RANCANGAN PEMBACAAN
MINGGUAN (BISMILLAH)
|
StyLE (^.~)
|
||
1 REJAB 1423 H
|
JDHP, MMMS
|
||
KELAS
PENENANG
JIWA
|
RUJUKAN BUKU
|
TERJEMAHAN
KITAB MUKASHAFAH AL QULUB
(IMAM
AL-GHAZALI)
|
|
TAJUK
KEUTAMAAN
BULAN REJAB
|
|||
HASIL PEMBELAJARAN
Di
akhir proses pembacaan hati dapat;
i.
Mengenali kelebihan
bulan rejab, bersedia untuk memulakan langkah yang lama terhenti dan
memperbanyakkan amal ibadah.
|
|||
KEMAHIRAN/ISI KANDUNGAN
1. Rasulullah
S.A.W. bersabda:
“Rejab adalah bulan Allah, Syaaban itu
bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku.”
Ahli isyarat
mengatakan, “Rejab itu terdiri dari huruf ra, ertinya ialah rahmat. Kemudian
jim (ج), ertinya jurmul ‘abdi (kesalahan
hamba). Dan ba, ertinya birru Allah (kebaikan Allah). Maka seolah-olah Allah
mengatakan, “Aku jadikan hamba-Kudi antara rahmat dan kebaikan-Ku.”
Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata bahawa telah bersabda Rasulullah S.A.W.:
“Siapa puasa dua puluh Rejab, maka dituliskan untuknya puasa enam
puluh bulan. Itulah hari di mana untuk pertama kalinya Jibril turun kepada
Nabi S.A.W. diisrak-mikrajkan.” Baginda juga bersabda: “Rejab adalah bulan
Allah. Siapa puasa sehari dari bulan Rejab kerana iman dan mengharapkan akan
keredhaan Allah, pasti dia mendapatkan redha Allah yang Maha Agung.”
Dikatakan, “Allah menghias bulan-bulan itu dengan empat bulan.
Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.: Itulah empat bulan haram yang
disebutkan dalam Al-Qur’an:
36. Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah
ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) Dalam Kitab Allah semasa ia
menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan Yang dihormati.
ketetapan Yang demikian itu ialah ugama Yang betul lurus, maka janganlah kamu
menganiaya diri kamu Dalam bulan-bulan Yang dihormati itu (dengan melanggar
laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka
memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah Sesungguhnya Allah beserta
orang-orang Yang bertaqwa.
(At-Taubah:36)
2. Dari
Anas r.a., dia berkata, “telah bersabda Rasulullah S.A.W.”:
“Siapa berpuasa tiga hari dari bulan haram,
dituliskan untuknya pahala ibadah Sembilan ratus tahun.” Dan berkata Anas
r.a., “Pekak sajalah kedua telingaku jika aku tidak mendengarnya dari Nabi
S.A.W.”
Bulan yang mulia
itu ada empat. Malaikat terpilih juga empat. Kitab terutama yang diturunkan
juga empat. Anggota wudhuk juga empat. Kalimat tasbih terutama juga empat,
iaitu: ‘Subhanallah, walhamdulillah, laa ilaahaillallah, allahuakbar’. Musim juga
empat: bunga, luruh, hujan dan kemarau. Khulafaur-Rasyidin juga empat: Abu
Bakar, Umar, Usman dan Ali r.a.
Ad-Dailami
merawikan dari Aisyah r.a., dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah S.A.W.
bersabda”:
“Allah menyiramkan
kebaikan pada empat malam: malam Adha, malam Fitri, Malam Nisfu Syaaban dan
malam pertama bulan Rejab.”
Ad-Dailami
merawikan dari Abi Umamah dari Rasulullah S.A.W., baginda bersabda:
“Ada lima malam,
tidak akan doa tertolak: malam pertama bulan Rejab, malam nisfu Syaaban,
malam Jumaat, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha.”
|
|||
REFLEKSI/
MUHASABAH DIRI:
Pesanan utk diriku
sendiri ~.~
اللهُمَّ
بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan) Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”. (HR Baihaqi) Khasiat dan kaifiatnya apabila membaca doa ini, sebagaimana diriwayat dari Anas r.a.: “Adalah Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam apabila masuk bulan Rejab, baginda mengucapkan doa tersebut”. (Ruj. Al-Azkar an-Nawawiyyah).
InsyaAllah, bersama-samalah kita mulakan langkah, hidupkan enjin yang telah lama berehat. Kita gunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Semoga kita mendapat ganjaran pahala daripada bulan-bulan yang penuh keistimewaan ini. InsyaAllah.
|
Isnin, 21 Mei 2012
RPM (keutamaan Rejab)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~
1. kemBARA = Pengalaman seharian/bulan/tahun
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~
Enjoy (^.~)
say TQ n sorry =)
"…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – An Nur : 22
Nabi s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Cerita hati ^.~