Sharing is caring =)

Isnin, 21 Mei 2012

MENCARI WARNA PELANGI, MENDAMBA KASIH ILAHI

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan kepada buat rakan-rakan seperjuangan.

Salam Rejab untuk semua. Cepatnya masa berlalu seperti angin yang menyapa tubuh badan kita. Dalam terleka, tidak sedar yang kita sudah tiba di awal Rejab. 1 rejab. Tinggal 2 bulan saja lagi sebelum kita menempuhi rukun islam yang ke 3, iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Bersediakah kita?? InsyaAllah kita akan bersedia juga walau masih tidak bersedia. (~.^)

Sempena kedatangan bulan REJAB ini, tiba-tiba rasa bersemangat pulak untuk mencipta 'header' yang baru. Sudah lama tidak meletakkan sesuatu di 'kepala' blog ni. =) Saya memilih gambar pemandangan di Perlis pada tahun 2007 sebagai latar belakang. Sungguh tertarik dengan keindahan suasananya. Subhanallah!! indah sungguh ciptaan Ilahi.

"MENCARI WARNA PELANGI, MENDAMBA KASIH ILAHI" adalah tema utama blog saya ini. Kata-kata ini tercetus sewaktu pertama kali menekan buttang 'Create your own blog'. Mencari warna pelangi bermaksud tujuan utama yang saya ingin perolehi. Mencari warna pelangi. Sebagaimana yang kita ketahui, pelangi terdiri dengan warna-warni yang sinonim dengan pelbagai suasana, bermacam-macam ragam, beribu-ribu tafsiran dan bermacam-macam makna lagi. Simboliknya, sebagai seorang insan yang penuh dengan kekurangan dan kekhilafan, saya perlu mencari warna-warna yang berbeza untuk mengisi keceriaan dan keindahan dalam hidup ini.

"Mendamba kasih Ilahi", bermaksud: disamping mengharungi pelbagai onak dan suasana kehidupan sebagai makhluk yang lemah, saya ingin membuat sesuatu berlandaskan kepada mendamba kasih ilahi iaitu membuat sesuatu yang direhai ALLAH. Mencintai apa yang Allah cintai, meninggalkan apa yang ALLAH tidak sukai. Wallahualam...

Serba ringkas tentang tema blog saya.. ^.~

Sabtu, 19 Mei 2012

Contohi Idolaku (~.^)


SUNNAH-SUNNAH RASULULLAH
KETIKA BANGUN DARI TIDUR

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ءال محمد

1.       Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan:
Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar merekodkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:

فَاسْتَيْقَـظَ رَسُولُ اللهِ (ص) فَجـَلَسَ يَمْسَحُ النَّوْمَ عَنْ وَجْهِهِ بِيَدِهِ
“Rasulullah S.A.W. bangun daripada tidur lalu beliau duduk sambil menyapu kesan-kesan tidur pada wajahnya.”
(Direkodkan oleh Muslim)
2.       Membaca doa bangun daripada tidur iaitu:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَحْيَنَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami (tidur) dan kepadaNya kami akan dibangkitkan.”
(Direkodkan oleh Bukhari)

3.       Bersugi:

كَانَ (ص) إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ يَشُوصُ فَاهُ بِالسِّوَاكِ
“Rasulullah S.A.W. apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi).”
(Direkodkan oleh Bukhari dan muslim)
Antara kebaikan bersugi adalah mengembalikan kesegaran dan kecergasan tubuh badan serta dapat menghilangkan bau mulut yang tidak menyenangkan.

Jom kita contohi idola kita yang agung ini. InsyaAllah ada kebaikannya.. Dan memang dijamin 110%. Salam ingatan dan salam muhasabah ^.~  jdhp, mmms

Sumber: Amalan 24 jam dalam kehidupan Rasulullah S.A.W. by Zulkarnain Dollah, (2009).

Jumaat, 18 Mei 2012

RPM (menangis takut)

RANCANGAN PEMBACAAN MINGGUAN (BISMILLAH)
StyLE (^.~)
27 JAMADIL AKHIR 1423 H
JDHP, MMMS
KELAS
PENENANG JIWA
RUJUKAN BUKU
TERJEMAHAN KITAB MUKASHAFAH AL QULUB
(IMAM AL-GHAZALI)
TAJUK
MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir proses pembacaan hati dapat;
  i.    Muhasabah, istiqomah dan tersedar dari mimpi
KEMAHIRAN/ISI KANDUNGAN
1.     Telah berkata Abdul-Laiths ra:
“Sesungguhnya Allah mempunyai para Malaikat di langit tujuh bersujud sejak Allah menciptakan mereka sampai hari Kiamat. Mereka takut menderhakai Allah. Ketika hari Kiamat mereka mengangkat kepala, seraya berkata: “Maha Suci Engkau. Kami telah menyembah Engkau dengan sesungguhnya.” Demikian inilah yang tersebut dalam firman Allah:

Maksudnya: mereka takut kepada Tuhan mereka Yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa Yang diperintahkan.
(An-Nahl:50)

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaun jatuh dari pohonnya.”

2.     Diceritakan: Ada lelaki jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk suatu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sesampai di kampung yang sunyi ketika orang-orang sudah tidur. Lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. Si wanita itu pun menyahut, “Lihatlah apakah orang-orang telah tidur semuanya?” Dengan demikian lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya hendak dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak. Setelah jelas orang-orang telah tidur, segera dia menghampiri wanita itu seraya berkata, “Benar, semua orang telah tidur.” Lalu wanita itu bertanya, “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga tidur?”

Lelaki tersebut menjawab, “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.” Wanita itu lalu berkata lagi, “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak kita takuti.” Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan itu kerana dia takut kepada Allah. Dia pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada seorang bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya, “Apakah yang dilakukan oleh Allah kepadamu?” Lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosa itu.”

3.      Allah s.w.t berfirman:  
Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu);
(Al Maidah:44)
-----------------------------------------------

 






175. Sesungguhnya (pembawa berita) Yang demikian itu ialah Syaitan Yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang Yang beriman.
(Al Imran:175)
 -----------------------------------------------
37. maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang Yang melampau (perbuatan derhakanya), -
38. serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -
39. maka Sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
40. adapun orang Yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
41. maka Sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
(An Nazi’at:47-41)

REFLEKSI/
MUHASABAH DIRI:
Pesanan utk diriku sendiri ~.~

Rasulullah s.a.w seringkali berdoa:
“Ya Allah, berikanlah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”

Barangsiapa ingin selamat daripada azab Allah serta mendapat pahala dan rahmat-Nya, hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta jauhi maksiat.

"Ya Allah, pimpinlah seluruh jiwa dan ragaku. Janganlah Engkau biarkan aku terleka walau sesaat pun..." amiin

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)