAMPAI’. Apabila saya terdengar kalimah itu, dengan serta-merta perasaan saya semakin seram. Emosi tidak menentu, ‘fikiran semakin bercelaru’. (rasa macam nak mati la orang kata) “Ya Allah, adakah ini mimpi. Kejutkanlah aku dari tidurku.” Batin saya meronta-ronta. Saya berdoa dan mengharap untuk dilepaskan daripada penjara mimpi ini.
Lembaga itu mula memegang saya. Ia mengangkat saya dan memindahkan saya ke sudut bilik bertentangan dengan kedudukan asal tadi. Ya Allah, sangat sukar untuk saya gambarkan perasaan saya pada masa itu. Seperti hendak dicabut nyawa. Macam da sampai ajal. Tinggal tunggu masa ja untuk dicabut nyawa. Saya meronta-ronta untuk melepaskan diri. Macam-macam yang saya baca. Ayat qursi diulang-ulang. Surah yasin dibaca dan bermacam-macam lagi. Semuanya tidak menjadi. Seakan tidak lut kepada makhluk itu. “Sesungguhnya kematian itu tidak boleh dilengah-lengahkan walau sesaat pun. Tidak boleh ditunda dan dilambatkan” pesanan ustaz semasa ceramah agama terngiang-ngiang di telingaku. “Ya Allah, ampunilah dosaku, sesungguhnya hambamu yang hina ini banyak melakukan maksiat kepadamu”. Air mataku jatuh berderai. Perlakuanku sama seperti seorang bayi kecil yang meronta-ronta untuk dilepaskan sambil tangisan yang semakin nyaring. “Aku tidak bersedia lagi untuk mati”. Hati kecilku berbicara. Perasaan gerun dan takut mula menyapaku. Ego lelakiku mula kecut, entah hilang ke mana. Kewarasan fikiranku semakin diuji. Rasa macam hendak gila……… Belum mati yang betul2 lagi..
Ok la, dipendekkan cerita. Dalam kepayahan bergelut dengan emosi dan fizikalku, tiba2 muncul suara2 merdu mengalunkan bacaan qalam suci, didendangkan dengan penuh keinsafan dan tulus ikhlas. Mematikan langkah setiap jiwa yang bernyawa, meniup semangat taubat dalam jiwa yang alpa, menggetarkan qalbu yang penuh dengan noda dan dosa. Teramat merdu. Merdunya Ya Allah….. Ucapannya…
لاَ إِ لـَهَ إِلاَّ الله...... وَلاَيَئُودُهُ و حِفْظُهُمَا.. وَهُوَالْعَلِىُّ اْلعَظِيمُ
Kalimah itu diulang berkali-kali. Sepertinya mengajarkan saya untuk turut sama mengalunkannya. Perlahan-lahan saya menggerakkan bibir saya. Namun masih terkunci. Saya cuba menggerakkan lidah saya. Saya baca dalam hati. Saya ulang berkali-kali. Lama kelamaan saya rasa tubuh saya semakin ringan. Dalam sekelip mata sahaja saya mampu mengerakkan anggota badan saya. Sejuk yang menyambar bahagian bawah tubuh saya dari kaki hingga ke lutut, perlahan-lahan menjadi hangat. Saya terjaga. Alhamdulillah, saya dapat melepaskan diri dari penjara mimpi yang mungkin membawa maut itu. Syukur kepadaMU ya Allah. Engkau memberi HIDAYAH kepada hambamu yang semakin jauh dariMU ini………………. ARROHMAANIRROHIIM. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Jumaat, 10 Disember 2010

HIJRAH

Salam Perjuangan...

Sedar tak sedar, kita telah melangkah ke tahun baru, saya percaya ramai di antara kita yang tidak menyedari, terleka di alaf baru... Pernahkah kita bertanya, hari ini berapa haribulan bagi kalender islam. Saya sendiri bila ditanya soalan ini terpinga-pinga untuk menjawabnya. Begitu juga jika ditanya kepada rakan-rakan saya. hampir semua tidak dapat menjawabnya dengan tepet. Anda bagaimana? Tanpa melihat kalender, adakah anda dapat menjawab dengan lancar tanpa sebarang masalah? Jika anda seorang yang sentiasa peka, tahniah!! 100% 'respect' kepada anda. =) Sekiranya dianalisa dengan sedalamnya, bila dikaitkan dengan perkara semudah ini, nampak sangat tahap keprihatinan kita kepada agama sendiri semakin pudar. Kabur dikelilingi oleh kabus kehidupan. Saya bertanya kepada diri sendiri. Lemahnya iman ditambah dengan kurangnya ilmu pengetahuan. Ah!! Rasa hina diri ini. Anda pula bagaiman? Semoga menjadi pemuda dan pemudi yang sentiasa dicintai Allah. =) Erm.. Bercerita tentang HIJRAH. Apa itu hijrah? Bagi saya, hijrah membawa satu pengertian yang besar. Permulaan yang mengakhiri sejarah semalam. Penyebab refleksi bagi setiap yang memerhati, meneliti dan menyedari hakikat kehidupan ini. Pemangkin perubahan bagi sesiapa yang bervisi dan optimis seakan berfungsi seperti enjin yang memutarkan gearnya, penjana tenaga, pencetus segala tindakan, pelancar segala harapan. Dll............... Alhamdulillah kita baru sahaja melangkah ke tahun baru 1432H.Saya tertarik dengan intipati khutbah yang disampaikan semalam. Amalan Sedekah membawa Berkat

"Ma'al Hijrah telah mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat RA. Program hijrah adalah satu langkah Rasulullah SAW yang amat strategik dalam menegakkan dakwah Islamiah. Perlu kita ingat bahawa dengan berjayanya hijrah menjadi jambatan tertegaknya Daulah Islamiah kerana hijrah tersebut dipandu dan didukung oleh keimanan dan ketakwaan yang padu. Kejayaan hijrah ini juga telah mengubah lanskap akidah, ibadah, akhlak dan gaya hidup ummah ketika itu. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 100:"

Maksudnya: "Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Khatib menyampaikan khutbahnya dengan lantang. Begitulah, besar maknanya akan pengertian hijrah ini. Adakah kita sudah berHIJRAH. Secara jujur, saya sendiri belum mencapai misi hijrah saya tahun lepas. InsyaAllah, saya akan cuba untuk menghijrahkan diri saya secara rohani dan fizikal kerana kadang-kadang kita lupa tujuan sebenar hijrah kita. Motif tidak berlandaskan syariat islam. Kerana impian hanya tinggal kenangan. Bayangkan saja, tanya hati kita bagaimana, mata, mulut, kaki, tangan dan sebagainya, adakah semuanya digunakan dengan cara yang halal. Amal makruf nahi munkar. Rasanya sekarang ini kita lebih banyak mencerna budaya barat yang dipelopori oleh orang kafir yang mana kita lebih banyak mencegah kebaikan sebaliknya membuat kemungkaran. Astaghfirullahal'adziim.. Minta-minta dijauhkan...Smoga Allah sentiasa memelihara iman kita.

Teman-teman seperjuangan...

Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah Az-Zumar ayat 9:

Maksudnya: "Katakanlah: adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna...

Renung-renungkan... Salam muhasabah... Salam Ma'al Hijrah =)


Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)