
Hujan yang turun mencurah2 tanpa henti selama beberapa hari telah menyaksikan pelbagai peristiwa yang mampu membuatkan setiap mata layu memandangnya. Antaranya kejadian JAMBATAN runtuh menuju ke sekolah. Jambatan ini mrupakan laluan utama penduduk kampung ke jalan besar dan satu-satunya cara untuk pergi ke sekolah. Disebabkan masalah ini, kami terpaksa meredah sungai (air sungai yg pasang). Air yg menenggelamkn sebahagian jambatan menyukarkan kami untuk meyeberangi sisa2 jambatan kerana dalam keadaan jambatan yang licin, tidak stabil dan mampu runtuh bila2 masa sahaja menimbulkan prasaan yang takut dan gerun untuk melaluinya. Namun, berkat ketabahan dan kesungguhan demi anak bangsa dan tanah air, kami sebagai guru bersiap sedia untuk menghadapi risiko ini. Semuanya kerana tugas mulia mendidik anak bangsa. ~.^ TERIMA KASIH CIKGU!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Cerita hati ^.~