Sharing is caring =)

Sabtu, 24 Julai 2010

Ikan??

Assalamualaikum..
Agak lama tidak bertandang di tamanku ini. Biasalah, hidup ada naik dan turunnya.. Bila bersemangat, rasa bermotivasi untuk melakukan semua kerja tapi apabila datangnya penyakit M, mulalah hilang arah... Rejab telah meninggalkan kita, kini tiba pula Sya'aban.. Kemudian bermulalah episod peperangan jihad menahan hawa nafsu selama sebulan iaitu di bulan ramadhan.. Sudah bersediakah anda? Bila bertanya kepada diri sendiri, masih ada kelemahan dalam hati ini... ... "Aku rindukan suasana dalam halaqah...
Teringat saat bermain badminton, Seorang sahabat berpesan kepadaku: "Manusia ini ibarat ikan, apabila di dalam air sentiasa hidup aman dan bersemangat, mudah bergerak dan melakukan kerja. Tetapi, apabila berada di luar lingkungan yang sebenarnya (fitrah kejadiaan) yakni berada di luar air, ikan tersebut akan meronta-ronta dan lama-kelamaan semakin lemah. Lemah itu akhirnya akan menyebabkan ikan itu mati...." tambahnya lagi. Aku bertanya: "Mengapa akhi berkata sedemikian?". "Sebenarnya, samalah sifat kita dengan keadaan itu dalam bab iman, semakin jauh kita daripada Allah, semakin lemah lah diri kita, semakin banyak kemaksiatan dan kemungkaran yang kita lakukan..." Jelasnya lagi....
Sebenarnya, walaupun amat ringkas kata2nya, namun ada kebenaran dan amat besar maknanya.. Sama-samalah kita menjadi hamba yang taat dan dekat kepada-Nya.. Amiin..

Nabi Muhammad berdoa kepada Allah memohon agar Allah memberi keberkatan kepadanya dan kepada kaum muslimin dengan doa
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
ya Allah, Ya Tuhan kami, berkatilah kami pada bulan rejab dan Syaaban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.

kaifiat dan khasiat

daripada Anas R.A berkata : adalah Nabi Muhamad S.A.W apabila masuk bulan rejab, Baginda mengucapkan doa tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)