Sharing is caring =)

Khamis, 10 Mac 2011

DAKAPAN RINDU SANG PERTAPA.

Ya Rab….,
Inginku tanya pada-Mu,
Apa rahsia aku dan dia,
Terkurung sepi dalam penjara rindu,
Membilang hari pertemuan tanpa perjanjian,
Bagai menabur benih rindu di atas batu,
Sedang ku tahu,
Benih dan batu sukar menyatu,
Jika Kau kirim pada batu unsur kehidupan,
Subur mekarlah bunga kerinduan,
Dalam dakapan perkasihan.

Namun..,
Aku hanyalah sang pertapa,
Terpaksa menyimpan dendam kerinduan,
Dalam dada luka lara.
Mampukah aku mengurung rindu?
Sedang jiwaku kian lemah,
Atau mungkinkah rindu ini kelak,
Menyelimuti tubuhku,
Terkubur dalam perut bumi.

Ya Rab..,
Apa rahsia Kau hidupkan dia dalam aku,
Sedang aku tidak memiliki daya menghibur dukanya,
Sedang aku tidak mampu menatap tangisnya,
Sedang tanganku tidak berdaya menyapu air matanya,
Aku takut menambah dukanya,
Kerana tanganku tiada kekuatan menyentuh wajahnya.
Yang mampu ku lakukan,
Ku ukir senyum dalam dada luka,
Ku pamer ketenangan dalam kesakitan,
Agar dia rasa tidak berdosa,
Menutup tirai pentas perkasihan.

Dan aku tetaplah batu,
Yang tidak berupaya menyubur benih kasih,
Kerana aku bukan Pencipta.
Dan aku tetaplah batu,
Yang hanya layak menagih rindu,
Di angin lalu.

Dan aku tetaplah batu,
Hanya layak menghidu baumu,
Untuk mengubat rinduku.
Dan aku tetaplah batu,
Hanya layak menyentuh tapak jejakmu,
Untukku nikmati kekudusan kasihmu,
Dan aku tetaplah batu,
Hanya layak melakar wajahmu,
Dalam kepingan memori lara.
Dan aku tetaplah batu,
Hanya layak melafaz ikrar cinta kasih padamu,
Di setiap sujudku pada Rabku.
Itulah aku dan kamu,
Dalam dakapan rindu,
Sang Pertapa.

Nukilan Wulian....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)