Sharing is caring =)

Khamis, 30 Disember 2010

Bangun dari mimpi

Assalamualaikum..
Apa khabar teman pembaca sekalian? Harap sihatlah hendaknya ek. Kali ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman yang membuatkan saya bangun dari fantasi dan realiti bagi tahun 2010 ni. Apakah ia? Mesti anda tertanya-tanya kan! Baiklah, saya mulakan dengan pengalaman pertama yang juga merupakan peristiwa hitam dalam hidup saya. Ataupun, boleh saya katakan juga sebagai titik keinsafan pada diri saya. Kejadian ini berlaku dalam dua bulan lepas, seminggu sebelum ‘parent’ saya menziarahi saya di bumi kenyalang ni. Ceritanya bermula macam ni. Malam tu saya mula rasa mengantuk, jadi seperti biasa saya akan cuba membersihkan diri sebelum ‘landing’ di atas tilam saya yang empuk.
Kejadian ini berlaku sekitar pukul 2 lebih. Masa tu saya dah rasa lain. Seakan-akan ada sesuatu yang menghalang saya daripada tidur. Ustaz2 kata, kalau rasa susah untuk tidur, bacalah 3 qul. Lepas tu tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Dalam keadaan yang letih, saya pun cuba untuk melakukan seperti yang pernah saya pelajari dan dipesan oleh ustaz saya. Saya mula membaca surah al-fatihah, ayat qursi, ayat akhir surah al-baqarah, dan saya tutup dengan membaca 3 qul. Alhamdulillah, saya dapat melaksanakan setiap bacaan saya. Walaubagaimanapun, gangguan tersebut semakin agresif (saya fikir ianya adalah gangguan lah). Perlahan-lahan, saya mengambil ‘handphone’ dan memutarkan ‘ayat-ayat ruqyah’ yang tersimpan dalam memori telefon. Sebenarnya untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, ‘ruqyah syarie’ ni adalah bertujuan untuk menghalang gangguan makhluk halus. Atau lebih tepat lagi bertujuan sebagai ‘pembakar jin’.
Alhamdulillah berkat pertolongan daripada Tuhan dengan izin Allah, saya dapat melelapkan mata. Saya ingatkan kejadiaan itu telah berakhir, rupa-rupanya ia baru bermula. Then….Saya bermimpi. Di dalam mimpi saya, saya tengah leka bermain ‘game’ di ‘laptop’ (game warcraft la katakan..hehe). Kemudian selesai bermain, saya mula memadamkan suis lampu dan kipas. Kerana rasa mengantuk yang amat sangat (sebab tak tidur siang hari, lagipun jam dah pukul 2.30 p.m., kalau di sini kira lewat dah la), saya menuju ke bilik air, membersihkan muka dan badan. Selepas itu saya bergerak ke arah bilik tidur kerana bersedia untuk merebahkan diri di atas katil. Dan ianya bermula. Apa yang saya ceritakan seperti di atas tadi tu betul2 berlaku semula. Seakan-akan kejadian itu telah ‘di-record’ dan di ‘playback-kn’ balik. Sehinggalah ke ‘part’ saya mula melelapkan mata tu, selepas membaca 3qul……………
Tiba-tiba, dada saya rasa berat, sukar untuk bernafas. Terasa seperti di tekan oleh sesuatu yang amat berat, seluruh anggota badan saya terkunci. Tidak dapat bergerak, bersuara dan berkata-kata. (orang selalu kata kena tindih) Kemudian, terasa seram sejuk, tetiba ja bulu roma ni meremang. Saya dapat rasakan akan kehadiran suatu lembaga di sebelah kanan saya. Susah untuk digambarkan bentuk fizikal lembaga itu. Secara kasar, lembaga itu berwarna hitam gelap, bentuk seakan2 bayang-bayang (berbulu rasanya). Matanya berwana merah api (entahlah, mata ke apa). Bentuknya bukan seperti manusia tetapi mempunyai tangan. Ok la! Cukup sekadar itu. Pada awalnya, lembaga tu cuba merapati saya. Kemudian ia mengatakan sesuatu. Cukup jelas di telinga saya. ‘MASA KAMU TELAH SAMPAI’. Apabila saya terdengar kalimah itu, dengan serta-merta perasaan saya semakin seram. Emosi tidak menentu, ‘fikiran semakin bercelaru’. (rasa macam nak mati la orang kata) “Ya Allah, adakah ini mimpi. Kejutkanlah aku dari tidurku.” Batin saya meronta-ronta. Saya berdoa dan mengharap untuk dilepaskan daripada penjara mimpi ini.
Lembaga itu mula memegang saya. Ia mengangkat saya dan memindahkan saya ke sudut bilik bertentangan dengan kedudukan asal tadi. Ya Allah, sangat sukar untuk saya gambarkan perasaan saya pada masa itu. Seperti hendak dicabut nyawa. Macam da sampai ajal. Tinggal tunggu masa ja untuk dicabut nyawa. Saya meronta-ronta untuk melepaskan diri. Macam-macam yang saya baca. Ayat qursi diulang-ulang. Surah yasin dibaca dan bermacam-macam lagi. Semuanya tidak menjadi. Seakan tidak lut kepada makhluk itu. “Sesungguhnya kematian itu tidak boleh dilengah-lengahkan walau sesaat pun. Tidak boleh ditunda dan dilambatkan” pesanan ustaz semasa ceramah agama terngiang-ngiang di telingaku. “Ya Allah, ampunilah dosaku, sesungguhnya hambamu yang hina ini banyak melakukan maksiat kepadamu”. Air mataku jatuh berderai. Perlakuanku sama seperti seorang bayi kecil yang meronta-ronta untuk dilepaskan sambil tangisan yang semakin nyaring. “Aku tidak bersedia lagi untuk mati”. Hati kecilku berbicara. Perasaan gerun dan takut mula menyapaku. Ego lelakiku mula kecut, entah hilang ke mana. Kewarasan fikiranku semakin diuji. Rasa macam hendak gila……… Belum mati yang betul2 lagi..
Ok la, dipendekkan cerita. Dalam kepayahan bergelut dengan emosi dan fizikalku, tiba2 muncul suara2 merdu mengalunkan bacaan qalam suci, didendangkan dengan penuh keinsafan dan tulus ikhlas. Mematikan langkah setiap jiwa yang bernyawa, meniup semangat taubat dalam jiwa yang alpa, menggetarkan qalbu yang penuh dengan noda dan dosa. Teramat merdu. Merdunya Ya Allah….. Ucapannya…
لاَ إِ لـَهَ إِلاَّ الله...... وَلاَيَئُودُهُ و حِفْظُهُمَا.. وَهُوَالْعَلِىُّ اْلعَظِيمُ
Kalimah itu diulang berkali-kali. Sepertinya mengajarkan saya untuk turut sama mengalunkannya. Perlahan-lahan saya menggerakkan bibir saya. Namun masih terkunci. Saya cuba menggerakkan lidah saya. Saya baca dalam hati. Saya ulang berkali-kali. Lama kelamaan saya rasa tubuh saya semakin ringan. Dalam sekelip mata sahaja saya mampu mengerakkan anggota badan saya. Sejuk yang menyambar bahagian bawah tubuh saya dari kaki hingga ke lutut, perlahan-lahan menjadi hangat. Saya terjaga. Alhamdulillah, saya dapat melepaskan diri dari penjara mimpi yang mungkin membawa maut itu. Syukur kepadaMU ya Allah. Engkau memberi HIDAYAH kepada hambamu yang semakin jauh dariMU ini………………. ARROHMAANIRROHIIM. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)