Sharing is caring =)

Selasa, 27 Julai 2010

Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 3

Setiap orang mempunyai masa kritikal dalam hidupnya. Bagiku, seumur hidupku, inilah masa yang amat kritikal dalam hidupku. “Kenapa??” Entahlah, aku pun tidak pasti. Masih kabur untuk mencari jawapan pada pertanyaan yang aku timbulkan sendiri. Sebenarnya….. jauh di sudut hatiku, aku tidak pernah ingin memutuskan talian persahabatan yang suci ini. Tidak pernah terfikir sekali pun. Tapi…. entah kenapa, malam ini aku telah nekad. Bertekad untuk membuat sesuatu tindakan yang drastik. Keputusan yang akan memberi jawapan sama ada aku atau dia. Keputusan yang akan mempertaruhkan perhubungan yang sekian lama telah terjalin. Andai jawapan yang diberikan tidak seperti yang aku harapkan. Aku akan membuat keputusan. Keputusan yang mungkin tak kan dapat di tarik balik. Kenapa dan mengapa? Akan aku jelaskan kemudian. Smoga tindakan ku ini dapat mengurangkan beban yang selama ini ku tanggung. Beban yang menyiksakan zahir dan batinku.

“Apa yg Im bgtau td 2 adlh khndk hati Im..kalo Ima stuju,bgtau la ek.. Im minta maaf wat kputusan ni tiba2..Im sbnrnya da fiki lama da..Im xtahan Ima..Im tsiksa tiap2 hari..Im plukan sokongn.tp sokongn 2 xpnh kunjung tiba..sokongn 2 adalh kata2 smgt drp Ima. Mgkin ego Im bkata dmikian.maafkn Im.Im nk amik ksmptn yg tsisa ni..mgkin plik,tp,hati Im mronta2..huh..sakit..bila ia mkn dlm…hanya Im yg tau..sangat pedih xda tman bicara utk dluahkn..k la..akhir kata…slamat tinggal teman ksayanganku..maafkan diri ini..assalamualaikum muslimah solehah..aku sgt myayangimu..aku sgt menyintaimu…ws”

‘SMS’ ini ku hantar kepadanya.

“HAHA.. Kau putuskan saja persahabatan kamu. Dia dah tak memperdulikanmu lagi. Dia tak kisah. Engkau tu yang buta. Kan dia dah ada teman istimewa. Kau tiada lagi di hatinya. Kalau tidak, kenapa dia dah tak hantar mesej kepadamu. Dia tidak ‘call’ kau lagi.” Bisik nafsu ke telingaku..

“Tidak!!! Ima bukannya orang macam tu. Aku tahu, dia masih sayangkan aku walaupun dia dah ada teman yang lain. Lagipun dia dipaksa untuk bersama dengan lelaki itu. Aku yakin dia tak pernah melupakanku.” Hatiku menyangkal.

“Hah, Kau telah ditipu!! Putuskan sahaja hubungan ini. Janganlah biarkan hatimu tersiksa lagi. Kalau tidak, kenapa masa kau ‘call’ dia tadi, dia tak angkat. Engkau hantar mesej di fb dan hp, dia lambat nak balas. Seakan-akan xsudi untuk melayanimu. Kau tak nampakkah itu?” Nafsu mula menguasaiku.

“Tidak….. Tidak….. Dia ada sebab kenapa dia berbuat demikian. Dia sibuk masa ini. Lagipun banyak masalah yang melanda dia sekarang ini. Dia bukan begitu orangnya. Dia sayangkan aku….. Aku sayangkan dia.” Hatiku meronta-ronta.

Aku berperang dengan nafsuku. Aku dalam keadaan yang tidak keruan lagi sekarang ni. Aku perlukan seseorang untuk menenangkanku. Aku memerlukan seseorang untuk meniupkan semangat ke dalam diriku untuk mengalahkan nafsu amarahku ini. Aku hilang pertimbangan. Aku seperti burung yang tidak boleh terbang. Sayap kanan dan kiriku sakit. Masing2 membawaku ke arah yang berlainan. Aku hilang harapan. Aku seakan-akan tidak dapat berfikir secara waras lagi. Rasa macam nak gila berdebat dengan dua bayangan dalam diriku. “Apa yang perlu aku lakukan?? Tolong…. Tolong lah aku… toloooonng!!.. Aku perlukan sokongan. Aku ketandusan kasih sayang. Aku inginkan nasihat dan pedoman..” Apa yang perlu aku lakukan. Antara nafsu dan kata hati. Yang mana harus ku turuti…. Dan…. Malam ini, nafsuku bermaharaja lela. Aku kalah dengan nafsu amarahku sendiri.

Akhirnya.. Aku kecundang. Bahagia yang pernah singgah di rumah perasaanku selama ini mula ku singkirkan. Mulutku terkumat kamit. Ayat itu kuluahkan juga akhirnya… Aku kecundang di jalan PERSAHABATAN yang selama ini mekar di taman hatiku. Aku tumbang melawan prinsip hidupku sendiri. Kuntuman-kuntuman indah mula ku tebas satu-persatu. Perlahan-lahan aku membuang kelopak-kelopak kasih sayang di singgahsana yang telah lama kembang mekar. Bunga-bunga itu telah tiada lagi. Kini aku kesunyian tanpa haruman mewangi. Tanah hatiku mulai kekeringan. Tidak sesubur dulu.

“Ima… maafkan Im andai mengguris perasaan Ima. Im da tenat sekarang ni. Im mohon seribu kemaafan semenjak kita mula berkenalan sehinggalah ke hari ini. Im tahu, masa ini memang tidak sesuai. Im banyak menyusahkan Ima. Im juga tahu, Ima pun dihimpit perasaan. Ima pun dalam dilemma seperti Im. Tapi… Im juga tahu, aka nada penawar untuk kedukaan hati Ima ni. Ima ada tempat untuk mencurahkan kasih sayang. Ima pun pasti menderita kan. =) Maafkan Im kerana tidak memahami Ima. Im selalu menambah ‘problem’ Ima di saat Ima dilanda kekalutan. Maafkan Im. Im ‘confuse’!! Im memang akui, Im lari dari perasaan Im sendiri selama ini. Mungkin disebabkan terlalu lama Im pendam, sakit yang tekumpul akhirnya dimuntahkan. Ibarat gunung berapi meletus memuntahkan lavanya.” Atmaku berbisik.

--> bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)