Sharing is caring =)

Khamis, 30 Disember 2010

Antara Fantasi dan Realiti

Peristiwa kedua yang saya ingin kongsikan kepada teman pembaca sekalian adalah berkenaan dengan kemalangan yang hampir meragut nyawa. Kejadian ini berlaku seminggu sebelum cuti akhir tahun 2010. Sebenarnya, hari tu saya pergi ke kuching untuk ‘service’ kereta. Tapi tak sangka pulak, terlibat dengan kemalangan jalan yang disebabkan oleh kecuaian sendiri. Jam 7 malam. Saya mula menaiki feri ke Simunjan. Pada masa itu, saya menanti rakan yang kebetulan sama-sama menuju ke destinasi yang sama. Setibanya kami di tebing sebelah, saya mula memecut laju. Tapi belum ke tahap maksimum disebabkan cuaca yang tiba-tiba berubah. Guruh di langit mula menampakkan impaknya. Dentuman sana sini kedengaran ibarat bom atom yang meletup di merata tempat. Sambung-menyambung diikuti oleh pancaran kilat yang menyala-nyala. Saya tidak berani untuk menekan ‘paddle’ minyak lagi kerana keadaan cuaca yang berubah secara mendadak dan permukaan jalan raya yang licin.

Hujan mencurah-curah dengan lebatnya menyukarkan saya untuk meluaskan pandangan jauh ke hadapan. 20 minit bertarung dengan cuaca akhirnya saya tidak sabar lagi untuk menambah kadar pecutan kereta. Satu-persatu kereta saya pintas. Tepat jam 7.30 malam, kereta proton waja yang ada dihadapan mencabar kesabaran saya. Mungkin pemanduannya yang berhati-hati untuk mengelakkan kecelakaan (terlalu lambat). Saya meneliti keadaan jalan raya pada masa itu. Nampaknya ‘line clear’. Seperti ada satu suara yang mendorong saya untuk memintas kereta dihadapan. Apa yang saya perhatikan ialah jalan di hadapan kelihatan lurus dan membolehkan saya untuk memotongnya. Saat itu, saya menekan minyak (60 km per jam), bagi saya tidak laju pun. Tetapi yang hairannya, penglihatan saya seakan ditutup. Apa yang saya nampak ialah satu lorong yang sangat lurus. Jelas sekali dan mustahil terjadi kemalangan bagi sesiapa yang mengalami. Kemudian, dalam masa yang sama, kilat memancar tepat ke arah hadapan kereta. Pandangan silau seketika. (tak sampai sesaat) Apa yang berlaku di luar duga. Rupa-rupanya jalan yang lurus hanya palsu semata. Apa yang dihadapan adalah selekoh tajam yang sangat merbahaya. Dengan spontan, saya menekan brek sehabis yang mungkin dibantu oleh kawalan ‘steering’ untuk mengurangkan risiko kemalangan. Namun, saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu rapat dengan selekoh tersebut. Saya hanya mampu berdoa di dalam hati dan pasrah di atas segalanya.

Sekelip mata sahaja saya telah terdampar di tebing parit di mana keadaan kereta menjunam ke bawah lantai parit menyebabkan sebahagian kereta berendam dalam air. Mujur saya cepat mematikan enjin kereta. Kalau tidak, rosak sistem rasanya. Saya melanggar sebuah pondok di tepi jalan raya. Atapnya roboh. Salah satu tiangnya membolosi cermin kereta hadapan hampir menembusi pertahanan tulang rusuk saya. Sasarannya tepat ke arah jantung saya. Syukur kerana ianya terhenti tepat-tepat mengenai permukaan kulit saya. Alhamdulillah saya selamat. Ketika itu saya membawa seorang penumpang. Saya hanya risaukan keadaan budak tersebut. Alhamdulillah, tiada korban jiwa pada malam itu. Saya tidak kisah akan keadaan kereta. Yang penting, semuanya selamat. Fikiran saya hanya tertumpu untuk menyelamatkan diri. Saya dengan cepat mengarahkan rakan disamping saya untuk keluar menyelamatkan diri. Akhirnya, ramai yang datang untuk menyelamatkan kami. Bermacam-macam persoalan bermain di fikiran saya. Apa yang telah terjadi? Semuanya menjadi tanda tanya. Apa yang penting… kerjasama..haha… yang penting, saya dan rakan selamat. Allah memberikan pengajaran kepada saya untuk lebih bersyukur dan mengingati saat kematian. Sesungguhnya kematian itu sangat HAMPIR.. renung-renungkan. Semoga kita sentiasa dibimbing dengan taufik dan hidayahNYA.. amiin…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)