Sharing is caring =)

Selasa, 1 Februari 2011

Aku Kecundang di jalan persahabatan 8

LEMBARAN BARU

Ku biar kalam berbicara…… Menyingkap rahsia di minda… Ku relakan pena menari… Merungkai persoalan di hati… Ku selitkan segala yang terjadi.. Di dalam suratan berupa diari. Semoga terungkai ikatan tali… yang selama ini mengikat diri………….

Bait-bait ini terluah daripada bibirku tatkala mengisi ruang masa ‘bermainku’. Ku lontarkan perasaanku melalui susunan melodi yang bercampur baur ibarat ‘rojak’. Tidak mengira rentak dan irama. Bisa saja berbentuk remix, jazz, tradisional dan bermacam-macam lagi tetapi yang pasti pada akhirnya akan berbentuk ala-ala nasyid juga. Haha..

Biasanya waktu petang sebegini akan aku habiskan dengan memerah keringat melawan kemalasan. Bermain di gelanggang hijau, berlari di segenap penjuru, mengatur langkah bekerjasama untuk merebut gelaran juara. Tetapi bukan kemenangan matlamat utama yang ingin ku capai, hanya sekadar menjalankan rutin harian dipinggiran waktu. Bersukan, menyihatkan badan dan minda disamping strategi menumpaskan pihak lawan. ‘Badminton’. Itulah permainan setiap kali selepas waktu persekolahan. Permainan strategi dan kekuatan yang mulai digemari dewasa ini.

Hujan lebat turun mencurah-curah. Disebabkan keadaan cuaca yang buruk, aku batalkan sahaja niatku untuk turun ke dewan. Memang permainan badminton ini sangat ku sukai berbanding permainan yang lain. Walaupun keadaan fizikalku tidak sesuai untuk sukan seperti ini. Entahlah, dah minat agaknya. Tak boleh nak buat apa… Sambil mengalunkan melodi hati, tiba-tiba aku terpandang akan sebuah kotak indah yang tidak asing bagiku. Cukup ku kenali akan rupanya. Dihiasi dengan pelbagai hiasan tangan. Dibaluti dengan kain berwarna-warni. Hiasan yang boleh menenangkan jiwa pabila memandangnya. Namun, isi di dalamnya jarang sekali untuk ku fahami akan tafsirannya. Jauh sekali untuk menghafal ayat-ayatnya. Mutiara berharga yang semakin dilupakan. Sentiasa menjadi hiasan sewaktu perkahwinan dan pertunangan. “Ya Allah…. Hambamu yang hina ini cukup jauh dariMU” detik hatiku pabila membuka penutup kotak tersebut…. Perlahan-lahan, aku buka lembaran demi lembaran. Ku lihat, kitab suci ini masih tidak terusik tanda muka suratnya. Baru ku sedari, bacaanku telah lama terhenti. Al-Qur’an yang menjadi pedoman, kutertinggal tanpa ditemani. “ALLAH…..” Titisan-titisan suci perlahan-lahan mengalir daripada mataku.

“Kata-kata pujangga kau agung-agungkan. Falsafah dan pemikiran barat sentiasa kau amati. Kau hiburkan jiwa ragamu dengan madah-madah cinta yang melalaikan dirimu sendiri. Mengapa Kitab suci Kalamullah tidak kau perhati? Tidak dibaca tatkala kau dahaga kasih. Ketika kau dilanda kecewa. Sesungguhnya engkau tahu bahawasanya ia penuh dengan nilai dan pengajaran yang mewarnai kehidupan mengalahkan segala macam pernyataan mahupun perkataan. Kenapa kau memilih yang lain sebagai rujukan???” kenapa?? Astaghfirullahal’adziim…. Aku menangis tersedu-sedu. Jeritan batinku meronta-ronta melihatkan kalam ilahi. Mataku terpaku apabila terpandang ayat 186, surah al-Baqarah:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”…..

Allahuakhbar!! Aku telah jauh daripada kebenaran. Aku tertipu dengan cinta dunia. Sedangkan ada cinta yang lebih agung sentiasa berada di sampingku. Cinta ilahi. Cinta yang lebih suci. Tiada tandingannya. Benarlah kata pujangga: “cintakan bunga, bunga akan layu; cintakan manusia, manusia akan mati; tetapi cintakan Ilahi, akan kekal buat selama-lamanya…..” cinta itu memang menipu bagi siapa yang dikuasai oleh nafsu. Aku akur dengan takdir Ilahi…. Sembuhkanlah hatiku ya Allah dengan ubat ayat-ayatmu. Sesungguhnya, aku semakin lemah dibuai nafsu. Aku telah hanyut dibawa ombak cinta duniawi. Lapangkanlah dadaku. Perelokkanlah akhlakku. Kuatkanlah keimanan dan ketaqwaan kepadaMu. Jadikanlah aku seorang hamba yang sentiasa taat mengerjakan surauhanMu dan meninggalkan segala laranganMu……………………… Amiin Ya Rabbal’aalamiin….

Lembaran yang aku buka tadi menyuntik semangat untuk bangkit kembali bernafas di dunia realiti. Hidayah itu datang tanpa diduga. Terima kasih ya Rabbi…. Walaupun ku tahu, "Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" - (Saidina Ali).. Namun, yang pasti aku lakukan semua ini bukan kerana tujuan mensia-siakan sahabatku. Kerana sahabat yang amat ku cintai, akan ku lepaskan ibarat seekor burung merpati. Andai dia adalah cintaku yang sejati, aku pasti dia akan kembali. Andai dia tidak kembali, maka redhalah yang diajar kepadaku. Dia bukan milikku.. tiada jodoh antara kita…..

Aku perlu tumpukan perhatianku kepada perkara lain. Ini dugaan yang kecil. Ujian hati sebegini pun tidak mampu untukku tempuhi. Sedangkan iman para sahabat lebih dahsyat lagi diuji jika dibandingkan dengan selemah-lemah diriku. Aku punya tanggungjawab yang lebih besar lagi. Perjuangan berabad lamanya. Jihad fisabilillah… Rasulullah pernah bersabda seperti mafhumnya: Sesungguhnya orang yang terbaik dikalangan kamu adalah orang yang menegakkan agama Allah di tempat yang teratas……….Ya Allah, aku bersyukur atas nur hidayah yang Engkau pancarkan di hatiku....

--> bersambung

2 ulasan:

  1. thanks... biasa ja =) kalau ada kekurangan, bagitahu ya... masih muda dalam bidang penulsan maya ni... =)

    BalasPadam

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)