Al-Asma’
Al-Husna
بسم الله الرحمن
الرحيم
اللهم صل على
سيدنا محمد وعلى ءال محمد
Firman
Allah SWT:
Maksudnya: "Dan Allah
mempunyai nama-nama Yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah)
kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang Yang
berpaling dari kebenaran Dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan
mendapat balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan."
(Al-A’raf: 180)
Maksudnya: "Katakanlah
(Wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama
"Ar-Rahman", Yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu
adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama Yang baik serta
mulia". dan janganlah Engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga
janganlah Engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara Yang sederhana
antara itu."
(Al-Israa': 110)
Dari Abu
Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: "Allah itu memiliki sembilan puluh
sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan
masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan]
yang ganjil." - Sahih Bukhari[1]
=============================================
Salam ingatan dan muhasabah untuk diriku dan dirimu... (^.~)
InsyaAllah,
sempena kedatangan bulan Rejab ini, saya akan melancarkan satu program yang
dipanggil program “NASKAH CINTA” iaitu mengenal nama-nama Allah sehari satu
nama. Tujuan program hafalan dan bacaan ini adalah untuk memberi tugasan kepada
diri sendiri disamping melatih diri sendiri supaya mengenal, mengetahui dan
memahami 99 asmaulhusna, nama-nama Allah yang Maha indah. InsyaAllah, saya akan
cuba berkongsi tentang nama-nama Allah yang kita biasa dengar tetapi jarang
sekali untuk kita mengenali dan memahami dengan lebih mendalam. Marilah kita
bersama-sama berusaha menghafal, mengingat, mengenal dan memahami makna
disebalik nama-nama Allah ini. Kalau mampu dihafal sehari sekali, insyaAllah
sehingga penghujung Ramadhan kita akan mampu mengenal 90 nama-nama Allah.
InsyaAllah. Segala kekurangan amatlah dikesali dan terlebih dahulu diucapkan
beribu kemaafan. JDHP, MMMS (+.+) amiin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Cerita hati ^.~