Sharing is caring =)

Isnin, 16 Mei 2011

Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 13

Selesai solat jumaat, aku sempat mengikuti halakah ilmu yang diketuai oleh Akhi Aiman, ustaz di sekolah Kebangsaan Tungku. Biasanya, waktu seperti ini lah yang aku nantikan. Saat yang menjadi tunjang penambahan ilmu, muzakarah yang dibaluti mahabbah. Menjernihkan kembali hati nurani, mendekatkan diri kepada Ilahi, merapatkan tautan hati antara ahli, menuntun jiwa ke arah pembinaan adab, akhlak dan budi pekerti. Alhamdulillah, hatiku mekar dengan curahan inspirasi daripada kata-kata motivasi yang dicurahkan disepanjang usrah ini. Kata-kata yang dipetik daripada Qur’anul karim. Kata-kata yang diolah bersandarkan kepada hadis nabi. Allahuakhbar!! Sungguh indah bait-bait itu. Mutiara hikmah yang terluah semata-mata mengharapkan redha yg Maha Esa.

Naqibku mengemudi usrah dengan berkata: “Orang yang mampu bersabar itu ialah orang yang beriman. Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang yang bersabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertaqwa” (Surah al-Baqarah,2:117).

Tambah beliau lagi: Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya kesabaran itu ialah pada hentaman (pukulan) pertama (Muttafaq ‘alaih).

“Apa khabar iman anda? Makin bertambah atau berkurang? Atau dalam keadaan tidak berubah?” Soalan pertama diajukan kepada kami. Alhamdulillah, ada rata-rata yang menjawab mengatakan bahawa iman mereka semakin bertambah. Tidak kurang juga yg berkurang. “Aku? Bagaimana imanku?? Bertambahkah? Rasanya langsung tidak bertambah. Malahan semakin hari-semakin berkurang. Allah!! Jahilnya aku. Bertambah jahil….. Bertambah jahil…… Dan…. Semakin jahil. Akukah org beriman? Atau akukah makhluk yg hina, senantiasa bergelumang dengan dosa dan zina. Maksiat bersarang di jiwa”. Aku menangis di dalam hati. “Im, apa khabar iman Im sekarang? Naqibku memecah kebisuanku. “Err.. Alhamdulillah, masih berusaha men-‘upgrade’ iman ya akhi”. Jawabku gugup. Aku tunduk malu. Malu kepadaMU ya Allah. Malu kerana mengakui diriku beriman. Tetapi sebaliknya…..

Akhi Aiman meneruskan tazkirahnya. “Semoga iman kita sentiasa bertambah walau sedikit. Paling tidak pun, biarlah iman kita dalam keadaan istiqomah. Itu memang lumrah kehidupan manusia. Ada kalanya iman kita bertambah, adakalanya berkurang. Seperti pasang dan surut. Sentiasa berubah-ubah. Sentiasalah mendekatkan diri kepada Allah. InsyaAllah, kita akan dapat meningkatkan amal ibadah kita”.

“Saudara-saudaraku sekalian, Sesungguhnya yang paling kukuh keimanannya ialah bersahabat kerana Allah, bermusuh kerana Allah, bercinta kerana Allah dan membenci kerana Allah. (Hadis riwayat Tabarani & Ibnu Abbas r.a.). Cinta yang meminggirkan cinta Allah amat rendah mutunya. Apabila kita mencintai kerana nafsu, maka nafsulah yang akan menjadi raja. Hati kita akan dipimpin oleh nafsu. Berusahalah dan bercintalah kerana Allah. InsyaAllah, hidup kamu akan diberkati dan diredhai”, Terang Ustaz Aiman.

Banyak yang kami kongisikan dan bincangkan di majlis ilmu ini. Semuanya berkisar kepada kehidupan dan masalah-masalah peribadi. Dan yang utama tidak lari dari topik mentauhidkan Ilahi. Aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk muhasabah imanku melalui wadah seperti ini.

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
” Akhi Aiman merumuskan perkongsian kami dengan memetik firman Allah s.w.t. dalam al-Quran, surah al-Ra’d ayat 28. Kami pun saling berpeluk-pelukan dan bermaaf-maafan disebabkan lama tidak bersua. Aku gembira kerana dapat bersama-sama mereka sempena cuti sekolah kali ini.

Aku pulang dengan hati yang tenang. Aku tersenyum riang. Ada suatu perasaan gembira di hatiku. Sesungguhnya, aku mencintai orang-orang seperti mereka, orang-orang yang mendekatkan aku dengan Allah. Sepertimana Abu Ya’la meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a., beliau menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah ditanya: “Ya Rasulullah! Teman duduk-duduk kami yang manakah paling baik?” Sabda Baginda yang bermaksud: “Dia ialah orang yang mengingatkan kamu kepada Allah (apabila kamu melihatnya) dan bertambah ilmu kamu (apabila mendengar) bicaranya dan mengingatkan kamu kepada Allah (apabila melihat) amalannya”. “Moga-moga, aku sentiasa didampingi oleh orang-orang seperti ini”, aku berdoa di dalam hatiku.

Di dalam kereta, aku mengingat kembali kata-kata yang diluahkan oleh naqibku itu. Tiba-tiba mataku berkaca-kaca mengenangkan kalam ilahi. “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan” (Surah al-Isra’, 17:32). Ayat ini menempelak diriku. Aku sangat terkesan dengan maksudnya. Sesungguhnya, aku yang kononnya dikatakan selalu pergi ke surau adalah orang yang menjaga tatasusila dan peribadi. Walhal, aku sangat lemah dalam menentang nafsuku. Sesungguhnya percintaan antara manusia itu amat sukar untuk membendung rayuan nafsu. Walau macammana cara sekalipun di bending. Pasti akan terhasut juga.

“Ima, maafkan Im atas segala dosa-dosa Im sebelum ini. Dosa Im melalui sms, panggilan telefon, chatting, dating, dan bermacam-mcam lagi bentuk fitnah komunikasi selama ini”.

--> bersambung

Ahad, 15 Mei 2011

Selamat Hari Guru ^^

Assalamualaikum…. ^^

Salam ukhuwah.. Ikatan tali antara kita kian erat dimamah usia. Moga-moga ia tetap utuh walau ditelan zaman sekalipun.

Entri kali ini, aku tujukan khas kepada kedua ibu bapaku. Pertama-tama, “Selamat Hari Ibu” buat permaisuri hatiku yang tercinta lagi dikasihi, Bonda Norenah (*maaf lambat wish, sbb bg ank yg nakal ni, hari2 adalah hari ibu.. kan kan? Hehe… Jgn marah ye mak). Dan yg utama dan kedua, “Selamat Hari Guru” buat ayahanda yang dihormati lagi dikagumi, Cikgu Rajid gelaran diberi. Dan tidak lupa juga, ‘Happy Teacher’s Day’ specially to me (Da jadi cikgu ^^), untuk guru-guruku yang mendidikku selama ini, yg memberi sentuhan dalam hidupku sehingga aku berjaya mencapai ‘title’ pendidik, selaku penyambung warisan pembentuk modal insan. Kepada teman-teman seperjuangan, “Selamat Hari Guru”. ^^

Bismillahirrohmaanirrohiim…

“Allahummarahmataka arjuu falaa takilnii ilaa nafsii thorfata a’iin. Wa aoslihli sya’nii kullahu laa ilaa annkta.”

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhan kami, rahmatMu yang sentiasa aku harapkan, kerana itu janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri meskipun sekelip mata, perbaikilah urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau..” amiin……..(Riwayat Ahmad)
--------------------------------------------------------
Inginku nukilkan segala rasa yang terbungkam di dada, khas kepada insan bergelar GURU. Sesungguhnya dulu, aku tidak memahami akan makna tersirat disebalik gelaran yang begitu istimewa ini. Sehinggalah tiba giliranku untuk memikul amanah yg dulu ku perlekeh-lekehkan. Amanah yang amat penting dalam kemenjadian manusia. Aku tidak pandai berfalsafah mahupun berbicara tentang agama. Cuma ingin berkongsi pengalaman yang pernah dilalui dan sedang dilalui merentasi masa kini.

Mengenang zaman kenakalan sewaktu di bangku sekolah rendah lagi, membuatkan aku tersenyum dan berfikir. “Oh, patutlah dulu cikguku mati-mati menghukum dan mendendaku! Rupa-rupanya, mendidik ini bukanlah suatu tugas yg mudah”. Masa kanak-kanak dulu, aku adalah antara manusia yg sangat susah untuk dikawal. Kalau bab ponteng sekolah, akulah nombor satu. Kalau pasal tidak siap kerja rumah, akulah juara. Dan kalau disebut namaku, tidak seorang pun guru-guru yang akan menampakkan senyuman di bibir mereka.

“Ketua kelas, mana si Rozaimi?” Tanya Cikgu. “Dia, ndak ada cigu, dia nda hadir”, jawab ketua kelasku. Antara soalan yg kerap kali ditanya kepada murid-murid setiap kali masa subjek matematik. Aku memang tidak suka matematik. Begitu juga Subjek Agama Islam. Aku amat anti kedua-dua mata pelajaran ini. Kalau boleh, tiap kali ada masa Mt dan Pai, aku akan cuba untuk tidak menghadirkan diri ke sekolah. Nak tahu kenapa? Sebabnya aku amat benci melihat guru-guru subjek ini. Masih segar diingatanku, ketika aku tidak menyiapkan kerja sekolah yg diberi oleh Ustaz Zikri.

Aku antara org yg mendapat penangan yg istimewa pada hari itu. “Rozaimi, pilih 1 antara semua. Kamu nak kena conteng muka atau hisap puting susu mainan atau buka baju atau panjat tiang bendera ataupun kena rotan!!” Terketar-ketar aku masa tu. Rasa macam nak terkencing ja. Mujur dapat di tahan. “Saya nak kena conteng muka ustaz”, jawabku. Rakan2ku semua mentertawakanku setelah melihatkan wajahku yang terlakar muka seekor kucing. Aku menangis masa tu, tak salah ketika aku di tahun 4 cemerlang. Aku memang sangat benci ustaz tu. Tapi Alhamdulillah, melaluinya aku dapat menghafal surah2 lazim yg diarahkannya untuk dihafaz. Walaupun caranya nampak keras, tapi pendekatannya amat berkesan, aku dapat memaksa diriku utk menghafal setiap surah hafazan yg dia arahkan. Yang guru math, lagi la aku benci. Setiap kali ujian, mesti aku gagal. Asyik2 je kena round padang sampai 7 pusingan. Yg buat aku panas tu sbb dia suruh ‘round’ tgh2 panas. Dah la memalukan, depan guru2 dan sekolah. Tension betul aku. Entahlah, aku pun pelik. Apa hal sifat aku tak sama macam dulu.. hehe.. Mungkin Tuhan nak tunjuk kot. Kita boleh berubah. Sebenarnya aku berani buat hal masa skolah rendah dulu sbb bapa aku guru besar kat situ. Sbb tu lah aku naik angin..hehe… ingatkan aku dapat selamat. Tapi, bila kehadiran guru2 baru kat sekolah tu, macam2 rules baru diperkenalkan. Macam aku sebut kat atas tu la.
Walaupun aku didera dan disiksa macam tu. Sebenarnya, aku suka gak. Atleast, aku ada rasa takut untuk timbulkan masalah. Alhamdulillah, berkat kesabaran guru2ku mengajar dan mendidikku. Akhirnya aku berjaya mendapat A dalam 2 2 mata pelajaran tu. Terkejut parent aku. Macam tak percaya ja. Hehe.. Sebenarnya, bila di ‘reflect’ balik. Pendekatan yg mereka guna tu sbnrnya adalah kaedah ‘psychology’. Macam yg aku blajar kat maktab sblm ni. Pendekatan itu jugalah yg aku guna pakai sekarang ni di sekolah yg aku mengajar. Tapi, dimurnikan sedikit. Takut kena saman plak. Hehe.. k.. stop!!

Akhir kata, aku berdoa semoga aku berjaya mendidik dan menghasilkan tokoh2 terkemuka yg akan mengemudi pembangunan Negara kita pada masa akn dating. Kalau tak mampu pun, cukuplah sekadar menjadikan anak2 muridku insan yg berguna utk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara.. ^^

Khamis, 12 Mei 2011

Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 12

“Sampai hati ketawakan adik, huhu…” (muka sedih), keluh Ayang. “Ala, janganlah merajuk!! Nanti abg belikan hadiah besar punye… nak??”, pujukku. “Hehe… nanti dulu. Nak piki kejap! Ok, boleh la… hehe” (tersengih-sengih) “Ha… Sambung lah lagi bang!… Abang tak nak lah, lain kali ek! Alaaaaa… please… (nada memujuk) “Ok2!! Nak sambung dkt mana? Abg sambung kat tempat ‘stop’ td. Lepas tu, apa yg jadi?” tanya Syikin, adik no. 6.

“Abg pun da ingat-ingat lupa la. Abg tak jumpa dia selama lebih kurang 3 minggu. Masa tu abg ada program luar. So, xda kat kolej la. Abg g mane?”, sampuk Shikin. “Abg ikut kem jati diri kat langkawi masa tu. Bila da balik kolej, abg terserempak dgn dia kat kafeteria. Abg tak perasan pun dia ada kat situ. Bila abg masuk ja kat kafe tu, kebetulan dia baru nak keluar. Apa lagi, terserempak la. Dan….. Buat kali ke-2, abg terkena renjatan elektrik. Getaran menjalar lagi. Hati abg tidak keruan. Dubdap dubdapxxxx….. (Degupan semakin kencang). Apa yang berlaku, abg pun tak pasti. Abg cuba menenangkan diri abg sendiri.

“Ya Allah, apasal plak ‘bidadari cute’ ada kat sini ni?” Abg bertanya dalam hati. “Apahal pulak panggil dia ‘bidadari cute’ bang?” ajuk Ruzi. “Haha… Kan abg tak tau lagi sapa nama dia. Jadi, abg panggil jela dia ‘bidadari cute’. Napa, tak leh ke?”, sangkalku. “Iskh3x, tak patut, tak patuuuuut. Adakah patut panggil org bidadari. Itu memuji manusia tu! Panggil la muslimah ke. Nur ke. Atau nama perempuan solehah ke. Abg niiieeee….. Tapi takpe la.. Ikut suke hati abg la, janji abg teruskan cerita. lepas tu apa jadi? Hehe..

Apa boleh buat, abg kan jahil. Abg belasah jela. Abg tak tau apa perasaan dia masa tu. Entah2 dia tak perasan pun abg. Mungkin dia anggap abg ni sbg ‘no body’. Takpelah, biar jela. Janji abg teruskan langkah kaki. Nak tau tak, bila abg lalu jak dpn bidadari cute tu, dia tersenyum… ~.^ Punyelah hati abg berbunga2… Seronok gilee..Tak pasal-pasal abg tersenyum seorang diri. Tersengih sampai pagi.. haha… Mmg bahagia la hari tu.” Sambungku lagi. Aku pun terus bercerita tentang kisah hidupku kepada puteri-puteri hatiku. Banyak yang aku ceritakan, dari awal perkenalan kami, sehinggalah penamat perhubungan kami. Namun, tak semua yang dialami indah2 belaka. “Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari”.

“Bang, napa abg putus dengan kak Ima”, aju Ruzi. Hmmmmmm (Menarik nafas sedalam-dalamnya). Abg bukan putus la. Abg buka ja ikatan. Tali yang putus, susah nak disambung kembali. Kalau dapat sambung pun, mesti ada cacat celanya. Abg tak suka main putus-putus ni. Biarlah abg buka sahaja simpulan ikatan tu. Sbb tali tu bukan abg punya. Ada org lain lebih berhak memiliki tali tu. Terangku…. Hehe (tersenyum)….. “Abg ni, cakaplah betul2. Orang Tanya lain, lain pulak jawapannya. Sapa yang mintak putus bang? Dia ke abg? Soal puteri hatiku. Aku menghela nafas panjang. Kamu niiiii, tak habis-habis nak korek rahsia abg. Nanti, kesianlah abg, takda modal nak cerita lagi. Alaaa bang, bila nak cerita lagi. Ni je masa yang kita semua dapat berkumpul bersama. Lepas ni, masing-masing pergi ke perantauan. Kami nak tau jugak, kesudahannya. Adik tau, mesti abg bergaduh dengan dia kan? Lepas tu kak Ima minta putus sebab tak tahan. Kan kan kan??? Tiba-tiba ibu menyampuk. “Tak elok kata macam tu dengan abg kamu. Tak usahlah Tanya macam-macam lagi. Dah dah.. Pergi kemas ruang tamu dengan dapur tu. Dah lewat ni. Pastu g masuk tido”, arah ibuku.

“Takpa la bu. Bukan ada apa-apa pun. Lepas ni abg suruh adik-adik pergi settle kan kerja-kerja tu”, pintaku. “Baiklah, kalau nak tau sangat… Abg cerita la. =) Sebenarnya, abg yang minta putus. Abg kesian dengan kak Ima. Dia dihimpit dengan bermacam-macam masalah. Abg yang sedikit masalah ni pun da menghadapi tekanan yang luar biasa. Apatah lagi jiwa seorang perempuan sepertinya. Abg tau, mesti dia pun sakit jiwa dan menderita mendapat tekanan bertubi-tubi seperti itu. Dengan karenah keluarganya. Dengan tekanan dalaman perasaannya. Dengan abg lagi yang gila-gila ni. Mesti teruk perasaannya. Abg tak sanggup melihat dia menderita. Abg tak nak org yang abg sayangi dan cintai menderita semata-mata kerana abg. Abg nak hilangkan punca keresahannya. Jadi, abg membuat tindakan dengan membiarkan dia memilih pendapat keluarganya. Lagipun, abg telah membuat keputusan berdasarkan keputusan hati abg selepas bermunajat dalam istikharah. Semua yang abg perhatikan, abg rasakan dan tanda-tanda yang abg alami lebih berpihak kepada perpisahan. Akhirnya, abg melepaskan dia bersama org yang menyayanginya lebih daripada abg. Yang berhak ke atasnya. Ibu bapa yang menjadi keutamaan. Dan teman yang sentiasa mendampinginya ketika senang dan susah. Abg redha dan gembira melepaskannya ke tangan orang yang lebih baik daripada abg. Seorang lelaki sejati yang lebih sepadan dengannya, standing dengan dirinya. Abg lakukan semua ini kerana abg sangat menyayanginya. Abg sayangkannya lebih daripada segala-galanya. Tapi yang penting, abg percaya dengan keputusan abg. Abg yakin dengan ketentuan Ilahi. Abg pasti itulah tindakan yang terbaik bagi diri kami, Abg bersyukur sebab dipertemukan dengan insan secantik akhlaknya, budi pekertinya yang seindah rupanya. Abg bangga menjadi lelaki yang dapat menawan hatinya.” Aku menyudahkan ceritaku. “Ha, jom kita kemas!! Lain kali kita sambung lagi..” hehe (Senyum) “Yela, yela… nanti sambung lagi ek. K, stop, mari kita buat kerja………

*Tersedar dari lamunan pagi
--------------------------------------
"Adik-adik aku tu, pantang dengar cerita aku, mesti tanya macam2.... Erm, da pukul 10 pagi ni (sambil melihat jam). Baik aku bersiap awal. lepas ni nak pergi beli lauk-pauk kat pasar. pastu baru g masjid. kan hari ni hari jumaat. Nanti bapa suruh baca khutbah lagi, habislah. tak nak jadi macam tempoh hari lagi. hancur habis", keluhku. Aku pun bergegas meninggalkan bilikku dan mengapai kunci kereta di atas rak buku.

Khamis, 5 Mei 2011

Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 11

“Sebenarnya, abang tidak percaya pada cinta pada mulanya. Masa abg belajar dulu, abg ingat tak nak terlibat langsung dengan cinta ni. Biasalah, dah ada pengalaman cinta monyet dulu, bergayut di dunia fantasi. Melalaikan lagi adelah. Tujuan utama abg ke sana pun untuk menuntut ilmu bukan utk bercinta. Selama 4 tahun, abg telah berjaya menahan diri abg utk tidak terjebak dgn cinta. Ramai yang ingin berkenalan dengan abg, tetapi satu-persatu hajat mereka abg tepis. Abg pun tidak tahu, mengapa ada juga perempuan yg berkenan dan nak berkenalan dengan abg dengan lebih rapat. Kalau nak dibandingkan dari segi rupa paras, abg jauh kalah dengan lelaki-lelaki yang lain. Yang abg tau, muka abg ni ada manis sikit la. Macam muka anak mami pun ada.. hehe”, gurauku.

“Haha… Abg mengada”, celah Ruzi. “Lepas tu bang, macamna tiba2 leh terbuka hati pulak nak kenal kak Ima tu?”

“Ermm… Entahlah Zi… Abg pun tak sangka juga dapat berkenalan dgn dia. Tak dirancang pun. Mungkin tu lah jodoh pertemuan. Abg mula mengenalinya selepas ‘orientasi week’.
“Abg masih ingat lagi pertemuan pertama dengan dia. Pertemuan pertama yang mengembangkan kelopak hati. Masa tu, jantung abg bedegup kencang, tangan mengeletar, mata tidak berkedip, bunyi riuh-rendah tiba-tiba menjadi sunyi, nafas terasa semakin perlahan, rasa macam masa terhenti seketika. Dunia tiba-tiba tidak bernyawa, semuanya berlaku dengan pantas. Abg hanya memandang akan sekujur tubuh. Abg terpaku melihat seorang bidadari di hadapan abg. Subhanallah!!! Ya, Allah indahnya ciptaanMu”, bisik hati abg.

“Eh, Iiiiim tolong bagi barang tu dengan dia! U tengok apa tu??”, Sergah Sim, kawan abg. Lamunan abg terhenti, tak pasal-pasal abg jd kelam-kabut la masa tu. Hehe. Ada ka patut abg leh terlupa nak bagi brg koperasi kpd ‘junior’ baru tu. Tangan dah dihulur, cuma tak beri lagi la. Tau tak, masa tu abg punya la khusyuk melihat bidadari dunia tu sampai barang terlupa nak diedarkan. Yang edarkan tu takpe la, tapi yg malunya bila kawan2 abg tu sakat abg ramai2. Huhu.. Malu jugak rasanya. Tebal muka abg masa tu. Ini lah pertama kali, abg dihinggapi perasaan seperti itu. Rasa nak luruh jantung abg tatkala pandangan di pertemuan pertama, hehe”, sambungku.
“Wa, bahaya ni! Dah jatuh cinta pandang pertama la tu bang… Hehe..” Sindir adikku. “Abg tau tak nama dia masa tu?”

“ Masa tu abg tak tahu pun siapa dia, namanya, kelasnya atau apa2 mengenainya. Totally zero. Abg hanya ingat akan wajahnya. Wajah yang membuat hati abg tidak tenteram”, luahku. “Bak kata pujangga, Makan tak lena.. Tidur tak basah… Eh, silap!! Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah!!” Sela adikku yang bongsu. Kami pun terketawa terbahak2. Suasana pada malam itu menjadi hiruk-piruk dengan gelak ketawa ahli keluargaku……

--> bersambung

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)