SUNNAH-SUNNAH RASULULLAH
KETIKA BANGUN DARI TIDUR
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى
ءال محمد
1.
Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan
tangan:
Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar merekodkan,
sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan
tangan apabila bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
فَاسْتَيْقَـظَ رَسُولُ اللهِ (ص) فَجـَلَسَ يَمْسَحُ
النَّوْمَ عَنْ وَجْهِهِ بِيَدِهِ
“Rasulullah S.A.W. bangun
daripada tidur lalu beliau duduk sambil menyapu kesan-kesan tidur pada
wajahnya.”
(Direkodkan oleh Muslim)
2.
Membaca doa bangun daripada tidur iaitu:
الْحَمْدُ لِلَّهِ
الَّذِى أَحْيَنَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas Dia mematikan
kami (tidur) dan kepadaNya kami akan dibangkitkan.”
(Direkodkan oleh Bukhari)
3.
Bersugi:
كَانَ (ص) إِذَا
قَامَ مِنَ اللَّيْلِ يَشُوصُ فَاهُ بِالسِّوَاكِ
“Rasulullah S.A.W. apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok
giginya menggunakan siwak (kayu sugi).”
(Direkodkan oleh Bukhari dan muslim)
Antara kebaikan bersugi adalah mengembalikan kesegaran
dan kecergasan tubuh badan serta dapat menghilangkan bau mulut yang tidak
menyenangkan.
Jom kita contohi idola kita yang agung ini. InsyaAllah ada kebaikannya.. Dan memang dijamin 110%. Salam ingatan dan salam muhasabah ^.~ jdhp, mmms
Sumber: Amalan 24 jam dalam kehidupan Rasulullah S.A.W. by Zulkarnain Dollah, (2009).
Sumber: Amalan 24 jam dalam kehidupan Rasulullah S.A.W. by Zulkarnain Dollah, (2009).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Cerita hati ^.~