Sharing is caring =)

Rabu, 17 Oktober 2012

Mendidik, pilihanku


¸.•••بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •••.¸
Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam pendidik.. Ku kerahkan seluruh tenaga, memaksa jari-jemariku menari-nari di papan kekunci komputer ribaku. Meleraikan segala rantai-rantai yang mengikat mindaku supaya terus berkarya. 'Alahai, puitis sungguh bunyinya kan??'. (hehe, biasalah.. itulah gunanya bahasa, untuk memukau hati manusia.. entah betul ka tidak penggunaan kata di atas ni. hentam saja la)

"Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan. Kata-kata yang berhikmah dapat menyedarkan manusia. Begitulah pentingnya akan fungsi perkataan yang penuh bermakna. Alhamdulillah, syukur kerana dapat berkata-kata dan mengungkap makna kata-kata yang dibaca, yang didengar dan disebut. Bak kata seorang pensyarah semasa di maktab dahulu, 'Effective communication is very important to teachers. We need to create our own style that can enhance pupils' understanding through their learning. How?? You need to build effective communication among your students. Effective classroom management started from good communication skills between teacher and their children. Please, make sure no miscommunication in your class!! So that, you can deliver the lesson successfully"...

Begitulah pentingnya penggunaan bahasa yang berkesan (komunikasi yang berkesan) di dalam kelas. Bukan mudah untuk membudayakan budaya komunikasi berkesan ini. Banyak yang perlu diselidiki dan dititikberatkan. Antaranya, latar belakang murid-murid, bahasa pertuturan utama seharian, tahap bahasa murid-murid dan sebagainya. Sebagai seorang guru, pada pendapat saya, bukan mudah untuk menyampaikan maklumat yang ada di dalam minda. Apatah lagi apabila berhadapan dengan keadaan yang memerlukan murid-murid menaakul. Seperti kata seorang tokoh ilmu: "Orang yang hebat dalam ilmu (cemerlang dalam pelajaran) belum tentu dapat mengajar dan menyampaikan ilmu yang ada di dalam dadanya untuk membuatkan murid-muridnya pintar sepertinya. Gunalah apa kaedah sekalipun. Menggunakan bahan maujud, integrasi teknologi dalam p&p (menggunakan bahan bantu mengajar yang canggih) pasti tidak akan bermakna andai murid yang diajar TIDAK FAHAM."

Saya sendiri masih tidak dapat menguasai ilmu komunikasi berkesan ini apabila berhadapan dengan situasi murid-murid yang mempunyai pelbagai tahap kecerdasan (multiple intelligence), dan cara belajar (learning style). Memang benarlah, mengajar itu mudah tetapi mengajar dengan penuh bermakna itu sangat payah. Maksudnya, untuk menyampaikan ilmu itu adalah mudah, tetapi untuk menyampaikan ilmu dan membuatkan murid-murid itu memahami apa yang disampaikan itu yang susah untuk dicapai.

Adakalanya, kita akan berhadapan dengan karenah murid-murid yang luar biasa bagi saya. Ini adalah kerana, kadang-kadang setelah guru mengajar dan menilai, didapati murid-murid telah menguasai apa yang diajar. Walau bagaimanapun, setelah berlalu beberapa minggu, biasanya murid-murid akan mudah lupa dan tidak dapat menjawab topik yang diajar sebelum ini dengan betul. Di sinilah cabaran utama kepada guru akan timbul. Guru-guru akan menjadi 'morale down' dan beranggapan yang dirinya seperti tidak pandai mengajar. BUKAN SENANG KERJA CIKGU.

Sebab itulah, kalau anak anda tidak pandai dalam kelas, JANGAN SALAHKAN CIKGU, kalau anak anda pandai dalam kelas, JANGAN LUPAKAN CIKGU. Bukan apa, pada masa kini, guru-guru menjadi mangsa di atas ketidak pandaian anak seseorang. Mungkin betul dan mungkin tidak. Tetapi, secara peribadi saya tidak menyokong dakwaan ini. Alasannya, TIDAK ADA SEORANG GURU pun yang tidak mahu anak didiknya menjadi manusia berguna. Paling kurangpun tahu baca, tulis dan mengira. Apabila saya memikirkan secara mendalam, secara peribadi saya dapati punca utama masalah ini adalah disebabkan oleh masalah komunikasi yang tidak berkesan. Aspek yang lain penting juga, saya tidak nafikan tetapi setiap apa yang terjadi mesti bermula dengan lidah, kalau betul, lidah lah puncanya. Kalau salah, lidahlah juga penyebabnya. Dan inilah antara cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang PENDIDIK seperti saya.

Coretan sekadar luahan hati,
Mendidik, pilihanku.............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)