Petang yang damai……
Kicauan burung kedengaran di sana-sini. Melodi indah ini mewarnai lagi persekitaran taman ini walaupun tidak ku fahami akan bahasanya. “Ah! Sudah sebulan sejak perkara itu terjadi.” Semoga apa yang terjadi ini mengajar diriku untuk lebih mengenal pancaroba dunia. Sejak akhir-akhir ini timbul pelbagai malapetaka yang melanda dunia. Kejadian banjir, tanah-runtuh, ribut taufan, gempa bumi dan seumpamanya menyerang setiap pelusuk benua. Bukan itu sahaja, malah kerosakan akidah dan akhlak semakin berleluasa. Kisah pembuangan bayi, zina, penceraian suami-isteri, pemimpin daripada kalangan orang fasik dan jahil dan sebagainya. Maka benarlah riwayat yang mengatakan tanda-tanda kiamat telah muncul. Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam beberapa hadis:
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang
bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda
menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita" - Ibnu Majah
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." - Abu Hurairah r.a.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
“Ya Allah, andainya telah datang tanda-tanda ini, janganlah Engkau masukkan aku di antara golongan-golongan ini. Kuatkanlah Imanku, teguhkanlah Akidahku, jernihkanlah hatiku, murnikanlah akhlakku dan berikanlah aku kebaikan hidup di dunia dan di akhirat. Ya Tuhanku, pimpinlah hatiku dan janganlah Engkau biarkan aku membuat keputusan sendiri tanpa pimpinan dariMU. Bukakanlah hatiku untuk mengenaliMu agar bertambah kecintaanku terhadapMU. Agar aku dapat menjauhi laranganMU. Sesungguhnya hanya padaMu tempat ku berserah…. Wahai Maha Pengasih…..”
“Min! Min buat apa kat sini?” (lamunanku terhenti) Rahman menyapaku dari belakang. Seketika aku tersedar dari alam imaginasiku.
“Ooo.. xda apela Man”. Hehe... (Aku tersenyum sendiri) Sebenarnya nak cari ilham tuk ‘create’ lagu nasyid. Saja2. Nak isi masa lapang. Laa.. Camtu rupanya. Ganggu x ni?” Sapa Rahman lagi. “Iskh, xda la. Xganggu sikit pun… Tapi banyak.” Hahaha.. Kami berdua ketawa……… “Ada2 je ko ni, ingatkan piki pasal aweks… hehe”. Kata Rahman kepadaku.
Kami segera meninggalkan Taman Aman apabila seorang rakan memanggil kami.
--> bersambung
nice2...=D
BalasPadamThanks Tulip =)
BalasPadamgood writing..
BalasPadamthanks.. br mengasah bakat.. =) doakan smoga istiqomah
BalasPadam