Sharing is caring =)

Selasa, 21 September 2010

Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 6

“Ha, apa yg korang berdua sembangkan tu?”. Tanya Akid, rakan yg memanggil kami tadi. “hehe… xdala.. hal dunia ja….” Balas Man. Aku tersenyum…….. “Jom la balik! Da nak maghrib ni” Rahman mengomen……. “Okla2…. ‘let’s go guys’, balas Akid…………. Kami beransur pulang.


Keesokan hari, selesai waktu kelas. Seperti biasa aku ditemani oleh teman akrabku di sini. ‘My Record book’. Macam selalu, masa senggang sebegini akan diisi dengan menyiapkan refleksi yang tertinggal kosong di setiap muka rancangan pengajaranku. Walaupun, adakalanya aku leka untuk melaksanakan rutin harianku ini. Biasalah, pabila penyakit ‘M’ mula menghinggapi diriku. Rasa malas memanjang ja sampai tertinggal berapa lembaran refleksi yang tiada tersentuh oleh laluan mata penaku. “Aku perlu melangkah cergas! Aku tidak boleh longlai sebegini. Di mana jati diriku yang dulu? Berdedikasi, Optimis dan Proaktif??” Aku perlu memotivasikan diriku sendiri”. Bisik hatiku.


“Im, apa ‘folder’ yang berlabel ‘my design’ ni?” Tanya Nur kepadaku tatkala menyelongkar fail2 di dalam ‘laptopku’. “Alamak!!” Aku menjadi tidak tentu arah. “Iskh!! Jangan buka Nur! BAHAYA ni!!” Gertak hatiku. Aku cepat-cepat pergi ke arah Nur. Dan.. belum sempat ku merapatinya… Tiba-tiba terdengar dendangan lagu intro ‘TEMAN TERISTIMEWA’. Alamak….. Gawat… Gawat ni. Kataku lagi.


Teman dengarkanlah, Ungkapan kata penuh makna,

Kutujukan kepadamu, Insan teristimewa di hatiku.

Impian telah dibina, Takdir yang akan menentukannya…… Terima ka…..


Aku menghentikan lagu tersebut. “Eh, napa awak ‘stop’ lagu ni?” Tanya Nur. “Takda apala. Tak ‘best’ pun lagu ni. Tak sedap!! Baik ‘off’kan je.” Jawabku. “Laa… Orang baru nak menghayati. Potong ‘line’ betullah Im ni”. Salah ke kalo saya nak dengar. Takpa, tak kisah sedap ke tak. Nak dengar jugak!!”. Nur, rakan sejawatku terus memaksaku untuk memainkan lagu tadi. Akhirnya aku mengalah. Ok la, ‘play’ la. Rajukku lagi. “Ha, macam tulah. Kan senang!!”. Hehe.. Sindirnya kepadaku. (Nur adalah rakan sejawatku di sekolah ni. Seorang kakak bagiku yang usianya 5 tahun lebih tua dariku. Tetapi, dia tak nak dipanggil kakak) Lagu itu diputarkan juga tampaknya.


Teman dengarkanlah, Ungkapan kata penuh makna,

Kutujukan kepadamu, Insan teristimewa di hatiku.

Impian telah dibina, Takdir yang akan menentukannya……

Terima kasihku ucapkan, maafkanlah segala kesilapan.

-------------------------------------------------------------------

Kaulah ratu di hatiku engkaulah sahabatku,

Ku amat menyayangimu ku amat menyintaimu.

Smoga impian kita termakbul juga akhirnya,

Ya Allah…. Perkenankanlah doa kami….

-------------------------------------------------------------------

Satu ku mengingatimu, dua tandanya ku suka,

tiga ku merinduimu, empat kasih ku padamu,

lima ku menyayangimu, enam ku amat menyintaimu,

Sayangku, buah hatiku just for you..

-------------------------------------------------------------------

Sayang, jagalah dirimu, pelihara akhlakmu dan jua tutur katamu.

Jadilah seorang wanita solehah, taati suami dan ibu bapa, moga bahagia selamanya.

-------------------------------------------------------------------

Andai tiada jodoh, terimalah seadanya, redha dan syukurlah kita dipertemukan.

Akanku abadikan sebagai kenangan, satu ku pinta ingati diriku.

Duhai sahabatku…….


Not bad la Im, ok ja saya dengar lagu ni. Best apa. Tapi macam ala-ala nasyid ja. Lagi satu yang saya pelik, macam suara Im plak. Im nyanyi eaa?” Nur seakan dapat mentafsir akan maksud tersirat disebalik lagu tu. “Hahaha…. Takde la”. Sangkalku, menyelindungkan jawapan sebenar persoalan itu. “Takkanlah Im yang nyanyi. Suara pun tak sedap. Inikan pula nak buat lagu sendiri. Hehe… salah orang tu”” aku senyum2 kambing. Cuba melarikan diri daripada pertanyaan yang mengepung perasaanku. Aku tidak ingin dilanda ribut kekecewaan sekali lagi yang akan menghancurkan diriku sendiri. Biarlah aku senyap. Semoga diamku ini akan menjadi emas seperti yang diumpamakan oleh sesetengah orang. Yang begitu berharga nilainya yang dapat menjaga hati dan perasaanku…….. Perbualan kami tamat di situ tatkala loceng dibunyikan.


“Masa untuk balik”. Kataku diikuti senyum tawar…………... Terkenang lagi peristiwa lama. Memang betullah kata kawan aku, mudah untuk menyayangi seseorang tetapi bukan mudah untuk melupakannya. Segala memori silam mula muncul satu-persatu di ruang mindaku. Peristiwa silam menghantui pemikiranku lagi. Aku termenung di dalam kereta yang dipandu rakan sehinggalah sampai di perkarangan rumahku. “Im…. da sampai”. Hashim mengejutkan aku. Lamunanku terhenti. (“Iskh… aku ni asyik mengelamun ja kebelakangan ni”). Bentak hatiku. Malu rasanya diperhatikan oleh cikgu Hashim tadi. Dia tersenyum melihatku. “Terima kasih cikgu”. Ucapku. Aku terus membuka pintu dan keluar dari kereta iswara berwana hitam kepunyaan cikgu Hashim. Perlahan-lahan kereta hitam itu berlalu pergi dan samar-samar hilang daripada pandangan mataku. Aku melangkah menuju ke kediamanku. Selesai solat, aku pun terlena, beradu di taman mimpi. Mimpi yang kadangkala mencapai impi.

Im… Ima da nak bertunang ni.. InsyaAllah hujung tahun ni.. Ha?? Bluubb (menelan air liur). Jawabku tersedak. Ima memberitahu perkara tersebut kepadaku.....



--> bersambung


4 ulasan:

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)