Sharing is caring =)

Jumaat, 22 Januari 2010

Saat Terakhir

Saat Terakhir

“Malam ini terasa amat syahdu, hujan renyai2 mula membasahi permukaan jalan raya seakan-akan menangisi waktu yang berlalu pergi. Keheningan malam membaluti tubuhku tatkala menunggang motorsikal menuju ke arah persinggahan utamaku. Setiba di perkarangan rumah sewa, derap2 air mula memperlahankan momentumnya seperti meniru halaju kenderaan bertayar dua ni. Apa2 pun, ‘atleast’ da sampai rumah. Sebenarnya aku menghadiri majlis perkahwinan anak seorang tokoh terkemuka (Bekas Guru) di sini tadi. Berbeza sungguh adat resam dan budaya di bumi ‘petroleum’ ni. Sedikit-sebanyak dapat mengubah persepsi dan mnambah ilmu tentang kehidupan masyarakat melayu Sarawak.

Chiiiiik (Membuka mangga pintu). Sayup-sayup kedengaran lagu yang sangat ‘familiar’ dan sebati dalam atmaku, “Saat Terakhir”. Rupa-rupanya, aku terlupa untuk mematikan ‘laptop’ ku. Hmm.. Mendekati kaca skrin, dapat ku lihat banyak mesej drp ‘facebook’ yang telah memenuhi ‘inbox’ ku. Tergerak hati untuk membuka ym. Alangkah berdebarnya benak ini tatkala melihat status seorang teman yang seakan-akan mengetahui isi hati ku. Huh! Cobaan2x. ~Saat Terakhir.. – Puspa~ status yang dipaparkan di dinding-nya…. Apakah dia juga mengetahui isi hatiku? Jarang2 berlaku, satu dalam sejuta, kejadian yang serentak, di luar duga. Apa2 pun, ku anggap ini sebagai kebetulan……………. =)

Mmg perasaan berdebar ini telah berputik di lubuk hati sewaktu menghadiri majlis kenduri tadi. Apa tidaknya, tuan rumah menyorong kitab berzanji untuk di baca oleh para tetamu. Tidak pasal2 terkena aku yg buta akan lagu2 berzanji. Lucu jugak tadi.. hehe… erm, berbalik kepada cerita hari ini. Nampak gayanya, murid semalam dah boleh menyelesaikan soalan sebgai kerja rumah kelmarin. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa membantu, Memberi kemudahan dalam menyampaikan ilmu kepada generasi pemimpin akan datang. Amiin.. Hmm.. Kantuk mula menyambar kelopak mataku. Xtertahan da.. k la.. smoga hari esok lebih baik drp ari ni….slm muhasabah…nite…wslm ~.^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)