Sharing is caring =)

Khamis, 9 Februari 2012

BAHAYA HAWA NAFSU


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Allahummasolli'alasayyidinamuhammad...

Allah Azza Wa Jalla berfirman:

"Adakah engkau lihat orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui (kejahatan hatinya)."


Ibnu Abbas mengatakan, "Orang kafir itu menjadikan agamanya tanpa petunjuk dari Allah bahkan tanpa panduan." Yakni memperturutkan hawa nafsu, memenuhi apa yang diinginkannya dan tidak mengamalkan kitab Allah. Maka seolah-olah dia telah menyembah (menghamba) kepada hawa nafsunya.
"Janganlah engkau turut hawa nafsu mereka...."
(Q.S. Al-maidah: 48)


"Janganlah engkau ikuti hawa nafsu hingga menyesatkanmu dari jalan Allah."

(Q.S. Shad: 26)


Oleh kerananya Nabi S.a.w memohon perlindungan dengan sabdanya:
"Ya Allah, aku mohon perlindungan kepada-Mu dari hawa nafsu yang dituruti dan kedekut yang diikuti."

Dan baginda bersabda:
"Tiga hal yang membinasakan; Menurut hawa nafsu, kedekut yang diikuti dan kesombongan seseorang akan diri sendiri."

Demikian ini kerana segala maksiat, datangnya dari nafsu. Ia akan menghantarkan kamu ke Neraka. Semoga kita dijauhkan Allah darinya.
Sebahagian orang arif berkata, "Jika dua perkara menghalangmu sedangkan engkau tidak tahu mana yang benar, maka telitilah mana yang lebih dekat kepada nafsumu, lalu tinggalkan saja dia. Oleh kerananya Imam Syafie berkata:
Jika kau dihadapkan kepada dua perkara.
Kau tidak tahu mana salah dan benarnya.
Hindarkan hawa nafsumu saja.
Ia akan menghantarkan orang kepada seksa.

Al-Abbas mengatakan, "Jika dua pandangan mengiurkanmu, tinggalkan yang engkau sukai dan ambillah yang terberat bagimu." Sememangnya perkara yang ringan itu mudah kamu ambil, dekat tempatnya, ringan biayanya, lalu mengiurkan nafsu orang kepadanya. Adapun hal yang berat, susah untuk mendapatkannya, tidak suka pula sebab susah untuk mengusahakannya.

Dirawikan dari Umar bin Khatab ra, dia berkata, "Tundukkan nafsu ini! Ia jahat, menyeretmu ke dalam keburukan. Sedangkan kebenaran itu berat bagi seseorang. Tapi yang jahat ringan saja. Meninggalkan kesalahan lebih ringan dan mudah daripada harus bertaubat. Betapa banyak pemandangan yang mengiurkan syahwat walaupun sesaat sahaja akibat membawa duka yang panjang." Luqman berkata kepada anaknya, "Hai anakku, pertama yang mesti kuperingatkan kepadamu adalah bahawa setiap orang itu ada nafsu syahwat. Jika kau turuti dia, dia akan meminta yang lainnya. Sungguh syahwat itu bersembunyi dalam hati seperti persembunyiannya api dalam batu. Jika dibakar, menyala, jika ditinggalkan akan padam juga."

Pesanan untuk diri sendiri. Perangilah nafsu.. salam muhasabah

Rujukan: "Penenang Jiwa; Imam Al-Ghazali"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)