Sharing is caring =)

Isnin, 15 Februari 2010

JANGAN.....

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki; takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sandal atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana KEMATIAN boleh bertandang bila-bila masa.

Jangan ego untuk memohon maaf pada ibu bapa dan sesama manusia andainya kita memang berdosa.

Jangan mengumpat sesama rakan, rosak persahabatan, hilang kebahagiaan.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita tidak sombong bila berjaya, andai gagal tidak kecewa.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur jiwa tenang, rezeki melimpah.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu gundah dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama. Hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Isnin, 8 Februari 2010

Lagu Sekolah: Sekolah Ku Cintai =)

Sk. Sungai Lingkau,

Sekolah yang ku cintai,

Melahirkan murid bervisi,

Hormat-menghormati amalan kami…


Disiplin sentiasa dipatuhi,

Budaya ilmu pedoman kami,

Gerak kerja dalam bidang gerko,

Akademik jangan tinggalkan….

c/o:

Putera-puteri Sk. Sungai Lingkau,

Tekun rajin menuntut ilmu,

Kejayaan matlamat utama diburu,

Cemerlang gemilang, sentiasa maju….


* Akhirnya, siap gak lagu sekolah sg. lingkau.. =)


Khamis, 4 Februari 2010

Rumah ku, Syurgaku..

“Nak, kalau anak berada di tempat org, tak kira di mana2 sahaja, ingat pesan pakcik ni, kalau kita baik dengan orang, InsyaAllah orang akan lebih baik lagi dengan kita, tetapi kalau kita jahat dgn org, org pun akan lebih jahat dengan kita.” Kata-kata itu terus berlegar-legar di ruang mindaku. Kalimat berharga itu diluahkan oleh seorang pakcik ketika aku berada di surau antara waktu maghrib dan isyak. “Ada benarnya kata-kata yang disampaikan kepadaku itu”. Bisik hati kecilku. Memang benar, pada pendapatku semuanya bermula daripada individu itu sendiri. Jika kita baik dengan org, mesti orang pun akan bersikap baik dengan kita dan sebaliknya…. Setuju tak? Anda pun semestinya lebih arif untuk menilainya… =)

Teringat pulak zaman2 kegemilangan sewaktu berada di maktab lu (kini IPGM Kampus Pulau Pinang). Kadang2 tersenyum sendirian apabila mengimbau zaman silam sewaktu berada di menara gading dulu. Macam2 perangai dan sifat org yang ku temui. Alhmdllh, aku bersyukur kepada Allah kerana dipertemukan dengan sahabat2 yang satu fikrah denganku yang banyak membimbingku mengenal lebih dalam lagi akan ilmu agama. Tidak ku nafikan bahawa diri ini merupakan seorang yang jahil dalam aspek keagamaan, sentiasa dihanyutkan arus duniawi yang tidak putus-putus menghasut diri ini. Rasa bersyukur sangat2 kerana Allah memilih hati ini untuk selalu dekat dengan rumahNya. Hati ini terdidik untuk menjauhi segala kemaksiatan dan kemungkaran yang mana sentiasa hinggap menjangkiti jiwa manusia yang mampu merabak dan menghitamkan peribadi dan perilaku seseorang.

Melalui-mu, aku temui kedamaian. Melalui-mu juga aku temui akan kasih sayang persaudaraan dan persahabatan.. melalui-mu aku temui jalan menuju kepada Tuhan. Mlalui-mu aku dapat memahami akan erti sebenar kehidupan.. Dari rumahMu aku mengenal erti kehambaan. BAITULLAH. Tempat ku mendamba kasihMu Tuhan. Padamu ku fahami erti cinta yang sebenarnya… "Ya Allah, kuatkanlah hatiku untuk sentiasa melaksanakan perintahMu dan menjauhi laranganMu"…amiin…

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)