Sharing is caring =)

Khamis, 5 Mei 2011

Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 11

“Sebenarnya, abang tidak percaya pada cinta pada mulanya. Masa abg belajar dulu, abg ingat tak nak terlibat langsung dengan cinta ni. Biasalah, dah ada pengalaman cinta monyet dulu, bergayut di dunia fantasi. Melalaikan lagi adelah. Tujuan utama abg ke sana pun untuk menuntut ilmu bukan utk bercinta. Selama 4 tahun, abg telah berjaya menahan diri abg utk tidak terjebak dgn cinta. Ramai yang ingin berkenalan dengan abg, tetapi satu-persatu hajat mereka abg tepis. Abg pun tidak tahu, mengapa ada juga perempuan yg berkenan dan nak berkenalan dengan abg dengan lebih rapat. Kalau nak dibandingkan dari segi rupa paras, abg jauh kalah dengan lelaki-lelaki yang lain. Yang abg tau, muka abg ni ada manis sikit la. Macam muka anak mami pun ada.. hehe”, gurauku.

“Haha… Abg mengada”, celah Ruzi. “Lepas tu bang, macamna tiba2 leh terbuka hati pulak nak kenal kak Ima tu?”

“Ermm… Entahlah Zi… Abg pun tak sangka juga dapat berkenalan dgn dia. Tak dirancang pun. Mungkin tu lah jodoh pertemuan. Abg mula mengenalinya selepas ‘orientasi week’.
“Abg masih ingat lagi pertemuan pertama dengan dia. Pertemuan pertama yang mengembangkan kelopak hati. Masa tu, jantung abg bedegup kencang, tangan mengeletar, mata tidak berkedip, bunyi riuh-rendah tiba-tiba menjadi sunyi, nafas terasa semakin perlahan, rasa macam masa terhenti seketika. Dunia tiba-tiba tidak bernyawa, semuanya berlaku dengan pantas. Abg hanya memandang akan sekujur tubuh. Abg terpaku melihat seorang bidadari di hadapan abg. Subhanallah!!! Ya, Allah indahnya ciptaanMu”, bisik hati abg.

“Eh, Iiiiim tolong bagi barang tu dengan dia! U tengok apa tu??”, Sergah Sim, kawan abg. Lamunan abg terhenti, tak pasal-pasal abg jd kelam-kabut la masa tu. Hehe. Ada ka patut abg leh terlupa nak bagi brg koperasi kpd ‘junior’ baru tu. Tangan dah dihulur, cuma tak beri lagi la. Tau tak, masa tu abg punya la khusyuk melihat bidadari dunia tu sampai barang terlupa nak diedarkan. Yang edarkan tu takpe la, tapi yg malunya bila kawan2 abg tu sakat abg ramai2. Huhu.. Malu jugak rasanya. Tebal muka abg masa tu. Ini lah pertama kali, abg dihinggapi perasaan seperti itu. Rasa nak luruh jantung abg tatkala pandangan di pertemuan pertama, hehe”, sambungku.
“Wa, bahaya ni! Dah jatuh cinta pandang pertama la tu bang… Hehe..” Sindir adikku. “Abg tau tak nama dia masa tu?”

“ Masa tu abg tak tahu pun siapa dia, namanya, kelasnya atau apa2 mengenainya. Totally zero. Abg hanya ingat akan wajahnya. Wajah yang membuat hati abg tidak tenteram”, luahku. “Bak kata pujangga, Makan tak lena.. Tidur tak basah… Eh, silap!! Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah!!” Sela adikku yang bongsu. Kami pun terketawa terbahak2. Suasana pada malam itu menjadi hiruk-piruk dengan gelak ketawa ahli keluargaku……

--> bersambung

Jumaat, 8 April 2011

sms cute+persahabatan+tazkirah+love (~.^)

Salam Pertemuan... Lamanya menyepi tidak menyapa teman bicara hati ni..hehe... Apa khbr semua? Em.. Dalam mencari erti hidup yg bahagia, kita sentiasa menghadapi pelbagai dugaan. Baik yang baik mahupun yang tak baik..hehe... Tapi bukan tu yg nak dicerita.. Sebenarnya tercetus idea nak wujudkan satu halaman g utk menyimpan mesej2 yg menjadi sejarah... Masa nak delete sebelum ni, tetiba muncul idea nak share kat blog. Biasalah, sms kan ada banyak style. Maybe, anda semua da pernah terima ataupun x.. Jd, kepada sesiapa yg rajin nak menjenguk, datanglah menyapa taman kenANGAN sy d atas ni... Kalo nak komen pun atau tambah pesanan boleh jugak.. Dialu-alukan lagi... Slmt bertandang... =)

Khamis, 10 Mac 2011

DAKAPAN RINDU SANG PERTAPA.

Ya Rab….,
Inginku tanya pada-Mu,
Apa rahsia aku dan dia,
Terkurung sepi dalam penjara rindu,
Membilang hari pertemuan tanpa perjanjian,
Bagai menabur benih rindu di atas batu,
Sedang ku tahu,
Benih dan batu sukar menyatu,
Jika Kau kirim pada batu unsur kehidupan,
Subur mekarlah bunga kerinduan,
Dalam dakapan perkasihan.

Namun..,
Aku hanyalah sang pertapa,
Terpaksa menyimpan dendam kerinduan,
Dalam dada luka lara.
Mampukah aku mengurung rindu?
Sedang jiwaku kian lemah,
Atau mungkinkah rindu ini kelak,
Menyelimuti tubuhku,
Terkubur dalam perut bumi.

Ya Rab..,
Apa rahsia Kau hidupkan dia dalam aku,
Sedang aku tidak memiliki daya menghibur dukanya,
Sedang aku tidak mampu menatap tangisnya,
Sedang tanganku tidak berdaya menyapu air matanya,
Aku takut menambah dukanya,
Kerana tanganku tiada kekuatan menyentuh wajahnya.
Yang mampu ku lakukan,
Ku ukir senyum dalam dada luka,
Ku pamer ketenangan dalam kesakitan,
Agar dia rasa tidak berdosa,
Menutup tirai pentas perkasihan.

Dan aku tetaplah batu,
Yang tidak berupaya menyubur benih kasih,
Kerana aku bukan Pencipta.
Dan aku tetaplah batu,
Yang hanya layak menagih rindu,
Di angin lalu.

Dan aku tetaplah batu,
Hanya layak menghidu baumu,
Untuk mengubat rinduku.
Dan aku tetaplah batu,
Hanya layak menyentuh tapak jejakmu,
Untukku nikmati kekudusan kasihmu,
Dan aku tetaplah batu,
Hanya layak melakar wajahmu,
Dalam kepingan memori lara.
Dan aku tetaplah batu,
Hanya layak melafaz ikrar cinta kasih padamu,
Di setiap sujudku pada Rabku.
Itulah aku dan kamu,
Dalam dakapan rindu,
Sang Pertapa.

Nukilan Wulian....

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)