Sharing is caring =)

Khamis, 4 Februari 2010

Diari LINUS (Numerasi) februari 2010

Salam pembuka kata

Seminggu tidak membuka dan mengemaskini blog.. Rasa sekejap sahaja masa berlalu.. Alhamdulillah, selesai sudah “Kursus LINUS” (Numerasi) yang telah dijalankan di Hotel Penview, Kuching pada 1-3hb feb. Walaupun hanya dalam masa yang singkat, namun banyak manfaat yg boleh diperolehi sepanjang kursus ini dijalankan. Daripada pemerhatian dan pemeriksaan yang dijalankan, rupa-rupanya hanya seorang sahaja guru yang sama batch dgn ku. Bekas pelajar daripada Ip KB yang sealiran denganku (kursus matematik). Out of 100, 2 org sahaja guru baru yang terlibat dalam taklimat LINUS peringkat Ppg Samarahan ni.. salah seorangnye, aku la..hehe…

Walaupun aku masih terlalu muda dalam profession ni, namun aku beruntung kerana terpilih untuk bersama-sama dengan guru-guru yang amat berpengalaman bagiku yang rata-rata dikalangan mereka adalah seusia dengan bapaku. Macam2 ragam yang dapat ku perhatikan. Senyum tawa, gurau senda diantara rakan guru senior. Memang ‘style’ la. Bak kata orang sekarang ni… “sempoi la”.. kursus LINUS ini adalah program dibawah Kementerian Pelajaran yang julung2 kalinya dilancarkan pada tahun ni. Ianya adalah antara program yang seakan-akan KIA2M, yang berpaksikan kepada usaha memastikan semua pelajar tahap 1 boleh membaca, mengira dan menulis. Sebenarnya, aku sendiri pun masih ‘blur’ dalam bab2 ni. Biasalah, baru lagi dalam bidang ni. Jadi, banyak lagi perkara yang perlu dipelajari.

Apa sebenarnya LINUS ni? Mungkin sudah ada yang mengetahui dan mendengar tentang program ni. Ataupun anda sendiri tidak pernah tahu dan diberi pendedahan tentang program ni. LINUS ataupun akronim bagi “Literasi Numerasi” merupakan gabungan dua perkataan yang membawa maksud yang amat mendalam dalam dunia pendidikan. Penggunaan “terms” ini amat bertepatan dengan kemahiran yang amat perlu dipelajari diperingkat akar umbi sekolah lagi. Namun, apa yang masih menjadi tanda Tanya akan keberkesanannya dan pelaksanaannya yang mana diharapkan dapat memperbaiki program KIA2M itu sendiri. Segala-galanya masih kabur dan smoga tanggungjawab yang diamanahkan selaku guru tahun satu ini menjadi satu cabaran, pengalaman dan saluran untuk diri ini menuntut ilmu. Amiin..

Memori LINUS 2010 - kenangan bersama rakan seperjuangan (Kump1-BahWakJung) gabungan mantap 1 Malaysia.. hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)