Sharing is caring =)

Isnin, 20 September 2010

Ramadhan dan Syawal yang berlalu pergi

Assalamualaikum... Rasanya tak terlambat lagi untuk saya mengucapkan Salam Lebaran, Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan dan teman pembaca yang mengenali diri ini. Sekeping hati bermunajat kepada Ilahi semoga memanjangkan umur di dalam kebaikan. Syukur di atas segala nikmat yang diberikan dan dihidupkan dari lena kematian kecil. Smoga hidup ini semakin bermakna dengan cintaNya. Alhamdulillah.... Seuntai Puisi untuk dikongsi.. Sebagai pengganti diri di Aidilfitri...

IKHLAS DI HARI RAYA

Kita memberi bukan untuk menerima
Menabur budi bukan untuk dianggap berjasa
Moga tulus, putih dan murni hati kita
Memberi adalah kerana-Nya jua

Tidak mengapa jika tidak dikenang
Asalkan segalanya memberi satu ketenangan
Menyebut kebaikan meragut keikhlasan
Bukan kerana kelebihan kita…

Dalam samar mainan rasa
Kekadang datang jua serpihan bangga
Mengharap adanya balasan
Mendamba hadirnya kemasyhuran

Bukan itu yang diburu sejak mula
Ditagih kasih rasa di depan-Mu saja
Bila terasa segalanya dari-Mu
Rebahlah segala dari kita yang hina

Lalu…ke tika Takbir Syawal bergema…
Muhasabahlah tentang keberkesanan puasa kita
Apakah sudah ada keikhlasan…
di puncak taqwa.
Atau sekadar di pinggiran…
lapar dahaga!

Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar… walillah hil hamd
Oh, syukur kiranya Dikau masih sudi mengizinkan
Kami memuji dan memuja-Mu
Walau dengan lidah dan hati yang berdosa

kredit kepada: genta-rasa.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)