Ahad, 6 Februari 2011
Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 9
“Hmm.. kalau macam tu, tidak apa lah. Sekarang ni, Ibu nak minta persetujuan Im ja. Nak ibu dengan bapa kamu cuba tak? Kalau Im setuju, ibu akan beritahu bapa kamu. Boleh kami tolong aturkan. Cuba dulu kan. Manalah tahu ada rezeki.” Nasihat ibuku. “Terpulanglah bu. Im ikut ja mana yang terbaik. Im tak kisah. Buatlah apa yang ibu dan bapa rasa patut. Im ok ja.” Sahutku…. “Baiklah kalau Im dah kata macam tu. Nanti ibu bagitau dengan bapa kamu. Ibu nak keluar dulu. Nak sediakan makan malam.” Ibu beredar selepas aku duduk di tepi katil. Aku termenung melihat ke luar jendela. “Ada-ada saja ibuku ni”. Bisik hati kecilku. Memang dah biasa ibu menjengukku. Terutamanya bila aku ada di rumah. Jadi anak manjalah katakan. Apa yang aku nak, InsyaAllah semuanya dapat. Rasa macam anak kesayangan pula. Hahaha. Sampaikan semua adik-adikku ‘jeles’. “Kalau abg balik rumah jak, mesti ibu yang akan masak. Selalunya kak Ruzi (Adik yang ke-3) jak yang masak. Nampak sangat ibu sayangkan abang lebih daripada kami.” Keluh adik yang bongsu, Ayang. “Yalah, kalau abg balik jak, mesti makanan sedap-sedap”. Sambung Ruzi lagi. “Eh.. Kamu ni ada-ada jak. Mana ada macam tu. Ibu sayangkan kita semua sama jak lah. Biasalah tu kalau abg dapat lebih perhatian sikit. Kan abang jarang-jarang balik. Hehe…” Terangku kepada mereka. “Yalah tu. Abang tu memang mengada. Malaslah nak cakap dengan abang. Jom dik kita tolong ibu!”. Ajak Ruzi kepada adik bongsuku. Biginilah suasana apabila musim cuti, bila mana semua orang berkumpul di rumah. Macam-macam ragam. Jenuh juga nak layan karenah mereka. Tapi yang seronoknya, bila dah kumpul ramai-ramai mesti ‘happening’ gila. Riuh-rendah ja rumah kami. Terasa indahnya hidup dalam sebuah keluarga yang ceria dan sederhana begini. Syukur Alhamdulillah, permata hati ayah dan bonda semuanya baik-baik belaka. Tiada kambing hitam yang menggugat kesejahteraan dan kedamaian keluarga kami. Semoga dijauhkan daripada unsur-unsur negatif tersebut. Peliharalah keluarga kami ya Allah………
MALAM YANG HENING
Pada malam itu, keluargaku meraikan sambutan hari lahir adik-adikku. Kebetulan ada yang lahir pada bulan yang sama. Termasuklah diriku sendiri. Semuanya tiga orang. Oleh itu, sambutan itu diadakan secara ringkas disusuli oleh majlis berdoa selamat. Bila ada majlis, mestilah ada hadiahnya juga kan. Alhamdulillah, walaupun tak padan dengan usia, aku turut mendapat hadiah daripada kaum kerabat keluargaku. Ada yang memberikan kad la. Ada yang bagi hadiah dalam bentuk bungkusan. Ada pulak melalui ucapan. Dan bermacam-macam lagi. Tetapi ada satu hadiah yang amat ku minati. Hadiah daripada seorang yang istimewa. Hadiah daripada ibu dan bapaku. Aku mendapat dompet daripada ayah dan bonda. Gembiranya hatiku. “Ibu, kenapa belikan abang dompet?” Tanya seorang adikku tatkala aku membuka bungkusan hadiah tersebut. “Ibu tengok, dompet abang kamu tu dah lusuh, dah lama tidak tukar. Sebab tu ibu belikan yang baru.” Jawab ibu. “Ibu, mahallah dompet ni ibu. Membazir ja. Kan baik simpan.” Aku menyuarakan rasa tidak puas hati. “erm, takpa lah. Bila lagi ibu dapat peluang nak berikan hadiah untuk anak-anak ibu. Setahun sekali ja pun.” Sahut ibuku. “hehe.. ok.. Terima kasih ya bu. Terima kasih juga pak. Dan juga untuk adik-adik abang yang tercinta. Abang sayangkan kamu semua.” Ucapku dengan nada yang sayu. Kami pun saling bersalam-salaman. “Maafkan salah abg ya kot-kot la ada silap dan salah.” Pintaku kepada ahli keluargaku……………
“Abang, napa abang simpan lagi gambar kaki ma tu? Tak baik tau.” Tanya Ruzi. “Eh eh.. Ada gambar dia ek? Hehe… aku tersenyum dengan pertanyaan adikku. “Bang… ceritalah cmna abg leh kenal dengan kak Ima tu.”
Malam itu berlalu dengan penuh bahagia. Bahagia yang mempercepatkan langkah masa. Tidurku lena dibuai mimpi indah………………..
Selasa, 1 Februari 2011
Aku Kecundang di jalan persahabatan 8
LEMBARAN BARU
Ku biar kalam berbicara…… Menyingkap rahsia di minda… Ku relakan pena menari… Merungkai persoalan di hati… Ku selitkan segala yang terjadi.. Di dalam suratan berupa diari. Semoga terungkai ikatan tali… yang selama ini mengikat diri………….
Bait-bait ini terluah daripada bibirku tatkala mengisi ruang masa ‘bermainku’. Ku lontarkan perasaanku melalui susunan melodi yang bercampur baur ibarat ‘rojak’. Tidak mengira rentak dan irama. Bisa saja berbentuk remix, jazz, tradisional dan bermacam-macam lagi tetapi yang pasti pada akhirnya akan berbentuk ala-ala nasyid juga. Haha..
Biasanya waktu petang sebegini akan aku habiskan dengan memerah keringat melawan kemalasan. Bermain di gelanggang hijau, berlari di segenap penjuru, mengatur langkah bekerjasama untuk merebut gelaran juara. Tetapi bukan kemenangan matlamat utama yang ingin ku capai, hanya sekadar menjalankan rutin harian dipinggiran waktu. Bersukan, menyihatkan badan dan minda disamping strategi menumpaskan pihak lawan. ‘Badminton’. Itulah permainan setiap kali selepas waktu persekolahan. Permainan strategi dan kekuatan yang mulai digemari dewasa ini.
Hujan lebat turun mencurah-curah. Disebabkan keadaan cuaca yang buruk, aku batalkan sahaja niatku untuk turun ke dewan. Memang permainan badminton ini sangat ku sukai berbanding permainan yang lain. Walaupun keadaan fizikalku tidak sesuai untuk sukan seperti ini. Entahlah, dah minat agaknya. Tak boleh nak buat apa… Sambil mengalunkan melodi hati, tiba-tiba aku terpandang akan sebuah kotak indah yang tidak asing bagiku. Cukup ku kenali akan rupanya. Dihiasi dengan pelbagai hiasan tangan. Dibaluti dengan kain berwarna-warni. Hiasan yang boleh menenangkan jiwa pabila memandangnya. Namun, isi di dalamnya jarang sekali untuk ku fahami akan tafsirannya. Jauh sekali untuk menghafal ayat-ayatnya. Mutiara berharga yang semakin dilupakan. Sentiasa menjadi hiasan sewaktu perkahwinan dan pertunangan. “Ya Allah…. Hambamu yang hina ini cukup jauh dariMU” detik hatiku pabila membuka penutup kotak tersebut…. Perlahan-lahan, aku buka lembaran demi lembaran. Ku lihat, kitab suci ini masih tidak terusik tanda muka suratnya. Baru ku sedari, bacaanku telah lama terhenti. Al-Qur’an yang menjadi pedoman, kutertinggal tanpa ditemani. “ALLAH…..” Titisan-titisan suci perlahan-lahan mengalir daripada mataku.
“Kata-kata pujangga kau agung-agungkan. Falsafah dan pemikiran barat sentiasa kau amati. Kau hiburkan jiwa ragamu dengan madah-madah cinta yang melalaikan dirimu sendiri. Mengapa Kitab suci Kalamullah tidak kau perhati? Tidak dibaca tatkala kau dahaga kasih. Ketika kau dilanda kecewa. Sesungguhnya engkau tahu bahawasanya ia penuh dengan nilai dan pengajaran yang mewarnai kehidupan mengalahkan segala macam pernyataan mahupun perkataan. Kenapa kau memilih yang lain sebagai rujukan???” kenapa?? Astaghfirullahal’adziim…. Aku menangis tersedu-sedu. Jeritan batinku meronta-ronta melihatkan kalam ilahi. Mataku terpaku apabila terpandang ayat 186, surah al-Baqarah:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”…..
Allahuakhbar!! Aku telah jauh daripada kebenaran. Aku tertipu dengan cinta dunia. Sedangkan ada cinta yang lebih agung sentiasa berada di sampingku. Cinta ilahi. Cinta yang lebih suci. Tiada tandingannya. Benarlah kata pujangga: “cintakan bunga, bunga akan layu; cintakan manusia, manusia akan mati; tetapi cintakan Ilahi, akan kekal buat selama-lamanya…..” cinta itu memang menipu bagi siapa yang dikuasai oleh nafsu. Aku akur dengan takdir Ilahi…. Sembuhkanlah hatiku ya Allah dengan ubat ayat-ayatmu. Sesungguhnya, aku semakin lemah dibuai nafsu. Aku telah hanyut dibawa ombak cinta duniawi. Lapangkanlah dadaku. Perelokkanlah akhlakku. Kuatkanlah keimanan dan ketaqwaan kepadaMu. Jadikanlah aku seorang hamba yang sentiasa taat mengerjakan surauhanMu dan meninggalkan segala laranganMu……………………… Amiin Ya Rabbal’aalamiin….
Lembaran yang aku buka tadi menyuntik semangat untuk bangkit kembali bernafas di dunia realiti. Hidayah itu datang tanpa diduga. Terima kasih ya Rabbi…. Walaupun ku tahu, "Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" - (Saidina Ali).. Namun, yang pasti aku lakukan semua ini bukan kerana tujuan mensia-siakan sahabatku. Kerana sahabat yang amat ku cintai, akan ku lepaskan ibarat seekor burung merpati. Andai dia adalah cintaku yang sejati, aku pasti dia akan kembali. Andai dia tidak kembali, maka redhalah yang diajar kepadaku. Dia bukan milikku.. tiada jodoh antara kita…..
Aku perlu tumpukan perhatianku kepada perkara lain. Ini dugaan yang kecil. Ujian hati sebegini pun tidak mampu untukku tempuhi. Sedangkan iman para sahabat lebih dahsyat lagi diuji jika dibandingkan dengan selemah-lemah diriku. Aku punya tanggungjawab yang lebih besar lagi. Perjuangan berabad lamanya. Jihad fisabilillah… Rasulullah pernah bersabda seperti mafhumnya: Sesungguhnya orang yang terbaik dikalangan kamu adalah orang yang menegakkan agama Allah di tempat yang teratas……….Ya Allah, aku bersyukur atas nur hidayah yang Engkau pancarkan di hatiku....
--> bersambung
Jumaat, 28 Januari 2011
Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 7
Sejarah lama itu, mematangkan lagi pemikiranku. Aku hanya mampu tersenyum. Senyum yang tiada rasa. Hampa. Sambil membelek diari lama, aku terpandang akan mutiara kata yang pernah menjadi pedomanku. “Cinta itu ialah apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat. Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan.” Dulu, masa aku rajin mencatat kata-kata hikmah dan kata-kata cinta daripada buku-buku dan internet. Pada masa tu, aku terketawa apabila membaca ayat-ayat cinta ni. Hahaha…. “Betulkah kata-kata ni. Mengarut saja. Mana ada orang yang bercinta lepas tu menyalahkan pertemuan pulak. Tak patut betul. Kalau tak nak putus, janganlah bercinta.” Fikirku. Sekarang, baru ku faham akan maksud tersirat kata-kata tu. Hanya orang yang makan cuka, akan rasa masambya. Dan hanya orang yang makan gula akan rasa manisnya. Dan kini, aku yang termakan garam, terasa sangat akan masinnya. Masin yang boleh mereputkan jiwa. Tidak mampu mengawet perasaan ini. Hahahaha. Aku mentertawakan diriku sendiri. Aku merasakan, orang lain yang ada di sekelilingku turut mentertawakanku………
Sedang hati pilu dilanda badai kecewa, hati ini terus diserang bertubi-tubi oleh pelbagai fitnah dan tohmahan manusia berhati batu. Apa tidaknya, yang kaca dinilai permata. Yang indah nampak buruk di mata. Biarlah! Biarlah mereka berkata dusta. Apa yang penting, aku perlu kuat untuk menyokong diriku sendiri, untuk terus menebar bakti, di sungai penuh duri. Setelah genap setahun di bumi kenyalang, bermacam-macam peristiwa yang menjengah jendela hidupku. Andai yang manis, ku telan untuk menghilangkan duka. Andai yang pahit, ku simpan untuk membina jiwa. Jangan dibuang yang pahit, kerana banyak kebaikan yang dating setelah pahit menyuntik ke dalam diri. “Redhalah dengan apa yang terjadi!” Pesan sahabat karibku sentiasa menjadi pedoman untuk meneruskan hidup ini……………..
Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~
Enjoy (^.~)
say TQ n sorry =)