DEAR FRENS:
Did you know ???
Did you know that when you envy someone, it's because you really like that person?
Did you know that those who appear to be very strong in heart, are real weaklings and most succeptible?
Did you know that those who spend their time protecting others are the ones that really need some one to protect them?
Did you know that the three most difficult things to say are : I love you, Sorry and help me The people who say these are those that actually need them or really feel them, and they are the ones you really need to treasure, because they have said them. Did you know that people who occupy themselves by keeping others company or helping others are the ones that actually need your company and help?
Did you know that those who dress in red are more confident in themselves?
Did you know that those who dress in yellow are those that enjoy thier beauty? Did you know that those who dress in black, are those who want to be unnoticed and need your help and understanding?
Did you know that when you help someone, the help is returned in two folds?
Did you know that those who need more of you are those that did not mention it to you?
Did you know that it's easier to say what you feel in writting than saying it to someone in the face?But did you know that it has more value when you say it in the face?
Did you know that what is most difficult for you to say or do is much more valuable than anything that is valuable that you can buy with money?
Did you know that if you ask for something in faith, your wishes are granted?
Did you know that you can make your dreams come true, like falling in love, becoming rich, staying healthy, if you ask for it by faith, and if you really knew, you'd be surprised by what you could do. But don't believe everything I tell you, until you try it for yourself , if you know someone that is in need of something that I mentioned of, and you know that you can help, you'll see that it will be returned in two folds.
Ahad, 24 Januari 2010
Did U noe?
Antara Dua HATI...
“Ku biar kalam berbicara, meluahkan hasrat di jiwa, akan mudahku mengerti, segala yang terjadi, sudah suratan Ilahi……..” (Lagu UNIC:Teman Sejati) ‘Handphone’ ku berdering panjang… Masa tu aku tengah solat asar.. “Iskh, mengganggu betullah! Siapalah yg mganggu ‘time’ aku solat pulak ni. Ada2 ja gangguan” Bisik hatiku (xkhusyuk jadinya..huhu…pengajaran=len kali,silent lu hp bila nak smbhyg..hehe). Selesai berdoa, dengan serta-merta ku gapai telefon bimbitku di atas meja. Ku lihat, ada 2 panggilan daripada adikku, Iza (bukan nama sebenar). “Ada apa adikku ‘kol’ petang2 ni. Mungkin ada hal penting agaknya.” Lantas, tanpa membuang masa, aku terus ‘mendail’ nombor adikku semula… “Hello, Assalamualaikum!” Kataku. “Wa’alaikumussalam” Jawab adikku. Kami pun meneruskan perbualan kami. Dan pada masa itu, bermulalah satu episod yang bersejarah dalam keluarga kami. “Nak tau x apa dia?”…. Hm.. Sebenarnya begini ceritanya: =)
Sebenarnya, tujuan utama Iza menelefonku lewat ptg tu kerana hendak menyatakan isi tersirat yang membelenggu dirinya sejak kebelakangan ni. Menurut katanya, baru2 ni ada seorg cikgu (cikgu A) yg meluahkan hasrat di hati untuk mengambilnya sebagai teman hidup. Namun dia berhadapan dengan jalan buntu kerana dalam masa yang sama dia juga ada menaruh perasaan dengan seorang hamba Allah yang juga merupakan orang Sabah dan masih belajar di UMS kalau tak silap. Daripada apa yang diceritakan, temannya (teman B) memang telah lama berkawan dgnnya dan ini telah menimbulkan bibit2 cinta di antara mereka namun tidak diserlahkanlah. Maksudnya, dua2 tidak meluahkan perasaan masing2. Alhmdllh.. terjaga jugak batasan agama. Untuk pengetahuan semua, sebenarnya cikgu tu mengajar di sekolah bapaku mengajar. Dan bapaku memang dah kenal sangat la orgnya tu. “parent” pun da taw pasal benda ni. Tapi, xla pulak sampai tahap macam ni. Kalo ikut daripada apa yg makbapak katakana, memang diorang berkenan dgn cikgu tu..huhu..entahlah….
Hmm.. Nak di pendekkan cerita, Iza sebenarnya ingin meminta pendapat daripada abangnya (aku la tu-haha) setelah mengambil kira pendapat daripada orang tua yakni ibu bapa kami… Sebenarnya, pada pandangan aku, hak memilih jodoh dan pasangan ni jatuh kepada si empunya badan. Tidak adil sekiranya hak memilih jodoh diserahkan sepenuhnya kepada ibu bapa. Setelah mendengar bait-bait kata daripada adikku, akhirnya aku pun mula menyusun bicara dan bersuara (lebih kurang camni la).. “Iza, sebenarnya bagi pendapat abg, abg rasa lebih elok kalo Iza mempertimbangkan faktor2 daripada kedua-dua belah pihak. Terkadang, apa yang kita nampak elok luarannya tu, tidak semestinya akan menjanjikan sesuatu yang elok juga dalamannya. Memang benar, setiap yang baik luarannya itu adalah pantulan daripada sifat dalamannya. Namun kita jangan tertipu. Kerana dunia ini penuh dengan keseronokan dan kepalsuan semata-mata”. Aku memulakan bicaraku dan satu anologi tiba2 berlegar2 di mindaku. “Kalo kita memilih durian misalnya, kadang2 kita Nampak elok luarannya, tapi belum tentu baik isinya kan!. Samalah dengan memilih pasangan”. Aku mula berfalsafah kepada adikku. (Biasalah, kebetulan masa tu aku baru habis makan durian..hehe)
Dalam surah al-Baqarah ayat 216 ada menyebut: “……Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Jadi, kita kena mendalami sedalam2nya keputusan yang bakal kita putuskan nanti. Aku meneruskan ucapanku. “Setiap manusia ingin hidup bahagia. Sebab itu kita perlu memilih pasangan yang terbaik untuk diri kita. Bagaimana untuk memilih jodoh yang terbaik itu? Jawapannya sebenarnya sangat sederhana dan jelas,iaitu dengan mengikuti paradigma wahyu al-quran dan sunnah. Semuanya telah digariskan melalui kitab mulia Al-Quranulkarim yang mulia dan hadis nabi Muhammad s.aw. sepertimana yang telah dirakamkan dalam satu hadis: ‘Dari Abi Hurairah Ra ia berkata : Dari nabi SAW beliau bersabda : Seorang perempuan dinikahi kerana empat faktor: Sebab hartanya,keturunannya,kecantikannya,dan agamanya. Maka pilihlah perempuan yang memiliki agama, maka rugilah bagi kamu yang tidak memilih orang yang baik agamanya.’ Ada empat faktor yang menjadi pertimbangan dalam menentukan pasangan yang akan menjadi pendamping hidup:
1.Sebab hartanya
2.Sebab keturunanya
3.Sebab kecantikanya,dan
4.Sebab agamanya.
Fuh! Xlarat pulak nak taip.. xpala.. di ringkaskan cerita, kesimpulannya, aku memberitahu padanya bahawa sebaik-baik PERANCANG adalah ALLAH s.w.t. Acap kali, manusia lalai dan melupakan Khalik-nya yang mengetahui buruk dan baik pilihan dan keputusan kita. Aku menasihatkan adikku supaya mengambil masa untuk menilai calon2 hatinya. Dan untuk menentukannya, amatlah baik jika kita memohon pertolongan dan doa kepada-NYA. Solatlah Istikharah dan solat hajat untuk memohon diperteguhkan hati dan di buka hati kepada Nur yang akan mendampinginya kelak. Hm.. Nampak gaya, lepas ni jadi abg ipar la pulak..haha.. k la.. xlarat dan menceritakan apa yang terjadi… Azan da berkumandang…salam ibadah…Semoga sentiasa di bawah Rahmatnya… “Ya Allah, kurniakanlah aku pasangan yang beriman, yang menyintai-MU dan menyintaiku, yang menyejukkan mata dan mendamaikan hati memandangnya. Yang bias membahagiakan rumah tangga dan melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah.” Amiiiin….
Jumaat, 22 Januari 2010
Saat Terakhir
Saat Terakhir
“Malam ini terasa amat syahdu, hujan renyai2 mula membasahi permukaan jalan raya seakan-akan menangisi waktu yang berlalu pergi. Keheningan malam membaluti tubuhku tatkala menunggang motorsikal menuju ke arah persinggahan utamaku. Setiba di perkarangan rumah sewa, derap2 air mula memperlahankan momentumnya seperti meniru halaju kenderaan bertayar dua ni. Apa2 pun, ‘atleast’ da sampai rumah. Sebenarnya aku menghadiri majlis perkahwinan anak seorang tokoh terkemuka (Bekas Guru) di sini tadi. Berbeza sungguh adat resam dan budaya di bumi ‘petroleum’ ni. Sedikit-sebanyak dapat mengubah persepsi dan mnambah ilmu tentang kehidupan masyarakat melayu Sarawak.
Chiiiiik (Membuka mangga pintu). Sayup-sayup kedengaran lagu yang sangat ‘familiar’ dan sebati dalam atmaku, “Saat Terakhir”. Rupa-rupanya, aku terlupa untuk mematikan ‘laptop’ ku. Hmm.. Mendekati kaca skrin, dapat ku lihat banyak mesej drp ‘facebook’ yang telah memenuhi ‘inbox’ ku. Tergerak hati untuk membuka ym. Alangkah berdebarnya benak ini tatkala melihat status seorang teman yang seakan-akan mengetahui isi hati ku. Huh! Cobaan2x. ~Saat Terakhir.. – Puspa~ status yang dipaparkan di dinding-nya…. Apakah dia juga mengetahui isi hatiku? Jarang2 berlaku, satu dalam sejuta, kejadian yang serentak, di luar duga. Apa2 pun, ku anggap ini sebagai kebetulan……………. =)
Mmg perasaan berdebar ini telah berputik di lubuk hati sewaktu menghadiri majlis kenduri tadi. Apa tidaknya, tuan rumah menyorong kitab berzanji untuk di baca oleh para tetamu. Tidak pasal2 terkena aku yg buta akan lagu2 berzanji. Lucu jugak tadi.. hehe… erm, berbalik kepada cerita hari ini. Nampak gayanya, murid semalam dah boleh menyelesaikan soalan sebgai kerja rumah kelmarin. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa membantu, Memberi kemudahan dalam menyampaikan ilmu kepada generasi pemimpin akan datang. Amiin.. Hmm.. Kantuk mula menyambar kelopak mataku. Xtertahan da.. k la.. smoga hari esok lebih baik drp ari ni….slm muhasabah…nite…wslm ~.^
Khamis, 21 Januari 2010
Sabar cikgu, SABAR!!!
Ilmu dan amal
“Hendaknya kita mengukur ilmu bukan dari tumpukan buku yang kita habiskan. Bukan dari tumpukan naskah yang kita hasilkan. Bukan juga dari penatnya mulut dalam diskusi tak putus yang kita jalani. Tapi…dari amal yang keluar dari setiap desah nafas kita”.(Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah)
Tertarik dengan mutiara kata daripada blog sorg sahabat.. Terkadang kita selalu tersalah tafsir dan mengukur ilmu tersebut. Hakikatnya, amal kita tidak seperti apa yang kita pertontonkan melalui pembacaan dan pertuturan kita.. Fikir-fikirkanlah…. Salam Muhasabah
Selasa, 19 Januari 2010
Jambatan Runtuh
Hujan yang turun mencurah2 tanpa henti selama beberapa hari telah menyaksikan pelbagai peristiwa yang mampu membuatkan setiap mata layu memandangnya. Antaranya kejadian JAMBATAN runtuh menuju ke sekolah. Jambatan ini mrupakan laluan utama penduduk kampung ke jalan besar dan satu-satunya cara untuk pergi ke sekolah. Disebabkan masalah ini, kami terpaksa meredah sungai (air sungai yg pasang). Air yg menenggelamkn sebahagian jambatan menyukarkan kami untuk meyeberangi sisa2 jambatan kerana dalam keadaan jambatan yang licin, tidak stabil dan mampu runtuh bila2 masa sahaja menimbulkan prasaan yang takut dan gerun untuk melaluinya. Namun, berkat ketabahan dan kesungguhan demi anak bangsa dan tanah air, kami sebagai guru bersiap sedia untuk menghadapi risiko ini. Semuanya kerana tugas mulia mendidik anak bangsa. ~.^ TERIMA KASIH CIKGU!!!
Isnin, 18 Januari 2010
Setapak Melangkah, Seribu Rasa
Hari ini hari yang ke-12 aku brada di bumi kenyalang. Masih segar di ingatan saat mula2 menjejak kaki di Sk. Sungai Lingkau, Simunjan, Samarahan.. Prasaan ini seakan-akan sambal belacan. Macam2 ada. Rasa manis, pedas, masam dan mcm2 la. Rasa manis sebab skolah ni adalah SKM (skolah kurang murid). Murid hanya seramai 31 org jak. Rasa kurang tawar ckit sbb skolah ni tletak jauh dari pekan, line pun kadang2 ada, kadang2 x. internet nda payah cakapla. Confirm nda dapat. Yang bestnya, aku jadi guru kelas tahun 4. Ajar Math year 1, 5 & 6. Subjek lain, PJK & Kajian Tempatan. Bilangan Murid? Hahha.. kelas Tahun 1 (4 org), Tahun 5 (3 org), UPSR (7 org). ni yang aku suka ni. Kerja yang x terlalu membebankan. Andai dibandingkan dgn teman seperjuangan, alangkah rahmat menyeblahi diri ini. Kebanyakan kawan2 mhadapi masalah yang lebih kritikal banding aku. Mujurlah, 1st time, semuanya baru dan keadaan adalah lebih baik daripada yang dsangkakan....
Info, ini pasal 'Main Menu' di atas ni ^.~
2. kerJAYA = Pasal Kerja, selaku pendidik. RPH/RPT dll
3. kenANGAN = yg ni tidak lain tidak bukan pasal SMS.. hehe
4. kerisTALL = Tentang Mutiara kata/hikmah yg leh jadi pedoman
5. kALAM = Bacaan/ayat-ayat suci Al-Quran. Tentang khat jugak
6. KHaYaLaN = semua tentang khayalan la. Macam lagu2 ka.. Sajak ka... Hentam aja.. ^.~