Sharing is caring =)

Isnin, 21 Jun 2010

10 Hadiah Utama =) Nice

10 Hadiah Utama yang Sering Dilupai Untuk Orang Tersayang

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan sesuatu yang menunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “awak kelihatan menawan hari ini” yang mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang ditujukan

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)