Sharing is caring =)

Khamis, 21 Oktober 2010

4 Perkara Tersirat

Yang tersirat di sebalik 4

4 alamat orang cerdik:

  1. Berani menempuh bahaya.
  2. Pandai bermanis muka dengan musuh.
  3. Pandai melihat kesempatan.
  4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain.

4 alamat orang beriman:

  1. Meninggalkan maki hamun.
  2. Tidak menyakiti hati orang.
  3. Cepat memberi maaf.
  4. Lama baru menjatuhkan hukuman.

4 tanda orang berakal:

  1. Cinta pada ilmu.
  2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji.
  3. Bagus jawabnya.
  4. Banyak benarnya.

4 alamat orang rendah martabat:

  1. Membuka rahsia.
  2. Pendendam.
  3. Penggunjing.
  4. Memburukkan kawan.

4 yang menimbulkan cinta:

  1. Muka yang jernih.
  2. Sudi menolong.
  3. Sudi menghindarkan selisih faham.
  4. Menjauhi munafik.

4 soal yang membawa keuntungan hidup:

  1. Benar tuturkatanya.
  2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak elok.
  3. Baik budi pekertinya.
  4. Suka berterima kasih.

4 sempurna dengan 4:

  1. Ilmu dengan larangan.
  2. Agama dengan taqwa.
  3. Amal dengan niat.
  4. Kemuliaan dengan kelebihan.

4 perkara mesti dijaga:

  1. Teguh menjaga kehormatan.
  2. Redha menerima yang sedikit.
  3. Berbuat kebaikan setiap hari.
  4. Memelihara lidah.

4 macam pencarian:

  1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani.
  2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang.
  3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh.
  4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal.

Rebutlah 5 peluang ini sebelum tiba 5 rintangan:

  1. Waktu kaya sebelum miskin.
  2. Waktu senang sebelum sibuk.
  3. Waktu sihat sebelum sakit.
  4. Waktu muda sebelum tua.
  5. Waktu hidup sebelum mati.


Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: Ada 4 perkara dipandang sebagai ibu iaitu:

1)Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2)Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.

3)Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BERBUAT DOSA.

4)Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR.


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran. Beberapa kata renungan dari al-Quran:

Orang yang tidak melakukan solat pada waktu:

Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.

Zuhur: Tidak diberikan berkah dalam rezekinya.

Asar: Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan.

Maghrib: Tidak diberi bantuan oleh anak-anaknya.

Isyak: Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)