Sharing is caring =)

Isnin, 21 Mei 2012

RPM (keutamaan Rejab)


RANCANGAN PEMBACAAN MINGGUAN (BISMILLAH)
StyLE (^.~)
1 REJAB 1423 H
JDHP, MMMS
KELAS
PENENANG JIWA
RUJUKAN BUKU
TERJEMAHAN KITAB MUKASHAFAH AL QULUB
(IMAM AL-GHAZALI)
TAJUK
KEUTAMAAN BULAN REJAB
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir proses pembacaan hati dapat;
  i.    Mengenali kelebihan bulan rejab, bersedia untuk memulakan langkah yang lama terhenti dan memperbanyakkan amal ibadah.
KEMAHIRAN/ISI KANDUNGAN
1.     Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Rejab adalah bulan Allah, Syaaban itu bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku.”

Ahli isyarat mengatakan, “Rejab itu terdiri dari huruf ra, ertinya ialah rahmat. Kemudian jim (ج), ertinya jurmul ‘abdi (kesalahan hamba). Dan ba, ertinya birru Allah (kebaikan Allah). Maka seolah-olah Allah mengatakan, “Aku jadikan hamba-Kudi antara rahmat dan kebaikan-Ku.”

Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata bahawa telah bersabda Rasulullah S.A.W.:
“Siapa puasa dua puluh Rejab, maka dituliskan untuknya puasa enam puluh bulan. Itulah hari di mana untuk pertama kalinya Jibril turun kepada Nabi S.A.W. diisrak-mikrajkan.” Baginda juga bersabda: “Rejab adalah bulan Allah. Siapa puasa sehari dari bulan Rejab kerana iman dan mengharapkan akan keredhaan Allah, pasti dia mendapatkan redha Allah yang Maha Agung.”

Dikatakan, “Allah menghias bulan-bulan itu dengan empat bulan. Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.: Itulah empat bulan haram yang disebutkan dalam Al-Qur’an:


36. Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) Dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan Yang dihormati. ketetapan Yang demikian itu ialah ugama Yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu Dalam bulan-bulan Yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa.
(At-Taubah:36)
  
2.     Dari Anas r.a., dia berkata, “telah bersabda Rasulullah S.A.W.”:

“Siapa berpuasa tiga hari dari bulan haram, dituliskan untuknya pahala ibadah Sembilan ratus tahun.” Dan berkata Anas r.a., “Pekak sajalah kedua telingaku jika aku tidak mendengarnya dari Nabi S.A.W.”

Bulan yang mulia itu ada empat. Malaikat terpilih juga empat. Kitab terutama yang diturunkan juga empat. Anggota wudhuk juga empat. Kalimat tasbih terutama juga empat, iaitu: ‘Subhanallah, walhamdulillah, laa ilaahaillallah, allahuakbar’. Musim juga empat: bunga, luruh, hujan dan kemarau. Khulafaur-Rasyidin juga empat: Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali r.a.

Ad-Dailami merawikan dari Aisyah r.a., dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda”:
“Allah menyiramkan kebaikan pada empat malam: malam Adha, malam Fitri, Malam Nisfu Syaaban dan malam pertama bulan Rejab.”

Ad-Dailami merawikan dari Abi Umamah dari Rasulullah S.A.W., baginda bersabda:
“Ada lima malam, tidak akan doa tertolak: malam pertama bulan Rejab, malam nisfu Syaaban, malam Jumaat, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha.”

REFLEKSI/
MUHASABAH DIRI:
Pesanan utk diriku sendiri ~.~

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”. (HR Baihaqi)

Khasiat dan kaifiatnya apabila membaca doa ini, sebagaimana diriwayat dari Anas r.a.: “Adalah Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam apabila masuk bulan Rejab, baginda mengucapkan doa tersebut”. (Ruj. Al-Azkar an-Nawawiyyah).

InsyaAllah, bersama-samalah kita mulakan langkah, hidupkan enjin yang telah lama berehat. Kita gunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Semoga kita mendapat ganjaran pahala daripada bulan-bulan yang penuh keistimewaan ini. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)