Sharing is caring =)

Ahad, 24 Januari 2010

Antara Dua HATI...


“Ku biar kalam berbicara, meluahkan hasrat di jiwa, akan mudahku mengerti, segala yang terjadi, sudah suratan Ilahi……..” (Lagu UNIC:Teman Sejati) ‘Handphone’ ku berdering panjang… Masa tu aku tengah solat asar.. “Iskh, mengganggu betullah! Siapalah yg mganggu ‘time’ aku solat pulak ni. Ada2 ja gangguan” Bisik hatiku (xkhusyuk jadinya..huhu…pengajaran=len kali,silent lu hp bila nak smbhyg..hehe). Selesai berdoa, dengan serta-merta ku gapai telefon bimbitku di atas meja. Ku lihat, ada 2 panggilan daripada adikku, Iza (bukan nama sebenar). “Ada apa adikku ‘kol’ petang2 ni. Mungkin ada hal penting agaknya.” Lantas, tanpa membuang masa, aku terus ‘mendail’ nombor adikku semula… “Hello, Assalamualaikum!” Kataku. “Wa’alaikumussalam” Jawab adikku. Kami pun meneruskan perbualan kami. Dan pada masa itu, bermulalah satu episod yang bersejarah dalam keluarga kami. “Nak tau x apa dia?”…. Hm.. Sebenarnya begini ceritanya: =)

Sebenarnya, tujuan utama Iza menelefonku lewat ptg tu kerana hendak menyatakan isi tersirat yang membelenggu dirinya sejak kebelakangan ni. Menurut katanya, baru2 ni ada seorg cikgu (cikgu A) yg meluahkan hasrat di hati untuk mengambilnya sebagai teman hidup. Namun dia berhadapan dengan jalan buntu kerana dalam masa yang sama dia juga ada menaruh perasaan dengan seorang hamba Allah yang juga merupakan orang Sabah dan masih belajar di UMS kalau tak silap. Daripada apa yang diceritakan, temannya (teman B) memang telah lama berkawan dgnnya dan ini telah menimbulkan bibit2 cinta di antara mereka namun tidak diserlahkanlah. Maksudnya, dua2 tidak meluahkan perasaan masing2. Alhmdllh.. terjaga jugak batasan agama. Untuk pengetahuan semua, sebenarnya cikgu tu mengajar di sekolah bapaku mengajar. Dan bapaku memang dah kenal sangat la orgnya tu. “parent” pun da taw pasal benda ni. Tapi, xla pulak sampai tahap macam ni. Kalo ikut daripada apa yg makbapak katakana, memang diorang berkenan dgn cikgu tu..huhu..entahlah….

Hmm.. Nak di pendekkan cerita, Iza sebenarnya ingin meminta pendapat daripada abangnya (aku la tu-haha) setelah mengambil kira pendapat daripada orang tua yakni ibu bapa kami… Sebenarnya, pada pandangan aku, hak memilih jodoh dan pasangan ni jatuh kepada si empunya badan. Tidak adil sekiranya hak memilih jodoh diserahkan sepenuhnya kepada ibu bapa. Setelah mendengar bait-bait kata daripada adikku, akhirnya aku pun mula menyusun bicara dan bersuara (lebih kurang camni la).. “Iza, sebenarnya bagi pendapat abg, abg rasa lebih elok kalo Iza mempertimbangkan faktor2 daripada kedua-dua belah pihak. Terkadang, apa yang kita nampak elok luarannya tu, tidak semestinya akan menjanjikan sesuatu yang elok juga dalamannya. Memang benar, setiap yang baik luarannya itu adalah pantulan daripada sifat dalamannya. Namun kita jangan tertipu. Kerana dunia ini penuh dengan keseronokan dan kepalsuan semata-mata”. Aku memulakan bicaraku dan satu anologi tiba2 berlegar2 di mindaku. “Kalo kita memilih durian misalnya, kadang2 kita Nampak elok luarannya, tapi belum tentu baik isinya kan!. Samalah dengan memilih pasangan”. Aku mula berfalsafah kepada adikku. (Biasalah, kebetulan masa tu aku baru habis makan durian..hehe)

Dalam surah al-Baqarah ayat 216 ada menyebut: “……Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Jadi, kita kena mendalami sedalam2nya keputusan yang bakal kita putuskan nanti. Aku meneruskan ucapanku. “Setiap manusia ingin hidup bahagia. Sebab itu kita perlu memilih pasangan yang terbaik untuk diri kita. Bagaimana untuk memilih jodoh yang terbaik itu? Jawapannya sebenarnya sangat sederhana dan jelas,iaitu dengan mengikuti paradigma wahyu al-quran dan sunnah. Semuanya telah digariskan melalui kitab mulia Al-Quranulkarim yang mulia dan hadis nabi Muhammad s.aw. sepertimana yang telah dirakamkan dalam satu hadis: Dari Abi Hurairah Ra ia berkata : Dari nabi SAW beliau bersabda : Seorang perempuan dinikahi kerana empat faktor: Sebab hartanya,keturunannya,kecantikannya,dan agamanya. Maka pilihlah perempuan yang memiliki agama, maka rugilah bagi kamu yang tidak memilih orang yang baik agamanya.’ Ada empat faktor yang menjadi pertimbangan dalam menentukan pasangan yang akan menjadi pendamping hidup:

1.Sebab hartanya
2.Sebab keturunanya
3.Sebab kecantikanya,dan
4.Sebab agamanya.

Fuh! Xlarat pulak nak taip.. xpala.. di ringkaskan cerita, kesimpulannya, aku memberitahu padanya bahawa sebaik-baik PERANCANG adalah ALLAH s.w.t. Acap kali, manusia lalai dan melupakan Khalik-nya yang mengetahui buruk dan baik pilihan dan keputusan kita. Aku menasihatkan adikku supaya mengambil masa untuk menilai calon2 hatinya. Dan untuk menentukannya, amatlah baik jika kita memohon pertolongan dan doa kepada-NYA. Solatlah Istikharah dan solat hajat untuk memohon diperteguhkan hati dan di buka hati kepada Nur yang akan mendampinginya kelak. Hm.. Nampak gaya, lepas ni jadi abg ipar la pulak..haha.. k la.. xlarat dan menceritakan apa yang terjadi… Azan da berkumandang…salam ibadah…Semoga sentiasa di bawah Rahmatnya… “Ya Allah, kurniakanlah aku pasangan yang beriman, yang menyintai-MU dan menyintaiku, yang menyejukkan mata dan mendamaikan hati memandangnya. Yang bias membahagiakan rumah tangga dan melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah.” Amiiiin….


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)