Sharing is caring =)

Jumaat, 10 Disember 2010

HIJRAH

Salam Perjuangan...

Sedar tak sedar, kita telah melangkah ke tahun baru, saya percaya ramai di antara kita yang tidak menyedari, terleka di alaf baru... Pernahkah kita bertanya, hari ini berapa haribulan bagi kalender islam. Saya sendiri bila ditanya soalan ini terpinga-pinga untuk menjawabnya. Begitu juga jika ditanya kepada rakan-rakan saya. hampir semua tidak dapat menjawabnya dengan tepet. Anda bagaimana? Tanpa melihat kalender, adakah anda dapat menjawab dengan lancar tanpa sebarang masalah? Jika anda seorang yang sentiasa peka, tahniah!! 100% 'respect' kepada anda. =) Sekiranya dianalisa dengan sedalamnya, bila dikaitkan dengan perkara semudah ini, nampak sangat tahap keprihatinan kita kepada agama sendiri semakin pudar. Kabur dikelilingi oleh kabus kehidupan. Saya bertanya kepada diri sendiri. Lemahnya iman ditambah dengan kurangnya ilmu pengetahuan. Ah!! Rasa hina diri ini. Anda pula bagaiman? Semoga menjadi pemuda dan pemudi yang sentiasa dicintai Allah. =) Erm.. Bercerita tentang HIJRAH. Apa itu hijrah? Bagi saya, hijrah membawa satu pengertian yang besar. Permulaan yang mengakhiri sejarah semalam. Penyebab refleksi bagi setiap yang memerhati, meneliti dan menyedari hakikat kehidupan ini. Pemangkin perubahan bagi sesiapa yang bervisi dan optimis seakan berfungsi seperti enjin yang memutarkan gearnya, penjana tenaga, pencetus segala tindakan, pelancar segala harapan. Dll............... Alhamdulillah kita baru sahaja melangkah ke tahun baru 1432H.Saya tertarik dengan intipati khutbah yang disampaikan semalam. Amalan Sedekah membawa Berkat

"Ma'al Hijrah telah mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat RA. Program hijrah adalah satu langkah Rasulullah SAW yang amat strategik dalam menegakkan dakwah Islamiah. Perlu kita ingat bahawa dengan berjayanya hijrah menjadi jambatan tertegaknya Daulah Islamiah kerana hijrah tersebut dipandu dan didukung oleh keimanan dan ketakwaan yang padu. Kejayaan hijrah ini juga telah mengubah lanskap akidah, ibadah, akhlak dan gaya hidup ummah ketika itu. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 100:"

Maksudnya: "Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Khatib menyampaikan khutbahnya dengan lantang. Begitulah, besar maknanya akan pengertian hijrah ini. Adakah kita sudah berHIJRAH. Secara jujur, saya sendiri belum mencapai misi hijrah saya tahun lepas. InsyaAllah, saya akan cuba untuk menghijrahkan diri saya secara rohani dan fizikal kerana kadang-kadang kita lupa tujuan sebenar hijrah kita. Motif tidak berlandaskan syariat islam. Kerana impian hanya tinggal kenangan. Bayangkan saja, tanya hati kita bagaimana, mata, mulut, kaki, tangan dan sebagainya, adakah semuanya digunakan dengan cara yang halal. Amal makruf nahi munkar. Rasanya sekarang ini kita lebih banyak mencerna budaya barat yang dipelopori oleh orang kafir yang mana kita lebih banyak mencegah kebaikan sebaliknya membuat kemungkaran. Astaghfirullahal'adziim.. Minta-minta dijauhkan...Smoga Allah sentiasa memelihara iman kita.

Teman-teman seperjuangan...

Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah Az-Zumar ayat 9:

Maksudnya: "Katakanlah: adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna...

Renung-renungkan... Salam muhasabah... Salam Ma'al Hijrah =)


2 ulasan:

  1. semoga hijrah kali ini lebih baik dari sebelumnya.

    btw,nice header la :)

    BalasPadam
  2. insyaAllah... amiin... =) thanks.. u too.. perkongsian awak pun punya style yg tersendiri...

    BalasPadam

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)