Sharing is caring =)

Isnin, 2 Ogos 2010

Aku kecundang, di jalan PERSAHABATAN 4


Fikiranku mula melayang-layang. Macam-macam yang berlegar di ruang mindaku. Ah.. Malam ni, aku seperti sebatang tunggul kayu. Berdiri tidak bermaya. Berkata tanpa suara. Berfikir tanpa idea. Menangis tanpa air mata. Senyum dan tawa, hilang entah ke mana. Sedih bertandang tanpa diundang. Aku kah ini?? Aku hilang tanpa arah. Seketika, aku kaku. Baru ku tahu akan makna layang-layang terputus talinya. Ibarat dedaunan berguguran dihembus angin lembut, ke kiri dan ke kanan. Akhirnya terdampar di lembah kedukaan. Aku ingin mencari sinar pelangi. Sinar pelangi yang selama ini ku impi. Mewarnai kehidupan yang serba kurang ini. Tetapi…. Aku hairan… Makin ku kejar, makin ia menghilang. Perlahan-lahan, warnanya kian pudar ditelan cahaya sang mentari. Tetapi adakah aku boleh dianggap sebagai hamba yang mendamba kasih ilahi dengan tindakan ku sebegini? Adakah tindakanku ini adalah yang terbaik buatku? Memutuskan silaturrahim yang mengikat tali persaudaraan sesama manusia. Aku buntu….. Aku tidak dapat melelapkan mataku sehinggalah fajar meyinsing.

……………………………………………………………………………….

Sabtu….

“Ima, kalau kita kahwin nanti, Ima nak rumah yang macam mana? Ima nak umah sederhana ja. Tak nak yang dua tingkat! Nanti bila tua senang, tak payah nak naik tangga.” Balas ima. “Ima nak berapa orang anak? Kalau boleh, Ima xnak ramai sangat. 4 orang cukuplah. Dua orang lelaki, dua orang perempuan.” Aku tersenyum. “Takpe ke kalau kita tinggal di kawasan pedalaman?” Aku memanjangkan persoalanku. “Hehe, tak kisah. Janji semua lengkap.” Balas Ima kepadaku. “Tak da KFC tau. Hehe…” Gurauku. Alhamdulillah, melalui pertanyaanku itu, aku merasa sangat bahagia kerana aku telah berjumpa dengan seseorang yang sesuai bagiku. Sesuai untuk menjadi teman hidupku. Fikirku…

“Im, kenapa Im pilih Ima? Kenapa Im boleh terima Ima?” Ramai lagi perempuan yang baik di dunia ni. Kenapa Im nak pilih Ima juga?” Soalan itu diajukan kepadaku. Aku berfikir sejenak. (Sambil tersenyum) “Kenapa Ima nak tanya?” Sapaku. “Suka hati Ima lah. Ima ‘just’ nak tahu. Tak boleh kah?” (Nada merajuk) Aku tersenyum sendiri. Comel bila tengok dia dalam keadaan merajuk. “Ima nak tau ek? Sebenarnya….. Im tidak ada jawapan yang tepat. Tapi bagi Im, jawapannya ada pada Ima. Nak tahu nape? Ima, Im pun susah jugak untuk terpikat dengan seseorang. Sangat susah untuk tertarik. Lagi pun Im sedar kedudukan Im. Im bukannya orang yang baik. Orang biasa-biasa ja. Tak ada keistimewaan. Sebenarnya, tak padan pun jika dibandingkan dengan Ima. Amat besar perbezaan antara kita. Ibarat langit dan bumi. Ima tu lainlah, menjadi pilihan ramai jejaka. Rebutan ribuan kumbang. Bukan macam Im. Sebaliknya. Im bertuah sebab Ima masih boleh menghidu kehadiran Im. Dalam beribu, Ima pilih Im. Bertuahnya…” Bahagia mula menjalar ke dalam diriku.

“Tapi, entah mengapa sejak mula pertemuan kita, Ima telah berjaya mencuri perhatian Im. Ima telah Berjaya mengetuk pintu hati Im. Setiap orang mempunyai kriteria2 dan ciri-ciri pilannya tersendiri. Samalah untuk Im. Im pun ada sebab untuk pilihan hati Im. Ada beberapa aspek yang Im akan lihat pada seseorang yang bakal menjadi teman seumur hidup Im.” Jelasku.

“Ima ingat tak pertemuan kita kali pertama?” Tanyaku lagi. “Erm.. Mestilah ingat. Dalam koperasi kan!!” Ima menjawab dengan penuh semangat. “Haha… Salah…” Gurauku…….. Tiba-tiba dunia menjadi semakin kelam. Bayangan Ima perlahan-lahan lesap daripada pandanganku… Imaaaa… Jangan tinggalkan Im……… Ima…………..”

ALLAHUAKHBAR… ALLAHUAKHBAR.. (Azan subuh berkumandang) Aku terjaga dari lenaku. Rupanya aku diulit mimpi. Mimpi yang memutar kembali putaran masa. Membentangkan peristiwa yang telah berlaku dalam hidupku. Mimpi yang telah menjadi sejarah. Sejarah silam. ‘Astaghfirullahal’adziim…” Aku bermimpi lagi. Aku terus bangun dan membersihkan diriku. Seperti biasa, aku tidak ketinggalan untuk mengerjakan solat berjemaah di surau berdekatan rumahku. Alhamdulillah, dapat juga aku meneruskan rutin harianku, mengimarahkan rumah Allah. Terima kasih ya Allah. Tetapkanlah aku dalam jalan ini. Jalan yang Engkau redhai, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Aku merafakkan doa kepadaMU. “ Ya Allah, Janganlah Engkau palingkan hatiku wahai penguasa segala hati. Ya Allah, kurniakanlah aku pasangan yang beriman. Pasangan yang mencintaiMu dan mencintaiku. Pasangan yang menyejukkan mata, mendamaikan hati dan membahagiakan rumah tangga. Ya Allah, tetapkanlah jodohku dengan……. Astaghfirullah…. (Aku tersebut namanya lagi)….

--> bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)