Sharing is caring =)

Ahad, 30 Mei 2010

Holiday!! =)

Assalamulaikum, salam pembuka bicara…

6 bulan berada di negeri orang, tidak sama dengan sehari berada di bumi sendiri… Rindu di hati terubat jua dengan panorama bumi di bawah bayu, tempat tanah tumpah darahku… Rinduuunyyaa… Alhamdulillah, aku telah selamat sampai di destinasi yang dituju. Transit di KK terlebih dahulu sebelum berangkat ke LD.

Dalam pesawat MHxxxx tadi, tiba2 teringat dengan member2 lama, adik-adik dan orang2 yang selalu muncul di kaca mata ku sebelum ini.. Apa khabar mereka? Apa khabar rakan2 seperjuangan, Liew, Sii, Mat, Raja dll.. Mesti mereka pun ada cara hidup mereka yang tersendiri.. Kepada adik2 di maktab lama (IPKent), Asyraf, Ikhsan, Faiz J & R, Nady, Nad, Ina, Shifa, Zaba, dll, mesti masing2 dah membawa diri ke tempat masing2. Adik2 ikhwah dan akhwat di IPP. Selamat berjuang untuk peperangan pena dan kertas. Smoga semuanya lulus dengan cemerlang. Selamat menduduki peperiksaan. Kepada rakan2 ‘Deakin’, khabarnya semakin ceria sekarang ini.. Ramai yang akan mendirikan rumahtangga sempena cuti sekolah ni. Wa.. Semua da berubah dalam masa yang singkat ini. Aku hanya mampu mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kalian. Kepada rakan2 sejawat di Sk. Sungai Lingkau, Selamat bercuti, Selamat Hari Gawai dan kaamatan. =) Kepada murid2 ku, gunakan masa cuti ini untuk belajar, mentelaah dan mengambil kesempatan yang tersisa. Good Luck to U all.

Banyak perkara yang berlegar2 di fikiranku. Apa nak di buat masa cuti ni. 3 minggu ni mesti di isi dengan sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat. Em.. Rancang nak buat bisnes.. Memang da kaji da, banyak risiko. Tapi, orang kata, kalau nak Berjaya, lautan luas pun diredah dan diteroka. Kalau tidak, masakan boleh melihat pulau2 yang indah.. Jadi, peluang sentiasa ada di depan mata. Terpulang kepada kita untuk memulakannya. Doakan kelancaran proses menjalankan bisnes ni. =) Amiin…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hati ^.~

Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~

1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enjoy (^.~)

say TQ n sorry =)

"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22

Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)