RANCANGAN PEMBACAAN MINGGUAN
(BISMILLAH)
|
StyLE (^.~)
|
||
27 JAMADIL AKHIR 1423 H
|
JDHP, MMMS
|
||
KELAS
PENENANG
JIWA
|
RUJUKAN BUKU
|
TERJEMAHAN
KITAB MUKASHAFAH AL QULUB
(IMAM
AL-GHAZALI)
|
|
TAJUK
MENANGIS
KERANA TAKUT KEPADA ALLAH
|
|||
HASIL PEMBELAJARAN
Di
akhir proses pembacaan hati dapat;
i.
Muhasabah,
istiqomah dan tersedar dari mimpi
|
|||
KEMAHIRAN/ISI KANDUNGAN
1. Telah
berkata Abdul-Laiths ra:
“Sesungguhnya Allah mempunyai para Malaikat
di langit tujuh bersujud sejak Allah menciptakan mereka sampai hari Kiamat.
Mereka takut menderhakai Allah. Ketika hari Kiamat mereka mengangkat kepala,
seraya berkata: “Maha Suci Engkau. Kami telah menyembah Engkau dengan sesungguhnya.”
Demikian inilah yang tersebut dalam firman Allah:
Maksudnya:
mereka takut kepada Tuhan mereka Yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya),
serta mereka mengerjakan apa Yang diperintahkan.
(An-Nahl:50)
Rasulullah s.a.w
bersabda:
“Ketika tubuh
seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya
bagaikan dedaun jatuh dari pohonnya.”
2. Diceritakan:
Ada lelaki jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk
suatu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sesampai di kampung yang
sunyi ketika orang-orang sudah tidur. Lelaki itu menyampaikan maksud hatinya.
Si wanita itu pun menyahut, “Lihatlah apakah orang-orang telah tidur
semuanya?” Dengan demikian lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya hendak
dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak. Setelah jelas
orang-orang telah tidur, segera dia menghampiri wanita itu seraya berkata, “Benar,
semua orang telah tidur.” Lalu wanita itu bertanya, “Bagaimanakah pendapatmu
dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga tidur?”
Lelaki tersebut menjawab, “Sesungguhnya
Allah tidak pernah tidur.” Wanita itu lalu berkata lagi, “Sesungguhnya Zat
yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap
tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak kita takuti.” Dengan
segera lelaki itu meninggalkan perempuan itu kerana dia takut kepada Allah. Dia
pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada seorang
bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya, “Apakah yang dilakukan oleh Allah
kepadamu?” Lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku
dan meninggalkan dosa itu.”
3.
Allah s.w.t
berfirman:
Oleh
itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu
(dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu);
(Al
Maidah:44)
-----------------------------------------------
175.
Sesungguhnya (pembawa berita) Yang demikian itu ialah Syaitan Yang
(bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir
musyrik). oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah
kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang Yang
beriman.
(Al
Imran:175)
-----------------------------------------------
37. maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya);
adapun orang Yang melampau (perbuatan derhakanya), -
38.
serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -
39.
maka Sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
40.
adapun orang Yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya,
(untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
41.
maka Sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
(An
Nazi’at:47-41)
|
|||
REFLEKSI/
MUHASABAH DIRI:
Pesanan utk diriku
sendiri ~.~
Rasulullah
s.a.w seringkali berdoa:
“Ya
Allah, berikanlah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada
Engkau sebelum air mata ini habis.”
Barangsiapa
ingin selamat daripada azab Allah serta mendapat pahala dan rahmat-Nya,
hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta jauhi
maksiat.
"Ya
Allah, pimpinlah seluruh jiwa dan ragaku. Janganlah Engkau biarkan aku terleka
walau sesaat pun..." amiin
|
Jumaat, 18 Mei 2012
RPM (menangis takut)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~
1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~
Enjoy (^.~)
say TQ n sorry =)
"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22
Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Cerita hati ^.~